Anda di halaman 1dari 2

Penularan penyakit berjangkit dikaitkan dengan merebaknya penyakit dalam sesuatu masyarakat

sehingga menimbulkan kegawatan yang melampaukan. Masalah wabak penyakit ini sering
mendapat liputan daripada pihak media massa dan pelbagai pihak telah bermula menuding jari
dalam usaha menyalahkan satu sama lain. Sebenarnya, fenomena penularan penyakit berjangkit
berlaku disebabkan sebuah masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri
sendiri.

Masyarakat yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang akan mudah dijangkiti dengan
penyakit berjangkit. Hal ini kerana pemakanan seimbang akan mendatangkan pelbagai jenis
sumber tenaga dalam tubuh badan. Jika tidak mengamalkan, badan kita akan kekurangan zat,
jumlah antibodi akan jatuh dan kekurangan tenaga yang cukup untuk melaksanakan aktiviti
seharian. Akibatnya, tubuh badan kita lebih mudah dijangkiti penyakit-penyakit berjangkit
disebabkan ketahanan yang terlalu lemah. Hal ini menambah buruk dengan restauran dan
pengusaha premis makanan yang mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediakan makanan.
Mereka tidak memastikan pekerja sihat dan bersih serta membiarkan premis makanan begitu
sahaja sehingga menjadi tempat pembiakan pelbagai jenis viris penyakit yang bahaya. Keracunan
makanan yang kerap kali berlaku bersama wabak taun kerana semua ini dikaitkan dengan tahap
kebersihan yang rendah. Oleh itu, langkah proaktif haruslah diambil untuk mewujudkan satu
masyarakat yang bergiat aktif dalam pemakanan seimbang bak kata pepatah “mencegah lebih
baik daripada mengubati”.

Hubungan sosial tanpa sekatan turut menyumbang kepada fenomena penularan penyakit
berjangkit yang berteraskan kurangnya amalan gaya hidup sihat. Dalam konteks ini, hubungan
seks yang masih dilakukan oleh segelintir masyarakat akan menyebabkan viris HIV tersebar. Hal
ini demikian kerana tanpa menggunakan alat pencegahan seperti kondom, viris HIV akan tersebar
melalui alat sulit mereka. Hal yang sama berlaku dengan perkongsian jarum suntikan yang
dicemar dengan darah pembawa HIV. Perkara ini biasanya berlaku dalam kalangan penagih dadah
yang kekurangan wang untuk membeli jarum suntikan yang baru daripada pembekal dadah. Oleh
itu, mereka terpaksa berkongsi dengan penagih dadah yang lain. Akibatnya, mereka lebih mudah
terdedah kepada risiko dijangkiti penyakit AIDS. Justeru itu,

Di samping itu, masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan diri dan persekitaran
merupakan faktor yang mendorong kepada isu penyebaran penyakit berjangkit. Tanpa kebersihan
diri, risiko penyebaran kuman-kuman penyakit berjangkit akan meningkat. Sebagai contoh,
apabila seseorang memegang tombol pintu, kemudian tanpa membasuh tangan lalu makan, sudah
pasti dia akan mendapat penyakit kerana tombol pintu tersebut mengandungi kuman yang dibawa
oleh lain. Begitu juga dengan pembuangan sampah di merata-rata tempat tanpa kawalan.
Perbuatan yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan pembiakan perosak yang turut
memudahkan penyebaran penyakit bahaya. Ada pihak yang membiarkan longkang tertakung
beberapa bulan sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang bahaya. Pembiakan
nyamuk ini akan menyebabkan penyebaran demam denggi yang boleh meragut nyawa manusia jika
tidak menerima rawatan segera. Oleh itu, hukuman tegas mengenai aktiviti pembuangan sampah
serta kempen kebersihan haruslah diketatkan dan dilakukan secara berterusan agar masalah
penularan penyakit dapat diatasi, bak kata pepatah “jangan sudah berhantuk baru hendak
tergadah”.
Kekurangan ilmu pengetahuan tentang penyakit turut menjadi punca risiko penularan penyakit
terus meningkat saban hari. Penduduk-penduduk negara seolah-olah tidak mahu memahami
amaran yang diberikan oleh pihak berkuasa mengenai penyakit yang melanda negara. Golongan
tersebut berpendapat bahawa mereka tidak menerima penyakit kerana tidak memahami kesan
dan cara penyakit tertentu berjangkit kepada orang lain. Sikap tidap peduli ini boleh disamakan
dengan kata sudah terhantuk baru tergadah kerana mereka baru melakukan langkah pencegahan
apabila merebak dalam kalangan keluarga sendiri.

Kesimpulannya, fenomena ini berlaku akibat kesilapan manusia dalam menjalani kehidupan
seharian mereka. Jika kita masih engga mengakui perkara ini maka masyarakat kita akan lebih
mudah dilanda wabak penyakit pada masa depan. Bak kata pepatah hendak seribu daya tak
hendak seribu dalih yang mementingkan usaha gigih untuk mengekang masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai