Anda di halaman 1dari 3

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Malaysia Sabah (UMS).

1.0 Pengenalan
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak yang terdiri daripada pelajar Projek
Emas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang
terletak di Sepanggar Kota Kinabalu pada 24 September 2014 bersamaan dengan hari Rabu.
Seramai 36 orang pelajar yang telah menyertai lawatan ini dan diiringi oleh 4 orang guru
pengiring yang diketuai oleh Encik Mustari Mohamed Said. Lawatan ini diadakan bagi
mendedahkan pelajar dengan suasana sebenar yang terdapat di universiti. Hal ini demikian
kerana para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran nanti tidak kekok dengan keadaan
universiti dan mampu untuk berdikari dengan cepat. Selain itu, lawatan ini juga mendorong
para pelajar supaya mempunyai motivasi yang tinggi untuk lebih bersemangat lagi dalam
pembelajaran dan seterusnya mampu membawa pelajar untuk melangkah ke menara gading
kelak.
2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa
Guru Penasihat : Encik Mustari Mohamed Said
Pengerusi : Saudara Andi
Setiausaha :
Bendahari :
Ahli Jawatankuasa : Saudari Abby Sahwatinah Abdul
: Saudari Astuti Magga
: Saudari Ezza Aznie Azmil
: Saudari Nabilahuda Sappari
: Saudari Nuraime Baharuddin
: Saudari Suhartini Ab Wahab
3.0 Taklimat Kerjaya
Sekitar jam 8.00 pagi lawatan dimulakan dengan aktiviti sesi perkenalan bersama
mahasiswa dan mahasiswi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2013/2014 yang dibimbing
oleh Mohammad NoorAin Bin Wagen@Mohd Noor selaku Exco Kesukarelawan dan
Kemasyarakatan. Kira-kira jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi, para pelajar didedahkan
pula dengan taklimat kerjaya oleh Puan . Taklimat kerjaya ini diadakan untuk mengetahui
bidang kerlaya para pelajar yang bersesuai dengan minat mereka masing-masing.

4.0 Lawatan ke Pusat Fakulti Fsikologi dan Pendidikan.


Para pelajar seterusnya pergi ke Pusat Fakulti dan Pendidikan iaitu kelas Tutorial yang
terletak agak jauh sedikit dari tempat para pelajar diberi taklimat sebelumnya. Para pelajar
diiringi oleh salah seorang daripada mahasiswi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) iaitu Satra
Binti Nur Izwan selaku Exco Akademik dan Kerjaya yang menjadi penunjuk arah di UMS.
Para pelajar dilatih untuk membiasakan diri dengan berjalan kaki dari suatu tempat ke
tempat yang lain untuk merasai sendiri nikmat berjalan kaki seperti yang sering dilalui oleh
mahasiswa dan mahasiswi UMS ekoran daripada kawasan UMS yang agak luas. Tujuan
lawatan ke kelas Tutorial diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar dengan suasana
kelas yang boleh menempatkan seramai 30 orang pelajar serta mendedahkan pelajar tentang
cara pengajaran dan pembelajaran di universiti.

5.0 Lawatan ke Dewan Kuliah 3.


Tepat jam 12.30 tengah hari para pelajar berehat sambil menjamu selera dan solat Zohor
sebelum meneruskan lawatan ke dewan kuliah seterusnya. Sekitar jam 2.00 petang, para
pelajar dibawa untuk berkuliah bersama mahasiswa dan mahasiswi di dewan kuliah 3 yang
boleh menempatkan seramai 500 orang pelajar. Seperti biasa rutin berjalan kaki diteruskan
semula untuk ke dewan kuliah 3. Para pelajar begitu terkejut dan kagum apabila diberi
peluang untuk berkuliah bersama pelajar UMS yang agak ramai bilangannya. Hasil daripada
pemerhatian semasa berlangsungnya kuliah tersebut, para pelajar mendapati bahawa cara
pensyarah yang mengajar pelajar UMS tersebut agak berbeza dangan cara pembelajaran di
sekolah biasa. Kira-kira jam 4.30 petang, lawatan di UMS berakhir dan para pelajar kembali
ke kolej kediaman masing-masing.

6.0 Majlis Penutupan.


Para pelajar kembali semula ke UMS pada jam 8.00 malam untuk menghadiri majlis
penutupan. Dalam majlis penutupan tersebut, Encik Mustari Mohamed Said selaku ketua
guru Projek Emas telah merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak
UMS yang sudi menerima kahadiran pelajar SMK Kunak. Ucapan terima kasih juga bagi
pihak UMS kerana memilih UMS sebagai lokasi untuk mengadakan lawatan. Seterusnya,
penghulu atau pun ketua dari pelajar Projek Emas iaitu Saudara Andi Ariswan diberi ruang
dan peluang untuk menyimpulkan secara keseluruhan pengalaman yang diperoleh sewaktu
berada di UMS. Di samping itu, pertukaran cenderahati juga dilakukan antara pihak UMS
dan pihak SMK Kunak. Dalam majlis penutupan itu juga, para pelajar dihidangkan dengan
Montaj MPP yang membuatkan kesemua para pelajar terkilan melihatnya. Majlis penutupan
tersebut diakhiri dengan sesi penggambaran antara pelajar dengan mahasiswa dan mahasiswi
UMS sebagai kenangan terindah.
7.0 Penutup
Kesemua aktiviti sepanjang lawatan ini telah dapat dijalankan dengan jayanya. Saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua para palajar Projek Emas yang telah
bekerjasama untuk menjayakan semua aktiviti tersebut. Terima kasih juga kepada para guru
yang telah membimbing kami sepanjang lawatan ini dijalankan. Saya berharap agar semua
para pelajar memberikan kerjasama yang sama pada tahun-tahun akan dating agar semua
aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakn dengan jayanya.
Laporan disediakan oleh,
..
(
)
Wakil Pelajar PPU Penggal 3

6 OKTOBER 2014

Anda mungkin juga menyukai