Anda di halaman 1dari 83

Usaha-usaha untuk melahirkan pengguna yang bijak

Ketika negara kita melangkah ke arah pembangunan fizikal yang pesat, ilmu kepenggunaan dalam kalangan

rakyat Malaysia masih berada di takuk yang lama dan tidak mengalami anjakan paradigma. Walhasilnya, pengguna

kita sering menjadi mangsa kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab lagi licik. Lebih-lebih lagi, segelintir peniaga

kita sanggup menangguk di air keruh terhadap pengguna kita ketika negara kita dilanda tsunami kewangan.

Apabila peniaga kita meraih keuntungan yang bagai tikus jatuh ke gudang beras, pengguna yang tidak berdosa

turut menjadi mangsa dalam gelombang inflasi. Sesungguhnya, rakyat Malaysia perlu dilengkapi dengan ilmu

kepenggunaan supaya menjadi pengguna yang bijak.

Untuk melahirkan pengguna yang bijak, media massa memainkan peranan yang signifikan. Sama ada pihak

media elektronik seperti televisyen atau pihak media cetak terutama akhbar perlu menerapkan pengetahuan atau

hak-hak pengguna kepada khalayak ramai. Hal ini demikian kerana media massa mempunyai pengaruh yang besar

kepada masyarakat kita. Dengan bantuan media, pengguna akan mengetahui cara-cara yang berkesan untuk

menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh peniaga. Sehubungan dengan itu, pihak media harus

menyiarkan iklan, rencana, wawancara, forum dan ceramah tentang hak pengguna. Lantaran, suri ramah tangga yang

merupakan golongan pengguna yang terbesar turut mendapat pengetahuan tentang ilmu kepenggunaan dan

tidak seperti katak di bawah tempurung.

Badan-badan NGO perlu bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan untuk mengadakan Kempen Pengguna Yang Bijak. Dalam konteks ini, Gabungan Persatuan-

Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) perlu memikul amanah untuk mengadakan kempen tersebut dari semasa ke

semasa supaya orang ramai benar-benar mengetahui hak mereka sebagai pengguna. Aktiviti tentang ceramah,

pameran, forum, persidangan, pertandingan koir, peraduan melukis poster dan menulis esei tentang hak pengguna

harus diadakan bersempena dengan kempen tersebut. Khalayak ramai akan mengetahui cara untuk menuntut

pampasan ketika membeli barangan atau mendapat perkhidmatan yang tidak bermutu. Orang ramai juga diberitahu

tentang cara untuk membuat aduan ketika menghadapi penyelewengan peniaga seperti menaikkan harga dengan

sesuka hati, menjual barangan yang telah lapuk tarik, menjual barangan yang tidak selamat atau mengancam

kesihatan mereka. Keyakinan perlu diberikan kepada pengguna supaya berani menuntut hak mereka, dengan prinsip

berani kerana benar.

Selain itu, kurikulum dan kokurikulum tentang ilmu kepenggunaan di sekolah adalah pendekatan yang

ampuh untuk melahirkan pengguna muda yang bijak. Kata orang tua-tua, melentur buluh biarlah dari

rebungnya. Lantas, ilmu kepenggunaan perlu disuntik kepada sanubari pelajar kita ketika masih di bangku sekolah.
Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup, pelajar telah disalurkan pengetahuan tentang hak-hak pengguna. Di

samping itu, semua sekolah juga digalakkan supaya menubuhkan Kelab Pengguna kepada remaja yang

berusia setahun jagung dan berdarahsetampuk pinang. Pelbagai aktiviti boleh dianjurkan seperti perbahasan,

pidato, perbicaraan mahkamah pengguna dan sebagainya. Tindakan ini amat penting supaya anak muda kita akan

menjadi jauhari yang mengenal manikam, iaitu menjadi pengguna yang bijak. Gara-garanya ketika melangkah ke

kedewasaan, golongan tersebut dapat menggunakan kuasa pengguna daripada terus ditindas oleh pengguna yang

tamak dan tidak beramanah.

Walaupun hak pengguna telah dimaktubkan dalam perundangan negara kita, tetapi pengguna yang

kedangkalan pengetahuan sering menjadi mangsa dalam dunia perniagaan yang hanya mengutamakan riba dan terus

mengabaikan etika mereka. Rentetan daripada itu, pengguna kita harus bijak berbelanja tanpa diheret oleh

pemiutang akibat hutang keliling pinggang. Pengguna harus sentiasa membanding harga di premis yang berbeza

sebelum membeli belah. Pengguna harus membeli barangan dengan keperluan dan bukan berdasarkan nafsu. Ketika

berbelanja, pengguna dinasihati supaya menyediakan belanjawan dan senarai barangan yang perlu dibeli.

Pendekatan ini sungguh mustahak agar kita tidak berbelanja secara berlebihan terutamanya menghadapi jualan

megah, jualan murah dan promosi yang istimewa. Ingatlah peribahasa, mulut disuap pisang, buntut dikaitkan

onak. Jangan kita mudah terpengaruh oleh pujukan jurujual yang berbahasa manis. Eloklah kita meminimumkan

penggunaan kad kredit supaya tidak membeli barangan mewah yang tidak berguna. Natijahnya pengguna yang bijak

perlu sentiasa mengukur baju pada badan sendiri tanpa berbelanja secara berlebihan sehingga berhutang kepada

ceti haram atau ceti halal, iaitu syarikat kad kredit.

Bak kata peribahasa, alah membeli menang memakai harus dihayati oleh umat sejagat. Setiap

pengguna harus mementingkan kualiti barangan yang dibeli. Misalnya, ketika membeli sesuatu benda, kita perlu

memperoleh maklumat tentang produk itu dan mengkaji kandungannya , tarikh lupuk serta fungsi penggunaan.

Barangan yang disahihkan oleh SIRIM atau ISO (Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa) sepatutnya menjadi pilihan

kita. Pengguna yang bijak harus mengutamakan faktor keselamatan, kesihatan dan mesra alam terhadap sesuatu

produk. Tamsilnya kita tidak akan membeli sesuatu produk yang boleh menjejaskan kualiti alam sekitar seperti pakaian

kulit binatang liar, alat penghawa dingin yang mengeluarkan CFC dan sebagainya kerana kita juga pengguna alam

sekitar. Dengan kata lain pengguna yang bijak perlu menitikberatkan kualiti barangan yang tahan lama, selamat dan

tidak mencemarkan alam sekitar.

Secara tuntasnya, pengguna yang bijak perlu mengetahui hak asasi pengguna dan ilmu kepenggunaan.

Pengguna bertanggungjawab untuk membela nasib sendiri. Pengguna harus berani bersuara dan bertindak ketika
dianiayai oleh peniaga yang berniat jahat. Kempen Konsumen Kebangsaan, yang dianjurkan oleh FOMCA, dengan

tema, Perubahan Bermula Dengan Saya harus dihayati oleh setiap pengguna.

Amalan berjimat cermat dan menabung.

............Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh
masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada
kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak
menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan
sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia
mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil
inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan
pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.
Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan
sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu
bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan
Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan
hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini
dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.
............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian
Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran
melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas
untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan
mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan
yang terjamin.

...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-
barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan
sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut
nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban
tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat
wajar berpegang pada peribahasaberjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.

............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan
progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa
hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun
bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat
cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

Bagaimana Menjadi Pengguna Bijak

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENGGUNA YANG BESTARI DEMI MENGATASI MASALAH


EKONOMI NEGARA.

............Keperluan membentuk kesedaran dalam kalangan para pengguna demi memantapkan


ekonomi negara adalah satu agenda yang berkepentingan tinggi dalam usaha kerajaan untuk
melaksanakan suatu aliran Pengguna Perkasa. Jika pada suatu masa dahulu, penjual, pembekal
atau pun pengilang boleh bertindak menaikkan harga sesuatu barangan di pasaran terutamanya
apabila menjelang sesuatu musim perayaan mengikut suka hati mereka, hari ini dengan kesedaran
dalam kalangan pengguna khususnya bahawa kekuatan sebenarnya berada dalam tangan pengguna
sendiri, keadaan-keadaan seperti ini telah semakin berkurangan. Kegiatan yang tidak
bertanggungjawab ini, jika tidak dibendung dengan berkesan akhirnya akan membahayakan ekonomi
negara dan akibatnya masyarakat juga yang akan menanggung rugi.

............Jika pengguna terasa ditipu dengan sesuatu produk, maka pengguna boleh bertindak
memboikot barangan berkenaan. Tindakan ini akhirnya akan memberi kesan kewangan negatif
kepada syarikat pembuat barangan berkenaan, dan ini akan memberi kesedaran kepada mereka
tentang kuasa pengguna. Kesedaran dan keprihatinan ini perlu datang daripada para pengguna
sendiri. Contohnya apabila kita membeli tepung sekampit yang ditulis berat bersihnya 1 kilogram,
adalah wajar bagi kita menimbang semula kampit tepung berkenaan dan memastikan bahawa berat
bersih produk berkenaan adalah benar-benar 1 kilogram. Sebagai pengguna prihatin, kita juga perlu
mengambil tahu dengan lebih teliti tentang barangan yang kita beli. Apakah ramuannya? Adakah
bahan pewarna yang digunakan menepati syarat-syarat kesihatan pengguna seperti yang telah di
tetapkan oleh kerajaan? Adakah produk berkenaan mengandungi MSG? Adakah produk itu benar-
benar berstatus halal? Adakah harga jualannya menepati harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan?
Ketika membeli belah, berapa ramaikah yang akan membelek-belek dan membaca setiap satu pek
atau tin barangan yang hendak dibeli dan membuat perbandingan harga setiap produk yang dibeli?
Isu-isu sebeginilah yang perlu menjadi perhatian para pengguna hari ini.

............Fenomena kenaikan harga barangan keperluan ini bukanlah suatu masalah yang cuma
berlaku di Malaysia sahaja, malahan telah menjadi suatu permasalahan global hari ini. Pada Oktober
2007, rakyat Itali telah memboikot keluarangan barang-barang pasta apabila harga makanan ini naik
melebihi 20 peratus dalam masa seminggu. Hasil daripada tindakan ini pengeluar Pasta terpaksa
akur kepada sentimen kuasa pengguna Itali, dan menurunkan semula kadar harga barangan
berkenaan. Mekanisma penyebab pada kenaikan harga barangan sememangnya berhubung rapat
antara satu sama lain. Contohnya di Mexico, apabila permintaan meningkat untuk minyak bio-diesel
yang dipanggil Ethanol yang dihasilkan daripada jagung, maka harga jagung di pasaran terus
melambung dan ini menyebabkan timbulnya masalah bekalan jagung kepada penternak lembu
tenusu yang juga memerlukan jagung sebagai makanan utama untuk haiwan ternakan mereka.
Ekoran ini harga susu, keju, dan mentega pula turut naik di pasaran Mexico. Mengikut kajian yang
dilakukan oleh Pertubuhan Pertanian dan Pemakanan Sedunia yang beribu pejabat di Brussels,
harga pasaran makanan sedunia pada hari ini naik sebanyak 70 peratus berbanding dengan harga
pada tahun 2000. Jadi sebagai pengguna yang bijak, mereka perlu bertindak dengan menggunakan
"kuasa pembeli" mereka.

............Hakikatnya pada hari ini, dengan meningkatnya taraf hidup bagi penduduk-penduduk di
negara-negara membangun dunia yang besar seperti China dan India, maka permintaan dunia untuk
barangan seperti gandum, beras, minyak masak dan bahan-bahan keperluan asas kehidupan yang
lain akan terus juga meningkat. Faktor lonjakan harga minyak dunia juga bererti bahawa kos dalam
proses pembuatan serta penghantaran akan terus meningkat dan ini akan menyumbang pada
peningkatan harga barangan di pasaran. Faktor cuaca juga memainkan peranan yang penting bagi
sektor penanaman sedunia. Permintaan bahan mentah seperti jagung, gandum dan lain-lain lagi
untuk diproseskan menjadi bio-fuel atau ethanol adalah juga merupakan faktor penyumbang kepada
kestabilan harga barangan pasaran.

............Manusia memerlukan tiga perkara asas untuk kehidupan iaitu makanan, pakaian dan tempat
tinggal. Akibat krisis bekalan makanan yang gagal dikawal, akan membawa kepada kemelut kenaikan
harga bekalan makanan di pasaran dan ini akan akhirnya menyebabkan berlakunya inflasi pada
ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, pemantauan dan usaha berterusan perlu diperhebatkan lagi
dalam usaha untuk menangani apa-apa jua krisis bersangkutan yang berkemungkinan akan timbul
pada masa depan. Kita sebagai pengguna yang bijak adalah agen pemerhati harga barangan di
pasaran yang paling efektif untuk membantu pihak kerajaan memantau pergerakan harga-harga
pasaran. Selain itu, akta undang-undang perlindungan pengguna yang membawa kepada hukuman
yang lebih drastik mestilah terus digubal demi untuk perlindungan jangka panjang kepada pengguna.

............Kementerian yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menjaga hal ehwal
pengguna ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pelbagai
langkah proaktif telah diambil oleh kementerian terbabit demi memastikan kebajikan pengguna benar-
benar terjamin. Antara langkah-langkah berikut adalah dengan menubuhkan Stok Penimbal
Kebangsaan serta Penubuhan Majlis Harga Negara. Kerajaan juga turut mengenakan larangan
membawa keluar barangan kawalan dari Malaysia serta memberi pengetahuan dan kefahaman
kepada pengguna tentang hak-hak mereka melalui penggubalan rang undang-undang Akta
Perlindungan Pengguna 1999 dan penubuhan Mahkamah Tribunal Pengguna. Pada masa yang
sama, kerajaan juga menggerakkan sektor pertanian negara secara aggresif sebagai langkah
membangunkan Sarawak sebagai Negeri Jelapang Padi Kedua Negara.

............Tindakan-tindakan ini telah berjaya mengawal kestabilan harga barangan di pasaran dan juga
dengan bantuan padu beberapa agensi berwajib yang lain, telah dapat mengurangkan kadar aktiviti
penyeludupan bahan makanan ke negara jiran. Hasil daripada pemantauan berterusan dan beberapa
lagi langkah susulan proaktif kerajaan, kebajikan dan kesejahteraan kita sebagai pengguna telah
dapat dimantapkan lagi. Dengan terlaksananya perubahan-perubahan kritikal ini, telah dapat
membantu untuk memangkinkan lagi ekonomi negara. Justeru marilah kita sebagai pengguna
bersama-sama memupuk kesedaran tentang hak-hak kita, langsung menjalankan tanggungjawab
sosial kita dan juga memartabatkan diri kita sebagai Pengguna Bestari.

Pinjaman Ceti Haram dan Kesannya

MEMINJAM DARIPADA CETI HARAM DAN KESANNYA.

............Kegiatan ceti haram sememangnya tidak asing lagi pada masa kini. Malah, kegiatan ini juga sering
dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah berat seperti pengedaran dadah, serta pil-pil khayal, sindiket pelacuran,
dan pembunuhan. Kegiatan ini sekiranya tidak diatasi dengan segera, boleh mengundang padah bukan sahaja
kepada masyarakat, bahkan juga kepada pembangunan negara. Kini, dalam era yang lebih moden, kegiatan
ceti haram lebih terkenal dengan jolokan "along" dan kegiatan mereka kebiasaannya bertumpu di semua
bandar di negara kita.

............Isu ceti haram boleh dilihat sebagai kegiatan sekumpulan manusia menjalankan urusan meminjamkan
wang haram hasil curian, pengedaran dadah dan sebagainya kepada sesetengah masyarakat yang terdesak.
Pinjamannya mudah diperoleh dengan cepat kerana tidak memerlukan cagaran, penjamin, serta tidak perlu
mengikut prosedur tertentu, seperti mana di institusi kewangan yang lain. Hal ini menyebabkan sesetengah
masyarakat tidak berfikir panjang untuk meminjam wang daripada ceti haram.

............Kesempitan hidup atau masalah beban kewangan juga turut menjadi faktor orang ramai meminjam
daripada ceti haram. Hal ini dikaitkan juga dengan kos hidup yang tinggi, perbelanjaan yang melebihi
pendapatan dan kerugian yang dihadapi dalam perniagaan. Tambahan pula, bagi mereka yang sememangnya
berpendapatan kecil turut menganggap ceti haram sebagai jalan pintas untuk penyelesaian masalah
kewangan mereka. Lantas, mereka bertindak dengan meminjam wang daripada ceti haram dan tidak
memikirkan risiko yang bakal dihadapi kelak.

............Namun begitu, terdapat implikasi buruk daripada kegiatan ceti haram ini. Bagi ceti haram, mereka akan
menjejaki si penghutang sehingga ke lubang cacing dan akan memberikan amaran pertama, kedua dan
seterusnya kepada si penghutang. Sekiranya si penghutang tidak mampu untuk melangsaikan hutangnya,
maka ceti haram tidak akan teragak-agak untuk mencetuskan keganasan berupa penderaan dan juga
pembunuhan. Malahan yang lebih menakutkan, ceti haram juga akan menjejaki keluarga si penghutang untuk
dijadikan tebusan bagi mendapatkan semula wang mereka. Jika tidak pun, rumah mereka akan disimbah cat
atau keluarga mereka dimaki hamun sebagai cara untuk memalukan si peminjam agar melangsaikan hutang
mereka. Malangnya, tindakan ganas ini bagaimanapun masih tidak menyedarkan ramai pihak agar menjauhi
ceti haram berkenaan.

............Bagi si penghutang, ancaman berterusan yang diterima daripada penceti haram menyebabkan mereka
semakin tertekan dan bagi mereka yang lemah dari segi iman dan pendidikan, mereka akan mengambil jalan
mudah dengan membunuh ahli keluarga sebelum bertindak membunuh diri sendiri supaya penceti haram tidak
dapat menjejaki mereka sekeluarga. Apa tidaknya, bunga yang dikenakan oleh ceti haram bukanlah calang-
calang tingginya. Pinjaman seribu dua mungkin boleh mencecah puluhan ribu dalam tempoh yang singkat
sehingga menyebabkan si penghutang tidak mampu membayar hutang mereka. Hal seperti inilah yang
sepatutnya menjadi perkiraan utama kepada orang ramai sebelum membuat keputusan untuk melibatkan diri
dengan ceti terbabit.

............Intihanya, masyarakat hari ini hendaklah bersatu tenaga bersama-sama pihak berkuasa untuk
menangani kegiatan jenayah ini daripada berleluasa. Hal ini perlu untuk menjaga keharmonian, keamanan dan
kestabilan dalam negara. Pihak berkuasa perlulah bertindak tegas kepada ceti haram dan juga pihak yang
membuat pinjaman kepada ceti haram berkenaan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai alternatif agar orang
ramai meminjam daripada institusi kewangan yang diiktiraf seperti pihak bank. Jadi, tidak timbul isu mengapa
kita tidak boleh melepaskan diri daripada cengkaman ceti haram demi mengatasi masalah kewangan kita.

PERANAN PERSATUAN PENGGUNA DI NEGARA KITA.


(Ubah suai karangan ini supaya sesuai untuk SPM)

............Saban tahun kita kerap membaca berita mengenai pengguna yang tertipu akibat kerakusan peniaga. Hal ini
berlaku kerana kejahilan pengguna sendiri yang tidak tahu peranan mereka sebagai pembeli. Keadaan ini menyebabkan
kita terfikir apakah peranan persatuan pengguna dalam menangani masalah pengguna di negara ini.Sebenarnya,
persatuan pengguna memainkan peranan penting untuk membantu pengguna mengatasi masalah penipuan oleh penjual.

............Isu kenaikan harga barang-barang mula mendapat perhatian media massa terutama selepas kerajaan
memberikan kenaikan gaji kepada pekerja kerajaan. Hal ini bertambah parah apabila berlaku kenaikan harga minyak
sehingga mengakibatkan penjual mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang dijual. Berita kenaikan harga
barang mula dipaparkan dan pelbagai tindakan telah dilakukan terutama oleh kerajaan untuk membanterasnya. Ada yang
berjaya dan ada juga yang hanya cakap-cakap angin sahaja. Cuma, kita tertanya-tanya mengenai peranan persatuan
pengguna dalam kemelut yang semakin mencengkam rakyat ini.

............Dalam menangani situasi negatif ini persatuan pengguna perlulah menjelaskan dan menerangkan hak serta
kepentingan pengguna dengan lebih mendalam. Persatuan pengguna boleh menjalankan kempen bagi menjelaskan
betapa pentingnya pembeli berbelanja dengan bijak. Penerangan ini mampu menyedarkan sebilangan penngguna yang
akan memastikan mereka hanya membeli keperluan yang penting dan bukan berbelanja mengikut kemahuan. Kempen
penerangan ini seelok-eloknya dijalankan dalam kalangan pelajar terutama pelajar sekolah agar orang ramai terdidik
tentang isu kepenggunaan sejak mereka kecil lagi keranamelentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini membolehkan
kesannya dirasai dalam jangka panjang apabila masyarakat terdidik dengan ilmu-ilmu kepenggunaan.

............Tambahan pula, persatuan pengguna boleh mendedahkan kepincangan dan penipuan yang dilakukan oleh
peniaga yang tidak bertanggungjawab. Nama-nama peniaga ini boleh didedahkan di dada akhbar atau di media massa
yang lain untuk makluman orang ramai. Menyenaraikan nama peniaga yang tidak bertanggungjawab di akhbar pengguna
dapat mengelakkan orang ramai daripada terus berbelanja di premis mereka dan secara tidak langsung akan
membimbangkan peniaga daripada menipu orang ramai. Maklumat seperti ini mampu membantu pengguna untuk
berbelanja dengan bijak kerana mereka sudah pasti tidak mahu ditipu oleh peniaga jenis ini.

............Selain itu, pengguna yang mempunyai masalah dengan peniaga setelah membeli produk atau barangan mereka
boleh merujuk kepada persatuan pengguna. Kini, semakin banyak kes pengguna ditipu oleh peniaga tetapi pengguna
tidak tahu tempat untuk mengadu. Antara kes penipuan peniaga termasuklah dari segi harga, kualiti, kandungan mahupun
tarikh sah luput barangan yang dibeli malah barangan yang dijual sebenarnya indah khabar dari rupa. Justeru, kehadiran
persatuan pengguna dalam memberi nasihat kepada pengguna untuk mengambil langkah susulan menangani masalah
mereka amatlah besar kesannya. Keadaan ini boleh menyebabkan nasib pengguna terbela dan tidak terus ditekan oleh
golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

............Tambahan pula, kewujudan persatuan pengguna memastikan adanya "pemerhati" senyap di antara pengguna
dengan peniaga. Maksudnya, peniaga akan lebih berhati-hati sebelum cuba menipu pengguna kerana sedar setiap
tindakan mereka akan dipantau oleh persatuan pengguna. Dalam masa yang sama pengguna pula berasa nasib mereka
menerima pembelaan yang sewajarnya. Jadi, kewujudan persatuan pengguna akan memastikan keadaan pasaran
sentiasa dalam keadaan baik kerana semua pihak sedar ada pihak ketiga yang memerhatikan keadaan pasaran ekonomi
negara.

............Malahan, persatuan pengguna boleh menjalankan perniagaan mereka sendiri. Persatuan pengguna boleh
menubuhkan koperasi atau syarikat yang mampu menjual produk kepada pengguna dengan harga yang lebih murah.
Kemahiran persatuan pengguna dalam hal-hal meletakkan harga barang sudah pasti memudahkan mereka menjual
produk tanpa masalah. Koperasi atau kedai ini boleh dijadikan satu rangkaian di seluruh negara untuk memudahkan
masyarakat. Dengan adanya penglibatan persatuan pengguna dalam bidang perniagaan, pengguna berpeluang
memperoleh sesuatu barangan keperluan dengan harga yang lebih rendah dan kompetatif. Pertandingan sihat antara
persatuan pengguna dengan peniaga lain juga akan mewujudkan persaingan sihat yang bakal mengawal harga pada
tahap yang sentiasa rendah.

............Ringkasnya, persatuan pengguna mempunyai tanggungjawab yang besar dan penting di negara ini.
Kewujudannya telah menyebabkan kita sebagai pengguna berasa selamat dan peniaga pula lebih berhati-hati. Cuma
sejauh manakah keberkesanan persatuan ini yang masih belum terjawab biarpun ramai pihak beranggapan bahawa
badan bebas ini berfungsi sebagai payung untuk melindungi pengguna. Mungkin persatuan pengguna harus mencari
jalan yang lebih berkesan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda pengguna masa kini.

Tema Kepenggunaan
1. Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Koperasi
(KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada belia-belia di tempat anda. Tajuk ceramah
tersebut ialah Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat.

Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

Kempen secara berkala, besar-besaran

Pelaksanaan saham-saham amanah

Penerapan dalam mata pelajaran di sekolah

Kedai rakyat 1 Malaysia dan kewujudan koperasi di merata tempat

Bekerjasama dengan pelbagai agensi separa kerajaan dan swasta dalam menggalakkan aktiviti
menabung seperti kelab TAHA, Kelab NURI, Kelab Penabung Bijak dan kempen menyimpan wang saku
lebihan
Mewujudkan pertandingan esei, melukis poster dan sebagainya.

2. Kepentingan amalan berjimat cermat

Membantu ketika susah

Simpanan masa depan

Melahirkan pengguna yang bijak

Menabung untuk masa depan

3. Usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia

Meningkatkan kemahiran

Bantuan dan galakan

Memasarkan produk

4. Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat pada hri ini semakin popular kerana banyak
memberikan kemudahan kepada penggunanya.

Huraikan kesan-kesan penggunaan telefon bimbit.

Mudah digunakan semasa kecemasan

Maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan segera

Memudahkan perkongsian maklumat dengan rakan-rakan

Melebarkan kenalan dan merapatkan hubungan silaturahim

Mempunyai pelbagai fungsi yang menyenangkan pengguna

5. Usaha-usaha menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia

Mengadakan kempen berterusan

Meningkatkan kualiti barangan

Memperluas perniagaan / ekspo

Mengadakan jualan murah

6. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan barangan buatan tempatan. Huraikan


kebaikan-kebaikan mengunankan barangan buatan tempatan

Mengelakkan pengaliran wang ke luar negara

Harga murah / berpatutan

Barangan berkualiti / setanding atau lebih baik daripada barangan import


Meningkatkan pendapatan peniaga

Ekonomi negara meningkat

Mewujudkan peluang pekerjaan

7. Kemiskinan merupakan racun yang mengancam sesebuah negara.

Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan dalam
kalangan rakyat.

Memberikan bantuan modal untuk mulakan perniagaan

Menganjurkan pelbagai kursus perniagaan, pertanian, kraf tangan

Memperkenalkan teknik-teknik terkini dalam pertanian dan penternakan

Memberikan bantuan perumahan kos rendah perumahan 1 Malaysia

8. Kebiasaan mengambil makanan segera menjadi trend dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis satu rencanayang akan disiarkan dalam akhabr tempatan
yang bertajuk Kesan-kesan buruk Pengambilan Makanan segera secara berlebihan.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

Masalah obesiti

Masalah penyakit kronik

Ketagihan pada makanan segera

Tidak mengamalkan pengambilan makanan seimbang

Perbelanjaan keluarga meningkat

Makanan tradisional dipinggirkan

Kepentingan Memelihara dan Mengekalkan Bangunan Bersejarah di Negara Kita.

Malaysia kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Kerajaan telah mengambil langkah bijak
dengan menjadikan binaan lama tersebut sebagai salah satu daripada Warisan Kebangsaan.
Bincangkan kepentingan memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah di negara kita.
.
.
.Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia
yang kini berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan
perumahan dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Senario ini telah menggunakan ruang yang luas
sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan adalah
sama ada Stadium Merdeka patut dirohohkan untuk pembangunan kerana bangunan itu tidak lagi berfungsi
sebagai tapak akvtiviti sukan lagi. Isu tersebut pernah menjadi polemik pelbagai lapisan masyarakat kita.
Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada
tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah
yang terdapat di negara kita.
.
.Satu daripada kemaslahatan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah dapat
dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen,
mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati
seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun, kesan
yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu
dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi
kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat
membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dicatat merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah
cerita-cerita dongeng, mitos atau legenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan
Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago,
Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja
St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah
suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan bahawa berlakunya penjajahan awal pemerintahan
British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan
bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.
.
.Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah
tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada
masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun
ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika kita
menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang
telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh
masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu
pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan
iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga
kelemahan tentera pada zaman Kesultanan Melaka. Negara kita jugamampu menjadi negara yang setaraf
dengan negara-negara maju yang lain bagai berdiri sama tinggi duduk sama rendah sekiranya kita tidak
mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara
kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan
sempadan.
.
.Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik
pelancong baik pelancong domestik mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita.
Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan
pemandangan alam yang indah. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara
dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri
seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara
Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford,
dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka
dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi
sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat
monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara
kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis bagai menyelam sambil minum air. Oleh itu,
bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.
.
.Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam
pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan
memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan
dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan
Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era
kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu.
Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi
khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu
juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan
Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri
Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis
peribahasa, yakni tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya
mempunyai nilai yang tersendiri.
.
.Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara
terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah
merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya
bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara.
Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan
bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai
bangunan yang perlu dikekalkan dan dilestarikan, bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan
bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.
.
Kini, sektor pelancongan memainkan peranan penting dari sudut ekonomi negara kita. Pada tiap-tiap tahun,
dianggarkan jumlah pelancong yang berkunjung ke negara kita adalah melebihi 6 juta orang. Kebanyakan pelancong
adalah terdiri daripada pelancong asing seperti pelancong Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya selain
daripada pelancong tempatan. Terdapat pelbagai faktor yang telah menggalakkan kedatangan mereka ke negara kita.

............Antara faktor utama pelancong berkunjung ke Malaysia adalah disebabkan negara kita mempunyai pelbagai
tempat menarik. Malaysia banyak memiliki kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong.
Antaranya ialah kawasan pantai yang bersih, cantik dan berpasir putih seperti yang terdapat di pantai Desaru, pantai
Cahaya Bulan dan sebagainya. Hal ini menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan tersebut untuk mandi-manda
sambil menikmati keindahan alam.

............ Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik untuk di kunjungi oleh pelancong. Para pelancong
dapat menikmati bangunan-bangunan tinggi mencakar langit atau bangunan bersejarah yang sentiasa terpelihara. Di ibu
kota Kuala Lumpur umpamanya terdapat bangunan canggih iaitu bangunan KLCC yang sentiasa menjadi daya tarikan
pelancong. Hal ini telah menyebabkan jumlah pelancong ke negara kita sentiasa bertambah.

............Pada masa yang sama, kedatangan pelancong ke negara kita adalah disebabkan oleh kepelbagaian jenis budaya
yang terdapat di Malaysia. Memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk, pelbagai jenis makanan terdapat di
sini. Pelancong dapat menikmati makanan kaum Melayu seperti sate, ketupat dan rendang mahupun makanan kaum
India seperti tosei dan maruku. Mereka juga boleh menikmati tarian pelbagai kaum seperti tarian zapin dan tarian inang
bagi kaum Melayu dan tarian singa dari kaum Cina. Keunikan budaya ini telah menggalakkan kunjungan pelancong ke
negara kita.

............Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam turut menggalakkan kemajuan dalam sektor pelancongan
negara. Kerajaan telah membina jalan raya untuk menghubungkan kawasan pelancongan agar dapat dikunjungi dengan
mudah. Kerajaan juga meningkatkan kekerapan penerbangan ke negara-negara lain untuk menarik lebih ramai pelancong
berkunjung ke Malaysia. Hal ini terbukti berkesan apabila jumlah pelancong yang berkunjung ke Malaysia sentiasa
bertambah dari setahun ke setahun.

............Faktor terakhir yang menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia ialah terdapatnya kemudahan membeli-
belah yang disediakan untuk para pelancong. Dengan wujudnya kemudahan ini, mereka dapat berbelanja atau
mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang terdapat di situ juga dijual
dengan harga yang berpatutan. Hal ini menggalakkan pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.

............Intihanya, sektor pelancongan di Malaysia semakin meningkat maju kerana disebabkan oleh pelbagai faktor.
Justeru, rakyat jelata perlulah sentiasa menunjukkan sikap mesra pelancong dan bersopan-santun bagi menggalakkan
kehadiran mereka ke negara kita.
Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain. Jiran diibaratkan
sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis
keramaian. Jiran yang baik ibarat cubit peha kiri peha kanan pun terasa amat sukar ditemui.

.............Semangat kejiranan wajar dipupuk kerana melaluinya kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Hal
ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti Sambutan Hari Raya, Tahun
Baru Cina atau Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau
sakit. Kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung
mengeratkan hubungan silaturahim.

.............Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal ini boleh terjadi seandainya jiran
tetangga saling mengambil berat di antara satu dengan lain. Hubungan yang terjalin akan memudahkan kita untuk
meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Selain itu, kita juga boleh mengharapkan jiran memerhatikan rumah kita
semasa kita pulang ke kampung atau pergi melancong. Pada masa yang lain mungkin kita pula akan dipinta oleh mereka
untuk berbuat perkara yang serupa.

.............Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakan secara bergotong-royong.
Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab sesuatu tugas yang berat dan besar seperti membersihkan
kawasan kampung atau perumahan dapat dilaksanakan secara bersama-sama tanpa sebarang masalah. Justeru, tugas
yang berat menjadi mudah laksana hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah. Lantas suasana yang harmoni
dapat dibentuk dalam masyarakat.

.............Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup dalam
keadaan harmoni. Sekiranya hal ini dapat dilakukan maka akan tercapailah cita-cita negara untuk membentuk masyarakat
yang bersatu padu dan penyayang.
Karangan SPM Kesan Penggunaan Telefon Bimbit

Pada suatu masa dahulu, telefon bimbit dianggap sebagai barangan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan
orang selain bentuknya yang besar dah sukar dibawa. Namun, selepas kita memasuki alaf baru, pengguna telefon bimbit
meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan disebabkan harganya yang jauh lebih murah selain bentuknya yang lebih
kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Kini, tidak hairanlah hampir semua penduduk dunia mempunyai sekurang-
kurangnya sebuah telefon bimbit. Pelajar sekolah pula tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kecanggihan malah
ada juga yang telah pun mempunyai telefon pintar. Persoalannya, adakah telefon bimbit memberi implikasi baik ataupun
impak negatif terhadap masyarakat

Penggunaan telefon bimbit sudah semestinya banyak membantu dalam komunikasi harian. Kita tidak perlu lagi
bersusah-payah untuk pergi ke rumah seseorang untuk berkongsi ataupun menyampaikan maklumat. Bukan itu sahaja,
keselamatan seseorang individu juga akan lebih terjamin kerana telefon bimbit mudah digunakan bagi mendail pihak
polis atau sesiapa sahaja dalam masa kecemasan. Perkara sebegini amat penting terutamanya bagi seseorang pelajar
yang berada dalam kecemasan. Perkongsian matlumat tentang pelajaran atau kerja rumah juga dapat dilakukan dengan
lebih mudah dengan adanya telefon bimbit.

Selain itu, penggunaan telefon bimbit juga dapat merapatkan silaturahim sama ada dengan rakan atau sanak saudara
terutamanya yang berada jauh di perantauan. Kita dapat menelefon orang tersayang bagi mengubati rindu dengan kos
yang tidak terlalu mahal. Lebih-lebih lagi, dengan teknologi 3G, kita dapat membuat membuat panggilan video kepada
orang tersayang. Teknologi sebegini amat penting bagi mengubati rindu selain mengukuhkan silaturahim dalam kalangan
sanak-saudara.

Malangnya, disebalik kebaikan telefon bimbit, ada udang di sebalik batu di sebalik penggunaannya. Hal ini demikian
kerana telefon bimbit dapat memberikan impak negatif terhadap penggunanya. Pertama, kebanyakan orang yang
menggunakan telefon bimbit tidak menggunakannya untuk kebaikan. Hal ini demikian kerana ramai yang menggunakan
khidmat pesanan ringkas untuk tujuan menghantar pesanan ringkas yang tidak berguna seperti memikat seseorang,
menghantar pesanan sekadar menghilangkan kebosanan dan sebagainya. Perkara ini akan membawa kepada
pembaziran dan seterusnya meningkatkan kos sara hidup.Bukan itu sahaja, pelajar sekolah juga dapat menggunakan
telefon bimbit untuk meniru dalam peperiksaan, menganjurkan aktiviti jenayah dan juga menyebarkan video lucah di
sekolah. Perkara sebegini akan menyebabkan keruntuhan moral yang teruk bagi generasi muda negara ini.

Di samping itu, sikap remaja zaman sekarang yang suka bersaing dalam mengejar kecanggihan juga amat
membimbangkan. Hal ini demikian kerana bukan mereka yang menanggung kesusahan tetapi ibu bapa yang perlu
bermandi peluh dalam merealisasikan hasrat anak mereka memiliki telefon bimbit canggih. Bagi golongan yang
berpendapatan menengah rendah, sudah pasti perkara ini menjadi beban kepada mereka. Bagi golongan menengah atas
pula, mereka sering memanjakan anak mereka dengan membelikan telefon pintar atau telefon canggih lain sehingga
mengabaikan tanggungjawab demi pekerjaan semata-mata.

Seterusnya, mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14 negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat,
penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dapat mendatangkan penyakit barah otak. Hal ini demikian kerana
gelombang elektromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit apabila terkena pada sel-sel otak untuk masa yang
berlarutan akan menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan kanser otak.
Perkara sebegini amat membimbangkan terutama kepada usahawan ataupun khidmat pelanggan yang perlu
menggunakan telefon untuk jangka masa yang panjang dalam sehari demi pekerjaan mereka.

Tuntasnya, walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh kita terima daripada penggunaan telefon bimbit, kita juga
akan menerima kesan negatif daripada penggunaan telefon bimbit jika tidak digunakan secara berhati-hati. Jadi,
seseorang perlu bijak dalam menggunakan telefon bimbit agar tidak terlibat dalam kancah pembaziran, jenayah ataupun
dihidapi penyakit kronik.

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik


dalam kalangan masyarakat di negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada
masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana
masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak
menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup
ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk
menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan
semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya
anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang
tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan


semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya
adalah denganmemberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat
patriotik dari bangku sekolahlagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati
dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari
rebungnya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah
semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula,
amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan
negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di
sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid
akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari
dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara
formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam
kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur
dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau
pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-


besaranmelalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat
patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian
Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang
berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan
rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan
rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu
juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama
yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti


yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan
di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan
hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan.
Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum
tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai
bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu
masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan
dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa,
agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi
pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin
perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan
yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang
terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan
yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya
perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang
dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada
generasi yang akan datang.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah
dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan
menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu
yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan
cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak
dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan
negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah
berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat
dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat

Semangat Patriotik
BAHAGIAN B

Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan dalam kalangan masyarakat.
Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing terutama di kawasan bandar.
Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik. Budaya barat diagung-agungkan manakala nilai cinta akan tanah air
sendiri diketepikan. Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-
kanak lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara dan sifat-sifat
patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang
sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan
ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa.
Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka
pada masa hadapan.

Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak. Mereka harus menerapkan semangat
patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka dengan
mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak langsung, perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan
rakyat untuk memberi sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun dengan
pesat dan menjadi negara maju.

Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara
ini semenjak kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya
dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan
syukur terhadap negara serta cinta akan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur
patriotisme kepada kanak-kanak. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia.

Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-
kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan menulis
esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah,
pertandingan kolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan
"negaraku" dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa kanak-kanak
semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.

Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak, kemungkinan
mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotik. Mereka akan
mengagung-agungkan budaya luar negara serta kurang kesedaran untuk mempertahankan maruah negara. Sebaliknya,
mereka akan terpikat oleh dunia di luar dan meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu
melakukan perbuatan tidak setia kepada negara seperti mambakar bendera negara.

Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak.
Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Maka
wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia
semasa Jalur Gemilang dikibarkan.

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME, Patriotisma,

Isu-isu yang berkaitan dengan semangat patriotisme kerap menjadi bahan perbincangan
segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotisme amat penting dalam
konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Tujuan utama
semangat patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan
semangat patriotisme di kalangan semua rakyat. Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan
atau kebaikan semangat patrlotisme di kalangan rakyat.

Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk


dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara
di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau
musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme.
Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah
lagi negara kita.

Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.
Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara.
Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah
pembangunan negara. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan
ini akan mendorong leblh ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya,
kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup
rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.

Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat


patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada
kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat
melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana
yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat
merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.

Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh
kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang
memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang
menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan
ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang
mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti
gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah
adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara
kepada generasi muda.

Di samping itu, semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej
negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara
Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di
kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara
lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa
kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah
negara jiran.

Langkah-langkah untuk Meningkatkan Semangat Patriotik


dalam kalangan Masyarakat

Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering diperkatakan.
Kemukakan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita.

Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita
pada masa kini sering diperkatakan. Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat
yang tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan
bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Justeru., langkah-langkah
yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi duri dalam daging
yang akan menjejaskan kemakmuran negara kita.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialahmemupuk semangat patriotik sejak dari bangku
sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa
Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program
seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan
sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan
terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat
melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan
memburukkan nama negara.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari
anak anak. Ibu bapa harus sentiasamenanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan
dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga mestimenjadi contoh teladan
yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak
ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat
bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah mendapat pendedahan
dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil.

Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-


besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti
televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau
program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang
kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit
Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.semangat patriotik
malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan
negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.
Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan
negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju
yang lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar
semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Contoh Karangan SPM Memupuk Semangat patriotik


Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini. Jelaskan peranan
ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada telah
membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilang kaum iaitu
Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang terbentuk pada
masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat membanggakan.
Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai kerana mereka
mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka. Walau
bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan dunia
sehingga mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat jelas dapat
dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah pembentukan negara
hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok
Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang bersyukur dengan keamanan dan
kemakmuran yang terdapat di negara kita. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh
pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa masyarakat. Persoalannya,
apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama
dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa
seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah.
Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ,
terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat menimbulkan dan
melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul pembentukan
negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Tempat-tempat
bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan sebagainya boleh
dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat yang bersejarah merupakan
langkah bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja dapat menimba ilmu
pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang erat antara keluarga.
Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan amalan setiap kali cuti
persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-
anak. Jelaslah, Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan
yang utama dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah
atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada
anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui
lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel dapat
membantu menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-buku tersebut
mempunyai isi kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas menunjukkan bahawa
usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat penting.
Oleh itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi nilai ilmunya dan bukannya buku-
buku komik yang tidak bermanfaat. Dengan membaca buku-buku berunsurkan patriotisme,
pasti semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku
tersebut hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti, mereka akan sentiasa bersemangat patriotik
dan suka membaca kerana kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke
udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi penawar. Tegasnya, ibu bapa juga
hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah atau buku-buku novel
bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada anak-anak.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi role model atau suri teladan kepada
anak-anak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan dan
pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah
sentiasa menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa
boleh mengibarkan bendera di rumah atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan
sokongan terhadap negara. Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa protes terhadap negara
kerana perbuatan sedemikian hanya akan menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan
betul, tetapi diri sendiri tidak betul.. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh
yang tebaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa
boleh membawa anak-anak menyertai program larian 1 Malaysia, ceramah tentang Sejarah
Negara, atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah melakukan usaha dengan
sepenuh hati agar anak-anak yang dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta akan negara
dan bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak
bagi melahirkan generasi muda yang berwawasan.
Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwa-
peristiwa atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi melahirkan
generasi muda yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Sebagai contohnya, sebelum anak-anak masuk tidur, ibu bapa boleh
membacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak seperti kisah
perjuangan Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain ketika
menentang Inggeris. Ibu bapa bolehl juga menceritakan sendiri pengalaman nenek moyang
terdahulu,betapa mereka menderita dizalimi dan didera semasa zaman penjajahan di negara
kita. Anak-anak yang bijak sudah pastinya dapat membandingkan kehidupan mereka
sekarang berbanding dahulu. Hal ini boleh menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-
anak. Ibu bapa juga boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang
diperlukan untuk bercerita kepada anak-anak. Dengan mempunyai maklumat yang tepat,
anak-anak akan mendapat informasi yang betul dan setelah itu, anak-anak akan sentiasa
teringat-ingat tentang kisah sejarah. Mereka akan belajar sesuatu melalui sejarah lalu
timbullah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa mencari
peluang atau kesempatan untuk menceritakan pengalaman diri atau berbincang dengan anak-
anak mengenai topik-topik berunsurkan negara bagi menerapkan semangat patriotik dalam
jiwa anak-anak. Amalan-amalan ini haruslah dilaksanakan dengan berterusan kerana alah bisa
tegal dek biasa. Anak-anak akan cuba mengingati setiap cerita yang pernah didengarnya
terutama tentang sejarah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu melaksanakan
tanggungjawab dengan baik bagi membentuk jiwa anak-anak yang bersemangat patriotik.
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-
sambutan negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September
dan sebagainya. kita Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik
dapat disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya, apabila anak-anak dapat bersama-sama
mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak serta mendengar cerita-cerita
tentang kesengsaraan para pejuang tanah air untuk memerdekakan negara. Anak-anak dapat
melihat sendiri kemeriahan sambutan kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-
sebab sambutan sebegini diadakan. Kisah disebalik kemewahan dan kedamaian negara akan
dapat dirungkai dan seharusnya dapat menghadirkan keinsafan dalam diri mereka bahawa
banyak harta benda dan nyawa yang harus dikorbankan demi melihat Malaysia gagah seperti
sekarang. Dengan menyertai aktiviti sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untuk
melihat persembahan daripada kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Secara
tidak langsung, perpaduan antara kaum akan tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni
yang bersemangat patriotik. Jelaslah bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak
menyambut hari Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat
patriotik dapat dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan


peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis
Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan bahawa tiada anugerah yang dapat diberikan oleh
seorang ayah kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia. Hal ini amat
jelas membuktikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada
pembinaan personaliti anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab
dan peranan bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta akan negara dan
berwawasan.
Semangat patriotisme dalam kalangan rakyat
Malaysia perlu dipupuk sejak di bangku sekolah.
Bincangkan ciri-ciri rakyat yang mencintai negaranya.
Dalam meniti arus pemodenan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik ini, semangat cinta akan
negara semakin pudar dalam kalangan rakyat. Hal ini tidak sewajarnya berlaku kerana pepatah Arab ada mengatakan
bahawa cinta akan watan itu adalah sebahagian daripada iman. Tanah air adalah sesuatu yang amat besar
maknanya kepada sesuatu bangsa. Semangat patriotisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan kasih sayang
terhadap tanah air sendiri. Oleh itu, setiap rakyat perlulah memiliki ciri-ciri untuk menggalas tugas yang amat besar
dengan menunjukkan taat setia dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang ini.

Rakyat yang mencintai negara akan sentiasa menghormati lagu kebangsaan. Setiap negara mempunyai lagu
kebangsaan tersendiri yang melambangkan kebanggaan dan kedaulatan sesebuah negara itu. Malaysia terkenal dengan
lagu Negaraku. Lagu ini biasanya dinyanyikan oleh setiap warganegara Malaysia semasa majlis-majlis rasmi. Lagu
kebangsaan Malaysia kaya dengan prinsip dan doktrin yang penting untuk memupuk semangat patriotisme. Memetik
kata mantan Presiden Amerika Syarikat , J.F. Kennedy, iaitu " usahlah disoalkan apakah sumbangan negara
kepada kamu sebaliknya tanyalah apakah sumbangan kamu kepada negara?" Perkara ini wajar diaplikasikan oleh
setiap rakyat Malaysia untuk menjadi insan yang berbakti kepada negara. Rakyat Malaysia haruslah berdiri tegak dan
bernyanyi dengan penuh semangat apabila lagu Negaraku didendangkan sebagai tanda hormat dan taat kepada negara.
Izharlah bahawa sebagai rakyat Malaysia yang telah banyak termakan budi kepada negara, kita sepatutnya menunjukkan
perasaan cinta akan negara dengan menghormati lagu kebangsaan.

Selain itu, sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara juga merupakan ciri rakyat yang mencintai negara. Bagi
membentuk sebuah negara yang berdaulat dan bersepadu selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei
1969, Malaysia melalui kebijaksanaan dan kerjasama para pemimpinnya telah melakarkan suatu garis panduan , iaitu
Rukun Negara. Menurut Profesor Syed Huseein al-Attas, "patriotisme ini adalah tiada jaminan yang paling
meyakinkan demi mempertahankan nasib bangsa kecuali memiliki rasa kasih sayang yang tinggi terhadap
negara." Oleh itu, Rukun Negara merupakan salah satu elemen yang vital dalam menunjukkan kasih sayang kita
terhadap negara. Rukun Negara juga merupakan tonggak perpaduan rakyat. Sebagai negara yang berpaksikan ideologi
demokrasi, hak dan kebebasan rakyat hendaklah dihormati. Rakyat perlu sensitif terhadap kepentingan dan nilai
perasaan orang lain, seperti kata peribahasa Melayu , hukum orang memiat daging , sakit di orang sakitlah di awak.
Tamsilnya, setiap rakyat perlu hormat dan taat kepada raja dan negara seperti tertera dalam rukun negara. Rentetan itu,
jelaslah bahawa setiap rakyat perlu menjunjung tinggi nilai-nilai dan falsafah yang terkandung dalam Rukun Negara demi
mewujudkan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Di samping itu, setiap rakyat perlu mengamalkan perpaduan sebagai tanda cinta akan negara. Perpaduan merupakan
aset negara yang amat penting dan merupakan tulang belakang kepada kemajuan negara. Malaysia mempunyai rakyat
yang berbilang kaum. Oleh yang demikian, semua rakyat haruslah sentiasa bersatu padu untuk memupuk perpaduan
yang hakiki dan mengekalkan semangat perpaduan dari generasi ke generasi, persis kata peribahasa Melayu, bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh. Mantan Timbalan Perdana Menteri Britain, John Prescott pernah menyatakan
keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan
tolak ansur dalam amalan agama. Antara contoh cara perpaduan dapat dipupuk adalah melalui amalan kunjung-
mengunjungi pada hari perayaan menerusi amalan rumah terbuka. Hal ini dapat mengeratkan silaturahim di samping
memupuk perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia. Rakyat yang berpatriotik akan sentiasa mengekalkan
perpaduan negara yang sudah sedia terjalin ukhuwah sesama manusia mahupun berlainan bangsa dan agama demi
menyahut seruan "Satu Malaysia" yang sering diuar-uarkan oleh Perdana Menteri malaysia, Dato Seri Najib bin Tun
Abdul Razak. Terbuktilah bahawa setiap rakyat perlu menyedari kepentingan elemen perpaduan kerana perpaduan
merupakan tunjang kejayaan dan kemajuan negara.

Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, kriteria rakyat yang mencintai negara adalah rakyat yang menghormati
pemimpin dan pejuang negara. Setiap rakyat haruslah sedar bahawa disebabkan pemimpin dan pejuang negara, kita
dapat menikmati kemerdekaan pada alaf ini. Kita seharusnya sentiasa menghayati sejarah negara dan menghargai
pemimpin kita. George Santayana pernah berkata bahawa " manusia yang melupai sejarah pasti akan
mengulanginya." Timbalan Naib Kaunselor Universiti Utara Malaysia , Profesor Madya Dr Mohamed Ishak
menyatakan bahawa " patriotisme perlu dinilai dengan subjek sejarah Malaysia yang lebih dinamik dan
penerbitan buku-buku cerita pendek berkisah tentang pejuang-pejuang negara."Menerusi cara ini, anak-anak akan
dididik dari kecil lagi tentang sejarah negara, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, Hal ini akan
menyebabkan mereka menjadi insan yang taat dan berguna kepada negara. Oleh itu, jelaslah bahawa seorang rakyat
yang mencintai negara akan sentiasa menghormati dan menghargai pemimpin serta pejuang negara.

Melihat daripada perspektif lain, rakyat dapat menunjukkan bahawa mereka mencintai negara Malaysia dengan
mengadakan dan menyertai program-program yang berunsur kemerdekaan. Sebagai contoh, setiap rakyat seyogianya
melibatkan diri dalam sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Sambutan-sambutan seperti ini dapat
menyedarkan rakyat kembali kepada jati diri di Malaysia sebenar kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Rakyat Malaysia juga seharusnya berbangga dengan Jalur Gemilang kerana Jalur Gemilang merupakan lambang
kemegahan dan patriotisme kepada negara. Bendera Malaysia haruslah sentiasa dikibarkan sebagai tanda kita
menghargai dan mencintai negara. Oleh hal yang demikian, setiap rakyat haruslah melibatkan diri dalam segala program
berunsur patriotisme yang diadakan agar dapat meningkatkan semangat cinta akan negara yang terdapat dalam sanubari
setiap rakyat Malaysia.

Seterusnya, berusaha memajukan ekonomi dan mengharumkan nama negara di persada dunia juga merupakan ciri
rakyat yang mencintai negara. Setiap rakyat boleh mengharumkan nama negara melalui penglibatan diri dalam beberapa
acara bertaraf dunia atau melakukan sesuatu yang dapat menjadi kebanggaan negara. Dalam konteks ini, Datuk Nicol
Ann David boleh dijadikan idola orang ramai kerana beliau telah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang sukan. Hai
ini jelas menunjukkan semangat cinta akan negara yang terdapat dalam atma Datuk Nicol. Menurut Profesor Emeritus
Khoo Kay Kim, pembangunan sukan popular seharusnya mencapai taraf dunia kerana sukan berupaya menjana
semangat patriotisme dan menyatukan rakyat. Hal ini seiiraslah dengan pencapaian Datuk Nicol atas hasil usaha
beliau, bak kata pepatah, yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Izharlah
bahawa setiap rakyat haruslah berusaha dan memerah keringat untuk menaikkan nama negara di persada dunia.

Sebagai penutup tirai perbincangan, semua rakyat haruslah menjadi golongan ningrat dengan mempunyai semangat
cinta akan negara dan patriotik yang tinggi. Semangat ini merupakan pemangkin kepada kemerdekaan negara yang
sudah mencapai angka lima puluh enam tahun pada hari ini. Ahli falsafah ada menegaskan bahawa paksi kekuatan
sesebuah negara itu terbina di atas paksi para ilmuwan yang berhikmah, para pemimpin yang adil dan rakyat jelata yang
taat setia. Rakyat yang mencintai tanah air ini akan mampu merealisasikan egalitarianisme Malaysia dan bersatu padu
mempertahankan kemakmuran negara. Oleh itu, terbuktilah bahawa rakyat mestilah menanamkan semangat cinta akan
negara yang mendalam agar masa depan negara dapat terpelihara daripada jatuh ke tangan musuh sekali gus
menyebabkan maruah negara tercemar di seantero dunia.

Langkah-langkah untuk Meningkatkan


Semangat Patriotik dalam kalangan
Masyarakat
Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering
diperkatakan. Kemukakan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat
di negara kita pada masa kini sering diperkatakan. Perkara ini amat membimbangkan
apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan sambutan hari
kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia
ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Justeru., langkah-langkah
yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak
menjadi duri dalam daging yang akan menjejaskan kemakmuran negara kita.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialahmemupuk
semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan
semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, melentur
buluh, biarlah dari rebungnya. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan
program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara
ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk
sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan
hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan
masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang
akan memburukkan nama negara.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat
patriotik dalam sanubari anak anak. Ibu bapa harus sentiasamenanamkan
kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara
sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga mestimenjadi contoh teladan yang
baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-
sama anak-anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak
juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan
sebagainya. Oleh itu anak-anak telah mendapat pendedahan dan kesedaran tentang
semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil.

Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara


besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan
semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu,
Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan
radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah
menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik
seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu
media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit Kepong, Paloh,
dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.semangat
patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang


cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa,
agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi
juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai
kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang
lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-
masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan
masyarakat.
Huraikan cara-cara hendak memupuk semangat patriotik atau semangat cinta
akan negara dalam kalangan generasi muda khususnya pelajar-pelajar.
Sejak kebelakangan ini, banyak diperkatakan tentang pemupukan semula semangat
kebangsaan atau nasionalisme dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Gesaan ini memang wajar memandangkan generasi muda khususnya pelajar tidak lagi
bersemangat kebangsaan seperti generasi sebelum merdeka. Lebih tepat kalau
dikatakan semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda kini adalah
longgar, lemah, dan tidak bermaya seperti seseorang yang tidak makan 10 hari. Pada
marcapada yang pesat membangun dalam teknologi maklumat ini, semangat patriotik
adalah penting untuk membina jati yang kental dan kuat agar dapat mewujudkan
perpaduan nasional.

Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja kini.
Pertamanya, mereka hendaklah digalakkan untuk mengenali tokoh-tokoh yang memperjuang untuk
kemerdekaan negara dan mereka juga hendaklah didedahkan kepada jasa-jasa serta pengorbanaan pejuang tanah
air kita agar golongan remaja kita sedar dan insaf, bak kata pepatah Tak kenal maka tidak cinta.Kalau
generasi muda tahu akan pahit maung dan susah payahnya tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuangkan
kemerdekaan negara , tentunya mereka tidak tergamak menghancurkan keamanan dan kemakmuran yang
dikecapi kini dengan tindakan-tindakan negatif.

Pihak sekolah pula hendaklah menanam semangat cinta akan negara dalam diri setiap pelajar dengan
mrnyelitkan kecintaan kepada bangsa dan negara dalam setiap subjek seperti , bekerjasama, tolong-menolong,
bertoleransi serta berbudi bahasa. Para pendidik hendaklah menggunakan beberapa minit daripada jadual
pengajaran sesuatu mata pelajaran untuk menanamkan semangat kecintaan kepada bangsa dan negara.
Pendidikan perlu menyuntik semangat juang dan keyakinan diri dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu
didedahkan dengan semangat Malaysia Boleh seperti yang dilakukan oleh Datuk Azhar Mansur dan para
pendaki Gunung Everest. Semangat cinta akan negara juga hendaklah dipupuk pada peringkat awal
persekolahan lagi.Ibu bapa hendaklah mengasuh anak-anak mereka supaya menghormati keutuhan dan
kedaulatan negara.

Selain itu,generasi muda hendaklah digalakkan melawat tempat-tempat bersejarah. Pemerhatian mereka kepada
kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk mempertahankan negara daripada
ancaman musuh. Misalnya, kunjungan ke tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan
mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis,Belanda dan Inggeris.

Di samping itu,golongan muda juga perlu selalu didedahkan kepada Jalur Gemilang yang berkibar megah pada
sepanjang masa dan perayaan Hari Kebangsaan setiap tahun itu sepatutnya dijadikan wadah untuk
memperbaharui azam mempertahan kemerdekaan pada masa depan. Mereka perlu diberi kesedaran betapa
pentingnya erti kemerdekaan terhadap sesebuah negara.

Seterusnya,mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik terutama lagu Negara untuk
menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara.Pihak -pihak yang tertentu seperti Persatuan Sejarah Malaysia
hendaklah menganjurkan pertandingan menulis esei bertemakan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan
generasi muda. Peraduan seperti ini akan memberi kesempatan kepada golongan muda untuk mengumpulkan
bahan-bahan sejarah yang banyak dalam akhbar-akhbar. Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini secara tidak
langsung akan mencelikkan mereka kepada sejarah perjuangan generasi silam demi kemerdekaan negara
daripada belenggu penjajah.

Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memupukkan semangat cinta akan negara dalam setiap orang rakyat,
khususnya dalam kalangan remaja supaya dapat melahirkan seorang modal insan yang cinta akan negara dan
pemimpin yang berwibawa untuk masa yang akan datang.
SEMANGAT PATRIOTISME
PUNCA LUNTUR SEMANGAT PATRIOTISME
1. Kurang kesedaran tentang kepentingan semangat patriotisme pada masa hadapan
2. Lebih mementingkan kekayaan hidup daripada menitikberatkan semangat patriotisme
3. Terlalu mengagungkan ideologi Barat
4. Kurang menekankan semangat patriotik di sekolah pendidikan berorientasikan peperiksaan
5. Kempen kesedaran yang kurang berkesan - bermusim dan hangat-hangat tahi ayam

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME


1. Dapat memastikan kemerdekaan negara terpelihara
2. Dapat membentuk identiti negara dengan bebas
3. Dapat menikmati kemajuan negara
4. Dapat menjamin keharmonian negara
5. Dapat mengekalkan perpaduan nasional

LANGKAH PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISME


1. Peranan ibu bapa mempraktikkan semangat patriotisme untuk diteladani oleh anak-anak
2. Kempen berterusan dan efektif daripada kerajaan dan badan swasta
3. Penubuhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
4. Mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan semangat patriotisme di sekolah
5. Penekanan diberikan kepada kepentingan mempelajari sejarah negara

Tugasan Ciri-ciri Rakyat yang Mencintai Negara


1. Menghormati Lagu Negaraku
2. Mendukung Prinsip Rukun Negara
3. Mengamalkan Perpaduan

RANGKA KARANGAN:

Pendahuluan:
Pepatah Arab - cinta akan watan itu adalah sebahagian daripada iman (AR)
tanah air adalah sesuatu yang amat besar maknanya kepada sesuatu bangsa (AR)
Setiap rakyat perlulah memiliki ciri-ciri untuk menggalas tugas yang amat besar - memberikan taat setia dan kasih
sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap negara (AA)
Isi-isi:

Isi 1: Menghormati Lagu Negaraku (AI)

Setiap negara mempunyai lagu kebangsaan - melambangkan kebanggaan dan kedaulatan sesebuah negara itu
(AH)
Malaysia terkenal dengan lagu Negaraku (AH)
Kaya dengan prinsip dan doktrin penting untuk memupuk semangat patriotisme (AH)
Meminjam kata mantan Presiden Amerika Syarikat, JF Kennedy, iaitu Usahlah disoal apakah sumbangan negara
kepada kamu, sebaliknya tanyalah, apakah sumbangan kamu kepada negara?
Berdiri tegak apabila lagu Negaraku dinyanyikan sebagai tanda hormat (AC)
Sebagai rakyat yang telah banyak termakan budi kepada negara, kita sepatutnya menujukkan taat setia kepada
negara dengan menghormati lagu kebangsaan (AKI)

Isi 2: Mendukung Prinsip Rukun Negara (AI)

Membentuk sebuah negara yang berdaulat dan bersepadu (AH)


Malaysia melalui kebijaksanaan para pemimpinnya telah melakarkan suatu garis panduan iaitu Rukun Negara
(AH)
Menjadi tonggak panduan untuk rakyat (AH)
Sebagai negara yang berpaksikan ideologi demokrasi, hak dan kebebasan rakyat hendaklah dihormati - perlu
sensitif terhadap kepentingan dan nilai perasaan orang lain seperti kata peribahasa, hukum orang memiat daging, sakit di
orang sakitlah di awak
(AH)
Contohnya - Malaysia mengamalkan sistem beraja yang sentiasa dijadikan tonggak perpaduan - rakyat Malaysia
perlu menghormati raja (AC)
setiap rakyat perlulah lebih sensitif dan sentiasa menjunjung tinggi nilai-nilai dan falsafah yang terkandung dalam
Rukun Negara demi mewujudkan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka (AKI)
Isi 3: Mengamalkan Perpaduan (AI)

merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan tulang belakang kepada kemajuan negara (AH)
mempunyai rakyat yang berbilang kaum - berusaha untuk memupuk perpaduan yang hakiki dan mengekalkan
semangat perpaduan dari generasi ke generasi (AH)
Mantan Timbalan Perdana Menteri Britain, John Prescott pernah menyatakan keinginan Britain mempelajari
pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur dalam amalan beragama.
(AH)
dapat dipupuk melalui amalan kunjung-mengunjungi pada hari perayaan menerusi amalan rumah terbuka
mengeratkan hubungan silaturahim di samping dapat memupuk perpaduan tanpa mengira darah dan warna kulit (AC)
perlu menyedari kepentingan elemen perpaduan kerana perpaduan merupakan tunjang kejayaan dan kemajuan
negara. (AKI)
PENUTUP

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung - ungkapan penting untuk menanamkan semangat sayang dan cinta
akan negara (AR)
Ahli falsafah ada menyatakan bahawa paksi kekuatan sesebuah negara itu terbina di atas paksi para ilmuwan yang
berhikmah, para pemimpin yang adil dan rakyat jelata yang taat setia. (AR)
haruslah menanamkan semangat cinta akan negara yang mendalam (ACdgn)
masa depan negara dapat terpelihara daripada jatuh ke tangan musuh dan maruah negara akan gah di seantero dunia.
(AHrpn)

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam


kalangan masyarakat di negara kita.

Karangan Contoh

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa
ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini demikian kerana, masing-masing sibuk
dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada
pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk
mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-
mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak mempedulikan
sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera
Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan
memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi.
Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa
Melayu, Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya semangat patriotik
dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan
dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan
masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan
memburukkan nama negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di
institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan
menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran
tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji
dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang
demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah
selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran


melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat di negara kita. Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping
media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain,
televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan
semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan
negara. Selain itumedia elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit
Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang


bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat
agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan
juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada
peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan
Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik
dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat
yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja
dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di
negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-
pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman
politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka
yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan
menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan
titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh
hati. Hal ini penting kerana kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan
dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah
pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberikan
makna lagi kepada generasi yang akan datang. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk
memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian
kerana semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya
dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.

Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat,
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Sekiranya semangat patriotik tidak dapat
dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan
menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan
memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan
dalam kalangan masyarakat.

Sejak belakangan ini ,semangat patriotisme dikatakn semakin luntur terutamanya golongan
remaja. Hal ini membimbangkan semua pihak, terutamanya pihak kerajaan. Oleh itu, semua pihak
perlulah mengambil langkah- langkah yang drastik dan berkesan untuk meningkatkan semangat ini.

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mengatasi masalah ini. Ibu bapa harus
menjadi teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa hendaklah membeli barangan
buatan Malaysia, dan sentiasa mendidik dan mengasuh anak mereka tentang kepentingan untuk membeli
atau mengguna barangan buatan Malaysia. Bak kata pepatah, bapa borek, anak rintik. Selain itu, ibu bapa
juga perlu membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan semangat patriotisme bersama dengan anak-
anak mereka sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Selain itu, kerajaan juga perlu menyiarkan rancangan-rancangan yang berkaitan dengan semangat
petriotisme melalui media massa seperti radio, televisyen ataupun internet. Cara ini bukan sahaja cepat
disampaikan kepada golongan remaja malahnya dapat disampaikan kepada golongan remaja dalam
seluruh negara. Hal ini kerana golongan remaja masa kini selalu terlibat dalam media massa. Bukan itu
sahaja, menyebarkan semangat patriotisme melalui media massa boleh meningkatkan minat dalam
golongan remaja supaya berkesan dalam meningkat semangat petriotisme.

Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga haruslah memasukkan isu-isu yang
berkaitan dengan semangat patriotisme ke dalam Pendidikan Moral ataupun Pendidikan Sivik. Selain itu,
guru-guru juga harus menerangkan kepentingan semangat patriotisme kepada pelajar termasuklah
pelajar sekolah rendah. Hal ini dapat menjadikan remaja yang seterusnya akan mengambil hati terhadap
semangat patriotisme. Hal ini dapat menjadikan mereka mengenang budi dan jasa tokoh-tokoh yang
berusaha memperjuangkan kemerdekaan kepada negara kita supaya mereka tidak akan bagai kacang
melupakan kulitnya.
Akhirnya, semua rakyat Malaysia haruslah bekerjasama untuk mengamalkan sikap yang
menyokong barangan keluaran Malaysia. Hal ini amat penting kerana remaja akan mengikuti sikap ramai
orang . Kecuali itu, kedai runcitataupun pasar raya dan sebagainya haruslah lebih sokong kepada
barangan buatan Malaysia dengan menjual barang keluaran Malaysia untuk meningkatkan semangat
patriotisme. Hal ini amat penting kerana telah memberi peluang kepada pemberi untuk menyokong
barangan buatan Malaysia serta mengingatkan pengguna menggunakan barangan buatan Malaysia.

Tuntasnya, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing mengambil pelbagai
strategi untuk mengatasi masalah keruntuhan semangat patriotisme supaya ekonomi negara dimajukan
serta menjadikan negara cemerlang, gembilang, dan terbilang.

Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar


Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia
banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini
seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung
sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian
juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita
suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit
sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak
dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan
nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi
dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan
kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita
akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh
kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik.
Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah
tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang
dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa.
Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah
berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan
kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal
dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-
pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir.
Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit.
Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan
menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut
melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah
keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan
bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan
serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di
rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang
boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat
diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air
sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan
mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain
seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana
kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia,
masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga
keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber
makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat
haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut
seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat
menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan
sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi
sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat
hidupan darat dan air terpelihara.
Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah
masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing.
Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan
dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat
memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada
masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan,
sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan,
keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah
bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat
ditingkatkan dalam kehidupan kita.

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar


Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di
permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan
menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit
sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan
menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan
kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita
menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk kesihatan.
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain
itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang
disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam
keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti
luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti
riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia
akan terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin
keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu
menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan.
Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar.
Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan
baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan
peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri.
Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi
teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga
yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang
batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi
manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan
fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam
mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan
biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada
angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran
alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan
kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah
penting untuk mengelakkan kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta
badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan
sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis.. Penghutanan semula
dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan
spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar
yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor akan
meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes
boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan
banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan
kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar
adalah penting.

Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang
cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke
negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran
wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang
perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran di
negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap
alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada
hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukanoleh
pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar,
bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan
pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam
sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari
dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama

dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan

laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah

melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan

pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa

sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran

alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini

termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media massa

memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah

lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di
televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga

atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui

tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka

untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang

isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini

dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media

tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-

kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan

sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam
sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi

pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar

semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan

dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti

penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan.

Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula

kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi

seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula

diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat

menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus

Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam

sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan

cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di

antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar

dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam

sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam

sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar .


Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk

mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal

dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan

minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu,

dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan

dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu

akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.

Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong

asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal

ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan

bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya

menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga

dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan

haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan

yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.

Langkah-langkah memulihara alam sekitar dalam kalangan


masyarakat.
Menjelang abad ke-21, apabila masyarakat kita semakin maju, kita dapati bahawa
tapak bumi ini telah menjadi mangsa dalam arus kemodenan ini. Sering meniti dari bibir ke
bibir masyarakat mengenai isu pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran air, udara dan
darat. Antaranya, isu jerebu yang mengancam negara kita sejak beberapa tahun
kebelakangan telah menjadi topik hangat yang dibincangkan dari kedai kopi hingga ke
parlimen. Kalau tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang. Sikap manusia zaman
moden yang asyik mengejar fatamorgana sehingga mengabaikan isu pencemaran alam
sekitar, merupakan faktor yang menyebabkan keadaan ini semakin merosot. Sekiranya
keadaan ini dibiarkan, manusialah yang akan menerima padahnya pada suatu hari nanti.
Memandangkan keadaan ini, maka pelbagai langkah drastik perlulah diambil sebelum nasi
menjadi bubur. Persoalannya, apakah langkah yang boleh diambil untuk memulihara alam
sekitar? Jawapannya terletak pada kita semua.

Antara langkah memulihara alam sekitar ialah dengan mengadakan aktiviti gotong-
royongmembersihkan kawasan persekitaran. Gotong-royong ini boleh dilakukan dalam
kelompok yang kecil iaitu hanya melibatkan ahli keluarga ataupun dalam bentuk kelompok
yang besar yang melibatkan masyarakat atau agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Peribahasa sepakat membawa berkat membuktikan sekiranya kita mengadakan aktiviti
gotong-royong, kita dapat membersihkan kawasan persekitaran kita agar alam sekitar kita
lebih bersih dan secara tidak langsung dapat menjamin kesihatan diri, keluarga dan
masyarakat. Antara aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan untuk memulihara alam
sekitar ialah membersihkan kawasan perumahan, kawasan pantai, kawasan rekreasi dan
sebagainya. Jelaslah, bahawa aktiviti gotong royong adalah salah satu cara untuk
memulihara alam sekitar.

Perancangan dan pengurusan sisa yang sistematik merupakan salah satu langkah yang
dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dengan efektif. Masyarakat perlulah
mempraktikkan program 3R dalam kehidupan seharian iaitu program yang dikenali sebagai
Reduce, Reuse, Recycle. Reduce ialah usaha mengurangkan penggunaan bahan sumber
yang terhad. Dalam erti kata lain, masyarakat haruslah berjimat cermat dalam
menggunakan bahan sumber yang saban hari kian berkurangan seperti petroleum dan arang
batu. Reuse pula ialah usaha menggunakan semula bahan-bahan buangan secara terus
atau mengubah fungsi bahan tersebut dengan mereka cipta barangan baru. Hal ini dilakukan
untuk menjimatkan bahan sumber sekali gus mengurangkan sampah sarap yang boleh
menyebabkan pencemaran alam sekitar. Dalam pada itu, masyarakat perlu mempraktikkan
amalan kitar semula iaitu mengguna semula bahan baru. Contohnya, masyarakat boleh
menjual surat khabar dan majalah lama untuk di kitar semula. Hal ini bukan sahaja dapat
mengurangkan sampah malah dapat menjimatkan kos untuk pelupusan sampah. Bak kata
pepatah, berjimat sebelum kena, ingat sebelum habis. Oleh itu, masyarakat haruslah
sentiasa peka terhadap isu-isu pencemaran alam sekitar untuk mengelakkan pencemaran
daripada menjadi semakin serius.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar
ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian
kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain akan
mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Apa yang
dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu
kesan yang paling ketara dan serius. Akibat daripada penggunaan racun serangga dan
pendingin hawa, berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh klorofluro
karbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat
mudah dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan
sebagainya. Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa
mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos perbelanjaan hospital. Oleh itu,
penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat
menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan. Tegasnya, langkah menangani masalah
pencemaran alam sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam
kehidupan kita.
Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar di negara kita haruslah ditangani
dengan segera dan usaha ini memerlukan kerjasama padu daripada semua pihak. Alam
sekitar telah dianugerahkan dan diamanahkan oleh Tuhan kepada manusia. Manusia
haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab kerana alam sekitar tidak sepatutnya
dikorbankan dalam arus pemodenan dan pembangunan sesebuah negara. Seandainya
masalah ini dibiarkan, kesannya akan memudaratkan manusia itu sendiri walaupun hidup
dalam kemewahan. Adakah pemodenan negara lebih penting daripada keindahan alam
sekitar? Adakah kita menginginkan kemewahan hidup semata-mata tanpa mengharapkan
kesihatan? Tepuk dada tanyalah selera. Dengan itu, penjagaan dan pemuliharaan alam
sekitar daripada pencemaran memerlukan kerjasama, kesedaran dan keprihatinan daripada
setiap lapisan masyarakat. Mudah-mudahan generasi akan datang dapat menikmati
keindahan dan kelestarian alam sekitar yang dianugerahkan kepada manusia.

Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah,
menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan dari aspek yang
sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa
perubahan secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk
kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut
dan untuk masalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar.

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah pencemaran
alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas
kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah
individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan
keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila
mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada
seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor
dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan
operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada
kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus
ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan
mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis
udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik
kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam
sekitar yang mereka cipta sendiri.

Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan
atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan
secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan
bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari
pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan
bunyi yang akan dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan
menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut
mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh
terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk
projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang
berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan
ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar.
Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan kapal
terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar
seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan
asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup
masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut
meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang
selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju
berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan
bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya
menjejaskan sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil
oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang berhampiran
dengan lapangan terbang boleh menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan
bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran
alam sekitar.

Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara
terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan
hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman semula sememangnya
sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak
sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan
kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi
menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Inilah sebenarnya akibat
daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran
alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.

Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga menjadi salah
satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya
membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan
mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut dan
bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting
untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada
pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat
yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai
aspek-aspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin
membimbangkan pada masa kini.

Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil langkah
serius oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar baik
daripada pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi memastikan kehidupan dibumi ini
terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran yang semestinya membahayakan dan mengancam
kesihatan serta kehidupan flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat
serta bebas dari pencemaran alam sekitar.

Karangan Tema Pelancongan

1) Peranan pelbagai pihak untuk menggalakkan industri pelancongan di Malaysia.

Dasawarsa, sektor pelancongan telah diiktiraf sebagai antara penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
negara. Hal ini terbukti apabila Kementerian Pelancongan melaporkan bahawa sebanyak 30 juta pelancong asing telah
berkunjung ke Malaysia pada tahun 2011 dan berjaya menjana pendapatan sebanyak RM40 bilion. Bagi tujuan promosi
pula, sebanyak RM150 juta telah diperuntukan untuk mempromosikan Malaysia di luar negara. Oleh yang demikian, bagi
memastikan sektor pelancongan terus mekar, pelbagai pihak perlu memainkan peranan yang aktif untuk berganding bahu
memajukan sektor ini.
Dalam usaha untuk memasarkan jenama Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang patut dikunjungi,
kerajaan melalui pelbagai agensinya begitu agresif mempromosikan produk pelancongan kepada warga dunia kerana
kata orang tak kenal, maka tak cinta. Tamsilannya, baru-baru ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
telah menganjurkan acara Malaysian Kitchen di kota London untuk memperkenalkan kepelbagaian makanan tempatan
kepada warga Britian. Acara ini didapati telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga negara berkenaan.
Selain itu, Kementerian Pelancongan juga aktif menyertai pameran-pameran pelancongan terutama di pasaran baharu
yang berpotensi besar seperti negara-negara Timur Tengah dan Eropah Timur. Tuntasnya, promosi yang telah diatur
sudah pasti akan merancakkan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada masa yang sama juga kerajaan sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk pelancongan negara
agar tidak terlalu bergantung kepada produk sedia ada. Marcapada, terdapat pelbagai produk pelancongan yang cuba
diteroka dan dimajukan untuk memenuhi citarasa pelancong yang pelbagai kerana rambut sama hitam, hati lain-lain.
Antara lain, kerajaan mula menonjolkan pelancongan sukan melalui penganjurkan banyak acara sukan bertaraf
antarabangsa seperti Formula One dan Tour De Langkawi. Malahan, kerajaan tidak ketinggalan memajukan sektor
ekopelancongan lantaran kekayaan khazanah alam semula jadi di Malaysia seperti Taman Negara Belum dan Taman
Negara Kinabalu yang telahpun diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tidak ketinggalan, kerajaan juga
menggalakkan agropelancongan menerusi acara-acara sepeti Pesta Buah-buahan Tempatan dan Pesta Flora. Dalam
tempoh terdekat ini pula, kerajaan telah bersedia untuk memajukan pelancongan kesihatan lantaran kemajuan negara
dalam bidang perubatan. Di samping itu, pelancongan pendidikan turut disediakan bagi menarik minat pelajar asing
menimba ilmu di menara gading tempatan yang menawarkan pelbagai kursus bertaraf dunia. Deduksinya, produk
pelancongan yang pelbagai ini amat sesuai dengan moto Kempen Zoom Malaysia, iaiatu Segala-galanya terdapat di
Malaysia.

Selain kerajaan, para pengusaha pelancongan telah diseru agar meningkatkan kualiti perkidmatan mereka.
Oleh yang demikian, operator pelancongan perlu bergerak seiring dengan prakarsa kerajaan menarik kemasukan
pelancongan dengan memastikan perkhidmatan yang ditawarkan selari dengan harapan pelancong yang datang. Kita
tidak mahu senario, indah khabar dari rupa akan menjahanamkan usaha promosi yang telah dilakukan. Maka, para
pengusaha tempat penginapan hendaklah menyediakan kemudahan yang kondusif selari dengan kehendak pelancong
sama ada melibatkan hotel bertaraf lima bintang mahu pun penginapan inap desa. Seterusnya, para pengusaha
pengangutan awam seperti pemandu teksi dan bas pelancongan diingatkan agar menyediakan perkhidmatan pada kadar
yang berpatutan dan memberikan layanan yang mesra kepada para pelancong. Sikap buruk sesetengah pengusaha
perkhidmatan pengangkutan awam amat kita kesali kerana telah merosakkan imej negara. Kita tidak mahu kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga. Tidak kurang penting ialah kebersihan tandas-tandas awam perlu dititikberatkan kerana
elemen berkenaan akan menggambarkan mentaliti rakyat tempatan. Tegasnya, pengusaha pelancong yang bertindak
sebagai barisan hadapan industri pelancongan wajar menyediakan perkhidmatan yang bertaraf dunia sesuai dengan taraf
negara sebagai negara membangun yang sedang menuju ke arah sebuah negara maju.

Tidak dapat kita nafikan bahawa masyarakat setempat menjadi tulang belakang kepada usaha mengangkat
nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia. Oleh itu, mahajana hendaklah menyokong aktiviti pelancongan
domestik kerana bertepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi. Sementalahan pula, sebagai tuan rumah kepada para
pelancong, warga tempatan hendaklah mempamerkan sikap ramah dan berbudi bahasa bagi memastikan para
pelancong selesa dan berasa kehadiran mereka dialu-alukan. Di samping itu, jika merancang untuk bercuti dan
melancong, rakyat tempatan hendaklah menjadikan destinasi pelancongan tempatan sebagai pilihan. Mereka janganlah
bersikap seperti kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan apabila terlalu taksub untuk melancong ke luar
negara. Intihanya, warga tempatan diharapkan agar lebih bersikap patriotik untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara
menerusi sektor pelancongan.

Konklusinya, budaya bahu-membahu antara pihak kerajaan, swasta, dan warga tempatan penting demi
kelangsungan sektor pelancongan domestik. Kita berkeyakinan bahawa pada masa akan datang adalah tidak mustahil
industri pelancongan tempatan akan standing dengan negara-negara yang telah sedia tersohor dalam bidang
pelancongan. Oleh itu, kita berharap agar destinasi pelancongan seperti Pulau Langkawi akan setanding dengan Pulau
Bali di Indonesia. Akhirul kalam, impak daripada kemakmuran sektor pelancongan sudah pasti akan menguntungkan
rakyat tempatan yang akan menerima tempias limpahan rezekinya.

2) Faedah/ Kepentingan/ Kelebihan melancong dalam negara.


Kata orang, Jauh berjalan, luas pandangan yang bermaksud semakin banyak kita mengembara, maka
semakin banyaklah pengalaman yang ditimba. Oleh itu, ada orang yang suka melancong ke luar negara untuk melihat
budaya dan rupa bentuk bumi negara orang. Namun begitu, yang menjadi tanda tanya, wajarkah kita mengenepikan
destinasi pelancongan di negara sendiri apabila berhajat untuk berdarmawisata? Oleh yang demikian, kita harus sedar
bahawa banyak kemaslahatannya jika kita sebagai warga Malaysia melancong dalam negara.

Sedar atau tidak, apabila kita melancong dalam negara, kita sebenarnya berpeluang untuk mengenali dengan
lebih dekat akan destinasi pelancongan, kebudayaan, dan warisan negara. Tamsilannya, negara kita kaya dengan
pelbagai keindahan khazanah alam semula jadi seperti Taman Negara Mulu, Taman Negara Kinabalu, Melaka Bandar
raya Bersejarah, dan Georgetown yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Sementelahan pula,
masyarakat majmuk di negara kita telah mewujudkan kepelbagaian budaya dari segi kesenian, perayaan, dan makanan.
Dengan kata lain, kita akan lebih memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum rakyat Malaysia jika melancong
dalam negara. Oleh yang demikian, akan timbullah perasaan bangga dan cinta akan tanah air. Pendek kata, usahlah kita
bersikap seperti lembu yang sentiasa melihat rumput di seberang lebih hijau daripada rumput-rumput yang sedang
diragut.

Di samping itu, pertambahan bilangan pelancong domestik mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Hal
ini, secara tidak langsung akan menambah peluang pekerjaan dan perniagaan. Misalnya, industri perhotelan, taman
tema, restoran, dan pusat beli-belah yang sinonim dengan industri pelancongan akan menawarkan banyak peluang
pekerjaan dan perniagaan jika sektor ini berkembang. Pelbagai bidang kerjaya boleh dicipta daripada bahagian
pengurusan hinggalah ke bahagian khidmat pelanggan. Buktinya, sektor pelancongan telah berjaya menjana pendapatan
sebanyak RM40 bilion keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2011. Izharnya, bagi menjamin sektor ini terus
menyumbang kepada KDNK, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada kemasukan pelancong asing yang dipengaruhi
oleh banyak faktor seperti wabak penyakit dan keselamatan global. Tuntasnya, pelancong tempatan memberikan impak
yang besar kepada kemajuan industri pelancongan domestik.

Jika kita renungkan sejenak, kita akan mendapati bahawa apabila kita melancong dalam negara kita dapat
menjimatkan kos. Realitinya, jika berhajat untuk melancong ke luar negara, kita memerlukan bajet yang besar untuk
tambang pengangkutan, tempat penginapan, dan makan minum. Hal ini, akan lebih membebankan jika melibatkan kadar
tukaran wang kerana kadang kala negara yang ingin kita lawati, kadar tukaran wangnya lebih tinggi daripada mata wang
kita misalnya, Jepun, Korea, Singapura dan Britian. Kelebihan yang kita peroleh apabila melancong dalam negara ialah
ghalibnya kita diberikan potongan harga atau diskaun oleh pihak hotel atau pihak pengurusan taman tema. Malahan, kita
boleh memandu kenderaan sendiri untuk bergerak dari suatu destinasi ke suatu destinasi, bukankah itu akan
menyelamatkan bajet kita. Deduksinya, jika hendak melancong ukurlah baju di badan sendiri kerana jika kita melancong
dalam negara, kita tidak perlu berbelanja besar.

Tambahan pula, aktiviti melancong dalam negara mampu menjadi wadah untuk merapatkan hubungan
kekeluargaan. Hal ini disebabkan kos melancong dalam negara yang secara relatifnya lebih murah daripada melancong
ke luar negara. Oleh itu, ibu bapa boleh membawa ahli keluarga dalam bilangan yang lebih besar, terutamanya anak-
anak. Pada kesempatan ini, sambil berseronok mengunjungi pelbagai destinasi pelancongan pilihan, ibu bapa dapat
meluangkan masa dengan anak-anak dan sekali gus akan memperkukuh ikatan kekeluargaan ibarat sambil menyelam
minum air. Ringkasnya, ketika musim cuti sekolah, ibu bapa ambillah peluang yang ada untuk membawa anak-anak
melancong untuk menyuburkan ikatan ukhuwah antara ahli keluarga kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya.

Konklusinya, pelancong domestik mampu memacu kepada iklim ekonomi yang memberangsangkan. Pada
masa yang sama dapat menyemai semangat patriotik yang seterusnya memperkukuh jati diri rakyat tempatan. Oleh itu,
pelbagai prakarsa untuk memajukan industri pelancongan domestik hendaklah disokong oleh warga tempatan demi
kelestarian industri berkenan. Janganlah kita menjadi sokong yang membawa rebah. Akhirul kalam, melanconglah agar
kita tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

3) Kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.


Marcapada, sektor pelancongan telah diiktiraf sebagai antara penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
negara. Hal ini terbukti apabila Kementerian Pelancongan melaporkan bahawa sebanyak 30 juta pelancong asing telah
berkunjung ke Malaysia pada tahun 2011 dan berjaya menjana pendapatan sebanyak RM40 bilion. Bagi tujuan promosi
pula, sebanyak RM150 juta telah diperuntukan untuk mempromosikan Malaysia di luar negara. Statistik yang ditunjukkan
menunjukkan bahawa negara kita semakin mendapat tempat dalam kalangan warga asing untuk dilawati. Persoalannya,
apakah keistimewaan Malaysia yang menyebabkan pelancong asing memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan
mereka?

Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia memiliki pelbagai tempat yang menarik yang mampu menggamit
kedatangan pelancong asing. Kita berasa bertuah kerana bumi tercinta ini memiliki pantai yang memutih dan indah
dengan udaranya yang nyaman seperti Pantai Chenang di Langkawi, Pantai Teluk Chempedak di Pahang dan Pantai
Karambunai di Sabah. Bagi pencinta hidupan marin, maka sudah pasti mereka boleh memilih destinasi selaman yang
diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai antara yang tercantik di dunia seperti Pulau Sipadan di Sabah dan Pulau
Perhentian di Terengganu. Selanjutnya, untuk para pencinta alam semula jadi, Malaysia mempunyai hutan rimba yang
berusia jutaan tahun, tamsilannya Hutan Belum di Perak, Mensilau-Basin di Sabah dan Hutan Endau-Rompin di Pahang.
Sementelahan, Bandar raya Bersejarah Melaka dan Georgetown yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh
UNESCO menjanjikan keterujaan kepada para pelancong yang menyukai tempat-tempat bersejarah dan kehalusan
estetika dalam seni bina silam. Pendek kata, macam-macam ada di Malaysia!

Keistimewaan Malaysia yang seterusnya ialah masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kamu dan
latar belakang mewujudkan pelbagai budaya yang mewakili setiap kaum dari seluruh Asia. Fenomena inilah yang
menyebabkan Kementerian Pelancongan telah memilih slogan Malaysia Truly Asia atau Malaysia ialah Asia sebagai
slogan untuk Kempen Pelancongan. Suatu perkara yang tidak dapat disangkal ialah warna-warni kebudayaan rakyat
Malaysia dari segi sambutan hari-hari perayaan, pakaian, makanan, kesenian dan pertuturan sudah pasti memberikan
pengalaman yang berbeza kepada para pelancong, contohnya sambutan Citrawarna Malaysia dan Malaysian Kitchen
memberi ruang untuk para pelancong memahami kebudayaan rakyat Malaysia. Tegasnya, para pelancong asing hanya
perlu ke Malaysia jika mahu mengenali kebudayaan masyarakat di Asia.

Selain itu, salah satu daya tarikan yang ada di Malaysia ialah kemudahan infrastruktur yang kondusif untuk para
pelancong seperti sistem pengangkutan dan tempat penginapan. Bagi memudahkan para pelancong dari luar, syarikat
penerbangan nasional, iaitu Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia bersedia untuk membawa pelancong dari serata
dunia ke destinasi pelancongan di Malaysia. Di samping itu, jaringan lebuh raya dan rel seperti sistem transit aliran
ringan (LRT), komuter, dan monorel menyenangkan mobiliti para pelancong. Manakala, dari segi tempat penginapan
terdapat pelbagai kategori berdasarkan bajet masing-masing tersedia, daripada hotel bertaraf lima bintang, motel, inap
desa hinggalah asrama yang berkos rendah. Intihanya, kemudahan prasarana yang berkualiti telah memastikan para
pelancong selesa berada di negara kita.

Satu lagi elemen yang tidak kurang penting ialah sikap rakyat Malaysia yang ramah dan berbudi bahasa.
Keramahan warga tempatan menyebabkan warga asing berasa bahawa kehadiran mereka sangat dialu-alukan di negara
ini. Malah, para pelancong juga berasa selamat ketika melancong di sini disebabkan mereka mudah untuk mendapatkan
bantuan jika menghadapi sebarang masalah. Sikap rakyat Malaysia itu menyebabkan pelancong asing terdorong untuk
berkunjung berkali-kali ke Malaysia. Izharlah bahawa, mahajana ibarat duta kecil yang berperanan untuk menjaga imej
negara di mata para pelancong.

Kesimpulannya, Malaysia berpotensi untuk menjadi destinasi wajib kepada warga asing yang mahu
berdarmawisata. Oleh yang demikian, kerjasama antara semua pihak sama ada pihak kerajaan, swasta dan orang ramai
harus diperkukuh demi kelangsungan industri pelancongan di negara ini kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya. Tuntasnya, kita berharap kedatangan pelancong asing ke negara kita akan bertambah tahun demi tahun
sejajar dengan pelbagai usaha yang dilakukan bagi menarik mereka untuk berkunjung ke sini.

Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara yang diperoleh
melalui pengaliran masuk wang asing. Malaysia juga terkenal dengan destinasi hub halal dan menjadi
tumpuan pelancong asing terutamanya, Asia Barat, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Keindahan panorama
dengan pasir yang memutih dan laut yang membiru sering menggamit pelancong datang ke negara ini.
Buktinya, industri pelancongan Malaysia merekodkan purata kemasukan pelancong asing sebanyak dua juta
setahun. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan
di Malaysia.
Usaha yang pertama ialah kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi, selesa, jimat dan
mudah. Hal ini demikian kerana, kemudahan ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada
pelancong. Sebagai contoh, kementerian pengangkutan bekerjasama dengan kementerian pelancongan untuk
menyediakan perkhidmatan seperti bas dan teksi dengan kadar yang berpatutan serta cekap dan efisien.
Pihak perhotelan pula seharusnya menyediakan penginapan hotel yang selesa dan mengenakan bayaran
yang berpatutan. Syarikat pelancongan juga boleh menyediakan khidmat pemandu pelancong untuk
membimbing atau melayan pelancong asing ketika mereka berada di Malaysia. Dengan itu, imej negara yang
baik boleh ditunjukkan kepada pelancong.

Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bergabung tenaga untuk mengadakan kempen
promosi pelancongan di dalam dan di luar negara. Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia
telah dijalankan setiap tahun bagi mempromosikan Malaysia. Rakyat Malaysia yang berada di luar negara
yang melanjutkan pelajaran juga boleh menjadi duta kecil kepada Malaysia. Mereka boleh mempromosikan
tempat-tempat yang menarik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Cameron Highland dan
banyak lagi. Oleh itu, semua rakyat Malaysia memainkan peranan penting untuk memajukan industri
pelancongan.

Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian barangan, peraturan imigresen perlu
dilonggarkan dan menambah pusat perkhidmatan tukaran wang asing. Hal ini demikian kerana, pelancong
asing dapat membeli belah di Malaysia dengan perbelanjaan yang sederhana. Sebagai contoh, Pulau
Langkawi merupakan pulau bebas cukai yang menjadi destinasi pelbagai pelancong dari dalam mahupun luar
negara. Di sana, mereka dapat membeli cenderahati, pinggan mangkuk, kraf tangan, dan coklat untuk di bawa
pulang. Dengan itu, pendapatan penduduk setempat bertambah dan mereka dapat meningkatkan taraf hidup
masing-masing.

Kesimpulan 1
Kesimpulannya, usaha daripada semua pihak perlu bagi meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.
Hal ini demikian kerana, usaha daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil, seperti kata
pepatah, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi, untuk menjadi negara yang maju dalam industri
pelancongan memerlukan usaha yang berterusan dan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Kesimpulan 2
Konklusinya, tidak dapat disangkal lagi bahawa semua pihak terutamanya kerajaan memikul tanggungjawab
yang dominan untuk memajukan industri pelancongan di negara ini. Namun, kita sebagai anggota masyarakat
perlu turut membantu. Hendrik Ibsen berkata masyarakat adalah seperti perahu, semua orang perlu
membantu untuk menentukan arah kemudinya. Tanpa kombinasi usaha yang cukup padu dalam kalangan
anggota masyarakat, nescaya tanggungjawab untuk memajukan industri pelancongan akan terabai.
Peribahasa Melayu menyebut bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan
kelestarian panorama semula jadi, kemudahan awam bertaraf dunia pastinya nama Malaysia akan gah di
persada dunia dan menjadi tempat yang tidak boleh dipinggirkan daripada kamus pelancongan dunia.

Faktor Menggalakkan Pelancongan di Malaysia.

Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di negara kita. Bincangkan faktor-
faktor yang merangsang perkembangan industri pelancongan tersebut.

............Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban tahun, jumlah pelancong yang
direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia
malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Industri pelancongan ini
juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak
syarikat besar yang tumbuh bak cendawan selepas hujan mahupun agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha
bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia
menjadi tumpuan pelancong.

............Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik
tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. Sebagai contohnya, Malaysia
memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting
Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat
pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan
semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong
dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna
yang terdapat di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong dari dalam dan dari luar
negara.

............Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan oleh keadaan iklim semula jadinya
yang panas sepanjang tahun. Corak iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari
negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ramai pelancong barat yang mengambil kesempatan
bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di
Malaysia. Hal ini disebabkan juga oleh keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih.
Di kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak, berperahu layar mahupun
mandi-manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut berjaya menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke negara
kita.

............Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut disebabkan oleh kewujudan banyak
pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau
redang, Pulau Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi bagi memastikan
kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai
syurga dunia dengan melakukan aktiviti skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga diakui
sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi memastikan pelancong dapat menikmati keindahan semula jadi di
kawasan pulau tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut. Jadi, dengan adanya keistimewaan
tersebut, Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong yang sekaligus dapat menjana kemajuan industri pelancongan
negara.

.............Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di
negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai
budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan
kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala
kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang
dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti Sate, ketupat dan
rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya
masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita.

.............Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut memajukan sektor
pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementeria Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan
kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai usaha mempromosikan Malaysia
kepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan sahaja terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat malah
meliputi semua negara di dunia termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama, kerajaan juga turut
mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala
Lumpur, Pesta Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Malaysia juga turut
memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti ekopelancongan, agrotourism, pelancongan perubatan,
pelancongan pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang berterusan ini maka sektor pelancongan di Malaysia semakin
berkembang maju.

.............Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang pada ekonomi
negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Justeru,
peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada semua masyarakat adalah amat
diperlukan. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan
menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.

elancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan
besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta
orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion,
termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4
juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai
menerima pelancong di Asia Timur selepas China dan Hong Kong.
* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat
menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.

Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan
yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju
dalam abad ini.

Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha
memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan
eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan
keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat
Malaysia.

Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui
pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit
sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia.
Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula
dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi,
kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi,
harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.
Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita
lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.

Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor
swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-
usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak
menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.

Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan. Persatuan
Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah
mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut
diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA)
2001 telah dianjurkan di sini.

Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri pelancongan.
Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor
awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang
menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan,
rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.

Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta
menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.

Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan
kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk
memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.

Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah kepada
mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja
seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam
negeri.

Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga
melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu.

Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti
perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali
melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri
pelancongan di negara ini.

Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya
akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi
pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-
buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN


Bentuk muka bumi:
Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung.
Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau.
Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi.
Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.
Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi.
Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth lokasi.
Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya.
Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.
Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai.

Iklim:
Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai.
Suhu bawah 0 C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski.

Pemandangan yang menarik:


Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia.
Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit.
Gua yang menarik + cth gua.
Kesan sejarah + cth lokasi.
Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai.
Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.
Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.

Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf


lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.

Ketersampaian kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi /


jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.

Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.

Peranan agensi + (nama agensi + peranan).

Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.

Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN .

Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat.

Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta +

Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth.

Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong.

Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.


KEPENTINGAN PELANCONGAN
Pendapatan negara + RM? .
Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.
Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.
Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.
Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.
Menggalakkan industri kraftangan / desa.
Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.
Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.

KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR


Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya, taman rekreasi padang
golf telah mengakibatkan pelbagai.
Kepupusan pokok berharga + cth pokok.
Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya kandungan karbon
dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran matahari.
Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth haiwan.
Kemusnahan kawasan tadahan hujan.
Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.
Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat mudah berlaku.
Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai / pantai.
Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.
Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai dan laut berkenaan +
cth lokasi / sungai.
Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.
Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan udara; menyumbang
kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.
Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt kelawar.

USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN


Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang + cth.
Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.
Menambah lesen agensi pelancongan.
Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.
Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cth
Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.
Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.
Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).
Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.
Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan mempunyai darjah
ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS ke destinasi antarabangsa.
Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru / membina hotel kos
sederhana.
Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan pelancong.
Peta pelancongan dunia sudah membuka mata dan meletakkan nama Malaysia sebagai salah satu destinasi
pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Sejak tahun 1985 sehingga kini , Malaysia telah menjadi buah
mulut pelancong asing mahupun tempatan. Saban tahun kehadiran pelancong dari luar negara sentiasa
bertambah. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan dan pihak swasta sentiasa giat mempromosikan Malaysia
diseluruh dunia termasuk ke negara China, negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Timur Tengah untuk
merancakkan lagi perkembangannya. Usaha ini untuk memastikan pelancong mendapat info yang sebenar
berkenaan produk dan kemudahan pelancongan yang disediakan secara lebih dekat. Antara produk
pelancongan Malaysia termasuklah landskap bentuk muka bumi yang menarik, berbagai persembahan
kesenian dan kebudayan yang unik, pelancongan sukan dan bangunan warisan sejarah peninggalan penjajah
yang sentiasa terpelihara. Ini menjelaskan bahawa, usaha memperkembangkan industri pelancongan
membawa banyak faedah kepada sesebuah negara.

Antaranya, Pelancongan dapat menyumbangkan pendapatan negara. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz,
Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah menjelaskan bahawa pihak kerajaan telah
mensasarkan kehadiran pelancong seramai 29 juta pelancong dengan pendapatan RM89 billion pada tahun
2015 sempena penganjuran Tahun Festival (MyFest 2015). Hal ini disebabkan pelancongan menjadi
penggerak utama tukaran wang asing. Melalui kedatangan pelancong asing, dapatlah sesebuah negara
memperoleh kadar pulangan tukaran wang asing dengan mudah dan banyak. Setiap pelancong membawa
mata wang asing untuk berbelanja serta membayar kos penginapannya selama menetap di sesuatu destinasi.
Pelancong juga akan menggunakan kemudahan awam, membeli cenderamata, makanan, minuman dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat menambahkan pendapatan negara. Seterusnya, wang yang
diperolehi oleh kerajaan dapat digunakan untuk pembangunan ekonomi, kemudahan-kemudahan
pelancongan dan pembangunan fizikal negara.

Selain itu, pelancongan juga membuka peluang pekerjaan yang lebih luas dalam sektor
tersebut. Pelancongan merupakan antara industri yang memerlukan ramai tenaga kerja seperti pekerja hotel,
pemandu pelancongan, pekerja kedai cenderamata dan pekerja kedai kraftangan. Perkembangan industri
pelancongan yang menggalakkan di negara kita ini meningkatkan permintaan tenaga kerja yang terlatih dan
berpengalaman dalam industri ini pada peringkat pengurusan dan penyeliaan dan golongan pekerja mahir dan
separa mahir. Selain itu, industri pelancongan memberikan peluang perniagaan berangkai kepada rakyat.
Perkembangan industri ini menjadikan nadi kepada perkembangan pelbagai sektor lain seperti sektor
pengangkutan, makanan dan minuman, bunga-bungaan, kraf tangan, pertanian dan penternakan. Hal ini
mampu mengurangkan kadar pengganguran di negara kita. Pada masa sama , taraf hidup rakyat juga akan
meningkat.

Seterusnya, pelancongan dapat memaparkan ketamadunan atau sejarah sesebuah negara yang memberi
seribu satu makna. Warisan kebangsaan merupakan khazanah penting yang telah diwarisi sejak zaman-
berzaman tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas seperti A-Famosa, bangunan stesen keretapi Kuala
Lumpur, dan Stadium Merdeka. Pengekalan bahan-bahan tinggalan penjajah telah menggamit hati para
pelancong dari dalam atau luar negara untuk melihat sendiri tentang keunikan seni bina ciptaan masyarakat
terdahulu untuk dijadikan sumber inspirasi arkitek pada masa kini. Pelancong generasi muda juga dapat
merasai semangat juang pahlawan-pahlawan negara dalam mempertahankan tanah air yang tercinta. Nama-
nama pejuang yang telah terkorban ada tercatat di Tugu Negara untuk tatapan semua. Justeru, generasi
muda tidak akan menjadi seperti kacang lupakan kulit kerana mereka akan sentiasa mengenang jasa dan
pengorbanan pejuang dalam mempertahankan negara. Oleh itu, pemeliharaan warisan negara membolehkan
pelancong mempelajari dan mengenali sejarah asal-usul sesebuah negara dan penduduknya serta melahirkan
generasi yang berjiwa patriotik, cinta akan tanah air .

Selanjutnya, pelancongan turut menarik pelabur asing. Kegiatan pelancongan yang aktif memudahkan
kerajaan menarik lebih ramai pelabur asing untuk menanam modal di negara ini. Industri pelancongan bukan
hanya untuk pelabur yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan seperti pengusaha hotel, pengusaha taman
tema, pengusaha pusat beli-belah, dan sebagainya malahan dapat menarik pelabur asing dalam bidang yang
tiada kaitan dengan pelancongan seperti pengangkutan dan pembinaan. Kerajaan dapat mengelakkan
pembaziran wang negara digunakan untuk mengindahkan kawasan-kawasan pelancongan yang menelan kos
terlalu tinggi. Sebagai contohnya, Pulau Langkawi yang dibangunkan sebagai pusat pelancongan bertaraf
dunia, pihak kerajaan dan swasta terpaksa melabur sebanyak RM4.5 bilion. Adalah lebih bermanfaat kos yang
terlalu tinggi disalurkan untuk memenuhi keperluan rakyat yang lebih mendesak dengan membina lebih
banyak rumah kos rendah untuk mereka yang masih tidak berumah. Jelaslah, kehadiran pelabur asing yang
ramai dapat membantu kehidupan masyarakat kita, terutamanya di kalangan mereka yang miskin dan terabai
akan lebih terjamin.

Pelancongan juga dapat dijadikan agen perpaduan antarabangsa. Manusia di dunia ini disekat oleh
sempadan politik. Dalam setiap negara pula mereka dikumpulkan mengikut bangsa, agama dan warisan etnik.
Apabila ahli-ahli daripada satu kumpulan mengunjungi kumpulan-kumpulan yang lain, maka proses perpaduan
akan wujud. Lama-kelamaan sempadan yang menyekat kumpulan-kumpulan tersebut akan hilang dan
berkurangan. Selain itu, penganjuran pelancongan antarabangsa dapat menjalin dan mengukuhkan kerjasama
dengan negara-negara yang terlibat. Kerjasama yang sudah terjalin pula akan bertambah erat. Sebagai
contohnya, Malaysia telah menjalin hubungan kerjasama dengan beberapa buah negara di Asia Tengah,
China dan Eropah bagi memajukan pelancongan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat apabila para pemimpin dari
seluruh dunia akan menghadiri upacara perasmian dan penutupan sesuatu program pelancongan yang
diadakan. Dengan cara itu, sudah pasti para pemimpin tersebut akan membincangkan hal-hal yang berkaitan
dengan hubungan diplomatik antara negara mereka termasuk Malaysia. Dengan adanya hubungan diplomatik
antara Malaysia dengan negara-negara yang terlibat, tentunya negara kita akan mendapat kelebihan daripada
pelbagai aspek.Melalui pendedahan ini akan wujudlah kehidupan yang harmoni dalam kalangan manusia di
dunia walaupun berlainan politik, bangsa dan agama.

Konklusinya, pelancongan terbukti mendatangkan pelbagai faedah kepada pembangunan negara. Semua
pihak perlu bahu-membahu bagi memastikan impian negara untuk menjadi destinasi pelancongan utama di
dunia dan rantau ini terus subur. Pihak kerajaan terutamanya haruslah sentiasa melipatkan gandakan usaha
mempromosikan Malaysia secara kerap agar negara Malaysia akan lebih dikenali. Selain itu, pelancongan
juga mampu menjana ekonomi negara yang agak lembap sejak akhir-akhir ini. Hal ini boleh diibaratkan seperti
serampang dua mata. Oleh itu, kita berharap agar matlamat negara untuk terus menjadi destinasi
pelancongan antarabangsa akan berterusan. jelaslah bahawa pelancongan adalah satu industri yang sangat
penting untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.

SEBAB-SEBAB MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI TEMPAT/ DESTINASI PELANCONGAN


Malaysia merupakan sebuah negara yang istimewa. Ramai pelancong memilih negara kita sebagai

destinasi pelancongan. Apakah sebab-sebab rakyat Malaysia memilih untuk melancong di negara

sendiri? Malaysia sebenarnya mempunyai pelbagai jenis industri pelancongan yang boleh

dikomersialkan. Antaranya termasuklah destinasi pelancongan berasaskan Kebudayaan, Industri

Kraftangan, Makanan Tradisi, Tempat-tempat Menarik, Sukan dan Agrotourism. Klasifikasi ini penting

kerana pelancong mempunyai minat yang berbeza dan memudahkan mereka membuat pilihan untuk

melancong ke tempat-tempat tersebut. Kebiasaannya, tempat tersebut wujud kerana keunikan identiti

dan keistimewaan tersendiri. Contohnya, destinasi pelancongan berasaskan tempat-tempat menarik

seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Taman Negara Bako. Selain itu, destinasi

pelancongan berasaskan Sukan dapat direalisasikan melalui penganjuran Sukan Antarabangsa seperti

Formula 1 di Sepang dan Le Tour De Langkawi yang menjadi acara tahunan di Pulau Langkawi. Jelaslah

sektor pelancongan yang mempunyai identiti tersendiri dapat menarik minat pelancong.

Antara sebabnya ialah keindahan alam sekitar yang menarik terdapat di negara ini. Malaysia mempunyai
hutan yang menarik. Tempat-tempat ini boleh menenangkan fikiran kita contohnya, Taman Negara Endau,
Rompin, Gua Niah di Sarawak dan lain-lain. Promosi ini keunikan dan keindahan alam semula jadi telah
diwara-warakan melalui iklan-iklan di media cetak dan media elektronik termasuklah di laman-laman web.
pameran di tempat-tempat awam seperti pasar raya, pertandingan-pertandingan dan pesta jualan.
Contohnya pertandingan memancing Joran anjuran Berita Harian yang diadakan saban tahun secara tidak
langsung turut mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia seperti Pulau Tioman, Tasik Kenyir dan
Empangan Temenggor. Ringkasnya, Promosi destinasi pelancongan yang giat dilakukan dalam usaha
memperkenalkan destinasi menarik di Malaysia merupakan pemangkin Malaysia menjadi lokasi tarikan
utama pelancong kerana tak kenal maka tak cinta.

Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan budaya
di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk
maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India
telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal
dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu, Malaysia
juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat
Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula
terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia
telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita yang menjadi
faktor serampang dua mata dalam menjana ekonomi negara. .

Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik. Apabila melancong di pantai, pulau, dan kawasan
tanah tinggi, kita dapat menghilangkan tekanan dan mendapat hiburan. Rakyat Malaysia yang melancong
bersama-sama keluarga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Sebagai contoh Pulau
Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Port Dickson, Desaru Kota Tinggi, Tanah Tinggi Cameron, Tanah
Tinggi Genting dan lokasi lain yang boleh dijadikan destinasi pelancongan keluarga. Sebagai contohnya,
Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron
Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam
semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta
buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang
berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti
riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang
terdapat di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini menjadi faktor dominan menarik
pelancong dari dalam dan dari luar negara.
Malaysia juga popular dengan pusat-pusat beli-belah yang terkenal. Contohnya, Mega Mall di Kuala
Lumpur, Mahkota Parade di Melaka, The Summit. Alamanda, Mid-Valley dan lain-lain. Barangan yang dijual
di negara kita setanding dengan negara di luar negara. Selain itu, terdapat juga pelbagai kraftangan yang
boleh dijadikan cenderamata. Pelancong sangat suka barangan kraftangan Malaysia kerana menarik dan
terdapat pelbagai tawaran harga murah oleh pelbagai pihak. Pada setiap tahun juga, diadakan promosi
harga barangan dan jualan mega. Contohnya seperti yang telah dilakukan oleh First World Hotel. Agensi
tersebut telah menyediakan pakej yang murah, serendah RM 88.00 untuk satu malam meliputi
penginapan, makan malam, sarapan, makan tengah hari dan lawatan ke taman tema. Jelasnya, melalui
tawaran pakej istimewa tersebut, sudah pasti pelbagai golongan masyarakat dapat memenuhi hasrat
kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita. Oleh itu, rakyat Malaysia tidak perlu
melancong luar negara kerana Malaysia mempunyai segala-galanya.

Tuntasnya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, jika usaha yang dilakukan amat
kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor pelancongan di negara kita merentasi
benua dan dunia akan menjadi nyata. Segala usaha yang dirancang dan direncana memerlukan bantuan
dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui keprihatinan dan rasa bertanggungjawab serta
cinta akan negara , nama Malaysia akan menjadi sebutan dan pilihan utama seluruh penduduk dunia
sebagai destinasi merehatkan minda.

SEKTOR PELANCONGAN MERUPAKAN SALAH SATU INDUSTRI PERKHIDMATAN TERPENTING DI


NEGARA KITA. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MERANGSANG PERKEMBANGAN INDUSTRI
PELANCONGAN TERSEBUT.

............Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban tahun, jumlah
pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti
Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah
dan Amerika Syarikat. Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan
sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang tumbuh bak
cendawan selepas hujan mahupun agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha bagi menarik
pelancong berkunjung ke Malaysia. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia
menjadi tumpuan pelancong.

............Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.
Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita.
Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk
seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati
keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-
sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan
Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat
menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora
dan fauna yang terdapat di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong
dari dalam dan dari luar negara.

............Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan oleh keadaan iklim
semula jadinya yang panas sepanjang tahun. Corak iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing
khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ramai
pelancong barat yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran
matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga oleh
keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih. Di kawasan pantai ini
juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak, berperahu layar mahupun mandi-
manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut berjaya menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke
negara kita.

............Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut disebabkan oleh
kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau yang menjadi tumpuan para pelancong
di negara kita termasuklah Pulau redang, Pulau Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di
kawasan ini dijaga dengan rapi bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan
para pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai syurga dunia dengan melakukan aktiviti skuba
di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga diakui sebagai satu daripada tujuh
keajaiban dunia. Bagi memastikan pelancong dapat menikmati keindahan semula jadi di kawasan pulau
tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut. Jadi, dengan adanya keistimewaan
tersebut, Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong yang sekaligus dapat menjana kemajuan industri
pelancongan negara.

.............Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan
budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat
majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan
India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya
terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu,
Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong.
Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti Sate, ketupat dan rendang manakala kaum
India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di
Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita.

.............Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut
memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementeria Pelancongan telah
mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah
negara sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan sahaja
terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua negara di dunia termasuk di
Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama, kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti
tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta
Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Malaysia juga turut
memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti ekopelancongan, agrotourism, pelancongan
perubatan, pelancongan pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang berterusan ini maka sektor
pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju.

.............Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang pada
ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya. Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada semua
masyarakat adalah amat diperlukan. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta
akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk
berkunjung sambil merehatkan minda mereka.

MALAYSIA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA YANG BERPOTENSI UNTUK LEBIH MAJU DALAM SEKTOR
PELANCONGAN. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, ANDA INGIN MENULIS RENCANA UNTUK DISIARKAN OLEH
AKHBAR TEMPATAN. TAJUK RENCANA TERSEBUT IALAH USAHA-USAHA UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR
PELANCONGAN NEGARA.

Tulis rencana itu selengkapnya.

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang
penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan
selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan
berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan luang
yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada
perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat beberapa langkah yang pragmatik
untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita.

Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu
yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara (negara-negara asing). Banyak produk pelancongan
yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat
melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep pelancongan kesihatan,
agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar
memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan
sebagainya. Produk pelancongan yang diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong
mancanegara. Biasanya pelancong luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu,
kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan
budaya hidup dan kesenian masyarakat tempatan. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal
bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka. Jadi, usaha kerajaan
memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia. Karnival
pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi
pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-
tempat menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum.
Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetitif kepada
masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah
diberikan pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh karnival wajar
diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan menghebahkan
kehebatan negara kita, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian, penganjuran
karnival pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara kita
sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Seterusnya, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara antarabangsa dengan lebih kerap.
Pelbagai acara antarabangsa wajar dilobi agar diadakan di negara ini. Sebagai contoh, penganjuran acara
sukan antarabangsa seperti Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton, dan
seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat antarabangsa. Dalam bidang
seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival
Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak pada setiap tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan acara
antarabangsa memang terbukti kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara-negara lain di dunia. Acara antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan lebih kerap dan
dijadikan acara tahunan. Dengan cara ini, lebih ramai pelancong akan mengunjungi negara ini bukan
sahaja untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan, malahan untuk melawat ke tempat-
tempat menarik di negara kita, bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Jadi, jelaslah penganjuran
acara antarabangsa dapat meningkatkan promosi pelancongan di negara kita.

Selain itu, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan negara ini adalah
dengan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih
banyak penyertaan. Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke
negara kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini menyediakan
pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai acara kebudayaan
pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong. Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk
memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia ini lagi. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga
memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif,
bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan
syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini. Jelaslah, kempen
Tahun Melawat Malaysia dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan
sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi
untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak kata
pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan
kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati
oleh pelancong tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan
menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.

(Sumber: Dr.Ghazali Lateh)

ISI PENTING ESEI PELANCONGAN

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan
keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun
2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang
menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9
Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke
Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur
selepas China dan Hong Kong.

* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan
sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.

Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri
berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia
menuju negara maju dalam abad ini.

Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika
usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya.
Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan
persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif
dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.

Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan
(melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara.
Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita (pengalaman-pengalaman) para
pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik
melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka.
Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu
teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan
kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman
yang baik kepada para pelancong.

Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri
pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.

Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi
dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri
pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika
setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.
Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan.
Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan
di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia
Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan
Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.

Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri
pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan
sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh
sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada
kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat
membeli-belah.

Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai
kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.

Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan
memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta
bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap
menyumbang kepada industri ini.

Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah


kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa
menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga
harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.

Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan
keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu.

Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat
mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara.
Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru
bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.

Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan
sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian
untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula
jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN

Bentuk muka bumi:

Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung.

Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau
Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi.

Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.

Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi.

Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth lokasi.

Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya.


Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.

Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai.

Iklim:
Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai.

Suhu bawah 0 C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski.

Pemandangan yang menarik:


Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia.

Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit.

Gua yang menarik + cth gua.

Kesan sejarah + cth lokasi.

Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai.

Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.


Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.

Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf


lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.

Ketersampaian kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi /


jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.

Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.

Peranan agensi + (nama agensi + peranan).

Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.

Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN .

Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat.

Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta +

Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth.

Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong.

Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.

KEPENTINGAN PELANCONGAN

Pendapatan negara + RM?

.Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.

Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.


Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.

Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.


Menggalakkan industri kraftangan / desa.
Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.

Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.

KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya, taman
rekreasi padang golf telah mengakibatkan pelbagai.

Kepupusan pokok berharga + cth pokok.


Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya
kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran
matahari.

Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth haiwan.
Kemusnahan kawasan tadahan hujan.
Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.

Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat mudah
berlaku.

Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai /
pantai.
Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.

Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai
dan laut berkenaan + cth lokasi / sungai.
Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.

Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan


udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.

Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt kelawar.

USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN

Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang +
cth.
Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.
Menambah lesen agensi pelancongan.
Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.

Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cth


Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.

Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.


Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).

Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.


Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan
mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS ke
destinasi antarabangsa.

Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru /
membina hotel kos sederhana.
Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan pelancong.
CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN
Remaja pada masa ini merupakan angkatan muda yang akan menjadi tonggak pemerintahan pada
masa hadapan. Bijak pandai ada berkata, sekiranya kita hendak melihat kepimpinan masa hadapan,
lihatlah remaja yang ada pada masa ini. Lantaran itu, dalam menempuh milenium yang sarat dengan
cabaran reformasi ini, ciri-ciri remaja yang kamil dan mempunyai nilai keinsanan yang syumul
penting untuk membangunkan negara. Dalam hal ini, semua pihak berperanan bagi melahirkan
remaja yang mempunyai ciri-ciri remaja yang berwawasan.

Berakhlak mulia merupakan salah satu ciri remaja berwawasan. Hal ini demikian kerana akhlak yang
luhur, datang dari hati yang bersih. Remaja yang berakhlak mulia akan suka didampingi malah akan
meraih rasa hormat daripada orang sekeliling. Remaja yang berakhlak mulia pasti tidak akan terjebak
dengan kemelut sosial yang mementingkan dunia hedonistik semata-mata serta berusaha untuk
menghindarkan diri daripada bergaul dengan remaja-remaja yang bermasalah. Taat pada agama
sudah pasti dapat melahirkan individu yang berakhlak mulia kerana semua agama di dunia menyeru
kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Secara tidak langsung, remaja yang
mempunyai sikap mahmudah dapat dilahirkan seterusnya dapat menjadi seorang insane yang kamil.
Remaja yang berakhlak mulia juga sudah pasti dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk,
yang mana kaca, yang mana permata, bak kata peribahasa yang baik dijadikan teladan, yang buruk
dijadikan sempadan. Jelaslah bahawa berakhlak mulia merupakan salah satu ciri remaja
berwawasan.

Selain itu, remaja berwawasan sudah pasti mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan tinggi.
Remaja yang berwawasan pasti akan berusaha untuk mencari ilmu dan sentiasa dahagakan ilmu.
Pepatah ada juga mengatakan carilah ilmu sehingga ke negeri China kerana ilmu yang ada hanya
setitik daripada selautan. Malahan, Albert Einstein juga pernah berkata semakin banyak yang
dipelajari, semakin banyak yang tidak diketahui. Dengan melahirkan remaja yang berilmu
pengetahuan, anak muda ini tidak akan mudah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta
akan sentiasa dihormati dan disanjung oleh masyarakat sekeliling. Jelaslah bahawa, remaja yang
berilmu pengetahuan juga merupakan ciri yang vital dalam melahirkan remaja yang
berwawasan

Di samping itu, remaja yang berwawasan juga akan sentiasa gigih untuk menggapai gamitan menara
impian. Sudah tentulah budaya pesimistik dan culas dikikis serta dibuang jauh untuk mencapai
kejayaan walau seruwet manapun yang diamalkan oleh remaja berwawasan ini. Secara langsung,
remaja berwawasan akan gigih berusaha menggunakan setiap detik dan waktu agar diisi dengan
perkara yang bermanfaat dan berfaedah kerana masa itu emas. Selain itu, masa yang pergi tidak
mungkin akan kembali. Oleh itu, remaja yang berwawasan akan memastikan setiap masa yang
terluang diisi dengan perkara yang mendatangkan maslahat seperti menelaah buku, beriadah atau
melakukan ibadah kerana cendekiawan ada mengatakan masa ibarat pedang,sekiranya kita leka
mata pedang itu akan memenggal kita. Jelaslah bahawa, gigih berusaha merupakan ciri yang
signifikan dalam melahirkan remaja yang berwawasan.

Sementelahan itu, bersemangat patriotik juga merupakan ciri remaja berwawasan. Remaja yang
berwawasan akan berusaha menjaga nama baik negara serta memerah keringat untuk menaikkan
nama negara. Remaja yang berwawasan juga akan mengekalkan perpaduan negara yang sudah sedia
terjalin ukhuwah sesama manusia mahupun berlainan bangsa dan agama demi menyahut seruan
Satu Malaysia yang diuar-uarkan oleh Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Terbuktilah bahawa,
remaja yang berwawasan akan mempunyai semangat patriotik yang tinggi

Tuntasnya, semua pihak haruslah bergabung tenaga melahirkan remaja yang berwawasan agar
Malaysia akan terus maju dan terkenal di seluruh pojok dunia pada masa hadapan.
Kepenggunaan
*ciri penguna bijak

*amalan belanja berhemah

*kebajikkan koperasi sekolah

Alam sekitar
Kepentingan alam sekita pada manusia

Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan

Cintaila sungai kita

Pelancongan
Kepentingan industry pelancongan

Usaha 2 menarik pelancong Tempat pelancong Keselamatan

Cara kurangkan kemlangn jln rya

Peranan masyarakat mencegah jenayah

Sekolah
Sekolah idaman

Sekolah selamat

Kepentingan mematuhi peraturn sekolah

Patriotik
Cara tunjukkan semangat patriotic

Kepentingan semngat patriotik


KEBAIKAN AMALAN BERBELANJA SECARA BERHEMAH

Amalan berbelanja secara berhemat sememangnya memberikan manfaat yang besar. Oleh itu, amalan ini perlu
disuburkan dalam kalangan masyarakat.
Berikan pendapat anda tentang kebaikan amalan tersebut. (Ting 1, hal.10)

Pendahuluan: Maksud pengguna berhemah: pengguna yang bijak dalam merancang perbelanjaan, melakukan
perbandingan harga dan meneliti maklumat produk sebab masyarakat menjadi kurang berhemah: karnival beli-belah
sepanjang tahun - terdapat pelbagai kebaikan amalan berbelanja secara berhemah

Isi 1: Menjimatkan wang perbelanjaan


a. Membeli barangan yang perlu sahaja mengurangkan kos keseluruhan
b. Mencatat barangan yang hendak dibeli mengikut keutamaan mengelakkan diri membeli barangan yang tidak perlu
c. Memilih untuk berbelanja di pasar raya besar ataupun pada masa harga runtuh

Isi 2: Menggalakkan amalan menabung


a. Menyimpan baki wang perbelanjaan memperuntukkan sejumlah wang yang mesti disimpan daripada gaji bulanan
sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
b. Simpanan kecemasan memerlukan pada waktu yang tidak diduga misalnya kemalangan malang tidak berbau
c. Simpanan pendidikan untuk anak-anak yang akan menyambung pelajaran contohnya Skim Simpanan Pendidikan
Nasional (SSPN)

Isi 3: Mengurangkan beban hutang


a. Berbelanja mengikut kemampuan ukur baju di badan sendiri - membuang prinsip biar papa, asalkan bergaya tidak
membawa sebarang manfaat
b. Pengehadan penggunaan kad kredit menyebabkan kita muflis - jangan berbelanja lebih daripada pendapatan
masuk tiga keluar empat membebankan diri pada masa hadapan memanggul beban hutang

Isi 4: Membantu negara mengurangkan masalah inflasi


a. Inflasi bermaksud kenaikan harga barangan secara berterusan di pasaran
b. Permintaan masyarakat yang berlebih-lebihan akan menyebabkan kadar inflasi terus meningkat merugikan pengguna

Isi 5 : Mengelakkan ditipu oleh penjual yang tidak jujur


a. Mendaparkan maklumat tentang produk melalui media massa akhbar, televisyen, internet tentang promosi hari raya
pengguna tidak ditipu
b. Membandingkan harga barangan jaminan jenama dan kualiti pengguna berhemah, negara sejahtera mengelakkan
penipuan
c. Melihat maklumat produk di bungkusan tarikh luput logo halal JAKIM - bahan kimia berbahaya
Penutup: Pengguna perlu berbelanja secara berhemah banyak manfaat kempen berjimat-cermat tidak berguna
seandainya pengguna masih tidak mampu mengawal nafsu berbelanja - ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis

KEBAIKAN KOPERASI...!
PENDAHULUAN:-

Koperasi ialah sebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan barangan dan
perkhidmatan.
Ditubuhkan mengikut Akta Koperasi.
Ditadbirkan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung.
Semua ahli koperasi merupakan pemegang saham koperasi tersebut.

ISI-ISI / IDEA-IDEA PENTING:- (kebaikan-kebaikan koperasi sekolah)


Pelajar-pelajar berpeluang menjadi pemegang saham syarikat sekali gus mendapat untung dalam
bentuk dividen dan bonus.
Pelajar berpeluang mengetahui asas selok-belok mengendalikan urusan perniagaan.
Ahli-ahli koperasi (pelajar) terlibat dalam aktiviti jual beli, membuat akaun, pemasaran dan
perbekalan.
Pelajar-pelajar dapat membeli barangan keperluan di koperasi dengan harga yang lebih murah.
Mengurangkan kebergantungan pelajar kepada kedai-kedai atau pusat beli belah di luar sekolah.

Mendidik pelajar tentang cara berbelanja yang membantu mereka lebih berjimat cermat.
Menanam rasa minat berniaga kepada pelajar terutamanya ahli koperasi.
Menggalakkan pelajar melibatkan diri dengan aktiviti berfaedah seperti menjadi ahli koperasi.
Memberikan perkhidmatan peruncitan dan perkhidmatan terbaik kepada pelajar.
Keuntungan yang diperoleh koperasi dapat digunakan untuk membantu membiayai program
khusus untuk pelajar.
Koperasi boleh menjadi orang tengah kepada guru dengan pelajar ketika mahu berurusan
membuat tempahan buku dengan pembekal di luar.
Membantu membina rasa cinta pelajar akan sekolah dengan cara menjual cenderamata dan
peralatan sekolah yang bercirikan sekolah masing-masing.
Menggalakkan pelajar menabung.
Melahirkan pelajar yang lebih yakin ketika berkomunikasi, pintar bergaul dan matang dalam
membuat keputusan.
FAEDAH-FAEDAH KOPERASI DI SEKOLAH
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari menjelang ambang 2020, keadaan ini menandakan titik permulaan
zaman yang serba mencabar minda kita. Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh pancaroba ini, pihak
sekolah telah menubuhkan koperasi di sekolah. Koperasi merupakan pertubuhan ditubuhkan oleh pihak
sekolah untuk kemudahan warga sekolah, khususnya pelajar dan guru. Dengan adanya koperasi di sekolah,
kita dapat memperoleh banyak kebaikan yang tidak dapat dikira dengan hujung jari kita. Persoalannya kini,
apakah kebaikan penubuhan koperasi sekolah kepada warga sekolah itu sendiri? Oleh hal yang demikian,
faedah-faedah koperasi sekolah yang akan menjadi fokus perbincangan saya pada hari ini akan dikupas dan
dihuraikan secara terperinci demi kebaikan bersama.

Sebagai mukadimah pembicara, saya ingin melontarkan idea saya tentang faedah koperasi terhadap warga
sekolah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar atau guru dapat membeli barangan dengan harga
yang lebih murah. Mereka dapat menikmati barangan yang harganya berpatutan dan barangan yang
berkualiti. Umum mengetahui bahawa koperasi menjual pelbagai barangan dan makanan seperti alat tulis,
minuman, kertas kajang, buku latihan dan sebagainya. Kesemua ini telah memenuhi kehendak dan keperluan
guru dan pelajar. Sebagai analogi, pelajar dapat membeli sebatang pen di koperasi dengan harga yang rendah
berbanding membeli sebatang pen di pasar raya. Tambahan pula, barangan di pasar raya mahal-mahal
belaka. Hal ini secara tidak langsung, pelajar dapat menjimatkan wang untuk membeli alat-alat tulis dan buku-
buku rujukan bagi meningkatkan prestasi pembelajaran. Tegasnya, koperasi menawarkan barangan yang
harganya berpatutan dan berkualiti kepada warga sekolah.

Lanjutan daripada huraian di atas, warga sekolah yang menjadi ahli koperasi berhak mendapat keuntungan
dalam bentuk dividen dan bonus melalui pembelian barangan oleh warga sekolah. Keuntungan tersebut
datangnya daripada jual beli yang dijalankan. Selain itu, sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh oleh
koperasi juga dapat dikeluarkan untuk membantu pihak sekolah dalam menangani masalah prasarana
sekolah. Wang tersebut boleh digunakan untuk menyediakan dan menaik taraf prasarana di sesebuah
sekolah. Contoh yang boleh diketengahkan ialah koperasi SMK Hamzah Berhad yang berpegang teguh pada
prinsip koperasi kita dari kita untuk kita dengan membahagikan sebahagian keuntugan koperasi untuk
membeli buku rujukan dan buku cerita koleksi terbaru untuk perpustakaan sekolah demi kemudahan murid
yang dahaga akan ilmu pengetahuan. Jelaslah bahawa koperasi mendapat keuntungan yang berkali ganda
melalui aktiviti jual beli.

Bukan setakat itu sahaja, koperasi membolehkan anak-anak muridnya mengetahui asas perniagaan. Apabila
pelajar mengendalikan urus niaga di koperasi, mereka dapat memahami dan menguasai asas perniagaan.
Pengalaman baru ini tidak dapat dipelajari dalam silibus sekolah dan merupakan satu pendekatan yang baik
untuk mempraktikkan apa-apa yang dipelajari di dalam bilik darjah. Pelajar yang belajar subjek-subjek seperti
Prinsip Perakaunan, subjek Perniagaan dan Perdagangan dapat memahami apa-apa yang dipelajari dengan
lebih lebih lanjut dan efektif dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, pelajar dapat berinteraksi dan
bertukar-tukar pendapat dengan pelajar yang lain dan guru tentang selok-belok dalam urus niaga. Rentetan
daripada situasi tersebut, hubungan silaturahim bagai isi dengan kuku dapat dipupuk antara guru dan pelajar.
Malah, mereka dapat menambah ilmu pengetahuan mereka supaya mereka tidak menjadi seperti katak di
bawah tempurung. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa asas perniagaan dapat dimantapkan dalam sanubari
anak-anak didik melalui penglibatan mereka dalam koperasi sekolah.

Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas, koperasi mendatangkan banyak faedah kepada warga
sekolah mahupun pihak sekolah. Oleh hal yang demikian kita perlu bersyukur dan menghargai ahli
jawatankuasa koperasi yang begitu bersungguh- sungguh mengendalikan dan mengurus hal ehwal koperasi.
Tanpa usaha gigih mereka, koperasi sekolah sudah pasti bagai sebutir batu berlian yang tidak berguna.
Marilah kita bersama-sama bagai aur dengan tebing meneruskan usaha kita dalam menjayakan koperasi
sekolah demi mengecapi visi kudsi wawasan 2020 yang diimpikan dan diwara-warakan oleh mantan Perdana
Menteri yang keempat dan semua lapisan masyarakat.

Sejak dua tiga dekad belakangan ini memang kita dapat menyaksikan peranan koperasi
kepada warga sekolah. Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana
menggalakkan penubuhan koperasi dalam kawasan sekolah. Koperasi merupakan
perniagaan yang dibangunkan oleh pihak sekolah yang terdiri daripada guru dan murid.
Oleh itu, faedah yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci
demi kebaikan bersama.

Umum mengetahui bahawa koperasi memberi faedah kepada warga sekolah


kerana koperasi membantu memudahkan murid memperoleh barangan keperluan
sekolah. Malah, harga yang dikenakan lebih murah dan berpatutan daripada harga di
pasaran. Secara logiknya, murid-murid hanya membuang masa sahaja jika mereka pergi
ke pasar raya semata-mata kerana hendak membeli sebatang pen. Dengan penubuhan
koperasi, secara tidak langsung pelajar tidak akan membuang masa dan tidak akan
membazir wang.

Selain itu, kita dapat menyaksikan betapa banyak kebaikan dapat diperoleh
melalui penubuhan koperasi seperti pengalaman baru untuk murid dalam perniagaan.
Secara tidak langsung, penglibatan murid dalam koperasi adalah merupakan proses
pembelajaran di luar bilik darjah. Perkara yang dipelajari di dalam kelas seperti subjek
prinsip akaun dan matematik dapat dipraktikkan ketika murid-murid mencari
pengalaman berniaga daripada penglibatan mereka dalam koperasi. Pengalaman
tersebut juga membantu memudahkan murid-murid yang ingin menceburi bidang
perniagaan dan keusahawanan dan menjadikan bidang tersebut sebagai kerjaya pada
masa hadapan. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Lanjutan huraian yang telah dinyatakan di atas, penubuhan koperasi juga


memberi faedah dengan menambah kewangan sekolah. Keuntungan diperoleh pihak
koperasi berpunca daripada pembelian murid-murid, guru-guru dan warga sekolah. Oleh
yang demikian, sebahagian keuntungan akan diberi kepada pihak sekolah supaya
kewangan sekolah meningkat memandangkan koperasi merupakan kepunyaan sekolah.
Di samping itu, kebayakan koperasi juga dengan ikhlas memberi sumbangan untuk
sekolah demi kemudahan murid-murid dan guru-guru. Misalnya, kemudahan pendingin
hawa di dalam surau Aisyah Umairah Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9
(1) merupakan sumbangan ikhlas daripada koperasi sekolah tersebut.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan koperasi


membawa semangat muhibah dalam kalangan guru dan murid. Buktinya, penglibatan
murid-murid memudahkan guru-guru dalam menguruskan koperasi kerana jika tiada
kesepakatan, pengurusan koperasi tidak akan akan berjalan dengan lancar. Di samping
itu, murid-murid juga dapat menimba ilmu daripada guru. Sebagai contoh, ilmu
mengenai selok-belok perniagaan berkoperasi. Hubungan silaturrahim antara guru dan
murid juga terjalin dengan baiknya. Kerjasama mereka dalam pengurusan koperasi
diibaratkan seperti aur dengan tebing.

Intihanya, penubuhan koperasi oleh pihak sekolah yang telah lama berkembang
di Malaysia seperti cendawan tumbuh selepas hujan memberi banyak faedah kepada
warga sekolah termasuk guru dan murid. Dengan demikian, semua warga sekolah
perlulah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kebaikan yang diperoleh akan
berterusan serta menambah baik tahap koperasi kepada yang lebih tinggi. Sekiranya
semua pihak bekerjasama, nescaya impak positif penubuhan koperasi akan berkekalan
dalam jangka masa yang lama. Jelaslah, peranan warga sekolah menaik taraf koperasi
adalah sama penting dengan peranan koperasi terhadap warga sekolah.

1. TUJUAN KOPERASI SEKOLAH DAN PERKEMBANGAN KOPERASI SEKOLAH

Ada beberapa tujuan koperasi sekolah ditubuhkan dan tertakluk pada Akta Koperasi dan kaedah-kaedahnya.
Tujuan utama ialah untuk memberi dedahan dan pengalaman aktiviti koperasi dikalangan para pelajar supaya
mereka akan menjadi bakal koperator dewasa yang berkebolehan dalam aktiviti berkoperasi. Antara tujuan-
tujuan seperti tercatit di undang-undang kecil koperasi sekolah ialah:-

Mengadakan kemudahan untuk membolehkan anggota-anggota menyimpan sebahagian daripada wang mereka
bagi maksud yang yang baik

Mengadakan kemudahan untuk menjual kepada anggota-anggota barang-barang keperluan mereka itu seperti
barang-barang persekolahan, makanan, pakaian dan sebagainya dengan kebenaran Pengetua/Guru Besar

Membuat atau mengadakan sebarang alat kelengkapan persekolahan dan menternak atau memelihara sebarang
jenis binatang yang mustahak untuk kegunaan pelajaran anggota-anggotanya.

Memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak penguasa sekolah dalam sebarang usaha dan rancangan yang
dianjurkan olehnya bagi faedah dan kebajikan anggota-anggotanya.

Menjalankan sebarang aktiviti-aktiviti yang munasabah dan berfaedah selain daripada aktiviti-aktiviti di atas
dengan kebenaran Ketua Pendaftar terlebih dahulu.

Kejayaan model Gerakan Koperasi Sekolah di Malaysia telah dijadikan contoh oleh banyak negara lain yang
ingin menerapkan semangat berkoperasi kepada generasi muda bermula sejak di peringkat sekolah. Sekarang ni,
hampir 90% sekolah menengah telah menubuhkan koperasi sekolah. Kewujudan koperasi sekolah bukannya
untuk mencari keuntungan yang tinggi melalui perniagaan yang dijalankan. Kegiatan yang dijalankan oleh
koperasi lebih kepada memupuk minat seseorang pelajar menceburi bidang perniagaan. Ianya bertujuan untuk
membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan
apabila keluar sekolah nanti.

Kejayaan tersebut bukannya datang bergolek tetapi perlu diusahakan. Salah satu caranya ialah menggalakan
mereka berniaga dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah berusaha keras membangunkan gerakan
koperasi sekolah ini.

Hari Koperasi Sekolah misalnya bertujuan untuk menilai prestasi koperasi masing-masing melalui perbandingan
dengan koperasi-koperasi lain yang berjaya. Melalui Hari Koperasi Sekolah ini, pelajar bukan sahaja berpeluang
mengenali gerakan koperasi di peringkat sekolah dengan lebih dekat, malahan dengan aktiviti-aktiviti yang
diadakan akan membuka mata dan minda mereka tentang sumbangan gerakan ini di Malaysia sebagai wahana
penggerak ekonomi kepada negara.

Latar Belakang Koperasi Sekolah

Adalah menjadi hasrat dan impian Kementerian Pelajaran supaya semua sekolah menengahmenubuhkan koperasi sekolah
menjelang 2010. Koperasi sekolah merupakan platform yang paling berkesan untuk pelajar-pelajar mengasah bakat dan
minat mereka di dalam bidang perniagaan terutamanya untuk mengaplikasikan subjek ekonomi, prinsip akaun,
perdagangan dan matematik dalam kehidupan seharian.Idea penubuhan awal koperasi sekolah adalah dari cetusan minda
Profesor Diraja Ungku A.Aziz, semasa beliau bertugas sebagai Naib Chanselor Universiti Malaya. Hasrat beliau tercatat
di dalam Buku Biografinya yang telah menggalakkan penubuhan sebuah badan koperatif pelajar

pada 20 Oktober 1966 di Kampus Universiti Malaya dan seterusnya badan-badan koperasi pelajar yang lain ( ANGKASA,
1994 ).

Dengan adanya koperasi, pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan situasi sebenarnya. pengalaman
mengurus koperasi dapat membantu pelajar dan guru-guru menjadi usahawan suatu hari nanti dan yang paling penting
dapat menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dan secara tidak langsung pelajaran yang diajar menjadi lebih
menarik dan menyeronokkan.

Di samping itu pelajar juga akan mempelajari cara untuk menjadi pengurus yang baik. Jamar Mat Ali menyatakan bahawa
konsep Sun Tzu boleh digunapakai dalam perniagaan terutamanya koperasi iaitu kebijaksaan, kesetiaan,
perikemanusian, keberanian dan ketegasan. Sifat kebijaksanaan perlu ada pada seorang pengurus di mana ia bolah
mengetahui apa yang sedang berlaku dalam koperasi tetapi juga dapat meramalkan situasi semasa dan akan dating yang
memberi implikasi terhadap starategi-strateginya. Pengurus juga perlu setia dan mempunyai sifat kemanusiaan iaitu
mengambil berat tentang kebajikan ahli. Dengan menyertai koperasi, pelajar dapat mendisiplinkan diri dan menanam sifat
jati diri dan modal insan yang tinggi kerana mereka perlu jujur, sadik dan amanah. Mahmud Yusof (1993) berpendapat
bahawa jika koperasi dianggap sebagai satu alat yang boleh membantu pelajar menambahkan pengetahuan tentang
perniagaan dan juga pada masa yang sama menambah pendapatan mereka..

Alam sekitar termasuklah segala benda hidup dan juga bukan hidup yang terdapat secara semula jadi di bumi
atau sebahagian daripadanya. Terdapat beberapa komponen utama dalam alam sekitar. Yang pertama ialah
ia merupakan unit landskap yang berperanan sebagai system semula jadi tanpa campur tangan manusia,
termasuk flora dan fauna, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku seperti gempa
bumi, letupan gunung api, tsunami dan lain-lain. Ia juga merupakan sumber semula jadi serta fenomena fizikal
yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti iklim, air, udara, sinaran, cas elektrik, kemagnetan, sertatenaga
yang tidak terlibat hasil daripada aktiviti manusia.

Alam sekitar memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan harian kita semua. Kehidupan
manusia dengan alam sekitar adalah saling bergantung. Satu suasana yang selesa dan menyamankan dapat
dicapaikan sekiranya alam sekitar tidak dicemar. Selain daripada memberi keselesaan kepada manusia, ia
juga akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sedikit sebanyak jikalau alam sekitar di negara
kita tidak dijaga dengan baik atau sistematik. Jika berlakunya kemusnahan alam sekitar akan memberi kesan
yang amat serius terhadap kehidupan manusia. Ini menunjukkan kepentingan manusia terhadap alam sekitar
dengan jelas. Antara kepentingannya ialah kesihatan manusia dapat dijamin, memberi tarikan kepada
pelancong asing, pembekalan udara yang segar, ekosistem yang stabil, habitat hidupan sama ada darat atau
laut dapat terpelihara, dan mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

Keadaan alam sekitar yang bersih dapat menjamin kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian
kerana alam sekitar membekalkan udara kepada manusia. Kesihatan manusia akan terjejas jikalau hidup
dalam persekitaran yang kurang bersih. Sebagai buktinya, pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang,
parit, sungai terutamanya di bandar raya telah memudahkan pembiakan bakteria. Sampah-sarap yang
menyekat pengaliran air membekalkan tempat yang ideal untuk pembiakan jentik-jentik nyamuk khasnya
nyamuk Aedes. Hal ini mengakibatkan berlakunya penyakit Deman Tinggi. Selain itu, persekitaran yang kurang
bersih akan menyebabkan sakit perut jikalau tersalah minum atau makan yang tidak bersih.

Yang kedua pula ialah memberi tarikan kepada pelancong asing untuk melawat ke negara kita. Negara
kita iaitu Malaysia agak kenal dengan pelancongan eko. Pelancongan eko merupakan pelancongan yang
berkaitan dengan alam semula jadi. Ia mewujudkan insentif yang jelas untuk melindungi alam sekitar kerana
hasil keuntungan negara bergantung kepadanya. Walau bagaimanpun, pembangunan pelancongan yang
berteraskan semula jadi juga mungkin bercanggah dengan sasaran pemuliharaan. Cabaran dasar adalah
untuk mendapatkan imbangan yang betul iaitu pelancongan eko yang dilaksanakan dengan rapi dapat
melindungi sumber alam semula jadi dan pada masa yang sama mendapat pulangan kewangan yang besar
hasil daripada perlindungan tersebut. Sebagai contoh, kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang
berkaitan dengan alam sekitar seperti Taman Negara yang terletak di Pahang, Terengganu dan Kelantan,
hutan hujan tropika di Sabah, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu di Kota Kinabalu,
Sabah dan lain-lain. Terdapat juga banyak pulau-pulau di Malaysia, contohnya Pulau Redang, Pulau
Langkawi, Pulau Pangkor dan sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan kadar pelancong asing melancong ke
Malaysia dan ekonomi negara kita juga akan naik juga.

Ketiga, alam sekitar merupakan pembekal udara yang segar. Pokok-pokok membekalkan kita udara
yang segar. Kebersihan dan kesegaran udara menyumbangkan kita pernafasan yang sihat, udara yang
berkandungan oksigen tinggi amat diperlukan oleh manusia untuk menyegarkan badan kita. Tetapi manusia
tidak menghargainya malahan memusnahkan mereka demi menjalankan pembangunan yang tidak terhad. Hal
ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara, contohnya kesan rumah hijau, jerebu, banjir kilat dan
sebagainya. Keadaan yang semakin serius ini mengakibatkan kualiti udara terjejas menjadi kurang berqualiti.
Dalam keadaan , sistem pernafasan manusia tidak dapat berfungsi dengan baik dan mungkin menjangkiti
penyakit seperti asma, sakit jantung dan sebagainya. Terdapat juga berlakunya jangkitan penyaki yang
merebak melalui udara yang agak serius kebelakangan tahun ini yang boleh mengakibatkan kematian iaitu
SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) pada November 2002 dan H1N1 (Virus Influenza A) pada tahun
2006. Hal ini memang dapat dielakkan jikalau semua pihak memberi kerjasama dengan menjalakan
pembangunan dengan sistematik.

Alam sekitar dalam keadaan yang baik juga menjamin ekosistem yang stabil. Ekosistem yang
terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia
dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan
secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Ini juga dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi
kegunaan domestik mahupun industri. Selain itu, hutan yang membantu manusia menakung air dalam
empangan-empangan yang dilengkapi dengan teknologi canggih membolehkan kita menghasilkan kuasa
elektiok hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan dapat mengurangkan pergantungan
terhadap tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang mencemarkan alam sekitar.

Kelima, alam sekitar merupakan habitat hidupan sama ada darat ataupun laut. Satu alam sekitar yang
harmoni membolehkan kediaman hidupan darat dan laut terpelihara. Tetapi, pembangunan yang amat pesat
mengakibatkan penerokaan hutan yang tanpa kawalan. Hal ini telah memusnahkan habitat semula jadi
haiwan, menyebabkan haiwan-haiwan terpaksa mencari habitat yang baharu dan kadang kala terpaksa
menceroboh ke kawasan penempatan manusia untuk mencari makanan. Oleh itu, pihak yang berkenaan
haruslah memguatkuasakan undang-undang untuk mendenda pihak yang menerbang pokok-pokok dengan
tiada kawalan demi menjamin kediaman haiwan-haiwan.

Yang terakhir, alam sekitar yang diuruskan dengan sistematik dapat mengelakkan kepupusan flora dan
fauna. Masalah pembalakan haram yang kian serius mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Demi
mendapatkan keuntungan mereka sanggup menjalankan pembalakan haram di kawasan perlindungan seperti
di kawasan hutan simpanan dan taman negara. Pemburuan haram juga merupakan salah satu punca
kepupusan flora dan fauna. Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia
menyebabkan kemusnahan habitat dan sepsis haiwan. Contohnya, Harimau Malaya merupakan satu spesis
haiwan yang kian terancam dan tinggal sejumlah yang sedikit sahaja kerana permintaannya yang tinggi
terutamanya dalam bidang perubatan Cina. Pihak yang berkuasa haruslah melaksanakan langkah-langkah
dengan cekap dan efektif untuk menjaga flora dan fauna yang hampir pupus.

Kesimpulannya, alam sekitar adalah sangat penting kepada kita semua. Semua pihak haruslah bekerjasama
untuk menyelamatkan alam sekitar ataupun boleh dikatakan bumi yang kami cintai yang semakin teruk.

Bumi yang tiada rimba


Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Jika kita dengarkan kembali lagu Hijau dendangan Zainal Abidin pasti kita sedar akan mesej yang cuba
disampaikan tentang betapa eratnya alam sekitar dengan manusia.Bait-bait awal dalam lagu tersebut memberi
isyarat yang jelas kepada kita sebagai manusia atau satu-satunya makhluk yang mempunyai akal untuk berfikir
dan bertindak sewarasnya dalam menjaga warisan alam sekitar yang tidak terbanding ini.Selagi kita terus
mengamalkan sikap negatif dan acuh tak acuh dalam mengekalkan alam sekitar yang bersih, indah dan tidak
tercemar, maka kita sendiri akan menerima padahnya. Oleh itu usaha-usaha untuk memelihara alam sekitar
perlu diberi perhatian dan melibatkan oleh semua pihak.

Antara usaha yang praktikal ialah mengitar semula barang terpakai.40 peratus sampah sarap seperti
tin,besi buruk ,botol,kertas dan barangan plastik boleh dikitar semula. Dengan mengitar semula satu tin
aluminium kita seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik tiga jam untuk televisyen .Jika kertas dapat
dikitar semula secara maksimum kita dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000
batang pokok . Dengan mengitar semula satu botol kaca kita seumpama menjimatkan penggunaan tenaga
elektrik mentol lampu 100 watt selama empat jam.Tegasnya amalan kitar semula seumpama serampang
dua mata,menyelamatkan alam sekitar dan dapat pula mengurangkan kos sumber tenaga serta menambah
pendapatan keluarga.

Selain itu,elakkan pembakaran terbuka.Biasanya pembakaran terbuka ini dilakukan oleh petani yang
memugar hutan untuk tanaman padi bukit ,jagung dan getah. Ada juga petani yang membakar jerami padi
selepas musim menuai.Sebagai akibatnya berlakulah pencemaran udara dan jerebu. Pembakaran terbuka
mestilah dihalang melalui penguatkuasaan undang-undang memandangkan proses pembakaran akan
meningkatkan karbon dioksida seterusnya akan menyebabkan kesan rumah hijau.Kesan rumah hijau pula akan
menyebabkan pemanasan global.Tuntasnya jika pembakaran terbuka dapat dibendung maka alam sekitar pasti
terpelihara.

Akhir sekali,semua pihak mestilah menyahut seruan kerajaan dalam program tanam semula
pokok.Sebagai contoh,Kempen Tanam 26 Juta Pokok Menjelang 2015,Kempen Hari Bumi ,Kempen Tanam 50
Jenis Pokok Hutan UPM 2011 dan Kempen Tanam Pokok Bakau Melaka 2010. Pokok-pokok terutamanya bagi
Hutan Hujan Topika amat penting untuk menyerap karbon dioksida yang dilepaskan oleh kenderaan,kilang dan
pembakaran terbuka.Pokok-pokok juga melepaskan gas oksigen untuk kehidupan makhluk di bumi,menghalang
hakisan,zon penampan ribut atau tsunami dan memulihkan ekosistem bumi yang kian terganggu.Tegasnya
program tanam semula pokok mestilah dilakukan dengan konsisten agar alam sekitar dapat diselamatkan
daripada pemanasan global.Jangan terhantuk baru tengadah,cuaca panas di Cameron Higlands wajar
menjadi iktibar kepada semua pihak agar lebih serius dalam memelihara alam sekitar.
Kesimpulannya, memelihara alam sekitar menjadi tanggungjawab semua pihak bertepatan dengan
pesanan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,Tan Sri Joseph Kurup. Beliau berkata semua pihak
tanpa mengira umur,sektor swasta atau kerajaan perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi
memelihara , memulihara alam sekitar yang semakin terancam pada hari ini sehingga menyebabkan banjir,tanah
runtuh dan pelbagai bencana alam yang lain.Sesungguhnya alam sekitar ini bukanlah milik kita,tetapi
dipinjamkan oleh generasi yang akan datang.Oleh itu kita mestilah amanah dalam menjaga dan memelihara
alam sekitar.

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Penghutanan semula

Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang
cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah
peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala
lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan
Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan
efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang
dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.

Penggunaan baja organik


Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada
najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia
yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan
baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah
pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik dapat menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga
adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar
sebagai baja.

Kaedah biologi
Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak.
Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah
ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan
racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa
sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang
merosakkan buah kelapa sawit.

Pertanian tetap
Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara
penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan
pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang
pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan
pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada
pertanian tetap.
Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan
hakisan tanih.

Kaedah perundangan
Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan dikuatkuasakan untuk
melaksanakan tndakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya:
Akta kualiti alam sekitar(1974) akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh
membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar
usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa peruntukan akta
ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran
air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara.
Penilaian impak alam sekitar(EIA) penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yang menekankan
aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan
dengan kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-
pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap
bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sungai merupakan nadi kehidupan kita. Namun begitu, selaras dengan
peralihan zaman, masalah pencemaran air semakin menjadi-jadi. Pencemaran yang berlaku telah mengakibatkan
kawasan tadahan air dimusnahkan. Hal ini juga telah banyak memberikan implikasi yang buruk kepada manusia dan
hidupan lain, terutamanya hidupan akuatik. Pembuangan sampah sarap dan sisa toksik ke dalam sungai telah membawa
kepada pencemaran sungai. Sungai yang tercemar akan menjadi semakin cetak dan mudah menyebarkan penyakit
kencing tikus. Lama-kelamaan, dunia juga akan menghadapi krisis bekalan air bersih. Dengan ini, kita wajiblah
mengekalkan kebersihan sungai sebelum keadaan sungai menjadi teruk kerana sediakan payung sebelum hujan.

Sejak zaman lampau lagi, sungai telah memainkan peranannya yang penting dalam kehidupan harian kita.
Sungai merupakansumber bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. Manusia menggunakan air untuk
pelbagai tujuan seperti sebagai air minuman dan kegunaan domestik. Bekalan air yang bersih sangat penting dalam
kegunaan harian supaya peralatan yang kita guna akan sentiasa dicuci dengan bersih. Hal yang demikian kerana
peralatan yang kotor lazimnya mempunyai bakteria pada permukaanya yang akan mempengaruhi kesihatan kita. Jika
peralatan berkenaan tidak dicuci sehingga bersih, kuman-kuman seperti pada permukaan pinggan akan masuk ke dalam
badan kita. Lanjutan itu,kita akan menghidap sesuatu penyakit. Jelaslah bahawa betapa pentingnya sungai dalam
kehidupan harian kita. Oleh itu,cintailah sungai kita dengan memelihara dan memulihara sungai supaya dapat
memastikan bekalan air bersih yang berterusan.

Tambahan pula, sungaimembekalkan makanan dan pendapatan kepada manusia. Sungai merupakan habitat
haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam yang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, udang dan
ketam sangat tinggi. Pengambilan protein yang mencukupi membolehkan tumbesaran badan kita berkembang dengan
seimbang. Sementara itu, sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan. Hal ini kerana sungai
memberi rezeki kepada mereka yang menetap berhampiran sungai dengan melakukan aktiviti menangkap hasil sungai
seperti ikan dan udang. Tuntasnya, kita seharusnya menyayangi sungai yang membekalkan makanan dan pendapatan
kepada kita.

Peranan sungai juga dapat dilihat apabila sungai dijadikan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan. Hal ini
kerana sungai mempunyai landskap yang menarik. Sebagai contohnya, Negara Endau-Rompin yang terletak di legeh
sungai Endau dan sungai Rompin telah dijadikan sebagai kawasan rekreasi yang menjadikan tarikan pelancongan.
Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di kawasan tersebut seperti berkayak,menjejaki hutan, memancing dan berkelah. Selain
itu, sungai digunakan untuk menjana hidroelektrik dengan membina empangan untuk membekalkan sumber tenaga
kepada rakyat. Empangan yang dibina juga berpotensi menjadi suatu kawasan pelancongan yang menarik. Secara
langsung dan tidak langsung, sektor pelancongan negara akan berkembang pesat. Oleh itu, kita sewajarnya
mengekalkan kebersihan air sungai supaya kawasan sungai dapat dijadikan sebagai tempat pelancongan.

Sungai juga memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan perhubungan. Hal ini disebabkan oleh
sungai telah menjadi jalan perhubungan utama untuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan kawasan bandar.
Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya juga dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air.
Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, udara dan
air. Sebagai contoh, sungai dapat mengangkut kayu balak dari hutan ke kawasan bandar. Hal ini bukan sahaja
menjimatkan tenaga pekerja, malah juga dapat menjimatkan kos pengangkutan. Dengan ini, kita mestilah menyayangi
sungai supaya fungsinya sebagai medium pengangkutan dan perhubungan dapat dilestarikan.

Kesimpulannya, kepentingan sungai kepada manusia memang sudah dikawal pasti sejak zaman-berzaman.
Sungai memainkan peranan yang besar dalam membekalkan makanan dan minuman kepada manusia. Pada masa
dahulu sungai telah dijadikan sebagai jalan perhubungan antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Bagi memelihara
sungai, pelbagai prakarsa telah dijalankan oleh pihak berkuasa seperti Kempen Cintai Sungai. Sungai yang tercemar
akan memudaratkan kehidupan. Oleh itu, wajarlah sungai dipelihara untuk tatapan generasi akan datang bagi menjamin
kesinambungan kehidupan di muka bumi ini.

Usaha-usaha Memajukan Industri Pelancongan


Negara
Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik
dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai
sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah
pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara
ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset
penting dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua
pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapat bahawa masih banyak usaha yang perlu
dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih banyak pelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di negara
ini.

Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya


kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke
sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkap
kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke
destinasi yang akan dituju. Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati
keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari
tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati
keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan
sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.

Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut menjadi faktor penting
dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan penginapan penting kerana ini akan
menentukan sarna ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan
selesa dan lengkap, hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali
gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah
penginapan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh negara
membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan
kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu.

Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat
lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat- tempat baharu
yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada
menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio
dan televisyen. Selain itu, dengan mewujudkan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara
terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing.
Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota
London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam nenarik lebih banyak pelancong
datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan
datang melawat negara kita pada suatu hari kelak.

Kepelbagaian kebudayaan dan adat resam penduduk tempatan juga dapat menarik banyak pelancong
datang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu,
India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada
pelancong yang gemar kepada sesuatu yang baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan
masyarakat di sesuatu tempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan
kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke
sana. Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di negara kita sebagai daya tarikan
utama dalam membangunkan industri pelancongan dengan rnemperkemas persembahan yang sedia ada.

Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukan oleh LPPM dalam
usaha menarik lebih banyak pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagai aktiviti seperti rnengadakan Minggu
Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia dan acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan
negara tertentu adalah antara usaha berkesan memperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing. Tindakan
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negara
membuktikan bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam menarik pelancong. Buktinya, program
seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramai pelancong datang ke negara ini, sekali
gus memberi keuntungan besar melalui tukaran mata wang asing. Promosi pula perlu dipertingkat bagi
menarik kehadiran pelancong walaupun terpaksa rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga
lumayan.

Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha menarik
pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus memikirkan kaedah lain yang lebih berkesan,
mudah, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang
meruncing dewasa ini. Jadi, tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi
negara kita kepada pelancong harus dikongsi bersama kerana rakyat juga akan mendapat manfaatnya.
Industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada
pendapatan negara jika diusahakan secara lebih profesional.
Langkah-langkah Memajukan Industri Pelancongan
Negara
Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi
yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan
industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi
itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke
negara kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya
tarikannya yang tersendiri. Buktinya, sepanjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi
oleh 22 juta orang pelancong yang menyumbangkan pendapatan sebanyak RM48
bilion kepada negara. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset
penting dalam usaha negara menggamit kedatangan pelancong.Menteri Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan, Dato Sri Dr. Ng Yen Yen menyarankan agar tugas menarik
kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu
kerajaan sahaja supaya industri pelancongan dapat dimajukan. Setiap anak watan perlu
merancang usaha-usaha yang istiqamah,pragmatik dan efektif perlu diambil untuk melihat
industri ini merentasi benua dan dunia.

Langkah prima untuk meningkatkan industri pelancongan negara ialah kerajaan perlu
memperlengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan di negara kita
sehingga menjadi prasarana kelas pertama terutamanya destinasi yang menjadi tumpuan
pelancong. Faktor utama pelancong datang di sesebuah negara adalah kerana kemudahan
prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di sesebuah negara. Hal ini
kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari
ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkapkan kemudahan pengangkutan dan
komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan
dituju. Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati
keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot
atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk
memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan
kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang
ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa kemudahan yang baik akan memudahkan para pelancong menelusuri dari satu
destinasi pelancongan ke satu destinasi pelancongan yang lain dan dapat membangunkan
industri ini.

Selain itu, kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, tandas, bekalan air
dan elektrik turut menjadi faktor penting dalam menarik banyak pelancong mengunjungi negara
kita. Kemudahan penginapan penting kerana situasi ini akan menentukan sama ada seseorang
pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan
lengkap, hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali
gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan
rumah penginapan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan di bandar atau di
desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan
pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar
sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu. Masalah tandas yang terhad dan berbau
busuk selain bekalan air dan elektrik yang kerap meragam perlu diatasi. Prasarana ini hendaklah
dijaga agar pelancong tertarik untuk berkunjung lagi ke sini. Tegasnya, keselesaan pelancong
ketika menginap di negara kita perlu dititikberatkan agar industri ini dapat dibangunkan.

Bukan itu sahaja, kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia


(LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat
di negara ini, khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan
yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah,
buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu,
dengan kewujudan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk
memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing.
Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas
di kota London pada suatu ketika dahulu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam menarik
lebih banyak pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke
pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari
kelak. Pendek kata, komitmen kerajaan dengan badan-badan tertentu dalam menyebarkan
keunikan negara kita ke peringkat global turut merancakkan perkembangan industri ini.

Di samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan
dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak seharusnya lupa dengan
gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu, Unit
Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah ke
atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut,
rompak dan tipu harus ditangani secepat mungkin. Kejadian seumpama ini akan
membimbangkan pelancong untuk melancong di negara kita dan sekali gus akan mengancam
industri ini. Oleh itu, pihak berautoriti perlulah menambahkan bilangan anggota keselamatan
terutamanya di destinasi tumpuan pelancong agar keselamatan dan kesejahteraan pelancong
akan terjamin. Rondaan juga perlu dilakukan dengan lebih kerap dan lebih banyak pondok
keselamatan didirikan. Dengan ini, pihak yang ingin melakukan perbuatan yang terkutuk tidak
dapat dilakukan kerana adanya kawalan dan pemantauan yang ketat oleh pihak berkuasa.
Ringkasnya, aspek keselamatan perlu dititikberatkan agar pelancong asing terus berkunjung ke
negara ini dan memelihara imej negara.

Seperkara lagi, pelbagai aktiviti yang menarik perlulah diadakan oleh pihak kerajaan dan
badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti pameran kejohanan
sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan
Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan
pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi
yang lengkap dan meluas. Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat
memperkenalkannegara kepada perwakilan atau atlet-atlet dari luar negara seterusnya
dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan kepada mereka
bahawa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa
tetapi juga terbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita
juga akan berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita
dapat meningkatkan ekonomi negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada
kedatangan pelancong ke negara kita. Hal ini dapat diibaratkan sambil menyelam minum air.
Jelaslah bahawa industri pelancongan dapat dimajukan dengan mengadakan pelbagai aktiviti
negara yang menarik.

Masyarakat juga seyogianya boleh bersama-sama membantu memartabatkan bidang


pelancongan negara. Sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat
Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu
kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap sebagai duta pelancongan negara haruslah
bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran
pelancong asing bagi mengaut keuntungan dengan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai
sopan santun dan lembut bahasa kerana budi bahasa budaya kita. Rakyat negara ini harus
mengubah sikap mereka dengan melayan para pelancong dengan lebih baik agar kunjungan
mereka ke Malaysia sentiasa memberikanmemorabilia sepanjang hidup mereka. Masyarakat
Malaysia perlulah mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Deduksinya, sinergi daripada pelbagai lapisan masyarakat dapat membantu
meningkatkan bidang pelancongan negara seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan
negara.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa terdapat pelbagai cara yang


dapat dilakukan untuk memajukan industri ini. Segala usaha yang direncanakan itu
memerlukan obligasi dan komitmen jitu daripada semua pihak serta perlu dijalankan secara
bijaksana umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak
berselerak. Usaha yang holistik dan syumul ini perlu dijalankan secara sistematik dan tidak
hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Diharapkan industri pelancongan negara ini
akan terus berkembang dan sentiasa meniti dari bibir ke bibir rakyat di
peringkat glokal dan global. Bukan itu sahaja, diharapkan juga industri pelancongan di Malaysia
dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara pelancongan
yang lain.

Kemalangan jalan raya yang berlaku telah menyebabkan kecederaan, kematian serta kerosakan kenderaan yang
terbabit. Oleh itu, sewajarnya langkah-langkah yang efektif perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya di Malaysia.

Antara langkah utama dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah memperbaiki sikap pemandu itu
sendiri. Semua pemandu yang berada di jalan raya hendaklah mematuhi peraturan jalan raya. Para pemandu
hendaklah memandu mengikut had laju yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sikap pemandu yang gemar
melanggar lampu isyarat merah mestilah dielakkan kerana ia boleh membawa kepada kemalangan dan
kesesakan jalan raya. Di samping itu, pemandu juga tidak dibenarkan memotong di garisan berkembar
kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Pihak keluarga juga boleh memainkan peranan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Ibu bapa
perlu menasihati anak-anak supaya mematuhi peraturan jalan raya semasa memandu. Anak-anak juga boleh
menasihati ibu bapa yang memandu supaya tidak memandu terlalu laju dan sentiasa bertolak ansur ketika
berada di jalan yang sesak. Jika anak-anak melihat ibu bapa memotong barisan atau memotong jalan dengan
menggunakan lorong kecemasan, anak-anak perlulah menegur sikap ibu bapa. Amalan nasihat-menasihati
dalam hal keselamatan jalan raya pasti akan dapat mengelakkan kemalangan berlaku.

Pihak kerajaan juga boleh mengambil tindakan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Hal
ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan dan peruntukan bagi membina satu sistem jalan raya
yang selamat kepada pengguna jalan raya. Pihak kerajaan juga boleh membina jalan raya yang lebih lurus dan
ada laluan khas untuk motosikal. Pihak kerajaan juga perlulah memperbaiki kemudahan pengangkutan awam
supaya lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam terutama semasa hari perayaan. Dengan tindakan
yang proaktif daripada pihak kerajaan pasti kesesakan dan kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.

Pihak penguatkuasa undang-undang jalan raya juga perlu bertindak dalam mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya. Pihak polis mestilah bertugas dengan baik dan membuat pemantauan ya ng
berterusan terhadap sikap pemandu kenderaan. Pemandu yang melanggar peraturan jalan raya hendaklah
disaman dan didakwa di mahkamah untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain. Pihak Jabatan Pengangkutan
Jalan juga boleh memainkan peranan dengan menahan kenderaan yang tiada cukai jalan atau membawa
muatan yang berlebihan. Jika pihak penguatkuasa undang-undang jalan raya dapat memainkan peranan
dengan berkesan, maka kemalangan dapat dikurangkan dan ia pastinya menguntungkan banyak pihak.

Pihak media massa juga boleh memainkan peranan untuk mengurangkan kadar kemalangan j alan raya.
Peranan media massa dalam mempengaruhi sikap pengguna jalan raya memang tidak dapatdinafikan.
Contohnya, kempen-kempen keselamatan jalan raya boleh dibuat dengan menggunakan m edia massa. Pihak
kerajaan yang memiliki stesen RTM boleh menggunakan stesen televisyen dan radio ini sebagai tempat
untuk menyampaikan kempen keselamatan jalan raya. Sewajarnya kempen-kempen keselamatan jalan raya
dibuat secara berterusan di media massa supaya dapat memberi k esan yang mendalam kepada orang ramai
khususnya pengguna jalan raya.
KERJASAMA SEMUA PIHAK MAIN PERANAN TANGANI
JENAYAH

KERJASAMA erat antara polis dan masyarakat mampu mencegah dan meminimumkan kegiatan
jenayah di samping menjamin keselamatan di kawasan perumahan masing-masing. Polis sentiasa
mencari jalan mewujudkan jalinan kerjasama yang erat bersama masyarakat setempat bagi
membantu mencegah dan mengurangkan kadar jenayah.

Sementara, masyarakat seharusnya sentiasa menyahut seruan pihak berkuasa dalam aktiviti celik
jenayah demi kepentingan mereka sendiri. Bahkan, masyarakat yang perihatin dan aktif seharusnya
sentiasa mencari ruang menganjurkan aktiviti serta menanam kesedaran di kalangan anggota
masyarakat setempat akan pentingnya membasmi jenayah dan masalah sosial dalam kawasan
mereka.

Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Rela serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK), sewajarnya mempunyai hubungan erat dengan polis setempat demi menjalankan rondaan
secara lebih efektif. Bahkan, persoalan berkaitan undang-undang dapat difahami jika badan seperti
ini mempunyai hubungan intim dengan polis. Kerjasama dua pihak juga mampu mewujudkan suasana
harmoni tanpa penduduk perlu berasa risau dan bimbang semasa meninggalkan rumah.

Jelaslah, apabila kedua-dua pihak kita saling membantu mencegah jenayah terutama di kawasan
perumahan, penghuni perumahan lebih yakin jika perlu keluar rumah. Dalam hal ini, selain pihak polis
menjalankan tugasannya, jiran tetangga juga dapat membantu kita mengawasi keadaan sekeliling
dan membuat laporan segera kepada pihak polis yang bertugas. Pelbagai cara menghubungi pihak
polis dengan cepat dan tangkas; dengan menghubungi talian 999 atau nombor pejabat Balai Polis
setempat.

Pihak polis yang bertugas di penempatan kita juga mampu memberi kerjasama segera.
Tanggungjawab orang ramai memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis
segera atas kejadian jenayah berlaku supaya polis mudah mengambil tindakan susulan. Kewujudan
polis mungkin tidak dapat membasmi keseluruhan perbuatan jenayah dalam masyarakat, namun
tugas polis yang efektif dengan masyarakat setempat menjadi mata dan telinga polis dapat
mengurangkan dan mempercepat penyelesaian kepada sebarang perbuatan jenayah.

Pembinaan pondok polis di kawasan jenayah panas turut mampu mengurangkan dan membendung
peningkatan kadar jenayah di satu-satu kawasan. Dengan wujudnya pondok polis berdekatan
kawasan perumahan kes kecurian atau pecah rumah dapat dikurangkan.

Anda mungkin juga menyukai