Anda di halaman 1dari 2

Ceramah Kesihatan

Tajuk : Strategi dan Keperluan Menjaga Kesihatan di Sekolah dan Komuniti


Penceramah : Cik Nur Akma Haleeda Binti Abdullah Sani

Assalamualaikum w.b.t. Yang dihormati tuan pengerusi majlis, Yang berusaha Puan
Mastura binti Idris, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Cik Rahimah Binti Md
Kormin, Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Mejar Jeneral
Azdhar Bin Sulaiman,Yang Dipertua PIBG SK Taman Pelangi, barisan guru, seterusnya para
pelajar yang saya kasihi sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
dapat bertemu dengan para hadirin sekalian dalam majlis pada pagi ini. Saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk
menyampaikan ceramah

yang bertajuk Strategi dan Keperluan Menjaga Kesihatan di

Sekolah dan Komuniti.


Warga sekolah sekalian,
Seperti yang kita ketahui, badan manusia merupakan satu mekanisme yang
kompleks dan mengagumkan. Kesihatan badan khusus kesihatan fizikal melibatkan fungsi
fisiologi dan anatomi badan. Kesihatan badan turut merangkumi kesihatan mental, emosi,
rohani dan sosial. Justeru itu, mengamalkan gaya hidup sihat membantu kita mencapai
tahap kesihatan optimum seterusnya menjamin kesejahteraan hidup. Gaya hidup sihat
menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan gaya hidup sihat menjurus
kepada kebersihan diri dan persekitaran, permakanan yang seimbang ,senaman yang
konsisten ,kemampuan menghadapi stress dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan
bahan bagi meningkatkan kualiti hidup Oleh itu, sebelum melangkah dengan lebih jauh, kita
harus mengenal pasti erti sebenar apakah yang dikatakan dengan pentingnya penjagaan
kesihatan di sekolah mahu pun dalam kalangan komuniti setempat
Hadirin yang saya hormati,
Dalam kerangka gaya hidup sihat, komponen utama yang harus dititikberatkan ialah
pemakanan yang seimbang. Secara amnya, makanan berfungsi sebagai pembekal tenaga
dan berperanan dalam perkembangan mental dan fizikal seseorang. Diet yang seimbang
mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang betul sejajar dengan
keperluan tubuh manusia. Namun, implikasi pengambilan makanan yang berkolestrol dan
berparas glukosa tinggi secara berlebihan pula ialah penyakit-penyakit popular pada masa

kini. Contohnya, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Ekoran daripada itu, kita perlu
peka dan mengamalkan sikap berwasatah dalam pemilihan barangan makanan. Aspekaspek mikro seperti pengambilan makanan secara teratur serta mengelakkan makanan
ringan tidak harus dipandang enteng.
Saudara dan saudari sekalian,
Sementara itu, kebersihan diri dan persekitaran juga perlu dititikberatkan. Keluarga
memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat menjaga kebersihan khusus dalam diri
individu dan masyarakat umumnya. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Boleh
diaplikasikan dalam hal ini. Persekitaran fizikal di dalam dan di luar rumah seharusnya
bersih dan menunjukkan taraf kesihatan yang membanggakan. Pelbagai jenis penyakit
dapat dielakkan jika amalan ini telah dibudayakan. Semua hal ini membuktikan kepentingan
menjaga kebersihan diri dan alam sekitar demi menyejahterakan hidup.
Para hadirin yang mulia,
Seperkara lagi ialah kita perlu selalu menerima rawatan doktor. Melalui rawatan
seperti ini, segala penyakit kronik dapat dikesan lebih awal. Sesungguhnya, mencegah
adalah lebih baik daripada mengubat. Justeru, kita harus membuat rawatan untuk mengenal
pasti lebih awal akan penyakit yang kita hidapi. Kemudian, barulah kita dapat mengawal
penyakit tersebut.
Para hadirin yang dihormati,
Pokoknya, kesedaran diri setiap individu perlu disertai dengan pegangan agama
yang mapan merupakan akar umbi dalam mencapai kesihatan dan kehidupan yang
sempurna. Penyakit-penyakit berbahaya dapat dielakkan. Kadar hayat yang lebih berkualiti
dapat dinikmati. Oleh itu, usaha-usaha yang dilancarkan oleh pihak kerajaan dalam
meningkatkan taraf kesihatan negara adalah sia-sia tanpa penglibatan tuntas oleh
masyarakat.

Tuntasnya,

saya

ingin

mengingatkan

kepada

hadirin

sekalian

agar

mengamalkan gaya hidup yang sihat demi kesejahteraan hidup yang lebih baik. Sebelum
saya mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari ,
memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai