Anda di halaman 1dari 9

Transkripsi Filem Seniman Bujang Lapok

Kamu duduk atas ape?

Atas kerusi encik.

Encik tak nampak ke ade kerusi, siap ade tilam.

Siapa tak nampak, tanda dia nak mampus.

Oh Nampak, cantik. Kau Nampak tu Man?

Oh pendek umur, kau nak mampus agaknya ni.

Oh ya, saya nampak, cantik.

Haa sudah, jangan duduk di situ lagi, kerusi tu dah berhabuk nanti jatuh.

Awak bertiga ni apa hajat datang kemari?

Kami bertiga ni nak jadi filem ‘star’

Filem ‘star’? Dulu ada pernah berlakon?

Pernah.

Dulu pun ada pergi sekolah juga ye?

Baiklah awak belajar sampai darjah berapa?

Sekolah Melayu darjah 5 encik. Sekolah orang putih darjah 4 suku.

4 suku? Mengapa pula ada suku-sukunya tu?

Pasal 3 bulan saya masuk belajar Jepun ‘attacked’ Malaya cik.

Awak pula macam mane?

Ouh saya atas lagi dari dia encik.

Atas yang macam mane tu?

Atas pokok. Masa saya kecil-kecil dulu, bapak saya ajar panjat pokok.

Ha awak macam mana pula?

Saya? Bawah lagi dari dia encik.


Bawah yang macam mana?

Hehe bawah tanah encik. Sebab dulu saya ganti kerja bapa saya. Gali lubang kubur.

Entah macam mana saya berkenan dengan awak bertiga ni.

Baiklah Ahmad, awak bawa surat ini kasi pada tuan ‘director’ Ahmad Nisbu ye suruh dia
‘screen test’ tiga orang ni.

Sedara, mari ikut saya.

Terima kasih encik.

Sama-sama.

Camera ready, and action.

Keluar, keluar kau dari sini perempuan yang tak dikenang untung. Keluar kau dari sini.

Ampunkanlah adinda wahai kanda. Adinda berjanji adinda tidak akan melakukan kesalahan
ini lagi.

Aku tidak akan ampunkan dosamu dari dunia ini sampai akhirat. Keluar kau dari sini.

Wah betul kau punya marah pada dia ye?

Ape tak boleh cakap ke?

Jikalau kanda nak mengusir dinda dari sini, kemanalah dinda nak menumpang diri kanda?

Ah aku tak peduli apa yang terjadi pada diri kau. Kalau kau tak mahu keluar aku pancung
leher kau.

Sampai hati kanda nak memancung dinda.

Sampai hati? Kau juga sampai hati membuatku begitu. Bukankah kau tahu kesukaanku
belacan, kenapa kau masak sayur asam tanpa belacan? Sekarang aku akan pancung leher kau.

Eh apa punya lelaki? Pasal belacan pun kau nak pancung dia ke?

Eh ape shhh? Kau memang manusia durjana, sanggup kau menggunakan kekerasan terhadap
wanita? Baik kau minta maaf kepada dia kalau tak lebam biji mata kau.

Apa ni? Gila ke?

Eh kau mengatakan aku gila?


Oh kau main kasar ye?

Eh belum kena dah jatuh? Jangan main bangsat ye. Macam mana dua boleh lawan satu?

Awak fikir awak punya lubang hidung besar saya takut ke?

Kau berdua ni sibuk kan orang tengah berlakon filem.

Berlakon filem pun, berlakon lah. Ape pulak pasal belacan dorang nak memancung.

Dah cerita macam tu, ape nak buat?

Buatlah cerita lain. Cerita emas ke ayam ke cerita ikan berlaga ke kumbang terbang ke? Tak
boleh?

Kau tiga ekor nampak pintu besar itu?

Nampak encik

Nampak ye, dengan perintah aku sekarang ‘get out’

Nanti dulu, jangan marah tuan ‘director’

Diaorang ni tak tahu tentang hal ‘shooting’. Tapi ini ada surat dari manager pementasan.

Oh ini tiga ekor mau ‘screen test’ ye

Itulaa kita datang.

Majid, bikin dialog kasi ini tiga ekor.

Ahmad, bawa ini tiga ekor pegi mekap.

Macam setan!

Kau tengok aku lawa tak?

Jangan bisinglah orang tengah belaar dialog lah

Macam mana aku? Cantik tak?

Wah Ramli bukan main segak kau.

Kau siapa?

Aku King.

King apa?
King Kong.

King Kong kepala hotak kau. Aku tengah belajar dialog korang bising.

Ramli kau tahu aku siapa?

Belum tau. Siapa kau?

Akulah keturunan raja.

Raja mana?

Raja Kapur.

Raja Kapur kenapa muka kau macam tepung gomak?

Sedara apalah sudah jadi?

Dialog sudah hafal?

Sudah encik.

Mari ‘director’ panggil. Ikut saya

Kau tengok aku ketar mau terkencing.

Eh lekaslah.

Ajis Ramli darah gemuruh aku sudah datanglah asyik nak terkencing. Kau pergi dululah

3 orang tu bagus, walau macam manapun cubalah dulu.

Kalau Berjaya kita ambil, kalau tidak berjaya apa boleh buat.

Mana dia setan-setan tu?

Ni dia tuan.

Aik ni cat ke kapur?

Bedak tuan.

Tu misai ke tanglong?

Yang ni misai pun boleh tanglong pun boleh tuan.

Sudah! Kau dah hafal dialog semua?


Dah tuan.

Cuba kau cakap dialog.

Wahai adindaku yang cantik rupawan, masih ingatkah dinda semasa kita bercengkerama
dibawah sinaran bulan purnama.

Bagus. Kau ambil tempat disana.

Camera. Screen test one take one and action.

Cakap, cakap bodoh.

Kenapa kau tak cakap bahlul? Aku cekik kau.

Tuan suruh saya ‘action’, tuan tak suruh saya cakap.

Orang suruh ‘action’ lain kali cakap.

Oh macam tu ka?

Bodoh, kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang.

Take two, camera ready and action.

Wahai dindaku yang cantik rupawan, kanda masih terbayang semasa kita bercengkerama di
bawah sinaran lampu minyak tanah.

Cut! Kenapa kau cakap di bawah lampu minyak tanah.

Pasal malam tadi hari nak hujan tuan, saya tunggu punya tunggu bulan tak timbul, timbul.

Bagus tuan ‘director’ bagus. Inilah pelakon komedi yang kita nak cari sekarang.

Sudah cukuplah. Panggil yang lain pulak.

Cerita aku dah habis.

Kamu dah hafal dialog?

Sudah tuan.

Cuba cakap.

Wahai adindaku yang cantik jelita. Hidungmu mancung bagai seludang. Rambutmu hitam
ikal mayang.
Bagus sekarang kita mulakan, ambil tempat.

Tapi tuan kasila saya satu perempuan. Kalau tiada saya tak boleh berlakon tuan.

Perempuan? Tak payah. Umar pun boleh jadi perempuan. Awak ibaratkan dia perempuan.
Masa awak berlakon pejam mata ye. Cara-cara awak mengeluarkan perkataan dengan penuh
perasaan ye.

Baik tuan.

Camera ready and action.

Oh adindaku yang cantik rupawan, hidungmu mancung bak seludang, rambutmu hitam
jambul didepan, berbaju bunga seluar yanke berkaki ayam. Oh adinda lihatlah muka kanda
yang putih melepak.

Eh apa kau bikin dialog sendiri ya?

Eh siapa tu disana? Oh adinda kanda tahu siapa itu. Itulah perompak yang mahu merompak
adinda daripada tangan kanda.

Apa? Kau bilang aku perompak? Aku director Aman Nisbu.

Ah kau jangan nak menyamarkan diri sebagai ‘director’. Walaupun rupamu tidak ku kenal
tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku.

Cut! Cut

Ini pun bagus tuan director. Tidak disangka kedua-duanya pun bagus.

Ini pun bagus? Sudah pergi. Panggil lagi seorang.

Nampaknya lama-lama aku kena masuk Tanjung Rambutan.

Encik Ramli nampak Encik Sudin tak? dia dah hilang.

Sudin? hilang?

Ni apa yang kau sembunyi dekat sini ni?

Aku tak mau ‘screen test’ la, aku nak balik.

Kau juga yang ajak kita datang sini, kau yang tak mahu.
Eh Ramli kau tak tau aku 5 kali buang air kecil, 3 kali buang air besar. Lama-lama tiada air
dah nak buang.

Sudah mari lekas.

Tuan, ini dia.

Mengapa mata kau berbungkus setan?

Setan baru balik ‘operation’ tuan.

Operation? Mana kau punya dialog?

Mengapa engkau takut?

Bukan takut tapi malu tuan.

Mari ikut aku. Berdiri di sini. Kau lihat apa yang aku bikin.

Hey Hang Jebat lebih baik kau turun menyerah, kalau tidak aku naik bunuh kau.

Senang.

Senang? Boleh? Ambil tempat kau.

Ready camera and action.

Hey Hang Jebat lebih baik kau turun, jikalau kau tak mahu turun, kau tunggu disana sampai
aku datang. Engkau bukan tak tahu aku sudah tunggu kau berapa lama dekat sini Jebat. Dan
kau sudah tahu berapa kali aku terbuang air besar, ini aku rasa nak terkucil keluar tapi aku
tahan Jebat. Ini sudah hampir 7 kali.

Cut! Apa yang kau merepek ni setan?

Angin senggugut ni masih ada lagi tuan.

Bagus. Tuan director mereka bertiga ini sangat pandai berlakon. Tuan director mengambil
‘screen test’ pun sangat bagus.

Ini kau cakap bagus?

Ye bagus tuan director. Ha kamu bertiga kemari. Saya lihat kamu bertiga ni sangat pandai
berlakon. Mulai hari ini kamu bertiga diambil kerja di studio kami Malay Film Production
sebagai seniman. Mulai hari ini juga kamu bertiga sesuai kalau saya gelarkan seniman bujang
lapok. Mari kita ke ‘office’ tandatangan kontrak.
Hoi diamlah.

Takde otak ke?

Kau pergi ke mana? Esok nak ‘shooting’ cari mambang ke?

Mambang kepala hotak kau. Aku baru balik daripada baca dialog.

Baru balik dari bawah pokok dengan Cik Salmah?

Yang korang ni sumbat telingan dengan kapada dah kenapa? Buang tebiat nak mampus ye?

Ini semua kanan kiri memekak.

Oi orang sebelah buka lagu tu perlahanlah sikit.

Sudahlah bang kita berhenti. Orang sebelah dah marah tu.

Peduli apa ini bilik kita punya suka la.

Hoi kau fikir bilik ini bapak kau punya sewa ka?

Bilik ini pun bukan bapak kau punya bayar la tapi timbang rasa sikitla sama jiran sebelah.

Kalau kau tak mahu bising pindahlah belakang hospital.

Kau dah kenapa buang tebiat. Nak mampus?

Jantan tak guna. Nak mampus. Sepatutnya aku tembak kau dengan senapang gajah

Hey orang sebelah kau cakap baik sikit, sekali aku terajang baru tau.

Sedara nak berbini dua pandai tapi undang-undang bodoh.

Anda mungkin juga menyukai