Anda di halaman 1dari 5

Pendekar Bujang Lapok

Filem Pendekar Bukang Lapok merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan
di Malaysia pada tahun 1959. Filem Pendekar Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem
hitam putih tanpa warna.
Filem Pendekar Bujang Lapok diarahkan oleh pengarah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada
tahun 1959.
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Kisah ini bermula apabila 3 rakan baik menyaksikan sendiri tentang kehebatan Pendekar Mustar
menewaskan dua orang samseng (pekerja penambang perahu) di Penambang Sampan Sungai
Kemunting. Ramlee, Sudin dan Aziz pergi mencarinya hingga sampai ke Kampung Pinang
Sebatang. Tujuan tiga orang bujang lapok ini ialah untuk belajar silat dengan Pendekar Mustar.
Sebelum sampai ke rumah Pendekar Mustar, mereka telah bertemu dan mengekori Rosnah
(kebetulan pula dia anak Pendekar Mustar) yang pulang ke rumah setelah habis mengajar
(menjadi guru) di Sekolah Umum Buta Huruf di Kampung Pinang Sebatang itu.
Kerana tidak suka dengan perangai Ramlee, Sudin dan Aziz ketika mengusik dan mengekorinya
sampai ke rumah, Rosnah mengadu kepada bapaknya (Pendekar Mustar) yang mereka bertiga
itu menganggunya dan menuduh sebagai pencuri. Oleh yang demikian, Pendekar Mustar
mencabar Ramlee, Sudin dan Aziz untuk berlawan silat. Bagaimanapun, hatinya lembut apabila
mereka berjaya mematikan langkah Pendekar Mustar (dengan mengangkat dan mendukungnya)
serta menyatakan hasrat kedatangan mereka untuk belajar silat.
Tindakan Pendekar Mustar itu telah membuatkan Rosnah marah. Dan bila bertemu dengan
emaknya Rosnah berkata: "Bencilah bapak tu, bila jumpa orang terus bawa naik rumah". Begitu
pun juga, bila emaknya bertemu dengan Ramlee, Sudin dan Aziz dia menyukai mereka juga.
Sikap Rosnah menjadi masalah bukan saja kepada Pendekar Mustar tetapi juga Ramlee, Sudin
dan Aziz.
Dalam pada itu, tauke sampan yang lebam-lebam di mata serta pekerja-pekerjanya yang
berlagak samseng (Pendekar Mustar menganggap mereka samseng taik minyak) yang kena
belasah oleh orang-orang di penambang ekoran kehandalan yang ditunjukkan oleh Pendekar
Mustar, telah menyuruh dua orang samseng mencari rumah Pendekar Mustar dan juga tiga
orang Bujang Lapok.
Risaukan Ros (nama timangan Rosnah) tidak menyukai mereka berada di rumah tersebut,
Ramlee, Sudin dan Aziz cuba mengambil hatinya dengan menyanyikan lagu "Maafkan Kami".
Berikutan itu, hati Rosnah menjadi lembut dan mula menyukai mereka. Apabila sudah diketahui
tempat Pendekar Mustar dan Bujang Lapok berada, tauke sampan datang ke rumah Pendekar
Mustar membuat tuntutan ganti rugi bernilai 74 ringgit 71 sen atas kerugian dialaminya ketika
berlaku pergaduhan di Penambang. Tetapi Pendekar Mustar beserta Ramlee, Sudin dan Aziz
enggan membayar.
Bila Rosnah muncul, tauke sampan yang mata keranjang terpikat dengan kejelitaan Rosnah dan
membuat syarat hutang boleh selesai sekiranya Pendekar Mustar mahu mengahwinkan anaknya
Rosnah dengannya. Rosnah marah dan menolak. Ramlee, Sudin dan Aziz pula cuba berlagak
menunjuk kehandalan bersilat walaupun mereka baru saja diajar Pendekar Mustar.
Begitupun juga gertakan Ramlee, Sudin dan Aziz berjaya juga membuatkan tauke sampan serta
orang-orangnya meninggalkan rumah Pendekar Mustar. Tetapi tiba-tiba Aziz menjerit kesakitan
terkena batu yang dilontar oleh salah seorang samseng yang mengenai dahinya. Tanya
Pendekar Mustar: "Kenapa kau tak elak". Jawab pula Aziz: "Bagaimana saya nak elak, ilmu elak
batu Pak Cik belum ajar lagi". Semua mereka ketawa.
Ketika belajar isem, apa yang dikata oleh Pendekar Mustar lain pula yang ditulis oleh Ramlee,
Sudin dan Aziz. Dengan itu tahulah Pendekar Mustar yang tiga Bujang Lapok itu tidak tahu
menulis dan membaca. Maka Pendekar Mustar pun memerintahkan supaya Ramlee, Sudin dan
Aziz pergi belajar di sekolah buta huruf bergurukan Cikgu Rosnah.
Semasa belajar silat masing-masing cuba memikat Rosnah bagaimanapun Ros lebih
menunjukkan minatnya terhadap Ramlee. Bagi meneruskan ilmunya dan menentang "cubaan",
Pendekar Mustar menyuruh Aziz ke perigi buta, Sudin ke rumah kosong yang telah lama
ditinggalkan dan Ramlee pula di arahkan ke kubur. Bagaimanapun masing-masing gagal
menghadapi "cubaan" yang dimahukan Pendekar Mustar. Kerana belum apa-apa lagi mereka
sudah cabut lari.
Selepas itu, Pendekar Mustar menyuruh mereka ke kubur orang yang mati dibunuh dan kali ini
mereka bertekad tidak akan takut dan lari, mereka tetap akan menentang "cubaan". Sewaktu
mereka sedang menuntut, Pendekar Mustar telah diserang samseng-samseng tauke sampan
dan diikat bersama isterinya dan juga pembantu rumahnya. Rosnah pula dibawa lari untuk
diserahkan kepada tauke sampan. Walaupun Ros dilarikan di depan mata mereka dan meminta
tolong, namun mereka tidak mempedulikannya dan menganggapnya sebagai "cubaan".
Pendekar Mustar dan pembantu rumahnya (Aini) bermacam-macam cara menerangkan yang
Ros dilarikan oleh samseng-samseng adalah betul-betul terjadi bukannya "cubaan", namun
Ramlee, Sudin dan Aziz tetap menganggapnya "cubaan" juga hingga menyebabkan Pendekar
Mustar menghempas-hempaskan dirinya di tanah. Cuma, setelah diberikan penjelasan sejelas-
jelasnya oleh isteri Pendekar Mustar, ibu Rosnah, barulah mereka tersedar dari lamunan
"cubaan" lalu tidak membuang masa lagi mereka pergi menuju ke rumah tauke sampan untuk
menyelamatkan Rosnah.
Ramlee, Sudin dan Aziz dengan menggunakan ilmu yang dipelajarinya telah menewaskan ke
semua samseng-samseng itu termasuklah ketuanya, tauke sampan. Ros dapat diselamatkan. Di
atas keberanian mereka itu menentang samseng-samseng beserta menangkap ketuanya dan
menyelamatkan Ros, Pendekar Mustar menggelarkan Ramlee, Sudin dan Aziz – "Pendekar
Bujang Lapok".

Kru penerbitan[sunting | sunting sumber]


Pelakon[sunting | sunting sumber]

 P. Ramlee - Ramli (juga bertindak sebagai pengarah)


 Aziz Satar - Ajis
 S. Samsudin - Sudin
 Rosyatimah - Cikgu Ros (anak Pendekar Mustar)
 Aini Jasmin - Aini (Orang Gaji Pendekar Mustar)
 Ibrahim Pendek - Berahim
 Mustarjo - Pendekar Mustar
 Momo Latif - Isteri Pendekar Mustar
 Ahmad Nisfu - Tauke Sampan (serta ketua samseng)
 Shariff Dol - Orang Kuat Tauke Sampan
 A. Rahim - Pekerja Tauke Sampan
 Kemat Hassan - Pekerja Taukeh Sampan
 Ali Fiji
 Ahmad C
 Omar Suwita
 S. Sudarmaji
 Ibrahim Hassan
 Ahmad Ghani
 Mohd. Rafi'i
Lain-lain[sunting | sunting sumber]

 Penyanyi Latar: Saloma, P. Ramlee, Malindo Trio


 Cerita : Madji Lee
 Muzik, Lakon layar, skrip dan Arahan: P. Ramlee
 Terbitan: Run Run Shaw

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

 Pok Pok Pok Bujang Lapok (P. Ramlee, S. Shamsuddin & Aziz
Satar)
 Maafkan Kami (P. Ramlee, S. Shamsuddin & Aziz Satar)
 Malam Bulan Dipagar Bintang (P. Ramlee & Saloma)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

 P. Ramlee
 Senarai filem lakonan P. Ramlee

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

 Pendekar Bujang Lapok dalam Pangkalan Data Filem Internet


(IMDb)
 Pendekar Bujang Lapok at FilemKita.com
Kategori:
 Filem Malaysia tahun 1959
 Filem arahan P. Ramlee
Menu pandu arah
 Buka akaun

 Log masuk
 Rencana
 Perbincangan
 Baca
 Sunting
 Sunting sumber
 Lihat sejarah
Lain
Pergi

 Laman Utama
 Tinjau
 Hal semasa
 Rencana rawak
Perhubungan
 Tentang Wikipedia
 Portal masyarakat
 Perubahan terkini
 Hubungi kami
 Menderma
Bantuan
Kedai Kopi
Cetak/eksport
 Cipta buku
Muat turun sebagai PDF
Versi boleh cetak
Peralatan
 Pautan ke laman ini
 Perubahan berkaitan
 Laman khas
 Pautan kekal
 Maklumat laman
 Perkara data
Petik laman ini
Dalam bahasa lain
 English
Sunting pautan
 Laman ini diubah buat kali terakhir pada 06:51, 18 Februari 2014.
 Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian
Serupa; terma-terma tambahan mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma
Penggunaan untuk butiran lanjut.

 Dasar privasi

 Perihal Wikipedia

 Penafian

 Pembangun

 Paparan mudah alih

Anda mungkin juga menyukai