Anda di halaman 1dari 9

Biodata Siti Nurhaliza,

Penyanyi Nombor Satu Malaysia


Biodata Lengkap Siti Nurhaliza

Nama Penuh: Siti Nurhaliza binti Tarudin


Nama Popular: Siti Nurhaliza
Nama Penggilan: Siti @ ct
Tagline: #ctdk
Gelaran: Datin Seri
Tarikh Lahir: 11 Januari 1979
Umur: 37 Tahun (2016)
Tinggi : 164 cm
Asal: Kampung Awah, Temerloh, Pahang
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia

Profil Keluarga Siti Nurhaliza

Ayah: Tarudin Ismail


Pekerjaan Ayah: Polis
Ibu: Siti Salmah Bachik
Pekerjaan Ibu: Suri rumah
Suami: Datuk Khalid Mohammed Jiwa atau lebih mesra
dipanggil Datuk K (Berkahwin pada 21 Ogos 2006)
Adik beradik: Anak kelima daripada lapan adik-beradik.
Adik beradik yang lain adalah Saiful Lizan, Saiful
Bahri, Siti Nursaida, Mohd Ali, Siti Nursaerah dan Mohd
Hafiz.

Profil Pendidikan Siti Nurhaliza


Pra-Sekolah: Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah,
Kuala Lipis
Sekolah Rendah: Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford,
Kuala Lipis
Sekolah Menengah: Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford,
Kuala Lipis

Kegemaran Siti Nurhaliza

Hobi: Menonton movie dan membaca majalah


Warna kegemaran: Hijau
Makanan kegemaran: Masakan kampung, ala Thai dan masakan
ibu
Minuman kegemaran: Minuman panas
Genre muzik kegemaran: Pop, alternative, R&B dan
tradisional
Artis kegemaran: Ziana Zain, Celine Dion, Allahyarham
Sudirman dan P.Ramlee
Perkara disukai: Membeli belah, mengusik anak buah dan
memerap di dalam bilik

Kerjaya Siti Nurhaliza

Kerjaya: Penyanyi, Penulis Lagu, Penerbit, Pengacara TV,


Ahli Perniagaan, Pelakon dan Jurucakap Produk
Genre Muzik: Irama Malaysia, Etnik Kreatif, Pop, M-Pop,
Soft rock, Pop rock, R&B, Nasyid, Balada dan Dance-pop
Lagu Popular: Jerat Percintaan, Melawan Kesepian,
Cindai, Percayalah, Ku Mahu, Biarlah Rahsia, Aku Cinta
Padamu, Tahajjud Cinta, Bukan Cinta Biasa, Wajah
Kekasih, Kesilapanku, Keegoanmu, Bisikan Asmara, Purnama
Merindu, Diari Hatimu, Nian Di Hati, Hati Kama (duet
Noraniza Idris), Walinong Sari, Balqis, Joget Kasih Tak
Sudah, Bicara Manis Menghiris Kalbu, Nirmala, Badarsila,
Kurik Kundi, Ku Milikmu, Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran,
Suara Takbir, Air Mata Syawal, Dialah Di Hati, Lagu
Rindu, Seindah Biasa, Siti Situ Sana Sini, Destinasi
Cinta, Mawarku, Tiga Malam
Duta Produk: Pantene, OLAY Total Effect, Hotlink,
Samsung Digital, Minolta, Jusco “With All Our Hearts
Charity Fund”, TM Net, BLEU/PEPSI dan Maybelline New
York

Media Sosial Siti Nurhaliza

Twitter Siti Nurhaliza:


https://twitter.com/CTNurhaliza11
Instagram Siti Nurhaliza: https://www.instagram.com/ctdk
Facebook Siti Nurhaliza:
https://www.facebook.com/SitiNurhalizaOfficial
iTunes Siti
Nurhaliza: https://itunes.apple.com/us/artist/siti-nurha
liza/id102288156
Wikipedia Siti Nurhaliza:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Siti_Nurhaliza_binti_Tarud
in

Fakta Menarik Tentang Siti Nurhaliza

Sewaktu kanak-kanak, Siti Nurhaliza sering digelar


“tomboy” disebabkan perwatakannya yang cergas dan
kecenderungannya terhadap penampilan kelelakian. Namun
begitu, di bawah jagaan ibunya, Siti beralih kepada
penampilan yang lebih feminin, berbudi bahasa dan lemah
lembut.
Ketika zaman kanak-kanak, beliau bercita-cita untuk
menjadi polis seperti bapanya.
Beliau juga adalah seorang yang aktif di sekolah dan
pernah mewakili sekolah dalam sukan bola jaring, hoki
dan bola tampar.
Siti Nurhaliza pernah memenangi pertandingan nyanyian
pertamanya pada usia 12 tahun, apabila menyanyikan lagu
patriotik “Bahtera Merdeka” di sebuah Karnival Kuala
Lipis. Namun, kerjaya nyanyian sebenar beliau bermula
pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan
nyanyian Bintang HMI 1995.
Nama beliau mula melonjak naik apabila Single pertama,
Jerat Percintaan memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 dan
kemenangan berganda empat di Anugerah Bintang Popular
Berita Harian bagi kategori Penghibur Televisyen Paling
Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Remaja Popular
dan kemenangan keseluruhan, Bintang Paling Popular.
Populariti beliau ditambah dengan penampilan imej
yang sopan, bersih dan tiada gosip yang bukan-bukan
dalam kerjaya nyanyian mahupun kehidupan peribadi.
Sebelum berkahwin dengan Datuk Khalid Mohammed Jiwa,
Siti Nurhaliza pernah digosipkan bercinta dengan Zamani,
Anuar Zain dan Dr Fazley Yaakob.
Siti Nurhaliza dianugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota
Pahang Yang Amat Mulia, Peringkat Kedua Darjah Indera
Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk,
sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan
Ahmad Shah ke-76 pada 2006. Beliau sebelum itu telah
dianugerahi Darjah Kebesaran Keempat Negeri Pahang, Ahli
Ahmad Shah Pahang (AAP), Paduka Mahkota Perak (PMP) dan
Johan Setia Mahkota (JSM).
Pada sambutan harijadi yang ke-34 iaitu 11 Januari 2013,
Siti Nurhaliza mengesahkan yang beliau telah berhijrah
kepada pemakaian tudung sepenuhnya. Ini termasuklah
untuk persembahan di atas pentas dan juga kehidupan
harian.

Di tahun 2016 ini, walaupun penyanyi baru lahir dan tumbuh bak
cendawan, tambahan lagi dengan adanya saingan dari penyanyi
program realiti tv, Akademi Fantasia dan penyanyi yang lahir
dari youtube, namun nama Siti Nurhaliza terus unggul sebagai
penyanyi No.1 negara.
Gambar Siti Nurhaliza Bertudung

Anda mungkin juga menyukai