Anda di halaman 1dari 2

14hb December 2009

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA


Tingkat 2, Wisma Persekutuan,
Jalan Hang Tuah
75570 Melaka.

Puan Siti Syakira,

PERMOHONAN PENAJAAN WANG TUNAI UNTUK A'FAMOSA -


PERTANDINGAN CABARAN BOLA KERANJANG 3 SEBELAH BAGI TAHUN
2010

Dengan sukacita merujuk kepada perkara di atas, untuk makluman pihak puan, kami akan
menganjurkan pertandingan cabaran bola keranjang 3 sebelah pada tahun 2010. Objektif
kami dalam penganjuran acara ini adalah menggalakkan golongan muda memupuk minat
untuk bermain bola keranjang. Oleh yang demikian, bagi menjayakan acara ini, kami
amat berharap pihak puan dapat memberi kerjasama serta sokongan kepada pihak kami
dalam mempromosikan pertandingan ini. Bersama ini, kami sertakan butiran lanjut bagi
acara berkenaan:

Acara : A'Famosa-Pertandingan Cabaran Bola Keranjang 3 Sebelah


Tarikh : 13hb March 2010
Tempat : Car Park, Cowboy Town, A'Famosa Resort
Jenis penajaan : Wang tunai sebanyak RM10,000.00

2. Pertandingan bola keranjang adalah satu permainan sukan yang sangat hangat pada masa kini
di seluruh Malaysia. Selain daripada menikmati keseronokan permaianan sukan ini, di samping
itu ia juga menguji kerjasama di antara setiap ahli kumpulan serta teknik yang digunakan oleh
mereka untuk memenangi permainan ini.

3. Sempena dengan pertandingan yang diadakan di A'Famosa Resort Malaysia, kami berharap
dapat mempromosikan Melaka sebagai tempat bersejarah serta menarik lebih ramai pelancong
datang ke Melaka.

4. Oleh yang demikian, kami amat berharap pihak puan dapat mempertimbangkan dan
meluluskan permohonan seperti di atas dalam menjayakan pertandingan ini. Untuk sebarang
maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi:-

Nama : Fraser Tan


No tel : 012-7562251
E-mail : fraser.marketing@afamosa.com

Keprihatinan dan kerjasama pihak puan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan salam
serta ucapan jutaan terima kasih.
Yang benar,
A'FAMOSA RESORT MALAYSIA

………………………………

Mr. Fraser Tan Fu Long


Pegawai Pemasaran

Anda mungkin juga menyukai