Anda di halaman 1dari 18

WAWASAN 2020

1. Latarbelakang
 Diisitiharkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada 28 Feb 1991.
 Terdapat 9 cabaran bagi menjayakan Wawasan 2020
 Intipati Wawasan 2020 meliputi pembangunan bagi mencapai sebuah negara maju menjelang
2020

2. Apa itu Wawasan 2020


 Wawasan 2020 adalah satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia untuk
menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.
 Satu dasar khas tetapi merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial
dan politik yang berlaku diperingkat nasional dan kebangsaan.

3. Mengapa tahun 2020.


 Satu jangkamasa yang munasabah dan praktikal.
 Bersama dalam “megatrend”
 Satu era pamisah pembangunan perindustrian dunia.
 Pembangunan satu generasi dalam era tanpa sempadan yang pesat.

4. Matlamat Wawasan 2020.


 Menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar maju dari segi ekonomi, politik,
sosial, kerohanian dan kebudayaan mengikut acuannya sendiri menjelang tahun 2020.

5. Pengisian Penting Wawasan 2020


 Kualiti sumber manusia/ modal insan yang dihasilkan oleh sistem pendidikan/ tenaga kerja.
 Perubahan sikap dan nilai – menjana pemikiran berkelas dunia
 Penekanan kepada Sains dan Teknologi
 Peranan Sektor Swasta yang lebih dinamik

6. Cabaran-cabaran Wawasan 2020.


 Definisi – Cabaran merujuk kepada cabaran atau aktiviti (fizikal atau intelektual) yang
seseorang mesti melaksanakan bagi mengatasi pelbagai jenis kesukaran.
 Matlamat di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan
mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran:- (9 Cabaran)

6.1. Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang
serupa dan dikongsi bersama-sama.
6.2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dan yakin pada diri sendiri
(jati diri)
6.3. Mewujudkan masyarakat demokratik yang matang.
6.4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika tinggi dari kepercayaan beragama.
6.5. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur dalam konteks pelbagai kaum.
6.6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif dalam menyumbang kemajuan sains dan
teknologi.
6.7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi terhadap orang lain.
6.8. Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sanggup berkongsi
kekayaan tanpa mengira kaum
6.9. Mewujukan masyarakat makmur, dinamik, kental menghadapi cabaran mendatang.

7. Isu-Isu
 5 Isu-isu yang perlu diselesaikan untuk menjadi negara maju:-

7.1. Pembentukan satu negara bangsa Malaysia


7.2. Mewujudkan sebuah negara perindustrian
7.3. Keadilan Ekonomi dan Sosial Halangan bagi mencapai W2020
7.4. Moral dan Etika
7.5. Pembangunan Masyarakat berdasarkan Sistem Kekeluargaan.

Page 4
8. Pendekatan Kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020
 Melahirkan modal insan kelas pertama
 Menjadikan Malaysia destinasi pelaburan antarabangsa
 Memperkasa sistem pengangkutan awam dan perhubungan domestik dan antarabangsa
 Menwujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi
 Membentuk negara peraindustrian
 Membentuk sebuah negara bangsa
 Keadilan ekonomi dan sosial

9. Strategi untuk mencapai Wawasan 2020.


- (Definisi- cara-cara merancang dan melaksanakan.)

1. Koridor Raya Multimedia (MSC), Sekolah Bestari, Matapelajaran Teknologi Maklumat dan
komunikasi dan Membugarkan Penyelidikan dan Pembangunan (R & D)
2. Memperkenalkan “ Malaysia Boleh” dan “Program 1Malaysia”
3. Mewujudkan Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
4. Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Prindustrian Bumiputera (MPPB)

10. Faktor penyumbang untuk mencapai Wawasan 2020


1. Gagasan 1Malaysia
2. Pembangunan modal insan
3. Pembangunan teknologi
4. Ekonomi yang mantap dan adil
5. Kedaulatan negara di pelihara
6. Berpegang kepada moral dan etika

SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS WW2020

Ulangan Penggal 2 (STPM 2013)


S7- Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat penyayang dan
budaya penyayang. Jelaskan keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk
masyarakat dan budaya penyayang. (5 + 0)

Ulangan Penggal 2 (STPM 2015)


S7-Wawasan 2020 merupakan gagasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju dengan
cara tersendiri. Oleh itu, banyak persediaan yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi
mencapai tujuan tersebut. Bincangkan. (5+0)

Ulangan Penggal 2 (STPM 2016)


S7-Salah satu cabaran bagi merealisasikan Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresif. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi mencapai hasrat
tersebut. Huraikan (5 + 0)

(STPM 2018)
S7- Malaysia telah melakukan pelbagai usaha untuk mewujudkan masyarakat yang
progresif dan saintifik. Jelaskan. (5+ 0)

(STPM 2019)
S7- Satu daripada cabaran Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat liberal dan
bertoleransi. Cabaran tersebut perlu dihadapi dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara
maju. Jelaskan. (5 + 0)

(STPM 2020)
S7- Satu daripada matlamat Wawasan 2020 ialah Malaysia maju dalam bidang perindustrian.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat tersebut. Bincangkan. ( 5
+ 0)
Page 5
SOALAN FOKUS

Malaysia Maju dan Sejahtera/WW2020


1. Kelebihan malaysia untuk mencapai negara maju
2. Kekangan/ Halangan untuk menjadi negara maju
3. Usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat.
4. Pendekatan Kerajaan/usaha untuk mencapai Wawasan 2020
5. Cabaran untuk mewujudkan negara perindustrian.
6. Persediaan rakyat menuju negara industri.
7. Masyarakat bermoral dan beretika- rasional, tindakan, usaha.
8. Masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.- rasional, tindakan, usaha.
9. Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dan yakin pada diri sendiri (jati diri)
10. Kepentingan Mewujudkan Masyarakat Liberal dan bertolak-ansur.
11. Isu 1 : Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.
12. Isu-Isu WW2020.

ISU-ISU UTAMA WW2020

ISU 1 :
“PEMBENTUKAN SATU NEGARA BANGSA MALAYSIA”

Ciri-ciri Bangsa Malaysia yang bersatupadu:

 Setiap rakyat dengan nyata dan ikhlas menerima negara Malaysia sebagai tanahair
yang tunggal dengan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.
 Setiap rakyat merasa komited untuk menjayakan cita-cita negara. Ini bermakna matlamat
negara telah dikongsi bersama oleh setiap rakyat.
 Setiap rakyat dengan rasa bangga mengidentifikasikan diri sebagai warga Malaysia dan
tidak sebagai golongan sesuatu etinik, ras atau penghuni dari sesuatu wilayah atau
daerah. Adalah amat ideal kalau semuanya mengamalkan cara hidup atau berbudaya
Malaysia dan menghapuskan ciri-ciri yang menonjolkan pengenalan mereka sebagai
berketurunan tertentu. Pendek kata mereka berjiwa Malaysia dan berupa Malaysia.
Namun walaupun masih ada ciri-ciri keturunan dan kedaerahan yang diwarisi, mereka
tidak akan membiarkannya menjadi sentimen sehingga mencetuskan persengketaan.
 Setiap rakyat berpegang kepada nilai-nilai murni yang tidak bercanggah di antara satu
sama lain dan tidak merasa perlu untuk berperang-perangan bagi menegakkan sesuatu
pegangan hidup yang mungkin berbeza dengan orang lain. Di sini tetap wujud sikap
bertolak ansur demi keharmonian bersama

Negara Bangsa :

 Negara bangsa ialah negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa.
 Negara bangsa membentuk sebuah negara dengan rakyatnya hidup bersatu padu, berkeyakinan, harmoni,
mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai semangat patriotik yang kental.
 Rakyatnya akan menikmati kehidupan berasaskan persamaan hak, keadilan dan mempunyai keyakinan
yang tinggi terhadap sistem pemerintahan negara

Page 6
ISU 1 :
“PEMBENTUKAN SATU NEGARA BANGSA MALAYSIA
Soalan 1:
Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara. Walau
bagaimanapun terdapat pelbagai kekangan dalam usaha pembinaan negara bangsa.
Jelaskan. (5+0)

Pengenalan:
Pembinaan negara bangsa dianggap penting dan menjadi prasyarat kepada pemodenan negara.
Sekiranya warganegara kita tidak mempunyai matlamat yang sama amat sukar untuk mencapai
kemajuan sesebuah Negara.Oleh itu segala halangan perlu diatasi bagi menjayakan
pembentukannya.

IDEA HURAIAN
Kekangan Dalam Usaha Pembinaan Negara Bangsa:
1. Masyarakat
majmuk  masyarakat kita yang berbilang bangsa sukar untuk menerima
budaya dan cara hidup bangsa lain
 mereka menganggap budaya hidup melayu tidak berkaitan dan tidak
sesuai dengan mereka.
 situasi ini menjadi penghalang wujudnya satu Negara bangsa Malaysia
yang bersatu padu harmoni dan aman.
2.Pelbagai Agama  setiap kaum di Malaysia mewakili agama yang
berlainan.Melayu beragama Islam,Cina agama Buddha,India agama
Hindu,agama Kristian dll.
 Ketiga-tiga agama terbesar ini amat berbeza dari segi kepercayaan dan
amalannya.
 masing-masing menganggap agama dan kepercayaan mereka yang
terbaik.
 perbezaan ini menghalang proses integrasi sosial antara kaum.
 seterusnya menjadi penghalang mewujudkan Negara bangsa.
3.  penjajahan British telah mewujudkan kegiatan ekonomi berasaskan kaum.
Ketidakseimbanga  kaum Melayu,Cina dan India dibiarkan menjalankan aktiviti ekonomi yang
n Ekonomi berlainan.
 pengasingan kegiatan ekonomi ini mewujudkan jurang dari segi social
dan jurang pendapatan yang tidak seimbang
 jurang ekonomi yang ketara ini menyebabkan tanggapan negatif dan
rasa tidak puas hati antara kaum.
 suasana sosioekonomi ini telah mengancam proses pembinaan Negara
bangsa ini.
4.Kewujudan  akibat dasar pecah dan perintah British dahulu
parti politik  Dasar British tidak mengambil langkah menyatupadukan kaum dan
berasaskan tidak langsung mengambil kira masa depan Malaysia.
kaum  selepas merdeka pun kita masih terikat dengan pemerintahan
berasaskan identiti kaum masing-masing dan wujudnya parti-parti
politik berdasarkan kaum di Sabah dan Sarawak

5.Sistem  Aliran pendidikan yang berbeza antara kaum di Malaysia menjadi


pendidikan yang menghalang kepada usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum.
berasingan  sekolah dan pendidikan yang sepatutnya menjadi medium utama
pembentukan Negara bangsa masih gagal untuk disatukan kerana
wujud kepentingan, prasangka dan tiada unsur penerimaan dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum dan seterusnya mengekang
pembentukan Negara bangsa yang berjaya.

Page 7
6. Semangat  merupakan antara penghalang mewujudkan Negara bangsa
Nasionalisme  Mereka tidak bangga menjadi rakyat Malaysia dan tidak menunjukkan
semakin terhakis sayang dan hormat kepada lambang Negara seperti jalur gemilang,Lagu
Negara Ku dll.
 selagi rakyat Malaysia tidak mengamalkan sikap “di mana bumi dipijak
,di situ langit dijunjung” maka pembentukan Negara bangsa sukar untuk
direalisasikan.

Penutup :
Membina sebuah Negara bangsa yang sempurna bukanlah tugas yang mudah terutamanya bagi
Negara berbilang kaum seperti Malaysia yang berlatarbelakangkan agama,budaya dan kepercayaan
yang berbeza. Setiap warganegara hendaklah bersedia menerima dan mengiktiraf kewujudan kaum-
kaum lain

Jawapan: 5+0

Page 8
CABARAN KEDUA WW2020

“Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan
apa-apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.”

Soalan 2:
Masyarakat yang berjiwa bebas merupakan antara sifat yang perlu ada pada setiap bangsa Malaysia
supaya dapat membina sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang. Bincangkan.
Jawapan:1 + 4

Pendahuluan:
Wawasan 2020 merupakan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju. Selain masyarakat yang berjiwa bebas, terdapat beberapa ciri lain untuk mencapai matlamat
tersebut.

Bil Isi/Idea Huraian


Sifat yang perlu ada pada setiap bangsa Malaysia supaya dapat membina sebuah negara
yang maju
1. Berjiwa  Jiwa yang tidak terkongkong dan terbelenggu dengan sesuatu
bebas ( fahaman hingga menolak pembaharuan dan kemajuan.
Idea wajib )  Akibat dari cengkaman penjajah kita telah menyaksikan
bagaimana rakyat begitu memandang tinggi kepada dunia barat
 Penjajah telah berjaya sedikit sebanyak membunuh
keyakinan rakyat terhadap diri sendiri
 Sikap ini pernah disifatkan sebagai berjiwa hamba.

2. Mempunyai fikiran  Ketenteraman jiwa adalah sesuatu yang amat berharga dan
dan perasaan yang boleh dianggap sebagai kebahagiaan.
tenteram  Seseorang amat memerlukan ketenteraman jiwa dan fikiran
bagi menghadapi pelbagai cabaran di dalam dunia moden ini.
 Ketenteraman jiwa juga berkait rapat dengan pembentukan
akhlak dan penyuburan iman supaya sentiasa tidak hilang
pedoman hidup
 Ketenteraman dan ketenangan fikiran juga akan
memungkinkan pelbagai penemuan idea dan inovasi yang
meningkatkan lagi taraf kehidupan manusia.
3. Gagah atau  Kegagahan juga bererti ketahanan fizikal dan mental, serta
tabah kekuatan dari segi kerohanian dan kejiwaan
menghadapi  Kekuatan jasmani dan rohani perlu diseimbangkan dengan akal
pelbagai masalah dan emosi
 Rakyat perlu mempunyai jiwa yang kuat dan tahan bagi
menjamin kekuatan negara lebih-lebih lagi ketika dunia
sedang berhadapan dengan pelbagai anasir yang negatif.
4. Memiliki keyakinan  Rakyat perlu membina kekuatan di bidang ilmu pengetahuan,
terhadap kebolehan ekonomi dan kejiwaan
diri sendiri  Dengan penguasaan ilmu, kita akan bebas untuk
mengendalikan teraju negara kita sendiri dan mampu berdiri
sama tinggi dengan negara-negara maju di dunia
 Sebaliknya, kelemahan akan menyebabkan kita terus
bergantung kepada negara lain
 Penguasaan ilmu juga akan membebaskan kita daripada
pergantungan sepanjang masa dari segi ilmu, kebolehan dan
kekayaan negara-negara maju
 Kita yakin terhadap kebolehan diri sendiri dan kita tidak
mudah tunduk kepada kuasa asing

Page 9
5. Merasa bangga  Dengan terbinanya masyarakat Malaysia yang gagah, kita akan
dengan apa yang menguasai teknologi dan tidak ketinggalan di belakang
dicapai.  Masyarakat Malaysia bergerak maju dengan penuh daya
saing dan dinamik
 Rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka sentiasa
bersedia untuk menerima perubahan dan kemajuan
 Dapat menilai dan menyesuaikan perubahan dengan nilai
hidup yang unggul
 Merasa bangga dengan kejayaan Malaysia dan dihormati
oleh rakyat negara lain

Page
10
CABARAN KELIMA

“Mewujudkan Masyarakat Liberal dan bertolak-ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,
kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa sama meletakkan kesetiaan mereka
kepada satu negara”

Soalan 3:
Cabaran kelima Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan
toleransi. Bincangkan kepentingan cabaran Wawasan 2020 yang kelima itu dan tindakan yang
boleh dilakukan oleh rakyat bagi menangani cabaran tersebut. (3 + 2/ 2+ 3)

Pendahuluan
Cabaran kelima Wawasan 2020 adalah untuk membentuk sebuah masyarakat matang yang
bersifat liberal dan toleran. Rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yg sama, meletakkan kesetiaan mereka kpd
satu negara. Cabaran ini mempunyai beberapa kepentingan tertentu. Setiap rakyat perlu
memastikan cabaran tersebut dapat ditangani dengan baik (3+ 2)

Isi Huraian Isi


Kepentingan Mewujudkan Masyarakat Liberal dan bertolak-ansur.
1. Menjamin  Akan melahirkan anggota masyarakat yg boleh berfikir secara
keharmonian dan rasional
kemakmuran negara  tidak bertindak secara melulu demi kepentingan bersama
 akan berfikiran luas - sentiasa menimbangkan secara saksama
setiap tindakan yg dilakukan - perselisihan faham dpt dihindari dan
sikap saling menghormati kepelbagaian kaum dpt dipupuk
2. Mengukuhkan  Masyarakat Msia mengamalkan sikap toleransi
kestabilan politik  bersedia bekerja dengan individu lain yg berbeza aspirasi,
kehendak dan idealisme
 amalan sikap toleransi dan kematangan dlm berfikir berjaya
melahirkan parti politik gabungan pelbagai kaum seperti Parti
Gabungan Barisan Nasional.
 keseimbangan antara kaum dlm sesebuah parti politik akan
mewujudkan sifat persaingan secara adil - mengurangkan konflik
antara kaum
3. Melahirkan anggota Semua anggota masyarakat akan berfikiran terbuka utk menerima

masyarakat yang pengetahuan baru dan idea orang lain - sentiasa bersedia utk
dapat menerima menerima sesuatu perkara yg baru demi kebaikan semua pihak
pendapat orang lain tanpa ada perasaan syak wasangka - sikap mencemuh atau
memaki hamun idea pihak lain terutamanya yg berbeza ideologi
dpt dihindari
Tindakan/Usaha yang boleh dilakukan oleh rakyat bagi menangani cabaran kelima [STPM
2019-ESEI]
Memupuk nilai liberal  Harus mendidik diri dan ahli keluarga supaya berpegang kpd nilai
dan toleransi agama dan moral
 Dapat membantu mereka agar bersikap liberal dan toleransi tanpa
mengira keturunan dan agama
 setiap agama menitikberatkan keperluan bekerjasama, bersatu
padu dan menjauhi persengketaan
Menambahbaik  Harus meningkatkan pendidikan mereka
tahap pendidikan.  hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dgn ilmu
pengetahuan dan kemahiran tertentu agar mampu menjadi individu
yg matang, liberal dan toleransi
 individu yg berpendidikan akan bertoleransi antara kaum dan agama
 menghormati kebudayaan kaum lain dan menghargai kepelbagaian
yg wujud
Meningkatkan perpaduan  Membolehkan masy pelbagai kaum mengeratkan
perpaduan dengan mengamalkan adat dan kepercayaan kaum
masing-masing.
 Pemahaman mengenai kepercayaan dan cara hidup
sesuatu kaum membolehkan kerjasama dalam aspek, sosial,
ekonomi, politik dan budaya.

Page
11
Kesimpulan

Usaha untuk mewujudkan masyarakat yg matang, liberal dan bertoleransi ini amat penting bagi
merealisasikan Wawasan 2020 dan utk menghindari tragedi 13 Mei 1969 drp berulang. Jika
masyarakat Msia telah matang, bersikap liberal dan bertoleransi, maka tiada masalah bagi rakyat utk
bekerjasama demi kemajuan negara

Page
12
Soalan 4

Salah satu matlamat Wawasan 2020 ialah menjadikan Malaysia maju dalam bidang perindustrian
mengikut acuan sendiri. Oleh itu usaha perlu diambil bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Bincangkan. (5 + 0) (STPM 2020)

Pendahuluan
Sektor perindustrian memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara dan
dapat menyumbang kepada pendapatan dan pertumbuhan pesat ekonomi serta Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK). Pelbagai usaha perlu diambil bagi mencapai hasrat tersebut.

Bil Idea Huraian


Usaha menjadikan Malaysia maju dalam bidang
1. Melaksanakan dasar-  Mengubah tumpuan ekonomi daripada pertanian kepada
dasar kerajaan. perindustrian
 Dasar negara tidak bergantung kepada komoditi utama semata-
mata
 Mengubal plan induk perindustrian, memberi taraf
perintis, menubuhkan zon perdagangan bebas
 Industri gantian import dan industri berorietasikan eksport.
2. Menggalakkan  kerajaan menawarkan pelbagai keistimewaan kepada pelabur
kemasukan pelabur asing
asing.  pemberian taraf perintis iaitu pengecualian cukai 5-10 tahun
 mewujudkan kawasan perdagangan bebas
 melengkapkan prasarana
 keselamatan terjamin.

3 Menyediakan tenaga  Bekalan tenaga buruh yang mencukupi akan menjadi tarikan
buruh mencukupi. pelabur asing
 tenaga mahir dan pakar sentiasa ditingkatkan menerusi
pelbagai skim latihan kepakaran dan pengambilan pelajar
jurusan sains ke IPT ditambah
 tahap kepakaran yang tinggi dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti serta meminimumkan kos pengeluaran.

4. Meluaskan pasaran.  menjalinkan hubungan dagangan yang erat dengan negara lain
 menghantar rombongan perdagangan ke luar negara dan
menyertai ekspo antarabangsa bagi mempromosi barangan
 Kerajaan meneroka pasaran baru di peringkat antarabangsa.
5 Meningkatkan  Bidang R&D penting bagi menghasilkan inovasi baru dan
Penyelidikan dan meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan agar dapat
Pembangunan (R & D) bersaing dipasaran antarabangsa
 Melalui penyelidikan dapat menghasilkan teknologi yang
canggih
 Dapat kurangkan kos dan tingkatkan produktiviti
 Teknologi juga dapat di jual kepada negara-negara lain.
6 Meningkatkan  dapat mewujudkan iklim pelaburan yang menggalakan
kemudahan  segala kemudahan infrastruktur seperti perhubungan
infrastruktur. dan pengangkutan menjadi daya tarikan kepada pelabur
 kawasan pelaburan disediakan dengan mengambilkira segala
keperluan dan kemudahan asas.
7 Memajukan  sektor industri sokongan seperti IKS menjadi
industri pemangkin kepada perkembangan sektor perindustrian
hiliran/sokongan. negara.
 memberi insentif kepada IKS seperti bantuan
kewangan,latihan dan pasaran.
 mempelbagaikan asas sector pembuatan dan perkilangan
8 Menjamin kestabilan  peranan kerajaan dan rakyat mengekalkan keamanan negara.
dan keamanan  aktiviti ekonomi dapat berjalan lancer
dalam negara  mewujud kan iklim pelaburan yang sihat
 projek pembangunan dapat dijalankan dengan lancer
dan tidak tergendala

Page
13
9 Mengalakkan
pemindahan teknologi
moden.
10 Pemberian
dana
penyelidikan.

11 Pemberian
modal/bantuan
kewangan.
12 Mengadakan pameran
diluar negara/peringkat
antarabangsa

Page
14
PENDEKATAN YANG DILAKSANAKAN UNTUK MENCAPAI WAWASAN 2020

Konsep Wawasan 2020 mula diperkenalkan bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara
perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang 2020 secara menyeluruh. Antara pendekatan
yang harus dilakukan ialah melalui beberapa perkara di bawah ini :

Soalan 5:
Wawasan 2020 merupakan agenda kerajaan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 mengikut
acuannya sendiri. Oleh itu, beberapa pendekatan telah dilaksanakan bagi mencapai wawasan
tersebut. Bincangkan.

Skema: (5 + 0)

Isi Huraian
Pendekatan-pendekatan yang dijalankan bagi mencapai Wawasan 2020:-
1.Melahirkan modal  Modal insan mampu memenuhi keperluan pembangunan
insan kelas individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.
pertama  Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi,
sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk
kepentingan bersama
 Dalam RMK-9 diumumkan khusus untuk institusi pendidikan bagi
memberi latihan dalam usaha memperkasa modal insan berteraskan
ilmu pengetahuan
 Supaya modal insan iaitu golongan belia negara mempunyai pemikiran
kelas pertama yang boleh menguasai sebarang kepakaran ilmu
pengetahuan
 Tidak bergantung sepenuhnya dengan kepakaran luar.
 Kesannya , mampu meletakkan malaysia sebagai sebuah negara
berdaya saing dari semua segi.

2.Menjadikan  Sekiranya Malaysia muncul sebagai sebuah destinasi pelaburan yang


Malaysia sebagai strategik dan menguntungkan serta sebagai negara yang menarik untuk
destinasi kehidupan rakyat, akan menarik pelabur untuk melabur dan menambah
pelaburan dana untuk pembangunan negara.
antarabangsa  Sebagai contohnya, jika hasrat untuk menjayakan Wawasan 2020
tercapai, Malaysia sudah menghampiri status negara maju dan berdaya
saing.
 Oleh itu, peranan pelaburan asing sebenarnya aset penting ke arah
meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kompetatif.
3.Mewujudkan  Malaysia mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan
persekitaran pertumbuhan ekonomi
kondusif  Hal ini kerana, Kemudahan seperti premis perniagaan, perusahaan,
pentadbiran dan segala kemudahan awam yang mencukupi bukan
sahaja menggalakkan pelaburan dari luar negara tetapi juga memberi
imej positif kepada negara luar.
 Persekitaran kondusif membolehkan Malaysia bersaing dengan negara
luar dari segi persekitaran dalam negara. Oleh itu, faktor kepelbagaian
etnik boleh dijadikan satu elemen kejayaan negara di arena
antarabangsa
 Sistem pengangkutan yang maju dan selamat dan mesra alam dan
4.Memperkasakan berteknologi tinggi penting untuk menjadi sebuah negara maju yang
sistem kompetatif.
pengangkutan  Oleh itu, Malaysia perlu memperkasakan sistem perhubungan supaya
awam dan misi berstatuskan negara maju tercapai
 Sebagai contoh, pelaksanaan projek mega mass Rapid Transit tinggi
perhubungan
yang menjadi ikon kepada pembangunan negara
domestik dan
 Malaysia perlu membangunkan jaringan perhubungan tanpa sempadan
antarabangsa.
secara domestik dan juga perhubungan dan pengangkutan yang maju,
barulah Malaysia mampu berdaya saing dan mengejar negara maju lain

Page
15
5.Membentuk satu  Negara bangsa ialah negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa.
negara bangsa  Negara bangsa membentuk sebuah negara dengan rakyatnya hidup
bersatu padu, berkeyakinan, harmoni, mempunyai daya saing yang
tinggi dan mempunyai semangat patriotik yang kental.
 Rakyatnya akan menikmati kehidupan berasaskan persamaan hak,
keadilan dan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap sistem
pemerintahan negara.
 Faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan negara bangsa ialah
lingua franca, integrasi, kewarganegaraan, patriotisme dan demokrasi.
 Kerajaan memfokus dan melaksanakan strategi iaitu memperkasakan
Bahasa Kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi
nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya
bangsa serta membina jati diri dan semangat patriotik dalam diri individu.

 Pembentukan sebuah negara bangsa menjadi prasyarat kepada


kemajuan negara kerana rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap
satu negara dan bangsa. Tanpa penyatuan pemikiran dan kerjasama,
kemajuan negara tidak akan tercapai
6.Membentuk  Malaysia sebuah negara maju berdasarkan acuannya sendiri tanpa
masyarakat meniru cara dan corak negara-negara maju yang wujud sekarang.
bermoral dan  Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna dan tidak
beretika tinggi hanya diukur daripada sudut pembangunan materialistik sahaja.
 Masyarakat yang sempurna seharusnya berpegang teguh kepada falsafah
moral dan etika yang tinggi demi untuk kesejahteraan dan keharmonian
sesebuah negara.
 Menghayati dan mengamalkan falsafah moral dan etika adalah penting
kerana kemajuan daripada segi kebendaan sahaja akan menyebabkan
sesebuah masyarakat dan negara itu pincang.
 kerajaan bertekad untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sempurna
berlandaskan kepada nilai-nilai moral dan etika yang tinggi.
 Jika sesebuah masyarakat mengamalkan nilai baik, masyarakat tersebut
mampu hidup harmoni dan berkembang maju .
 Negara dapat berkembang maju dan pesat tanpa gangguan.

Page
16
Isu-isu Wawasan 2020

Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa isu utama yang


harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju.

Isu-isu ini ialah pertama, pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Konsep satu
negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat
yang rakyatnya tidak dapat didefinisikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan
satu negara bangsa adalah menjadi pra- syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya
mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk
maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan
kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.

Kedua, Negara Perindustrian. Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan
kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju.
Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah
dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini
adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada
perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains
dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi
ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara
perindustrian pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait
dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal
modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-
cabaran. Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera
pertumbuhan.

Ketiga, Keadilan Ekonomi dan Sosial. Pewujudan satu masyarakat yang adil dalam
bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu
dihadapi bagi pewujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara
maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya
sedangkan satu golongan lagi tercicir. Pernyataan Wawasan ini adalah merupakan penegasan
semula ke atas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan,
keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar
dan luar bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat
Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai
tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki
ketidakadilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan
ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional (DPN ) dan dilaksanakan melalui program dan
projek Rancangan Malaysia Keenam.

Keempat, Moral dan Etika. Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang
yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah
berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama.
Penganutan falsafah ini adalah penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan
etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya
banyak membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan
Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran
atau kekayaan yang dimiliki.

Kelima, Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan. Wawasan ini


telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan
hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi
asas pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah negara
itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana
keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti individu yang menjadi
rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan
cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-
citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan rakyat
menyedari kepentingan institusi keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah
perlu bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna.
Page 10
5 Cabaran Yang Telah Digariskan Oleh Kerajaan Di Dalam Usaha
Mencapai Matlamat Wawasan 2020.

2.0 Cabaran 1:Membentuk Sebuah Negara Bangsa Yang Bersatu Padu


Cabaran bagi membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu ini memberikan kepada kita
definasi bahawa ia merupakan cabaran untuk membentuk satu bangsa yang dikenali sebagai
bangsa Malaysia yang meliputi seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. Cabaran
ini adalah paling yang utama dan paling asas di dalam mengharungi cabaran menuju ke arah
negara maju pada tahun 2020. Ini kerana jika tiada perpaduan dan rasa sama rata di bawah
naungan satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia, maka segala usaha – usaha yang
telah dirancang oleh kerajaan bagi mencapai matlamat wawasan 2020 ini adalah sia – sia.
Tidak ada gunanya jika kerajaan kerap kali menyeru rakyatnya untuk maju ke arah wawasan 2020
sekiranya ia tidak disertai, disokong atau diambil peduli oleh rakyat Malaysia sendiri. Kerajaan telah
melakukan berbagai cara di dalam usahanya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara
yang maju pada tahun 2020. Pembentukan sebagai sebuah negara yang bangsanya bersatu
padu adalah satu perkara yang sangat berat dan sukar untuk dilakukan kerana ia boleh
menimbulkan ketegangan akibat dari beberapa perkara yang sensitif Sejarah juga menunjukan
bahawa pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan sejak dari dahulu lagi. Apatah lagi di dalam
pembentukan sebuah bangsa Malaysia, penilitian yang telus perlu dilakukan. Cabaran ini dilihat
sebagai satu cabaran yang berterusan kerana setiap kaum di Malaysia ingin mengekalkan identiti
mereka yang tersendiri dari masa ke semasa.
Negara yang boleh kita ambil contoh di mana ia dapat menyatupadukan rakyatnya yang berbilang
kaum dan suku ialah Indonesia. Jika kita tanya apakah bangsa mereka, sudah tentu mereka
menjawab mereka berbangsa Indonesia.

Pihak kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif di dalam usahanya untuk memupuk semangat jati
diri dan minat seluruh rakyat untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia menjelang tahun 2020.
Antara inisiatif yang diambil ialah dengan memperkenalkan satu sistem persekolahan baru yang
dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Sekolah ini akan mengintegrasikan semua keperluan
pendidikan setiap lapisan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum di bawah satu bumbung.
Sekolah wawasan ini merupakan pemangkin utama di dalam usaha kerajaan di dalam melahirkan
bangsa Malaysia yang bersatu padu yang dapat hidup aman dan damai tanpa rasa tertindas di
dalam arus kemajuan yang ingin dicapai. Inisiatif ini dilihat sebagai satu inisiatif yang sangat kritikal
dan penting kerana semangat dan minat untuk menjadi satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa
Malaysia haruslah dipupuk di hati setiap lapisan masyarakat yang tinggal di Malaysia ketika usia
mereka masih muda. Bersesuaian dengan pepatah Melayu yang menyebut ‘Melentur buluh biar
dari rebungnya’.

Pada hari nii, jika kita melalui kawasan – kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan
baru, pasti kita dapat lihat banyak sekolah wawasan ini dibina.Usaha ini dilihat sebagai satu usaha
yang berterusan di mana tiada noktah harus diletak untuk diukur kejayaan usaha kerajaan ini.
Hanya semangat yang ditunjukan oleh para pelajar di sekolah – sekolah ini boleh kita ambil kira di
dalam keberkesanan inisiatif ini.
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menyokong perlaksanaan sekolah wawasan ini. Ini kerana
jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak menyokong perlaksanaan ini, maka sia- sia sahajalah usaha
kerajaan di dalam usahanya menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju pada tahun 2020.
Sokongan yang dimaksudkan ialah dengan menghantar anak – anak kita untuk mendapatkan
pendidikan mereka di sekolah wawasan ini. Walaubagaimanapun, masih ada segelintir atau
sekumpulan kecil dari masyarakat kita yang masih enggan untuk menerima perlaksanaan sekolah
wawasan ini.

3.0 Cabaran 2: Melahirkan Sebuah Masyarakat Malaysia Yang Bebas, Teguh Dan Mempunyai
Keyakinan Diri Cabaran ini dilihat sebagai lanjutan cabaran yang diutarakan terdahulu. Jika
masyarakat Malaysia yang bebas, tegus dan mempunyai keyakinan diri dapat dilahirkan, maka
sudah tentu cabaran – cabaran yang digariskan di dalam 9 cabaran ke arah wawasan 2020 ini
dapat di atasi dengan mudah. Ini kerana dengan mempunyai masyarakat yang mempunyai
keyakinan diri yang tegus dan tinggi, kita sebagai rakyat Malaysia dapat menjadi lebih peka
terhadap persekitaran yang boleh mempengaruhi dan sering berubah – ubah di dalam
menghadapi pelbagai cabaran baru menjelang tahun 2020.

Page 18
Lantaran dengan cabaran yang digariskan ini, pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu
program yang dikenali sebagai Program Latihan Khidmat Negara. Program ini dibentuk bagi
kumpulan sasaran yang berumur 18 tahun ataupun golongan lepasan SPM. Program ini direka
khas dengan mengambil kira usaha kerajaan di dalam meningkatkan keyakinan diri yang teguh di
kalangan kumpulan sasar ini, rasa bangga dengan apa yang dicapai serta gagah di dalam
menghadapi pelbagai cabaran dan masalah yang bakal mendatang.

Jika kita lihat dengan usia kumpulan sasar bagi program latihan khidmat Negara ini iaitu kumpulan
remaja, ia amat bersesuaian kerana pada peringkat usia inilah kebanyakan dari mereka bakal
dan akan diajar dengan pelbagai cabaran dari segi fizikal dan mental. Ia penting kerana
kebanyakan peserta akan meneruskan segala usaha mereka bagi mencapai cita – cita mereka
sama ada menyambung pelajaran mereka ke menara gading atau ada yang ingin terus bekerja
selepas persekolahan. Pada peringkat inilah mereka akan menempuhi pelbagai cabaran yang
boleh membantutkan usaha mereka di dalam mencapai cita – cita mereka.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia menyokong penuh dengan langkah kerajaan yang dengan
memperkenalkan program latihan khidmat negara ini. Melalui program ini, kita bukan sahaja dapat
meingkatkan ketahanan minda dan jiwa kita malahan melalui program ini kita dapat menanam sifat
cintakan negara kita iaitu Malaysia. Sudah tentu jika saya mempunyai saudara atau anak yang
layak menyertai program ini, saya pasti akan menggalakan mereka bagi menyertai program ini.
Perkara ini bukan saya seorang sahaja malahan seluruh rakyat Malaysia seharusnya menyokong
usaha ini dengan menggalakan remaja – remaja menyertai program latihan khidmat negara ini.
Walaupun setelah hamper 2 tahun program ini dilaksanakan, masih lagi terdapat golongan yang
mempertikaikan keberkesanan dan kewujudan program ini.

4.0 Cabaran 3: Membentuk Masyarakat Yang Bersifat Sains Serta Progresif


Menurut kebanyakan bahan rujukan yang dirujuk bagi tugasan ini, cabaran ini bukan
mengkehendaki rakyat Malaysia supaya menerima dan menggunapakai sains dan teknologi malahan
mengkehendaki mereka untuk menjadi penyumbang kepada tamadun teknologi dunia masa kini.
Dewasa ini jika kita lihat, bukanlah sukar bagi sesebuah negara untuk menakluk sebuah negara
lain. Dengan kemajuan teknologi pada hari ini, hanya dengan menekan satu butang computer
sahaja, sesebuah negara itu dapat melancarkan serangan tidak kira dari segi ketenteraan malahan
dari segi ekonomi sesebuah negara lain. Disebabkan perkara ini lah , kerajaan kita telah
menggariskan cabaran untuk membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif di dalam 9
cabaran ke arah wawasan 2020.

Pelbagai inisiatif telah di ambil oleh pihak kerajaan di dalam membentuk masyarakat yang
bersifat sains serta progresif. Antara inisiatif yang di ambil ialah membangunkan sebuah bandar
pintar yang dikenali sebagai Cyberjaya, pengurangan cukai pendapatan melalui pembelian
computer dan juga cadangan untuk menghantar rakyat Malaysia ke angkasa lepas.
Pembangunan Cyberjaya ini bersama dengan insfrastruktur yang canggih, kerajaan juga telah
mewujudkan satu hub iaitu dikenali dengan Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super
Corridor (MSC) yang terletak di antara Cyberjaya dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Syarikat –
syarikat yang mempunyai ibu pejabat di koridor ini layak untuk memohon status syarikat MSC yang
diberi beberapa keistimewaan baik dari segi kewangan ataupun penempatan pekerja.

Usaha ini dilihat dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk mempelajari sains dan teknologi
dengan kemasukan syarikat – syarikat asing yang boleh menawarkan gaji yang lumayan kepada
mereka. Dengan ini, hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains dan
progresif ini dapat dijayakan. Hasrat kerajaan untuk menghantar angkasawan rakyat Malaysia juga
telah mata seluruh rakyat Malaysia tentang betapa seriusnya kerajaan kita di dalam membentuk
masyarakat yang bersifat sains & progresif.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menyokong langkah kerajaan ini di dalam membentuk
masyarakat yang bersifat sains dan progresif ini. Kejayaan di dalam mengatasi cabaran ini sudah
dapat dilihat dengan ramainya anak – anak tempatan yang berkhidmat dan memegang jawatan
penting di beberapa syarikat berstatus MSC. Penghasilan beberapa perisian computer yang canggih
seperti perisian penentu arah kiblat di angkasa lepas oleh sekumpulan pelajar di University
Kebangsaan Malaysia juga dilihat bahawa cabaran ini sedang di atasi dan membuktikan bahawa
rakyat Malaysia juga mampu menjadi penyumbang kepada dunia sains pada hari ini.

Page 19
5.0 Cabaran 4: Membentuk Masyarakat Berbudi Dan Berbudaya Penyayang
Cabaran ini dipilih untuk dimuatkan di dalam kertas tugasan saya ini kerana Beranggapan bahawa
cabaran ini juga penting di dalam mengejar matlamat kerajaan untuk menjadi Malaysia maju pada
tahun 2020. Di dalam menghadapi pelbagai cabaran di dalam arus pembangunan, kebajikan
rakyat dan individu juga harus tidak ketinggalan untuk dipertingkatkan. Sejajar dengan budaya
timur yang diterapkan oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia pada hari ini, seharusnya budaya ini
perlu diterapkan lagi walaupun Malaysia sedang giat di dalam usahanya untuk menjadi maju pada
tahun 2020 agar rakyat Malaysia tidak terikut – terikut dengan budaya barat.

Oleh hal yang sedemikian, bagi mengatasi cabaran ini kerajaan telah mewujudkan satu
kementerian khusus bagi memantau dan melaksanakan beberapa langkah di dalam memastikan
rakyat Malaysia menerapkan nilai berbudi dan berbudaya penyayang. Kementerian yang
dimaksudkan ialah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga yang diketuai oleh Dato’
Shahrizat Jalil. Sebagaimana yang kita tahu, keluarga adalah asas kepada pembentukan
masyarakat manakala masyarakat adalah asas bagi pembentukan sesebuah negara.

Kesemua kemajuan yang ingin dikecapi dari segi ekonomi, social, kemasyarakatan, teknologi dan
kerohanian ini haruslah seimbang agak tidak ada satu pun di antaranya ketinggalan. Pada hari ni,
banyak kita baca di akhbar – akhbar tempatan yang melaporkan tentang kerendahan moral dan
kurangnya budi masyarakat kita. Kita dikejutkan dengan insiden kes buli di kalangan pelajar sekolah
yang menyebabkan kematian seorang pelajar yang tidak berdosa. Di sinilah, kesimbangan dari segi
mental dan rohani rakyat harus diseimbangkan agar negara kita maju di samping rakyatnya
mempunyai budi pekerti yang tinggi nilainya.

Bermula dengan kempen berbudi bahasa di kalangan kakitangan kerajaan, beberapa langkah
telah mula diatur bagi menerapkan nilai berbudi dan berbudaya penyayang di kalangan rakyat
Malaysia. Melalui kempen berbudi bahasa ini, kakitangan kerajaan telah dinasihatkan agar lebih
mesra kepada pelanggan mereka yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Kempen keluarga
penyayang juga diperkenalkan bagi menerap nilai murni dan mesra di kalangan keluarga masyarakat
Malaysia. Jika institusi kekeluargaan Malaysia tidak aman bagaimana pula hendak mencapai
matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia maju menjelang tahun 2020.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang ingin melihat negara kita maju di tahun 2020 di samping ingin
melihat institusi masyarakat kita disegani dengan nilai budi pekerti yang tinggi dan berbudaya
penyayang ini haruslah menyokong usaha kerajaan ini. Caranya ialah dengan memulakan usaha –
usaha ini dengan keluarga kita sendiri.Ini kerana keluarga adalah asas kepada pembentukan
masyarakat dan masyarakat adalah asas kepada pembentukan keluarga.

6.0 Cabaran 5: Menjamin Pembentukan Masyarakat Yang Adil Ekonominya


Cabaran ini merupakan cabaran yang besar kerana pengwujudan masyarakat yang adil ekonominya
sangat penting . Ini bagi memastikan supaya Malaysia sebagai sebuah negara maju pada 2020
tidak wujud keadaan di mana ada segolongan rakyat yang tercicir di era kemajuan negara.
Cabaran ini mengkehendaki Malaysia agar dapat atau berjaya mengagihkan kekakayaan negara
sama adil dan sama rata kepada seluruh rakyatnya. Ini bermakna tidak ada rakyat pun ada
merasakan mereka tertindas di sebalik kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia.

Langkah kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara atau lebih dikenali dengan nama
barunya Dasar Wawasan Negara pada Rancangan Malaysia Keenam ini, dilihat sebagai titik
tolak kepada keadilan dalam sosio ekonomi rakyat Malaysia ini. Antara sasaran dasar ini ialah
pemilikan ekuiti sebanyak 30% oleh bumiputra menjelang tahun 2020.Ini dilihat dapat
meningkatkan tahap ekonomi kaum bumiputra sebagai memelihara ketuanan kaum ni di dalam
menuju ke wawasan 2020.

Dasar Wawasan Negara ini juga mengkehendaki syarikat – syarikat agar mempunyai sekurang
– kurang 30% dari keseluruhan warga kerja mereka adalah terdiri dari golongan kaum
bumiputra. Ini dilihat sebagai satu usaha untuk memperseimbangkan golongan professional di
kalangan rakyat Malaysia. Keseimbangan ini dapat menjamin kemajuan dikecapi dapat dirasai oleh
setiap orang yang berlainan bangsa di negara kita.
Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak seharuslah mempertikaikan mengenai usaha kerajaan ini,
sebaliknya perlulah menggangap bahawa ia merupakan langkah yang terbaik di dalam
memperbaiki ketidak-seimbangan yang berlaku selama ini di Malaysia. Saya sendiri bersetuju

Page 20
dengan langkah kerajaan ini kerajaan ini bukan kerana saya adalah kaum bumiputra tetapi atas
nama bangsa Malaysia yang ingin melihat kestabilan ekonomi dan social dapat dikekalkan
walaupun setelah Malaysia digelar sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020.

7.0 Rumusan
Jika kita lihat, Wawasan 2020 ini bukan satu wawasan yang mementingkan hanya mementingkan
kemajuan negara sahaja malah ia juga mementingkan kemajuan insaniah di kalangan rakyatnya
sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang dan
berbudi di samping ingin mewujudkan masyarakat yang berteraskan sains.
Ini jelas menunjukan komitmen kerajaan yang juga mementingkan elemen kemanusiaan di dalam
mengejar arus kemajuan negara. Wawasan 2020 ini bukanlah omongan kosong sahaja tetapi ia
harus menjadi cita – cita setiap lapisan masyarakat Malaysia. Melalui merekalah, impian untuk
melihat Malaysia sebagai negara maju dapat direalisasikan.

Page 21

Anda mungkin juga menyukai