Anda di halaman 1dari 19

ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR MERUPAKAN SATU ISU

GLOBAL YANG MEMERLUKAN PENELITIAN BERSAMA DI


PERINGKAT ANTARABANGSA . BINCANGKAN .

 
PENGENALAN

Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan
banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-
dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan
'memerlukan penelitian bersama' .

Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan 'memerlukan penelitian bersama'


membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu
dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini
adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan
akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi
mengatasi masalah ini .

Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab
atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam
sekitar . Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu
memulihara alam sekitar atau sebaliknya ?

Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering
menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya
dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha seorang
individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah itu telah menjadi semakin
rumit .

Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa
kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri . Ini
membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan
sumber untuk permintaan ini .

Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk .

 Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api,
air dan juga tanah .
 Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran .

Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau,
permusnahan ozon dan hujan asid .
Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk
seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah
tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun
begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca
daripada tindakan individu juga . Oleh yang demikian, tindakan individu jugalah yang
dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini .

Definisi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran
adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

Jenis-jenis pencemaran

Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua
jenis iaitu :

 Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang


berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan
gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .

 Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang


dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya
adalah:

a. Pencemaran Udara

Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang


terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan
pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

b . Pencemaran Air

Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia,


haba, pembuangan sampah dan sebagainya .

c . Pencemaran Tanah

Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan,


pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .
Kesan-kesan Pencemaran

 Mengancam Kesihatan Manusia

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara
kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat
berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi
pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya
pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi .

Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya
terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui
penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat
beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak .

Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang
masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan
dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada
yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah
membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .

 Mengancam tumbuhan dan binatang

Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan
turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak
membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke
laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia
membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan
tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .

Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan
tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan
sumber air tersebut .

Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di
Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba
menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih,
kemudian berlari tidak menentu lalu mati .

Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun
1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun
selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan
dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai
akuakultur .

 Kerosakan Harta Benda


Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut
taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta
benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu
Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan
oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda
yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di
kawasan yang terlibat .

 LANGKAH-LANGKAH BERSEPADU
PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR

Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah
mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian
serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat
dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia . Namun begitu, disebalik keselesaan dan
pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh
memudaratkan kehidupan masyarakat .

Pencemaran yang melibatkan beberapa negara seperti pencemaran perairan pantai dan
pencemaran udara yang disebabkan oleh jerebu memerlukan penglibatan yang aktif dari
negara-negara yang terbabit untuk mendapatkan penyelesaian bersama .

1. Pencemaran Laut

Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak
dan pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan
minyak yang besar . Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak
telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan
dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia .
Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat
Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber :
Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia )

Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik
tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah
berpunca daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan
kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk
memulihkannya . Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh
aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . (Persatuan
Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, Dewan Kosmik
(Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)
 Langkah dan kerjasama yang diambil oleh negara-negara berpantai di
rantau Asia Tenggara .

Terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu Malaysia, Indonesia dan
Thailand . Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam kerjasama yang bertujuan untuk
mencapai kepentingan bersama . Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha
untuk mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara .
Walaupun isu Selat Melaka bersifat rumit namun ia tidak pernah menghalang negara-
negara berpantai untuk prihatin terhadapnya .

Kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah memaksa negara-negara yang berpantai
untuk mengambil satu tindakan yang positif terhadap kejadian tersebut . Di dalam tahun
tersebut kapal tangki minyak Jepun yang dikenali sebagai Torry Canyon yang telah
didaftarkan di Liberia telah terlibat dalam perlanggaran . Akibatnya berlaku pertumpahan
minyak yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk membersihkannya . Jumlah kos
yang diperlukan pada ketika itu ialah 16 juta dollar .

Buat masa ini Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN mereka telah menyalurkan
pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai
Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di
Jabatan Alam Sekitar . Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan
serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak ynag tertumpah di perairan
Malaysia .

Selain dari Malaysia, negara-negara berpantai yang lain seperti Singapura turut
mewujudkan beberapa badan tertentu untuk mengatasi masalah ini . Kesemua badan-
badan yang ditubuhkan ini terletak di bawah satu pentadbiran pelabuhan Singapura atau
dikenali sebagai Port of Singapore (PSA) . Syarikat-syarikat minyak juga prihatin dengan
isu ini . Mereka telah bergabung untuk membentuk Tierred Area Response Capability
(TARC) . Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh Syarikat Minyak
ESSO, Caltex dan Mobile . Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan yang
canggih dan terkini yang dapat digunakan dalam kerja-kerja pengawalan dan
pembersihan kawasan tumpahan minyak .

Pada tahun 1992, singapura telah mencadangkan penubuhan satu badan khas untuk
mengatasimasalah tumpahan minyak . East Asia Response Limited (EARL) akhirnya
telah terbentuk dan ia dianggotai oleh lima syarikat minyak terkemuka . Syarikat-syarikat
itu ialah ESSO, Petronas, Caltex, Mobile dan Shell . Pertubuhan ini berbeza dari
pertubuhan yang lain kerana peranannya yang luas dan tidak terhad di kawasan perairan
Malaysia dan Singapura sahaja tetapi meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan
Australia .

Apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak, langkah pertama yang harus dilakukan
ialah mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain . Tumpahan
minyak akan cepat merebak melalui tiupan angin dan pengaliran arus air yang deras .
Terdapat empat cara yang digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu :
I. Cara mengepung dan mengumpul tumpahan
II. Menggunakan dispersent dan bahan kimia
III. Pembersihan pantai
IV. Dibiarkan sahaja

Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil dalam mengawal
tumpahan minyak daripada merebak . Antaranya ialah :

I. Lokasi tumpahan
II. Kuantiti tumpahan
III. Jenis tumpahan
IV. Keadaan laut
V. Keupayaan tindakbalas bahan yang tertumpah

Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang bertanggungjawab akan


menjalankan operasi pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat
tempatan, peringkat kawasan dan peringkat wilayah .

Operasi peringkat wilayah berjalan apabila tumpahan minyak yang berlaku adalah yang
terbesar, melibatkan kawasan yang luas dan jumlah tumpahan yang banyak. Ia dilakukan
apabila jumlah peralatan, tenaga dan sumber dari negara ini tidak mencukupi dan
melibatkan bantuan daripada negara lain . Di antara alternatif daripada kerjasama
peringkat wilayah ini ialah :

I. Rancangan Kontigen Lombok - Makasar


II. Standard Operating Prosedure for Straits of Malacca and the Straits of Singapore
III. Standard Operating Prosedure for Malaysia and Brunei Darussalam
IV. ASEAN - Oil Spill Response Action Plan (ASEAN - OSRAP)

Seterusnya terdapat juga objektif bagi mewujudkan kawalan tumpahan minyak. Antara
objektifnya ialah :

I. Untuk mengadakan satu sistem tindak balas serta-merta yang diselaraskan bagi
menghadapi tumpahan minyak.
II. Untuk meningkatkan kemampuan dan sumber-sumber yang ada dari segi
peralatan serta latihan kakitangan bagi menghadapi kejadian tumpahan minyak.
III. Untuk mengelakkan kesan buruk ke atas persekitaran dengan cara mengawal
aliran minyak.

Terdapat juga langkah-langkah lain yang dilakukan untuk mengurangkan dan mengelak
berlakunya kemalangan kapal di Selat Melaka dan Selat Singapura. Negara-negara
berpantai merasakan amat perlu bagi mereka untuk mengawal keselamatan lalu lintas di
kedua-dua selat tersebut. Oleh itu, mereka telah menyarankan agar Trafic Separation
Scheme (TSS) atau Skim Lalu Lintas diwujudkan memandangkan di Eropah telah lama
menggunakan kaedah ini iaitu sejak pertengahan abad ke-19. Perlaksanaan TSS adalah
didorong oleh kejayaan skim yang serupa di Eropah. Cadangan untuk mengadakan skim
ini di Eropah bermula pada tahun 1857 iaitu di England. Cadangan ini dibuat ekoran dari
tragedi perlanggaran kapal milik Amerika dan Perancis yang mengorbankan seramai
3000 orang.

Beberapa saranan juga telah dibuat bagi menjaga supaya pencemaran tidak berlaku secara
berleluasa. Antaranya ialah :

I. Masalah pencemaran Selat Melaka harus dikaji dengan lebih mendalam


dan tindakan yang bersesuaian harus segera diambil.
II. Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat yang
diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang
mencemar laut dan pantai.
III. Majlis peringkat tertinggi dianggotai oleh kalangan negara-negara
berpantai yang berkongsi perairan Selat Melaka harus ditubuhkan untuk
meneliti perkara ini dan mencari jalan penyelesaiannya.
IV. semua pengguna Selat Melaka diwajibkan membayar levi atau tol.

Dengan wujudnya pelbagai saranan, akta, skim dan pertubuhan diharapkan masalah
pencemaran akan dapat dikurangkan bagi memelihara perairan negara kita. Di Malaysia
berbagai pihak terbabit dalam penguasaan pencemaran seperti Jabatan Alam Sekitar
(JAS), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Marin, Jabatan Laut, TLDM dan
PDRM yang diperwakilkan kuasa menyiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974. Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar adalah bertanggungjawab sepenuhnya
dalam menguatkan akta tersebut dengan dibantu oleh agensi-agensi maritim yang lain.

2. Pencemaran Udara

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa
perubahan dan kebaikkan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Sistem jalanraya
yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan adanya pelabuhan yang
bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era
kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90%-95%
kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan jalan
raya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa. Walaubagaimanapun,
perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar.
Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersamanya kebaikan dan
keburukan.

Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar
yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta
tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan
hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah
hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.

Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan


64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42%
Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74%
Benzena (merupakan bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak
diketahui jumlah peratusannya.

Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara) maka
jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motorsikal dan bas merupakan
punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang
dibuat di Switzerland menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali kereta api,
menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan
tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan trak yang
menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia,
berkemungkinan statistik yang sama akan di dapati dan barang kali juga lebih tinggi
daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan
kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.

 Langkah Penyelesaian

Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama diberi perhatian
serius oleh negara-negara maju. Di Amerika misalnya, satu Akta Udara Bersih (Clean Air
Act) telah diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon
Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara
mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri
pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic
Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara
menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap.
Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh
mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin
atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan
minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu untuk
mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin kesihatan
masyarakat umum, terutamanya penghuni kota.

Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan
kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli
(natural gas) dan Propana. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bahan-
bahan yang mengandungi kandungan oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbum
dan boleh mengurangkan sehingga 90% pengeluaran Karbon Monoksida dan
Hidrokarbon . Kecekapan enjin juga meningkat daripada 6% kepada 15% apabila
menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan pembakar.

Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan
sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telah pun menemui sejenis
minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa
menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk
dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan
bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembanguna berterusan yang
perihatin terhadap persekitaran.

Di negara-negara barat, penggunaan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik juga


sedang dikaji secara giat. Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan pencemaran bunyi dan
udara. Namun demikian, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam
sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.

Kenderaan bermotor, sama ada buruk ataupun baru, hanya bertanggungjawab kepada
separuh daripada persoalan dan alam sekitar. Separuh lagi tanggungjawab tersebut
terletak dibahu kita sebagai pengguna. Sekiranya kita ingin mengurangkan kesan negatif
penggunaan kenderaan bermotor terhadap alam sekitar, maka sikap perihatin terhadap
cara kita menggunakan kenderaan adalah amat penting.

Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan
bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh
menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak
hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman
udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap
sewaktu memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan
belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor ditengah panas juga boleh
mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat
mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan
seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja


menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak
dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa
banyak tugas dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir
sekali kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan
jarak dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik
untuk alam sekitar disamping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita.

Justeru itu, kempen Masyarakat Penyayang sepatutnya diperluaskan bagi merangkumi


hubungan manusia dengan alam sekitar agar masyarakat Malaysia lebih prihatin dan
bertangungjawab terhadap persekitarannya. Pengguna kenderaan haruslah menggunakan
kenderaan mereka dengan bijak agar dapat memulihara kesejahteraan alam sekitar di
samping mengurang dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem pengangkutan.

3 . Pencemaran Darat

Manusia mengguna dan menyesuaikan diri dengan unsur-unsur alam semulajadi seperti
hutan, bahan galian, air, udara, tanah, sumber-sumber laut dan bahan api,
mengindahkannya menerusi proses-proses pengeluaran kepada bentuk barangan dan
perkhidmatan .
Proses-proses pengeluaran ini berkait rapat dengan sistem ekonomi serta perkembangan
dan pertumbuhannya . Sikap memandang sesuatu dari perspektif keuntungan
menimbulkan sifat mengeksploitasi alam sekitar tanpa memperkirakan kepupusan
sumber-sumber alam semula jadi .

Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara . Hutan didapati
membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi
pendapatan matawang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan
nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia . Akan tetapi
eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan
sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat .

Umpamanya, banjir yang melanda beberapa kawasan seperti India, Bangladesh dan
kawasan-kawasan Asia yang lain telah mengurangkan sumber air sungai yang bersih
untuk kegunaan sehari-hari . Hasil tanaman padi, tebu dan sebagainya juga terjejas . Di
sebaliknya kerajaan negara-negara tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira RM 140
juta hingga RM 750 juta sebagai perbelanjaan banjir . Kadar pemendakan yang tinggi
akibat penusnahan hutan yang tidak terkawal juga telah mengurangkan jangka
penggunaan air kolam di Utara Pulau Luzon, Filipina, di kolam Air Nizamzagar, India
dan lain-lain .

Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai tragedi hitam, seperti tragedi Pos
Dipang di Kampar, Perak, tanah runtuh di Genting Highlands dan beberapa lagi peristiwa
yang telah mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada kealpaan manusia
dalam menjaga alam sekitar , disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui cara
meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan mereka dalam pengurusan alam
sekitar .

 Langkah penyelesaian

Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan


negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan
pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan
supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan
pembalakan di masa hadapan . Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah
memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang .

Di bawah garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika
pula menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan
hutan tropika di kalangan negara anggota . Ini termasuklah :

 Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke


setahun .
 Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan
hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan .
 Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan
penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya .
 Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses .

Di samping kerajaan persekutuan, Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai


undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing .
Dalam konteks ini, sebarang peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan
tidak semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri . Sementara itu, terdapat
beberapa peruntukan dan kelonggaran yang diberikan kepada kerajaan negeri bahawa
penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan mereka .
Semua ini banyak membantu ke arah ketidakcekapan dan permasalahan dalam
menguruskan sumber hutan dan pembalakan di negara ini .

KESIMPULAN
Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan
berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan
bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita
sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?

Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup
bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh
timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk
hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia
mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap
hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar
supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara
dan bekalan air yang bersih.

Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang
harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul
dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh
agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini.
Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang
awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran
laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang
padu di antara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi
pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut
tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri
tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang
yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan
berulang lagi.
Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan
kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam
sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang
harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.

Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita mencurahkan
bahan kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita melemparkan
sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera "delicate" yang pernah
diciptakan.

 
Pengenalan
1. Kegiatan manusia seperti penebangan pokok, pertanian dan membina jaringan
pengangkutan  telah membawa kesan terhadap alam sekitar.

2. Langkah-langkah harus diambil untuk memelihara dan memulihara alam sekitar


akibat  kegiatan manusia tersebut.

Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar


(a) Penebangan Hutan
1. Hutan diterangkan untuk pelbagai tujuan seperti pembinaan jalan raya,
petempatan, kilang,       perlombongan mineral dan pertanian.
2. Penebangan hutan mendedahkan tanah dan permukaan bumi kepada hakisan air
hujan dan     angin.
3. Air hujan yang turun akan memecahkan tanah di permukaan bumi dan
mengalirkan bahan         terhakis ke sungai-sungai yang berhampiran.

4. Apabila aliran sungai menjadi perlahan, tanah dan lumpur yang dibawa
bersamanya akan dimendapkan di dasar sungai dan menyebabkan dasar sungai
menjadi cetek.
5. Lumpur yang berlebihan akan mencemarkan air sungai dan mengancam hidupan
sungai.
6. Isipadu sungai akan bertambah semasa hujan lebat. Air yang berlebihan
membanjiri   kawasan di sekitar sungai.
7. Banjir yang mudah berlaku ini membawa kesan buruk kepada alam sekitar.
8. Permukaan bumi yang terdedah akan dipanaskan secara berterusan oleh matahari
kerana   tiada tumbuhan melindunginya.
9. Udara di sekitarnya akan menjadi panas disebabkan permukaan bumi yang panas.
Hal ini akan menyebabkan suhu di kawasan ini meningkat.
10. Kelajuan angin juga akan bertambah kerana dapat bergerak tanpa halangan.
11. Penebangan hutan menyebabkan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi
dimusnahkan.
12. Hidupan liar juga kehilangan habitat dan terpaksa berpindah ke kawasan hutan
yang lain.
13. Kejadian ini akan menjejaskan dan mengugat ekosistem hutan tersebut.
14. Penebangan hutan di kawasan tanah tinggi secara berleluasa akan  menjejaskan
kawasan tadahan dan sumber air. Ini akan membawa kesan lebih teruk terhadap
bekalan air.

(b) Pertanian
1. Kaedah teknik moden digunakan untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.
2. Baja kimia digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah.
3. Racun serangga digunakan untuk mengawal mahkluk perosak.
4. Penggunaan baja kimia, racun serangga dan racun herba akan meninggalkan
bahan toksik   yang tidak mudah larut air.
5. Contohnya plumbum dan zink dalam baja kimia tidak mudah lupus namun
terkumpul di dalam tanah. Ini menyebabkan bahan asid dalam tanah meningkat.
6. Semasa hujan, bahan toksik ini dibawa oleh air hujan ke dalam sungai lalu
menyebabkan air sungai tercemar.
7. Penggunaan baja kimia dan racun serangga di kawasan Kuala Muda di Dataran  
Kedah-Perlis telah mencemarkan Sungai Muda. Di Kelantan, kawasan Kemubu di
sungai  Kelantan turut mengalami pencemaran oleh aktiviti pertanian.

(c) Pembinaan Jalan Raya


1. Pembinaan lebuh raya dan jalan raya di cerun dan curam adalah kerja yang
berbahaya dan sukar dilaksanakan.
2. Kerja memotong cerun bukit untuk membina Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh
Raya Karak telah menyebabkan kejadian hakisan cerun oleh air hujan.
3. Contohnya, gelongsoran tanah dan kejadian tanah runtuh di sepanjang Lebuh
Raya Karak di Genting Sempah.

(d) Perindustrian
1. Menebang pokok dan meratakan bukit untuk pembinaan kilang telah mengubah
landskap.
2. Bahan-bahan buangan kilang seperti debu, asap dan habuk menyebabkan
pencemaran  udara dan jerubu.
3. Sampah-sarapnya mencemarkan kawasan sekitar dan air sungai berhampiran.
4. Penggunaan bahan klorofluorokarbon (CFC) akan menyebabkan:
(a) peningkatan suhu bumi; dan
(b) penipisan lapisan ozon.
5. Bahan klorofluorokarbon digunakan dalam industri membuat:
(a) peti sejuk;
(b) penyembur racun serangga; dan 
(c) alat penyaman udara

Langkah-langkah Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar


Penghutanan semula
1. Kawasan pembalakan yang telah ditebang pokoknya ditanam semula dengan
spesies pokok     yang cepat tumbuh, matang dan berkualiti tinggi.
Contohnya:
(a) akasia, batai dan sesenduk ditanam di Bukit TInggi di Pahang dan
(b) pokok medang teja ditanam di Kedah.

2. Kawasan hutan paya masin ditanam semula dengan pokok bakau. Contohnya di
Hutan               Simpan Paya Laut di Larut Matang, Perak.

3. Usaha ini memastikan bekalan kayu bermutu berterusan.

Hutan Simpan dan Taman Negara


1. Majlis Perhutanan Negara (MPN) mengawal semua kegiatan pembalakan.

2. MPN juga memastikan keadaan asli hutan dikekalkan dengan mewartakan hutan
sebagai:
(a) hutan simpan;
(b) hutan lipur;
(c) hutan perlindungan hidupan liar; dan
(d) taman negara

3. Pembalakan dan pemburuan hidupan liar di kawasan ini diharamkan. Contohnya:


(a) Taman Negara;
(b) Taman Negara Niah;
(c) Taman Negara Kinabalu;
(d) Taman Negara Similajau; dan
(e) Taman Negara Bako

4. Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bertanggungjawab


melindungi hidupan liar.

5. Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 melindungi beberapa spesies hidupan liar
yang  diancam kepupusan.
Contohnya:
(a) badak sumbu;
(b) orang utan;
(c) harimau;
(d) gajah; dan 
(e) seladang.

6. Hutan Simpan Endau-Rompin adalah taman perlindungan bagi badak sumbu.

7. Hutan Simpan Kabili-sepilok adalah taman perlindungan bagi orang utan.

Penanaman Pokok dan Tanaman Tutup Bumi


1. Tanaman tutup bumi seperti rumput dan kekacang ditanam di cerun bukit untuk:
(a) mengurangkan hakisan tanah; dan
(b) mengekalkan kesuburan tanah

2. Tanaman tutup bumi itu akan memperlahankan aliran air hujan menuruni cerun
bukit.
3. Pokok yang ditanam dicerun bukit dapat mengurangkan kejadian tanah runtuh

4. Akar pokok mencengkam tanah daripada dialirkan oleh air hujan.

PEMBALAKAN

Hakisan Tanah
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu
fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut
kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya
tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam
hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh
menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah
pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat
menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan
hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis
tanaman33

Kepentingan hutan kepada Malaysia

merupakan habitat hidupan liar dan tumbuhan [1m].


hutan hujan tropika di Malaysia terdiri daripada 14 500 spesies di mana 6000 jenis daripadanya
mempunyai potensi menjadi sumber perhutanan [1m].
dapat membekalkan sumber kayu keras seperti meranti cengal, keruing, kapur, balau, dan
merbau [2m].
di kawasan tanah tinggi hutan dijadikan perlindungan tadahan air [1m].
pokok berfungsi sebagai span besar untuk menyerap air hujan dan mengeluarkannya ke dalam
sistem sungai secara perlahan-lahan [1m].
akar tumbuhan mencengkam tanah dan dapat mengelakkan hakisan tanih [1m].
mengimbangi cuaca tempatan melalui proses transpirasi tumbuhan [1m].
kelembapan daripada tumbuhan menggalakkan pembetukan hujan dan menyempurnakan
kitaran air [1m].
sebagai sumber perubatan tradisional seperti akar daun dan herba hutan yang digunakan
sebagai ubat tradisional (1m].
membekalkan bahan mentah untuk kilang papan yang menghasilkan papan gergaji, papan lapis,
dan perabot [2m].
sumber rotan seperti rotan bulat juga digunakan dalam industri perabot [1m].
sebagai bahan eksport negara seperti pada tahun 1990 hasil kayu-kayan menyumbangkan RM7
106 juta atau 8.9% jumlah eksport negara [1m].

Kesan-Kesan Negatif Pembalakan

mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan tanih [1m].


tanah yang dihakis mengalir ke sungai mencetekkan dasarnyan menyebabkan banjir [1m].
juga mencemari air sungai dan mengancam hidupan air di sungai [1m].
penerokaan hutan di cerun mendedahkannya kepada kesotan tanih, gelongsoran tanih dan
tanah runtuh [1m].
menjejaskan spesies flora dan fauna dan lebi kurang 50 spesies dimusnahkan setiap hari [1m].
seterusnya mengancam sumber perubatan teradisional [1m].
memusnahkan kawasan tadahan air kerana kehilangan tumbuhan untuk menyerap dan
menakung air [1m].
tanpa tumbuhan untuk menjalankan proses sejatan peluhan keadaan kemarau berlaku kerana
kekurangan pembentukan hujan [1m].
kurang pembentukan awan juga meningkatkan jumlah bahangan matahari yang sampai ke
permukaan bumi [1m]

Kesan pembalakan terhadap cuaca tempatan

pembalakan mengurangkan proses sejat peluhan pokok dan menyebabkan udara kering yang
mengurangkan jumlah hujan tahunan [1m].
kelembapan bandingan semakin rendah [lm].
udara tidak dapat mencapai takat tepu menyebabkan lapisan awan semakin nipis [1m].
pembalakan membuka kawasan lapang dan menambahkan halaju angin (yang lebih kencang)
[lm].
angin kencang memudahkan hakisan layangan dan pencemaran udara [1m].
pembalakan menghapuskan kanopi hutan yang menghalang bahangan matahari sampai ke
permukaan bumi, meninggikan suhu [1m].
pembalakan menjejaskan imbangan gas di udara, karbon dioksida meningkat manakala oksigen
berkurangan [1m].
proses fotosintesis berkurangan dan kandungan karbon dioksida meningkat menyebabkan
kesan 'Rumah Hijau' meningkat [1m].

Anda mungkin juga menyukai