Anda di halaman 1dari 15

CORETAN KEHIDUPAN

Sabtu, 19 Januari 2013 Arkib Blog

CARA-CARA MEMANDU UNTUK LULUS UJIAN ► 2017 (1)


► 2016 (1)

JPJ
▼ 2013 (37)

MEMULAKAN PEMANDUAN DENGAN GEAR ► Jun (3)


► April (2)

MANUAL
► Mac (1)

► Februari (5)

▼ Januari (26)

CIPTA SAAT ROMANTIS
CINTA
CIRI-CIRI LELAKI YANG BAIK
CARA-CARA MEMANDU UNTUK
LULUS UJIAN JPJ
JADUAL GAJI & CUTI UMUM
KERAJAAN MALAYSIA 2013
ANUGERAH BINTANG
POPULAR BERITA HARIAN
2012
MAHARAJA LAWAK MEGA 2012
AMALAN UNTUK KEKAL SIHAT
& CANTIK
ISLAM, KRISTIAN & YAHUDI
--> Cara hendak menggerakkan kereta.
JIN, IBLIS & SYAITAN
- Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat WARNA LANGIT BERUBAH
dan lembut. Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga APABILA TIBANYA WAKTU
terasa badan kereta bergegar hendak bergerak, tambah sedikit minyak dan SOLAT
kawallah kelajuan dan stereng anda. Bila sudah stabil dan meter mencecah KISAH SEORANG PRAMUGARI
ke 20km - 25km, tukarlah kepada gear 2 dan meter mencecah ke 30km - 35km, KETIKA MENUNAIKAN HAJI
DI ...
tukar ke gear 3, meter mencecah ke 4okm tukarlah ke gear 4 dan seterusnya
tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya. KISAH SEORANG
PENGEMBARA YANG TAAT
KEPADA ALLAH
--> Cara hendak mengelakkan dari enjin mati setelah gear
TAUBAT NASUHA
dimasukkan.
AMALAN MURAH REZEKI
- Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta KELEBIHAN SURAH AL MULK
anda telahstabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan KELEBIHAN SURAH AL-
dengan perlahan. WAQIAH
LUAHAN CINTA SUCI
- Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga
CARA MENGERJAKAN SOLAT
meter turun dibawah 30km, tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek.
Untuk mengelakkan anda kelam kabut kerana kurang mahir. KUCING COMEL
LAWAK KUCING
- Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan
TENTANG KUCING
pedal brek. Sebelum mengangkat kedua-dua kaki, anda wajib freekan gear
AMALAN SIA-SIA TANPA NIAT
dulu dan tarik hand brek.
KERANA ALLAH
SOAL JAWAB ORANG KAFIR
PARKING 3 PENJURU PERSOALKAN KEBENARAN
ISLAM

1. Pusingan tiga penjuru adalah olahgerak terakhir dalam ujian bahagian 2 SELAMAT TAHUN BARU 2013
untuk ujian memandu kereta selepas ujian mendaki bukit dan ujian meletak AZAM BARU
kereta secara masuk belok.
► 2012 (48)

2. Berhati-hati untuk olahgerak terakhir ini untuk memastikan anda boleh
lulus sepenuhnya untuk ujian bahagian 2.

3. Ini adalah kerana jika anda kurang berhati-hati kemungkinan anda gagal
dan akan menyebabkan anda gagal keseluruhan ujian bahagian 2.

4. Risikonya ialah anda perlu membuat ujian ulangan bahagian 2 dan anda
wajib menjalani semula ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta secara
masuk belok walaupun sebelum ini anda sudahpun lulus kedua-dua olahgerak
ini.

5. Selepas keluar dari petak meletak kereta secara masuk belok ( side parking),
anda terus menuju ke dalam petak tiga penjuru ini.

6. Pandu kereta anda bergerak lurus di sebelah kiri mengikut anak panah masuk
dan sebaik cermin sisi sebelah kiri sama lurus dengan tiang no.2 di sebelah kiri
anda, pusing stereng habis ke kanan dengan pantas.

7. Berhenti di hadapan tiang sebelah kanan anda dan pastikan kereta anda tidak
melepasi garisan kuning dan tidak melanggar atau menyentuh tiang itu. Pastikan
juga stereng selari dengan tiang di tengah dan tayar hadapan dalam keadaan
menegak.

8. Pastikan kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis
ke kiri dan masukkan gear reverse, lepaskan clucth perlahan2 barulah boleh
undur terus ke belakang dan tidak boleh menyentuh atau melanggar tiang
belakang serta belakang badan kereta tidak boleh terkeluar dari garisan kuning.
Panduannya mudah semasa mengundur kereta anda tengok anak panah masuk
dan sebaik anak panah itu lurus kearah anda, terus berhenti. Bermakna kereta
anda tidak akan terlanggar tiang belakang. Cuba praktik dan perhatikan.

9. Pastikan kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis
ke kanan dan masukkan gear 1. Terus bergerak keluar mengikut anak panah
keluar dan letak semula kereta dimana anda bermula.

Untuk info:

Pastikan hanya tiga pergerakan sahaja dibenarkan ketika masuk, berada


dalam petak dan keluar dari petak. Anda tidak dibenarkan berhenti-henti di
pertengahan di setiap pergerakan. Jika enjin kereta mati tiba-tiba semasa
berhenti, pastikan tekan brek dan freekan gear barulah hidupkan semula
enjin kereta anda. Masa yang dibenarkan dari mula anda masuk hingga
keluar dari petak ini tidak melebihi 3 minit.

SIDE PARKING
1. Anda hanya dibenarkan untuk membuat ujian side parking atau meletak
kereta secara masuk belok hanya selepas lulus ujian mendaki bukit.

2. Pandu kereta bergerak lurus ke hadapan dan sebaik-baiknya jarak cermin


sisi kiri dengan tiang pertama lebih kurang 3 kaki.Tidak terlalu dekat dan
tidak pula terlalu jauh dari tiang.

3. Toleh ke kiri arah cermin tingkap tiga segi di bahagian penumpang kiri.

Berhentikan kereta sebaik anda nampak tiang pertama berada di tengah-


tengah cermin itu.

4. Tekan clutch & masukkan gear reverse.

5. Pusing stereng ke kiri sampai habis.

6. Lepaskan clutch perlahan2, mula undur perlahan-lahan dan lihat melalui


cermin sisi sebelah kanan. Kira tiang yang anda nampak didalam cermin sisi
dan berhenti sebaik badan kereta sudah sama lurus dengan tiang no.7.

7. Pusing stereng sebanyak 2 kali ke kanan. Undur kereta dan lihat


kedudukan tayar belakang sebelah kanan berada di atas garisan kuning.
Berhenti.

8. Pusing stereng ke kanan sampai habis dan undur sehingga kereta betul2
masuk ke lot Parking. Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti
sebaik tayar itu sudah berada di atas garisan kuning. Jangan langgar tiang
hadapan.
9. Tekan brek, freekan gear, tarik hand brek & angkat tangan sebagai tanda
anda telah berjaya meletak kereta dengan betul.Tunggu isyarat dan arahan
pegawai penguji untuk anda keluarkan kereta dari petak.

10. Masukkan gear reverse. Pusing stereng 2 kali ke kiri. Gerakkan kereta
berhati-hati. Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti sebaik tayar
berada diatas garisan kuning.

11. Pusing stereng ke kanan sampai habis dan masukkan gear 1. Terus
keluar berhati-hati jika anda mahir. Sekiranya anda tidak berapa mahir.
Berhenti dahulu sebaik tiang no. 1 berada di tengah-tengah pintu
penumpang kiri anda.

12. Pusing stereng 3 1/2 kali ke kiri dan terus keluar.

Untuk info:

Masa yang diberi dari mula anda hendak bergerak masuk


dan sehingga anda keluar dari petak ialah tidak boleh melebihi dari 5 minit.
Kebiasaannya ketika hari ujian, kebanyakan pelajar hanya mangambil masa
kurang dari 2 minit.

Syarat utama untuk mengelakkan anda gagal ialah:

1. Jangan sentuh atau langgar mana-mana tiang walaupun tiang tidak jatuh
atau tiang bergoyang.

2. Badan kereta mesti berada di dalam petak dan tidak boleh terjulur keluar
melebihi garisan.

3. Tidak melebihi masa 5 minit.

4. Tidak berlaku sebarang kemalangan.

MENAIKI BUKIT
1. Mulakan gear 1.

2. Gerak perlahan2.

3. Apabila side mirror menghampiri palang pertama, cepat2 tekan clutch &
break kaki.

4. Tarik hand brake & freekan gear.

5. Lihat keluar sama ada tayar depan cecah pada line kuning.

-Tayar mesti berada paling kurang 50% didalam garisan kuning.

-Tayar tidak boleh melebihi 50% keluar dari garisan kuning. Keadaan ini
menyebabkan anda terus dianggap gagal.

-Ketika berhenti di garisan kuning, brek tangan tidak ditarik dengan betul
menyebabkan kereta berundur dan tayar terkeluar dan menjadi kurang 50%
masuk ke garisan kuning.
6. Kalau pasti, angkat tangan. Kalau tak lepas, buat semula.

MENURUNI BUKIT

1. Masukkan gear 1.

2. Tekan minyak sampai 3.5 @ 4.

3. Lepaskan clutch perlahan2 sampai terasa kereta bergerak ke depan.

4. Lepaskan hand brake.

5. Kereta akan meluncur ke hadapan secara automatik.

6. Perlahankan kereta sebaik menuruni bukit.

www.youtube.com/watch?v=swGz_SZVuKA

► 1:32

More videos for VIDEO TEST JPJ MEMANDU KERETA »

TIPS-TIPS UJIAN JPJ – BHG. 3 (JALAN


RAYA) KELAS D (KERETA)

Ketika menghadiri Ujian JPJ, anda perlu berpakaian sopan dan menjaga tata
tertib. Yang dimaksudkan berpakaian sopan ialah dengan memakai baju
berkolar, seluar panjang dan kasut. Di bawah ini adalah tips-tips yang mesti
anda lakukan ketika menghadapi Ujian JPJ bahagian jalan raya untuk kereta.

1) Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan

-Betulkan tempat duduk.


-Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan
anda dapat melihat dengan baik belakang kereta anda.
-Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan ‘wiper’. Pastikan semua itu
berfungsi.
-Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (‘neutral’) dan hidupkan
enjin kereta.

2) Memulakan Pemanduan

- Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan.


- Start Ejin.
- Pandang cermin belakang & pandang tepi.
- Minta izin daripada pegawai JPJ untuk memulakan perjalanan.
-Tekan clutch.
-Masuk gear 1.
-Turunkan hand brek.
-Tekan sedikit pedal minyak.
- Lepaskan clutch perlahan2.
-Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.

3) Berhenti di Persimpangan

Sebelum sampai di persimpangan, pastikan anda sudah memberikan signal


ke arah yang hendak belok. Berhenti kira-kira 2 meter di belakang garisan
berhenti di persimpangan. Tarik brek tangan dan bebaskan gear. Pastikan
tiada kereta yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum bergerak
keluar.

4) Memandu di Jalan Raya

Pastikan anda menggunakan gear yang sesuai. Cuba patuhi had laju yang
ditetapkan. Di jalan raya, had lajunya ialah kira-kira 40-60 kmj. Memandu
di kawasan sekolah, had lajunya ialah 30 kmj. Pastikan anda dapat mengawal
stereng dengan baik.

5) Memandu di Garisan Berkembar (‘Double Line’)

Anda TIDAK DIBENARKAN untuk memotong di kawasan ini. Kebiasaannya


di kawasan sekolah, jambatan, selekoh dan persimpangan.

6) Memandu di Lampu Isyarat

Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat. Jika anda nampak lampu isyarat
bertukar kepada warna kuning, anda perlu bersedia untuk berhenti.
Sekiranya kenderaan anda belum melepasi garisan berhenti, and seharusnya
Berhenti. Kalau kenderaan sudah melepasi garisan berhenti, anda dibolehkan
untuk meneruskan perjalanan dengan syarat perlu berhati-hati.

7) Kawalan Stereng

Kedudukan tangan di stereng perlu di posisi 2 dan 10. Pastikan tangan


anda tidak bersilang ketika melakukan pusingan. Jangan hanya menggunakan
sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu
tangan apabila menukar gear.

8) Memberhentikan Kenderaan Setelah Selesai Ujian

Sebelum berhenti, pastikan anda sudah memberikan signal kiri terlebih


dahulu. Kemudian berhenti secara perlahan-lahan. Bebaskan gear dan tarik
‘hand brake’.

9) Memandu ketika di traffic light

- Ketika dalam 4 tiang sebelum sampai lampu traffic, tukar gear 2.


- Tekan clutch & brek kaki perlahan2 sehingga ruang jarak di depan sebanyak
1 kereta.
- Tarik hand brek & freekan gear.
- 10 saat sebelum gerak turunkan hand brek.
- Tekan sedikit pedal minyak.
- Lepaskan clutch perlahan2.
- Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.

Nota:

Markah minima untuk lulus ialah 16 / 20.Dengan syarat tidak berlaku


sebarang kemalangan ketika sesi ujian.

Langkah-Langkah Untuk Mendapatkan


Lesen Memandu
1) PASTIKAN JENIS LESEN YANG MAHU DIAMBIL

Sebelum mendaftar dengan sekolah memandu, pastikan dulu umur anda


sekarang sudah mencapai had kelayakan untuk mengambil lesen atau belum.
Had umur untuk lesen motorsikal ialah 16 tahun manakala kereta ialah 17 tahun.

2) MENDAFTAR DENGAN SEKOLAH MEMANDU

Pergi ke mana-mana sekolah memandu yang sah dan bincang mengenai


harga, kemudahan pengangkutan, jumlah jam belajar dan sebagainya yang
ditawarkan. Kemungkinan juga anda akan gagal ujian undang-undang dan
ujian praktikal JPJ. Pastikan anda bertanya kepada pengusaha sekolah
memandu tersebut mengenai jumlah bayarannya. Begitu juga dengan
Lesen L dan P. Adakah ia termasuk dalam jumlah bayaran tersebut.
Kebiasaannya harga untuk semua itu bagi lesen kereta ialah antara RM800
– RM950 manakala lesen motorsikal RM450 – RM550. Anda boleh
mengurangkan kos seperti menolak kemudahan pengangkutan,
mengurangkan jam belajar dan membayar sendiri lesen L dan P di JPJ.
Jika sudah setuju boleh terus mendaftar di sekolah memandu tersebut
dengan menyerahkan salinan MyKad, gambar 2 keping dan bayaran
deposit. Pastikan resit pembayaran diterima.

3) SENARAI KELAS YANG WAJIB DIIKUTI

Kursus-kursus yang wajib anda hadiri ialah:

i) Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).


ii) Ujian undang-undang berkomputer. Perlu lulus sebelum boleh
mengikuti kelas seterusnya.
iii) Kursus Pra L – teori 3 jam dan amali 3 jam.
iv) Ujian pra kelayakan atau Q.T.I.
v) Ujian praktikal J.P.J.

4) MENGHADIRI KURSUS K.P.P. 5 JAM.

Pilih hari yang sesuai untuk anda menghadiri kursus K.P.P. ini. Biasanya
kelas bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang. Pastikan
anda berpakaian kemas seperti memakai baju berkolar, seluar panjang
dan kasut setiap kali anda menghadiri kelas memandu. Sijil K.P.P. ini sah
laku selama 1 tahun.

5) UJIAN UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER

Selepas 3 hari anda menghadiri kursus K.P.P., anda dibolehkan untuk


menduduki ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian berdekatan
dengan rumah anda. Markah lulus ialah 42/50. Jika gagal anda perlu
mendudukinya semula sehingga lulus bagi melayakkan anda menduduki
kelas Pra L. Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM50
untuk mendudukinya semula. Selepas lulus ujian undang-undang, anda
diberikan sijil keputusan. Sijil ini sah laku selama 1 tahun.

Pictures of JPJ Computer Test Module

6) MENGHADIRI KURSUS PRA L – TEORI 3 JAM DAN AMALI 3 JAM

Kehadiran ke kelas ini bagi membolehkan anda mendapatkan sijil JPJL2B.


Dengan ini akan dapat Lesen L kira-kira seminggu selepas tarikh anda
menghadiri kursus ini.
7) BELAJAR MEMANDU KERETA ATAU MOTORSIKAL

Lesen L melayakkan anda untuk belajar secara praktikal memandu. Untuk


L motorsikal, anda sudah boleh memandu di jalan raya secara berseorangan.
L kereta pula, anda perlu belajar memandu dari pengajar yang mempunyai
sijil pengajar. Latihan memandu biasanya adalah selama 4 – 5 kelas atau 8
– 10 jam. Ia bergantung kepada calon itu sendiri. Ada juga yang belajar lebih
dari itu. Sudah pasti harga juga akan meningkat. Untuk motorsikal, anda akan
belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, brek kecemasan dan jalan
raya. Semua itu dilakukan di litar motorsikal yang disediakan oleh institut
memandu. Untuk lesen kereta pula, anda akan diajar menaiki bukit, side
parking, 3 penjuru dan jalan raya. Semua itu akan diajar di litar kecuali jalan
raya anda akan diajar di jalan raya sebenar.

8) UJIAN PRA ATAU Q.T.I.

Ujian ini dijalankan sebelum anda dibenarkan untuk menduduki ujian praktikal
J.P.J. Ia dijalankan oleh penguji yang bertauliah di institut memandu. Penguji-
penguji ini biasanya akan melihat sejauh mana tahap pemanduan anda.
Sekiranya gagal dia akan mencadangkan anda untuk belajar 1 atau 2 kelas
lagi sebelum diuji semula. Setelah lulus anda boleh menempah tarikh ujian
praktikal JPJ.

9) UJIAN PRAKTIKAL J.P.J.

Anda akan diuji oleh penguji yang dihantar olehpihak JPJ. Terdapat 2 bahagian
iaitu litar dan jalan raya. Anda perlu lulus kedua-duanya bagi membolehkan
anda mendapatkan lesen P. Jika gagal, kebiasaannya anda akan dikenakan caj
tambahan sebanyak RM100 – RM200 termasuk 1 atau 2 kelas lagi belajar
memandu.

10) LESEN P

Setelah lulus ujian praktikal JPJ, anda perlu menyerahkan butir-butir di bawah
kepada sekolah memandu anda :

i) 1 keping gambar.
ii) 1 keping salinan fotostat MyKad.
iii) 1 keping salinan lesen L.
iv) Bayaran (jika ada)

Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu anda akan mendapat lesen P


tersebut.

TIPS-TIPS UNTUK LULUS UJIAN JPJ – KELAS


B2 (MOTORSIKAL)

Dalam ujian praktikal kelas B2, calon harus menunggang dengan baik dan
yakin. Walaupun ia nampak mudah, calon perlu mendapatkan latihan
sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Ini bagi memudahkan calon
ketika menghadapi ujian nanti kerana semua latihan yang dijalankan
adalah sama dengan ujian tersebut.

Pertama sekali harus diingat, sebelum mula menunggang motorsikal,


calon perlu memakai topi keledardengan cara yang betul iaitu kemas.
Pastikan tidak ada ruang yang longgar ketika mengikat tali topi keledar
itu. Antara halangan yang calon akan hadapi di bahagian 2 ujian jpj
ialah membuat pusingan 8.

Pastikan anda menunggang di atas pusingan 8 itu dengan menggunakan


gear yang kedua. Ianya merupakan gear yang lebih lancar, tidak terlalu
perlahan dan tidak terlalu laju. Ikut betul-betul pusingan tersebut supaya
tidak terbabas. Calon sama sekali tidak dibenarkan untuk menurunkan
kaki ke atas jalan raya. Selepas itu, calon perlu melepasi laluan titi
sepanjang 7 atau 8 meter dalam tempoh 7 saat ke atas.

Di sini calon mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk


mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear 2.
Cuba buat kiraan “satu ribu satu” hingga “satu ribu tujuh” ketika di
atas titi tersebut.

Selesai kiraan, calon boleh terus bergerak ke depan untuk menuruni titi
tersebut. Halangan ketiga ialah mengawal motorsikal ketika melalui
antara kon-kon yang diletakkan secara “zig-zag”. Di sini ialah halangan
yang paling mudah untuk dilakukan oleh calon. Sekali lagi diingatkan,
jangan turunkan kaki ke atas jalan raya. Yang terkakhir sekali dalam
bahagian 2 ialah memberhentikan motorsikal secara kecemasan.

Dengan had laju yang sederhana, calon dikehendaki berhenti dalam ruang
yang diberikan. Calon perlu untuk menekan brake tangan dan brake kaki
serentak di sini. Ketika berhenti, hanya kaki kiri sahaja memijak jalan raya.
Kaki kanan masih di atas brake.

Selesai ujian bahagian 2, kini calon perlu pula untuk melepasi ujian
bahagian 3 iaitu ujian jalan raya. Calon perlu memeriksa topi keledar
terlebih dahulu supaya ikatannya kemas. kemudian, periksa satu persatu
lampu hadapan dan belakang, lampu brake, lampu signal kiri dan kanan
di hadapan dan belakang, side mirror kiri dan kanan serta bunyikan hon
sebelum berjalan.

Pastikan calon memberikan isyarat signal dan isyarat tangan sebanyak


tiga kali jika ingin belok ke kiri atau kanan. Ketika berhenti, pastikan
tangan kanan diangkat menandakan calon berhenti. Apabila selesai,
turun dari motor dan letak motor tersebut dengan “Stand” dua kaki.
Menggunakan “stand” satu kaki akan mengakibatkan calon ditolak
markah.

Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda dalam


menghadapi ujian tersebut.

www.youtube.com/watch?v=IpOWevTpMOA

► 3:40

More videos for VIDEO TEST JPJ MEMANDU MOTOR »

Semoga Berjaya.

Dicatat oleh Unknown di 10:44 PTG

60 ulasan:

amsyarulamin 14 Mei 2013 9:23 PG


Terima kasih ^_^
Balas
saye cumel 16 Mei 2013 7:54 PG
serius cuak giler nak amek lesen moto+kete ni....tkot gagal je...Ya Allah...
Balas

is 20 Mei 2013 8:53 PG


cuak le jgk amek lesen ni tp seb bek aku da de kete, ley soh membe ajar aku drive at
area taman aku ni ckit2, kat litar nnt x r gabra sgt..fuhhh!! Mudah2an aku lulus
sume dgn cemerlang..Amiin
Balas

Fara Roxy 22 Mei 2013 8:18 PG


akan selalu dibace sepanjang pelajaran pemanduan saya sekarang :)
Balas

ida_norhan 12 Julai 2013 12:55 PG


Ist day belajar drive ari nie. X gheti nak balance minyak n clutch, takut mati kat
traffic light. Tq 4 da info, harap2 lulus....
Balas

Ashikin Nordin 16 Julai 2013 4:17 PTG


terima kasih atas panduan yg diberikan :)
Balas

Hades Hermes 18 Julai 2013 7:09 PG


Saya Mahu belajar Memandu..tapi saya takut kereta besar,lori besar,tailer..mcm tak
confident aja.
Balas

Anna Athirah 5 September 2013 5:37 PTG


Alhamdulillah..lega sikit bace panduan ni...preparation utk test JPJ hari ni...semoga
sy lulus dgn cemerlang..amin...insyAllah...
Thanks ye Norsyafawati..huhu...atas panduan ni...
Balas

Mohd Faizul 16 September 2013 5:24 PTG


Hari ni ujian JPJ..good luck 4 me...haha
Balas

Balasan

Weirdoz LYN 17 September 2013 7:29 PTG


good luck bro

Ashraaf 24 September 2013 4:27 PG


Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Balas

Ashraaf 24 September 2013 4:29 PG


adess, kereta lulus, motor boleh pulak terjatuh kat hujung titi..zzz...
Balas

Fatimah Ima 14 Oktober 2013 8:06 PTG


sya da lulus undng.. skng lg nak wat lsen L..STRsnYA NK AMeK TEst jPj. . hihihi..
harap2 sume urusan bjalan dngaN LAncaR. . .
Balas
Civic Vtec 6 November 2013 7:53 PG
terbaik beb,susah nk jumpa sharing is caring like this,my wife,jumaat ni akn test
jpj,tima kasih byk fawati.
Balas

fa farhana 10 November 2013 3:49 PTG


Nak Duit Poket dgn guna FB tak??
RM0.15?? sikit kan??
Klik punya klik.. tak sedar, dalam bank dah ada RM250! hehehe.. Seronok laaaa...
daftar FREEE!..just promote jerr.... pastu boleh dapat RM 100 satu hari!...
JOM! ((((CUMA KLIK JE LINK DI BAWAH DAN ANDA AKAN TAHU))):)

KLIK PERCUMA Di: http://iklansticky.com/hop.php?ref=farahlove91


Balas

fa farhana 10 November 2013 3:50 PTG


Nak Duit Poket dgn guna FB tak??
RM0.15?? sikit kan??
Klik punya klik.. tak sedar, dalam bank dah ada RM250! hehehe.. Seronok laaaa...
daftar FREEE!..just promote jerr.... pastu boleh dapat RM 100 satu hari!...
JOM! ((((CUMA KLIK JE LINK DI BAWAH DAN ANDA AKAN TAHU))):)

KLIK PERCUMA Di: http://iklansticky.com/hop.php?ref=farahlove91


Balas

FiVeRoSe aZiZuL 10 November 2013 8:50 PTG


Terima kasih dengan info yg diberikan....byk membantu sye dlm ujian
mmandu...selalu mati enjin...stress... :'( 20hb nie test jpj...Insya'Allah..wish me luck
kwn.....Amin....
Balas

Nur Azwa Edora 14 November 2013 5:33 PG


terima kasih . semoga Allah merahmati kamu . Fuhhh 28hb ni saya akan test JPJ ,
selalu kena marah dengan instructor tu sebab tak ingat cara kawal handbrake d
mana dan bagaimana . semoga semua panduan yang tercatat di atas dapat
membantu saya , saya nak print semua ! terima kasih ya ! Love you kak ! <3
Balas

Balasan

FiVeRoSe aZiZuL 21 November 2013 11:10 PG


Yeaaaahhh!!! ALHAMDULILLAH dah pas kedua2 nye....syukur....keta
dan motor kini ku dpt P...trima kasih dgn smua bguna diatas..tramat sye
hargai...trime kasih syafa..^-^

Balas

muhammad aziz 8 Disember 2013 9:13 PTG


hari first blaja.. kne marah trok dgn instructor..geram tu mmg ada tp sbb bru nak
blajakan mmg x sah klau x buat silap..
Balas

Misz Wati 11 Disember 2013 11:51 PTG


Slm cik nor. Entri yg bagus.
Tp ade beberapa yg berbeza dgn kls latihan memandu yg sy ambil mggu ni.
Mohon share.
Lalu sini.
jemput follow miszwati88.blogspot.com
T kasih (:
Balas

✗ fifiyfitrianiee ✗ 22 Mac 2014 9:31 PTG


hahahahaha. baru kelmarin belajar memandu.. sakit jantung penguji tu. tapi best
jugak.. gagal or lulus blkg cerita, yg penting kita kena buat betul2 dan sungguh2
especially beginner macam saya ni. hehe
Balas

Balasan

Baby Green 12 September 2014 1:32 PG


terbaik...

Balas

Tanpa Nama 26 Mac 2014 10:04 PG


Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Balas

Tanpa Nama 26 Mac 2014 10:47 PG


timekasih! agak lain sikit dari tempat belajar memandu... lot parking kat sana guna
tiang kat sini guna divider... huhu... nasib ada jgak tips, baru la tak ada rasa kosong
memanjang... layan takut nak memandu sampai cikgu pengajar pun marah... haha>
<
Balas

ANON 6 April 2014 11:56 PTG


terima kasihh diatas perkongsian. hari khamis ni test jpj. doa2 kan ye.
Balas

Hamy Dyba 7 April 2014 12:36 PTG


TErima kasih atas info ni.. ^__^ esok nk pre test . Dah lama tinggal.. 3 minggu dr
blaja 8jam dulu.. Lama kan? saya semua okay, just minyak n clucth je kena pandaii..
^__^ doakan saya esok n JPJ nnt ..
Balas

ANON 8 April 2014 3:02 PG


tumpang tanya, kalo waktu nak turun bukit tu kereta terundur kebelakang kita
diikira gagal atau tidak?
Balas

Shima Chee 4 Mei 2014 8:54 PG


alhamdullilah jumpa gak info yg sgt berguna ni ..terima kasihh
Balas

cindy 4 Mei 2014 10:48 PTG


Thanks fo the tips. Really useful !
Balas

wardah syahidah 3 Jun 2014 5:34 PG


Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Balas

Farah Wawa 13 Jun 2014 12:25 PG


info yg yg padat n sgt bguna , thanx for the tips :) 16/6 ni test JPJ , wish me luck . .
Balas

eykin nazir 20 Jun 2014 3:03 PG


rsaunye nk test jpj mngu dpn ...hummmm
Balas
Ismail N 30 Jun 2014 5:10 PTG
Tips2 yg amat baik bagi yg baru belajar memandu.
Balas

Robert Azri 22 Julai 2014 7:58 PTG


Semoga cekap untuk memandu..ameen ����
Balas

Asyraf Azmi 13 September 2014 5:25 PG


terbaik laaa tips..

kalau sudi dtg blog saya...

kesan berhenti merokok

http://warkahterkini.blogspot.com/2014/09/kesan-selepas-berhenti-merokok.html
Balas

BLUEROSE 13 September 2014 8:54 PTG


thanks a lot sharing this article. it really helping me to face with jpj driving test this
wednesday. i want to share ur article in my blog if u dont mind abt it :-)
Balas

cikmudatoxin 14 September 2014 7:53 PTG


kena repeat test motor . ciss punye jpj
Balas

citra wangie 5 November 2014 4:17 PTG


Terima kasih sbb share tips2 ni. Sangat bermanfaat bagi saya yg sedang belajar
memandu
Balas

Sarina Eyna 14 Februari 2015 8:45 PG


aduii susahnya dh lah 18/02 nk test jpj apa2 pun tak konfiden lagi fuuh...
belajar time ada class jer...
thanks for tips
Balas

hartini tini 6 Jun 2015 5:23 PTG


Selamat aku dah dpt lesen,mengeletar bila jpj kat sebelah,,,,
Balas

hartini tini 6 Jun 2015 5:24 PTG


Selamat aku dah dpt lesen,mengeletar bila jpj kat sebelah,,,,
Balas

fa sha 13 Jun 2015 7:38 PTG


Tq 4 the info....sangat brmakna...
Balas

perubatan khalifah 24 Julai 2015 8:29 PG


tengok blog ni, baru teringat kat lesen motor,
bila tamatnyer eh??
huhu, kang tak pepasal kena saman.
dah la hari raya tu beraya sakan dengan motor tu. haha
(dengan lajunyer melangkah ke motor dan buka seat)
~blogspot : rawatankanser2013
Balas

qai iQtech 10 Disember 2015 3:47 PTG


lagi satu nk kongsi sebagai rakan2...klu test jpj nnti..ingat part ambil parking..mase
nk masuk ke bhgian kotak paking...waspada pada bumper belakng jgn sampai cecah
sikit garisan...dh kira gagal..walupon bukit z dan s anda lepas..anda akn ambil
ulangan semula nnti....sbb sy dh terkena...semasa belajar mmmndu..instructor..akn
bgi tau hnya..tayar blkang jgn cecah garisan..tpi silap..mse jpj bumper main
peranan..anda akn buat ulangan semula..sekadar berkongi...
Balas

aqieylla 22 Mac 2016 2:07 PG


CUAKK GILER...ESOK NAK G TEST JPJ... HATI NII DARI ARINI AG DA DUB
DAP DUB DAP... :{
Balas

Hartini Tini 28 April 2016 11:21 PTG


Paling x suke kereta manual,,,

Balas

Ayzat Kamikaze 27 Februari 2017 10:36 PG


esok aku test jpj trima kasih tips ni sgt membantu hrap esok aku lulus dengan
sempurna test jpj ini cuma skrg ni aku x lulus parking je
Balas

NUR HANIDA NOR LELA 6 Mac 2017 7:08 PTG


info yang membantu. terima kasih :)
Balas

宛亭 Lim 2 Julai 2017 7:13 PG


perlu tak buat pemeriksaan kereta( wiper signal dll) semasa ujian bhg 2(yg mendaki
bukit tu)
Balas

Rizaru Schwartz 20 Julai 2017 12:51 PG


Salam, kalau dh ade lesen moto full (bkn P), bila dpt lesen kereta adakah lesen
kereta itu P? Klu ye adakah sy perlu memegang 2 lesen?
Balas

Wan Anis Amirah 22 Ogos 2017 7:22 PG


info yg amat membantu. esok saya test jpj . terima kasih yaa
Balas

Balasan

Aina Liyana 22 Ogos 2017 9:04 PTG


Gooodluck

Balas

Aina Liyana 22 Ogos 2017 9:03 PTG


Berdebarr nak bawa motor
Balas

Unknown 11 September 2017 8:34 PG


Thanks..thia info really helping me😊
Balas
Farida Hamimi 19 Februari 2019 1:21 PG
Utk laluan S dgn Z xde tips ea 😅🙃 Sy bru blaja hri kedua, still x reti nk mngagak
pulas stereng banyak mana.. 😢
Balas

Balasan

Unknown 1 Mac 2019 4:41 PG


Bru hri kedua???lek² je 😅 .... S:amik jarak sblm masuk amalkn
cito,cermin kiri knn blkng,isyrt,titik buta,olahgerak.lpskn clutch scara
prlhn...klo clutch tinggi lpskn lg pedal +minyk sikit...bila da gerak lps
minyak,perlahan² lps clutch abis dan main brek dan streng saja...nk
brhnti tkn cluth tekan brek slow2..
Z:sama je tips n S,just kawal clutch n streng bila nk belok z yg otw nk hbis
tu(stu belokan lg tu) klo x mahir berhenti skjp(tk clp saya kne tolak mrkh
klo brhnti)tpi better mrkh kne tolk dr gagal serta merta😁,balas stereng
ke kiri cpt truih jln dan brrhenti sblm garisan...klo da bnyk kli praktik
awak boleh trus blas streng je kne cepat tauu.. P/s-main cluth,brek dan
stereng je kne alert ofcoz

Balas

Gabriel Carissa 7 Ogos 2019 2:51 PTG


PERMAINAN ONLINE TERBESAR DI INDONESIA

Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^


Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon
tercepat :)
Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

- Adu Q
- Bandar Q
- Bandar Sakong
- Bandar Poker
- Poker
- Domino 99
- Capsa Susun
- BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )

Permainan Judi online yang menggunakan uang asli dan mendapatkan uang asli ^^
* Minimal Deposit : 20.000
* Minimal Withdraw : 20.000
* Deposit dan Withdraw 24 jam Non stop ( Kecuali Bank offline / gangguan )
* Bonus REFFERAL 15 % Seumur hidup tanpa syarat
* Bonus ROLLINGAN 0.3 % Dibagikan 5 hari 1 kali
* Proses Deposit & Withdraw PALING CEPAT
* Sistem keamanan Terbaru & Terjamin
* Poker Online Terpercaya
* Live chat yang Responsive
* Support lebih banyak bank LOKAL

Contact Us

Website SahabatQQ
WA 1 : +85515769793
WA 2 : +855972076840
LINE : SAHABATQQ
FACEBOOK : SahabatQQ Reborn
TWITTER : SahabatQQ
YM : cs2_sahabatqq@yahoo.com
Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop

Daftar SahabatQQ
Balas

Gabriel Carissa 7 Ogos 2019 3:31 PTG


PERMAINAN ONLINE TERBESAR DI INDONESIA

Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^


Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon
tercepat :)
Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

- Adu Q
- Bandar Q
- Bandar Sakong
- Bandar Poker
- Poker
- Domino 99
- Capsa Susun
- BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )

Permainan Judi online yang menggunakan uang asli dan mendapatkan uang asli ^^
* Minimal Deposit : 20.000
* Minimal Withdraw : 20.000
* Deposit dan Withdraw 24 jam Non stop ( Kecuali Bank offline / gangguan )
* Bonus REFFERAL 15 % Seumur hidup tanpa syarat
* Bonus ROLLINGAN 0.3 % Dibagikan 5 hari 1 kali
* Proses Deposit & Withdraw PALING CEPAT
* Sistem keamanan Terbaru & Terjamin
* Poker Online Terpercaya
* Live chat yang Responsive
* Support lebih banyak bank LOKAL

Contact Us

Website SahabatQQ
WA 1 : +85515769793
WA 2 : +855972076840
LINE : SAHABATQQ
FACEBOOK : SahabatQQ Reborn
TWITTER : SahabatQQ
YM : cs2_sahabatqq@yahoo.com
Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop

Daftar SahabatQQ
Balas

Pengguna Internet 19 Disember 2019 10:10 PG


Terima kasih penulis blog, alhamdulillah lulus saya test JPJ motor B2 semalam.
Balas

Masukkan ulasan anda...

Ulas sebagai: shazayu185@g Log keluar

Terbitkan Pratonton Beritahu saya

Catatan Terbaru Laman utama Catatan Lama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Tema Ringkas. Imej tema oleh luoman. Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai