Anda di halaman 1dari 6

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN

ALAM SEKITAR

       Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang


mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini.
Dewasa ini,era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai
projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf
pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang
boleh membahayakan diri manusia.Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu
kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama
negara.Negara kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit antara meningkatkan
pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar
yang perlu di pelihara untuk masyarakat.Bak kata pepatah”di telan mati emak di luah
mati bapa”.
    

       Antara punca-punca yang boleh kita huraikan sebagai penyebab berlakunya


pencemaran alam sekitar ialah pencemaran yang disebabkan oleh faktor
semulajadi.Pencemaran ini terjadi tanpa diduga oleh masyarakat.Ini kerana
pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti gunung berapi,ribut
taufan,gempa bumi dan sebagainya.Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan
yang negatif terhadap masyarakat setempat.Sebagai contah apabila berlakunya
letusan gunung berapi,secara tidak sengaja iklim cuaca juga akan turut berubah
menjadi jerebu seterusnya akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena
penyakit seperti asma,batuk,paru-paru,penglihatan yang tidak jelas dan
sebagainya.Oleh itu,semua pihak memainkan peranan yang penting dalam
menangani masalah ini.Mereka seharusnya tidak mengamalkan sikap “seperti enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”

          Antara punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar


berada di tahap yang kritikal adalah disebabkan tangan manusia sendiri.Pada
kebiasaannya manusia sering kali melakukan pencemaran alam sekitar dalam
keadaan sedar ataupun tidak seperti udara,air,tanah,bunyi dan radiasi.Kesan
terhadap pencemaran alam sekitar sudahpun disebarkan melalui media massa
namun manusia”durjana”yang tidak mencintai alam memandang “enteng” terhadap
permasalahan pencemaran alam sekitar.Sifat materialistik yang ada dalam
masyarakat pada hari ini juga sukar untuk kita mengurangi masalah pencemaran di
atas muka bumi ini.Oleh yang demikian pihak yang berkuasa seperti Jabatan Alam
Sekitar perlulah membuat pemantauan di sesuatu kawasan bagi menjaga alam
sekitar ini bersama.Selain itu,semua golongan masyarakat perlulah sedar akan
kepentingan alam sekitar terhadap mereka.
    

                 Asap-asap kilang dan kenderaan boleh diwartakan sebagai punca-punca


pencemaran udara.Ini disebabkan oleh asap-asap hitam yang keluar dari kilang dan
kenderaan boleh mengakibatkan asap-asap tersebut terperangkap di ruang
udara.Selain itu,terdapat juga gas-gas yang beracun seperti gas monoksida yang
boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan tertutup.Sejenis lagi bahan
yang boleh dihasilkan oleh kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan
kimia yang sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak
terutama kanak-kanak.Selain itu,manusia juga turut menerima udara yang tidak
segar untuk menarik nafas.Ini menimbulkan ketidakselesaan oleh setiap masyarakat
dalam kehidupan seharian.Dengan ini jelaslah bahawa pencemaran udara yang
dilakukan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab amat memberi
kesan terhadap seluruh masyarakat.Oleh itu,kerajaan perlulah melakukan kempen
dan memantau industri  perkilangan untuk mereka mendapat kefahaman yang hakiki
tentang kepentingan udara kepada masyarakat.
  

               Air merupakan komponen yang utama dalam kehidupan seharian namun


masih ramai lagi yang”buta”terhadap kepentingan air tersebut.Antara pencemaran
yang dilakukan terhadap air ialah pembuangan sisa toksik,sampah sarap,barangan
pepejal,dan sebagainya ke dalam sungai-sungai yang berdekatan.Apabila
pencemaran ini dilakukan terhadap sungai tersebut,airnya akan bertukar warna
menjadi warna cokelat ataupun merah hati.Selain itu,pencemaran air laut pula
seperti tumpahan minyak oleh kapal-kapal dagang.Sebagai contoh di Selat Johor
pelanggaran  kapal di situ mengakibatkan minyak tertumpah.Kedua-dua punca di
atas akan mengakibatkan organisma laut terhapus iaitu mengurangkan habitat laut.
Hal ini kerana pencemaran ini menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton
yang boleh mengurangkan pembiakan makanan laut.Selain itu,habitat burung juga
akan terancam.Oleh itu,pihak kerajaan seperti penguatkasa undang-undang
memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini.Sebagai
contoh,laluan kapal di selat johor terdapatnya pelanggaran sehingga menyebabkan
kapal tangki minyak tersebut bocor,laluan lain perlu disediakan bagi melicinkan
pentadbiran maritim dan juga mengelakkan kejadian sedemikian berulang.
    

                 Menurut peraturan pemerintah R1 NO150 tahun 2000 tenteng


pengendalian kerosakan tanah untuk produk bio massa, tanah merupakan satu
komponen lapisan teratas kerak bumi yang terdiri daripada bahan mineral dan
bahan organik serta mempunyai sifat fizik,kimia dan mempunyai kemampuan untuk
memanjang kehidupan manusia dan makhluk hidup dan sebagainya.Pembuangan
sampah dan sisa-sisa industri perkilangan menyebabkan bau busuk di sesuatu
kawasan tertentu.Hal ini kerana terdapat reaksi kimia yang menghasilkan gas yang
tertentu.Penggunaan pestisida juga mematikan tanaman dan juga mikrooroganisma
yang berguna di dalam tanah,padahal kesuburan tanah bergantung kepada jumlah
organisma di dalamnya.Oleh itu,langkah seperti mengurangkan pengguanaan bahan
sintetik dan pelbagai bahan kimia perlulah dilakukan bagi mengatasi masalah
ini.Selain itu,kita seharusnya menanamkan sikap merasa jijik terhadap pencemaran
yang boleh mengakibatkan rumah kita berbau busuk,kotor serta berasap.Hal
ini,haruslah diterapkan dalam diri setiap individu bagi sama-sama membenteras
pencemaran tanah yang semakin berleluasa ini.

         Pencemaran bunyi dapat diertikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan dan
boleh memekakkan telinga dan boleh menganggu ketenteraman awam.Hal ini
berlaku apabila pengeluaran bunyi di tempat yang tidak sesuai.Sebagai contoh
industri perkilangan besi mengeluarkan bunyi bising di kawasan penempatan
penduduk.Pencemaran bunyi bising kebiasaannya melebihi 80 desibel(db).Aktiviti
seperti kawasan pembinaan rumah,bunyi akan dikeluarkan apabila cerucuk besi
ditanam di dalam tanah akibat oleh pembinaan tanah yang tinggi.Pencemaran ini
juga menyebabkan orang awam tidak dapat melakukan sesuatu dan berfikir dengan
tenang.Kesannya,masyarakat setempat akan wujud pelbagai penyakit,gangguan
psikologi,menjejaskan produktiviti,hilang imbangan diri,pekak dan kehamilan
seseorang.Oleh itu,industri perkilangan haruslah ditempatkan pada jarak yang jauh
dari kawasan penginapan masyarakat agar dapat mengelakkan gangguan yang
tersebut.Selain itu,majikan industri perkilangan haruslah peka terhadap kebajikan
masyarakat yang perlu diambil kira sebelum  beroperasi.Gangguan seperti ini akan
menyebabkan masyarakat mengambil tindakan untuk mendapatkan hak mereka.
      

    Radiasi adalah salah satu sel-sel elektronik seperti


bateri,computer,kalkulator,bahan-bahan kimia yang telah diolah dan
sebagainya.Pencemaran radiasi adalah disebabkan oleh debu radioaktif akibat
terjadinya ledakan reaktor-reaktor atom serta bom atom.Pencemaran radioaktif
seperti nuklear adalah sangat merbahaya dalam kehidupan sekelilingnya seperti
radiasi alpha,beta,dan gamma.Ini kerana pencemaran radiasi tersebut boleh
menyebabkan sel-sel dalam badan rosak.Selain itu,apabila sesebuah kawasan
terkena bom atom tanah tidak boleh dijadikan sebagai kawasan pertanian.Ini juga
mengakibatkan satu sumber ekonomi dunia telah lenyap.Terdapat pelbagai kesan
terhadap masyarakat iaitu masyarakat akan mengalami pening kepala,berat badan
menurun,hilang selera makan,peningkatan denyutan  nadi atau jantung dan
sebagainya.Oleh itu,pihak yang tertentu memainkan peranan yang penting dalam
hal ini.Ini kerana pencemaran radiasi tersebut meninggalkan kesan jangka yang
panjang terhadap masyarakat.

           
Bumi adalah satu-satunya yang boleh menghidupkan ekosistem dan organisma
secara bebas.Kita seharusnya menjaga alam kurniaan tuhan ini dengan sebaik
mungkin.Sepatutnya kita melahirkan sifat keprihatinan kita terhadap alam sekitar
dengan mencintainya dan rasa hormat atas sumbangan yang diberikan.Menjaga
alam sekitar supaya tidak tercemar,ini sudah cukup menandakan kita bersyukur
dengan kurniaan yang diberikan kepada kita seterusnya membolehkan kita semua
untuk menghirup udara dan bekalan air yang bersih.Penglibatan  Jabatan alam
sekitar dalam melaksanakan tanggungjawab hanya akan tercapai dengan kerjasama
dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam
sekitar.Alam sekitar yang bersih dan menarik mencerminkan masyarakat yang
harmonis dan sihat   bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.

Anda mungkin juga menyukai