Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PROGRAM JEJAK MAKLUMAT DAN KEMBARA ILMU

KE KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Nama Program : Jejak Maklumat dan Kembara Ilmu ke Kuala Lumpur dan
Selangor

Tarikh : 3, 4,dan 5 Mei 2018

Tempat : Kuala Lumpur dan Selangor

Anjuran : Jawatan Kuasa Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Kebangsaan


Paya Keladi.

PENDAHULUAN

Jawatankuasa Kerja PSS telah merancang untuk mengadakan program jejak


maklumat dan kembara ilmu ke Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam, Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 dan Stesen TV3. Aktiviti ini dirancang khas untuk
pengawas Pusat Sumber Sekolah. Ia merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada murid-murid tentang ilmu sains perpustakaan dan
komunikasi media massa.
Aktiviti ini melibatkan 40 orang pengawas pusat sumber dan disertai oleh 4 orang
guru pengiring. Dengan adanya program jejak maklumat dan kembara ilmu seperti ini
ia dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan
pelajar.
Selain itu, program jejak maklumat dan kembara ilmu ini juga selaras dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar
bilik darjah yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan
ilmu sains dan teknologi.
OBJEKTIF

1) Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan ilmu sains perpustakaan.

2) Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar

bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan

menarik.

3) Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan

bersosialisasi dengan masyarakat.

4) Memenuhi perancangan aktiviti tahunan pusat sumber sekolah.

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cemerlang,
beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.

SASARAN

40 orang murid sahaja


ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA SUMBER PERBELANJAAN


Sumber Unit Kokurikulum RM 500
Kutipan dari murid RM 8000
RM200 x 40
Sewa Bas RM 3700
Penginapan 2 malam RM 2800
Makan Minum RM 2000

JUMLAH RM 8500 RM 8500

PENUTUP

Diharapkan program ini mendapat sokongan daripada pihak tuan demi


memberi pengetahuan dan pengalaman kepada semua Pengawas Pusat Sumber
Sekolah dan peserta yang menyertai lawatan sambil belajar ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………… ………………………………
(ZANARIAH BINTI ZAKARIAH)
Guru Perpustakaan & Media
SK PAYA KELADI
GURU YANG TERLIBAT

BIL NAMA No K. Pengenalan


1 Pn. Zanariah binti Zakariah 751123- 07- 5756
2 Pn. Noor Fariza binti Kadir 791106- 02- 5972
3 Pn. Fazlina binti Che Pa 800210- 02- 5202
4 Encik Muzani Nur bin Mat Zaki 810808- 02- 5011

PENUTUP

Diharapkan program ini mendapat sokongan daripada pihak tuan demi


memberi pengetahuan dan pengalaman kepada semua Pengawas Pusat Sumber
Sekolah dan peserta yang menyertai lawatan sambil belajar ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………… ………………………………
(ZANARIAH BINTI ZAKARIAH)
Guru Perpustakaan & Media
SK PAYA KELADI

JADUAL PERJALANAN

3. 5. 2018
KHAMIS

7.15 PAGI - BERKUMPUL DI SKPK


8.00 PAGI - BERTOLAK KE SHAH ALAM
9.30 PAGI - SARAPAN PAGI : RnR BUKIT MERAH
2.00 PTG - TIBA DI PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA SHAH ALAM
- SOLAT ( SOLAT ZOHOR DAN ASAR )
- MAKAN TENGAHARI
5.30 PTG - KE TEMPAT PENGINAPAN DI HOTEL MIDAH,
KUALA LUMPUR
- MAKAN MALAM DAN REHAT

4.5.2018
JUMAAT

7.00 PAGI - SARAPAN (DISEDIAKAN)


9.00 PAGI - BERTOLAK KE MEDIA PRIMA BERHAD (STESEN TV3)
9.45 PAGI - TIBA DI MEDIA PRIMA BERHAD (STESEN TV3)
- LAWATAN KE SEKITAR SRI PENTAS
11.00 PAGI - BERTOLAK KE PWTC
- LAWATAN PESTA BUKU ANTARABANGSA 2018
- SOLAT ZOHOR
- MAKAN TENGAHARI
4.30 PTG - LAWATAN SEKITAR KUALA LUMPUR
- DATARAN MERDEKA
6.30 PTG - BERTOLAK KE TEMPAT PENGINAPAN
- MAKAN MALAM DAN REHAT

5.5.2018
SABTU

7.00 PAGI - SARAPAN (DISEDIAKAN)


8.30 PAGI - BERTOLAK KE MUZIUM COKLAT, KOTA DAMANSARA
9.00 PAGI - TIBA DI MUZIUM COKLAT
10.30 PAGI - BERTOLAK BALIK KE SKPK
12.30 TGH HARI - SOLAT DAN MAKAN TENGAHARI DI RnR TAPAH
6.00 PTG - DIJANGKA TIBA DI SKPK

KEPERLUAN YANG DIBAWA

1. PERALATAN SEMBAHYANG
2. PERALATAN DIRI – berus gigi, ubat gigi, sabun, tuala, shampoo,
bedak, sikat dan lain-lain
3. BAJU – 4 PASANG ( untuk 3 HARI )
- 1 PASANG BAJU UNTUK MANDI
- 1 PASANG BAJU TIDUR
4. ALAT TULIS DAN BUKU NOTA
5. BEG PLASTIK UNTUK PAKAIAN KOTOR DAN KECEMASAN.
6. SEDIAKAN WANG TAMBAHAN UNTUK SHOPPING BARANG
PERSENDIRIAN MAKAN MALAM DAN MAKAN SEWAKTU
PERJALANAN PULANG.

GURU PENGIRING

1.Pn. Zanariah bt Zakariah 012 - 4515676

2.Pn. Noor Fariza binti Kadir 019 - 4881931

3. Pn.Fazlina Bt Che Pa 019 - 4350532

4.Pn En. Muzani Nur B. Mat Zaki 019 - 4329873

Anda mungkin juga menyukai