Anda di halaman 1dari 44

PENGAJIAN AM PENGGAL 3 -

BAHAGIAN B

MENGALIH BENTUK
TEKS BUKAN LINEAR KEPADA
LINEAR
PENGENALAN
• Mengemukakan 2 pilihan soalan. Pelajar
dikehendaki menjawab satu soalan sahaja
• Setiap soalan memgandungi 15 markah.
Pembahagian Markah;
Idea ; 4 x 1 markah = 4 markah
Huraian ;4 x 2 markah = 8 markah
Bahasa ; = 1 markah
Kesimpulan ; = 2 markah
JENIS-JENIS TEKS BUKAN LINEAR
1. JADUAL
2. CARTA ALIRAN
3. GRAF BAR
4. CARTA PAI
5. GAMBARAJAH
JADUAL
CARTA ALIRAN
GRAF BAR
CARTA PAI
GAMBARAJAH
FORMAT UMUM JAWAPAN
Pendahuluan

Idea 1 + Huraian

Idea 2 + Huraian

Idea 3 + Huraian

Idea 4 + Huraian

Kesimpulan
JADUAL
• CARA MENJAWAB SOALAN
1. Fahami kehendak soalan
a. Pilih jenis Analisis Data
b. Pilih Jenis Analisis Pengetahuan
2. Tetapkan format Jawapan
JADUAL – ANALISIS DATA
• Analisis Pola Perubahan ( antara tahun)
▫ Peningkatan
▫ Penurunan
▫ Tidak Konsisten
▫ Stabil/tiada perubahan
• Analisis Pola Perbandingan ( dalam tahun)
▫ Data Tertinggi
▫ Data Terendah
JADUAL – ANALISIS DATA
• Analisis Pola Utama
▫ Pola Perubahan
▫ Pola Bandingan
• Analisis Pola Perubahan Perbandingan
▫ Peningkatan paling banyak
▫ Peningkatan paling sedikit
▫ Penurunan paling banyak
▫ Penurunan paling sedikit
• Analisis Pola Luar Biasa
▫ Analisis Data (AD)- 1
▫ Analisis Pengetahuan (AP)- 3
JADUAL – ANALISIS PENGETAHUAN
Seperkara lagi yang pelajar harus juga beri perhatian
dalam bahagian pengetahuan iaitu adakah ianya
• FORMAT BERGABUNG
Setiap isi  diikuti dengan maklumat pengetahuan yang
dikehendaki dalam soalan
Jawapan soalan berbentuk ini  adalah 4 + 0
• FORMAT BERASINGAN
Rumusan data di beri dahulu dan baru diikuti dengan
kehendak maklumat pengetahuan
Jawapan soalan berbentuk ini adalah 2 (rumusan data)  +
2 (rumusan pengetahuan)
FORMAT BERGABUNG
Pendahuluan

Idea 1 + + Bukti Data +


Beza data + % + AP

Idea 2 + Bukti Data + Beza


data + % + AP

Idea 3 + Bukti Data + Beza


data + % + AP

Idea 4 + Bukti Data +


Beza data + % + AP

Kesimpulan
Contoh Soalan
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke
negara terpilih antara tahun 2007 dengan tahun 2008, dan huraikan bagaimana sesebuah negara dapat
meningkatkan FDI ke negara tersebut.
Aliran Masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) Ke Negara Terpilih Antara Tahun 2007 Dengan Tahun
2008
Negara Tahun

2007 2008 % Perubahan

Kesatuan Eropah 899.6 518.3 -42.2


Amerika Syarikat 271.2 316.1 16.6
India 25.1 41.6 65.7
Jepun 22.5 24.4 8.4
Singapura 31.6 22.7 -28.2
Thailand 11.2 10.1 -9.8
Indonesia 6.9 7.9 14.5
Vietnam 6.7 8.1 20.9
Malaysia 8.4 8.1 -3.6
 (Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2009/2010, Kementerian
Kewangan Malaysia
Analisis Soalan
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke
negara terpilih antara tahun 2007 dengan tahun 2008,( bahagian ini memerlukan pelajar untuk
bandingkan data dalam jadual yang diberi)  dan huraikan bagaimana sesebuah negara dapat meningkatkan FDI
ke negara tersebut.( langkah untuk meningkatkan- maklumat tiada dalam media.)
FORMAT BERASINGAN
Pendahuluan

Idea 1 + + Bukti Data +


Beza data + %

Idea 2 + Bukti Data + Beza


data + %

Idea 3 + Bukti Data + Beza


data + %

AP (2 isi)+ Huraian +
Contoh

Kesimpulan
CONTOH SOALAN-
JADUAL
Malaysia : Kemalangan Perusahaan pada Tahun-
tahun 2008, 2009 dan 2010
2008 2009 2010
Sektor
Jumlah % Jumlah % Jumlah %

Pertanian, Perhutanan,
dan Perikanan 47325 36.8 47 108 33.7 51 446 33.2

Perlombongan dan
Kuari 11 735 9.1 10311 7.4 9 632 6.2

Pembuatan 42 397 32.9 54 011 38.7 58 565 37.8


Pembinaan 4 224 3.3 4834 3.5 5729 3.7
Elektrik, Gas dan Air 728 0.6 945 0.7 1088 0.7
Perdagangan dan
Pengangkutan 13 547 10.5 15375 11.0 17555 11.3
Perhubungan dan
Penyimpanan 3 258 2.5 2345 1.7 4878 3.2
Perkhidmatan 5 475 4.3 4656 3.3 6107 3.9
Lain
Jumlah 128 689 100.0 139 585 100.0 155 000 100.0

(Sumber :Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial, 2010)


PENDAHULUAN
• Ringkas dan padat
• Boleh mengandungi tajuk dan
sumber
Contoh Pendahuluan
• Jadual ini menunjukkan jumlah
kemalangan perusahaan di
Malaysia dari tahun 2008 hingga
tahun 2010 yang diperolehi
daripada sumber Pertubuhan
Keselamatan Sosial tahun 2010
ANALISIS POLA PERUBAHAN
• IDEA /ISI UTAMA
▫ Meningkat/menurun/tidak
konsisten/stabil
▫ Sekiranya terdapat lebih daripada satu sektor,
nyatakan semua/sebahagian sektor.
▫ CONTOH : Secara keseluruhannya,
kemalangan perusahaan daripada tahun
2008 hingga tahun 2010 menunjukkan
peningkatan yang berterusan.
ANALISIS POLA PERUBAHAN
• BUKTI DATA
▫ Nyatakan data yg terlibat ( data mutlak) bersama
unit dan tahun
▫ Nyatakan beza data
▫ Pilih satu sektor sahaja jika ada lebih dari satu
sektordengan perubahan yg sama
▫ CONTOH : Buktinya, pada tahun 2008, terdapat
128689 kes yang
terus meningkat kepada 155 000 kes pada tahun
2010, iaitu peningkatan sebanyak 26311 kes
ANALISIS POLA PERUBAHAN
• PERATUS PERUBAHAN
▫ Kira peratus perubahan dan nyatakan
nilainya
▫ Formula ;
Data akhir – data awal x
100
data awal
▫ Contoh :
155 000 kes -128689 kes x 100
128689
Analisis Perubahan – Jumlah Keseluruhan
Secara keseluruhannya, kemalangan
perusahaan bagi tahun 2008 hingga tahun
2010 menunjukkan peningkatan berterusan.
Buktinya, pada tahun 2008, terdapat 128689
kes yang terus meningkat kepada 155 000
kes pada tahun 2010, iaitu peningkatan
sebanyak 26311 kes atau 20.45%
Analisis Perubahan - Peningkatan
Sektor pembinaan, pembuatan, elektrik, gas, air
serta perdagangan dan pengangkutan
menunjukkan peningkatan secara berterusan.
Buktinya pada sektor pembinaan terdapat 4224
kes pada tahun 2008 yang terus meningkat
kepada 5729 kes pada tahun 2010, iaitu
peningkatan sebanyak 1505 kes, atau 35.6%.
Analisis Perubahan - Penurunan
• Sektor perlombongan dan kuari
menunjukkan penurunan secara
berterusan. Buktinya terdapat 11 735 kes
pada tahun 2008 yang terus menurun
kepada 9 632 kes pada tahun 2010, iaitu
penurunan sebanyak 2103 kes, atau
17.9%.
Analisis Perubahan – Perubahan Tidak
Konsisten
• Sektor pertanian, perhutanan, dan perikanan,
perhubungan dan penyimpanan serta perkhidmatan
lain menunjukkan perubahan yang tidak konsisten
iaitu turun dan naik. Buktinya pada sektor
perkhidmatan lain terdapat 5475 kes pada tahun
2008 yang menurun kepada 4656 kes pada tahun
2009, iaitu penurunan sebanyak 819 kes atau 15%.
Tetapi pada tahun 2010 terdapat 6107 kes, iaitu
peningkatan sebanyak 1451 kes atau 31.2%.
ANALISIS PERBANDINGAN
• IDEA /ISI UTAMA
▫ Terbesar dan terkecil
• BUKTI DATA
▫ Nyatakan data yg terlibat bersama unit dan
tahun
• PERATUS DR KESELURUHAN
▫ Kira peratus data terbabit berdasarkan
jumlah keseluruhan dan nyatakan nilainya.
ANALISIS PERBANDINGAN
• Secara perbandingannya, bagi ketiga- tiga tahun
iaitu dari tahun 2008 hingga tahun 2010, sektor
pertanian, perhutanan, dan perikanan
menunjukkan data yang terbesar, manakala sektor
elektrik gas dan air menunjukkan data yang
terkecil. Buktinya pada tahun 2008 sektor
pertanian, perhutanan dan perikanan mencatatkan
47325 kes atau 36.8% daripada jumlah
keseluruhan 128 689 kes. Manakala sektor elektrik
gas dan air pula adalah sebanyak 728 kes atau
0.6% daripada jumlah keseluruhan 128 689 kes.
Kesimpulan
• Cadangan
• Harapan
• Saranan
Contoh Kesimpulan
• Kesimpulannya, data kemalangan perusahaan
untuk pelbagai sektor didapati agak tinggi.
Justeru itu pihak majikan dan setiap
pekerja juga perlu mempertingkatkan lagi
langkah-langkah keselamatan dan pencegahan
kemalangan di dalam sektor perusahaan
masing-masing.
LANGKAH MENJAWAB
SOALAN
1. Kenalpasti Jenis soalan/kehendak
soalan
Fasa 1 : Analisis Data
• Perubahan
▫ Kata kunci : Perubahan, Aliran
• Perbandingan
▫ Kata kunci : Perbandingan,
Bandingkan
• Pola Utama (Perubahan + Perbandingan)
▫ Kata kunci : Pola, Pola Utama, Tafsirkan atau
tiada kata kunci yg jelas ( selain dari kata
kunci perubahan dan perbandingan)
Fasa 1 : Analisis Data
• Pola Perubahan Perbandingan
▫ Tiada kata kunci jelas hanya berdasarkan
data dalam jadual

• Pola Luar Biasa


▫ Soalan hanya menyatakan AP sahaja
▫ Soalan berbeza daripada kebiasaan
▫ 1 AD sahaja diperlukan
Fasa 2 (pengetahuan)

• Format bergabung (soalan


berbentuk umum)
• Format berasingan (soalan
berbentuk khusus)
Contoh Soalan
1. Berdasarkan jadual yang diberikan di bawah,
jelaskan pola perubahan jumlah pensyarah di
Institusi Pengajian Tinggi Awam terpilih di Malaysia
dari tahun 2003 hingga 2005. Nyatakan langkah
yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk
mengurangkan masalah pengangguran.

2. Jadual di atas, bincangkan pola keganasan rumah


tangga mengikut jenis pekerjaan di negara ini.
Nyatakan sebab-sebab mengapa keadaan
sedemikian berlaku.
Contoh Soalan
3. Berdasarkan jadual dibawah, bandingkan
jumlah unit rumah yang diluluskan oleh pihak
kerajaan untuk pembinaan oleh pihak swasta
dari tahun 2001 hingga 2004.

4. Berdasarkan jadual di bawah, jelaskan


keadaan kebakaran yang berlaku pada tahun
2002 hingga 2004. Pada pandangan anda,
mengapakah kes kebakaran meningkat setiap
tahun?
FORMAT JAWAPAN
POLA PERUBAHAN + FORMAT BERGABUNG
Pendahuluan

Pola Perubahan + AP

Pola Perubahan + AP

Pola Perubahan + AP

Pola Perubahan + AP

Kesimpulan
POLA UTAMA + FORMAT BERGABUNG
Pendahuluan

Pola Perubahan + AP

Pola Perubahan + AP

Pola Perubahan + AP

Pola Bandingan + AP

Kesimpulan
POLA PERUBAHAN + FORMAT BERASINGAN

Pendahuluan

Pola Perubahan

Pola Perubahan

AP

AP

Kesimpulan
POLA UTAMA + FORMAT BERASINGAN
Pendahuluan

Pola Perubahan

Pola Bandingan

AP

AP

Kesimpulan
POLA LUARBIASA
Pendahuluan

Pola Perubahan + Pola


Bandingan

AP

AP

AP

Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai