Anda di halaman 1dari 2

Masyarakat kita terkenal dengan penggunaan bahasa yang berkesan

untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Namun, ada segelintir


orang yang gemar menggunakan bahasa yang tidak berkesan pada masa
ini. Masalah ini berlaku kerana pengaruh media sosial. Hal ini dikatakan
demikian kerana untuk membina kepercayaan, kesukaan, perasaan
komuniti dan hubungan emosi dengan penonton mereka, pempengaruh
dengan teliti menyusun kata-kata, cerita dan seruan mereka untuk
bertindak. Pengaruh menjadikan kandungan mereka lebih mudah didekati
dengan menggunakan gaya bahasa kasual dan meniru pertuturan
kumpulan sasaran mereka.

Antara punca bahasa yang kurang berkesantunan semakin banyak digunakan dalam pertuturan
sesetengah masyarakat ialah pengaruh media sosial. Hal ini berlaku sedemikian kerana media sosial
memiliki pengaruh yang negatif terhadap masyarakat. Contohnya, seseorang individu menulis
komen yang tidak senonoh di aplikasi komunikasi seperti ‘Facebook’ dan ‘Instagram’. Yang lebih
menyedihkan kita, bahasa kasar ini terus-menerus digunakan di luar media sosial dalam kehidupan
harian. Jelaslah bahawa media sosial memang mempengaruhi penggunaan bahasa yang kurang
berkesantunan dalam kalangan masyarakat sosial.

Selain itu, menjadi trend cara komunikasi untuk menunjukkan keakraban persahabatan yang
bukan bertujuan untuk menjatuhkan maruah orang lain. Hal ini berlaku sedemikian kerana
masyarakat tidak menganggap bahawa bahasa yang digunakan tidak berkesantunan kerana bagi
mereka penggunaan bahasa itu menunjukkan persahabatan yang rapat dan bukan untuk
menjatuhkan maruah atau menghina orang lain. Contohnya, menggunakan perkataan bodoh dan
gila dalam sesuatu komunikasi mempunyai maksud negatif apabila bercakap dengan individu yang
lain. Penggunaan kata-kata tersebut dikatakan sebagai tanda keselesaan sesama kelompok rakan.
Oleh sebab itu, perubahan bentuk pertuturan terkini oleh segelintir masyarakat menyebabkan
penggunaan bahasa yang tidak berkesantunan semakin banyak.

Seterusnya,punca penggunaan bahasa yang lain adalah pengaruh dari keluarga.Hal ini kerana ibu
bapa kurang mendidik anak - anak mereka mengenai pertuturan bahasa yang baik ketika
berkomunikasi sesama sendiri. Seglintir ibu bapa pula menggunakan bahasa yang kurang sopan
ketika memarahi anak - anak mereka untuk berbuat sesuatu perkara. Kesannya, anak - anak akan
terikut untuk menggunakan bahasa negatif itu dan mengamalkannya dalam pertuturan harian
sekiranya tidak dibendung.Jelaslah bahawa ibu bapa haruslah menjaga tutur kata apabila memarahi
anak-anak dan menggunakan perkataan yang baik apabila menasihati.

Punca penggunaan bahasa yang lain adalah pengaruh keluarga. Hal ini berlaku sedemikian kerana
ibu bapa kurang mendidik anak - anak tentang pertuturan bahasa yang baik ketika berkomunikasi
sesama sendiri. Seglintir ibu bapa pula menggunakan bahasa yang kurang sopan ketika memarahi
anak - anak mereka untuk berbuat sesuatu perkara. Hal ini akan bertambah rumit jika anak - anak
dididk oleh ibu bapa yang berwatakan kasar dan gemar menggunakan kata - kata yang kurang sopan
ketika berkomunikasi. Kesannya, anak - anak terikut untuk menggunakan bahasa negatif itu dan
mengamalkannya dalam pertuturan harian. Jelaslah bahawa ibu bapa seharusnya bertanggungjawab
dalam memperbetulkan cara pertuturan anak - anak sejak kecil melalui penerapan nilai yang positif.

Di samping itu,pengaruh rakan sebaya turut menyebabkan penggunaan bahasa yang kurang
berkesantunan. Hal ini berlaku sedemikian kerana seseorang rakan mampu menggubah cara
seseorang itu berbahasa. Contohnya, jika seseorang itu berkawan dengan kelompok rakan yang
menggunakan bahasa yang kurang santun, maka individu itu lama - kelamaan akan mengikut aliran
bahasa rakannya yang tidak sopan itu sepanjang kehidupannya. Kesannya, pengaruh rakan sebaya
memberi impak negatif terhadap golongan remaja.Jelaslah bahawa kita hendaklah bersahabat
dengan seseorang yang bahasa nya terjaga dan tidak negetif.

Kesimpulannya, terdapat beberapa punca yang mendorong penggunaan bahasa yang kurang
berkesantunan oleh segelintir masyarakat kita. Penggunaan bahasa yang baik - baik memancarkan
peribadi masyarakat. Oleh itu, masyarakat Malaysia perlu mengutamakan penggunaan bahasa yang
berkesantunan demi menjaga maruah bangsa Malaysia. Masyarakat juga mampu berkomunikasi
secara sopan dan beretika dalam semua bentuk komunikasi kita untuk menjaga hubungan yang baik
dan harmoni dalam komuniti masyarakat. Kita berharap agar imej masyarakat kita yang santun
dalam berbahasa sejak zaman nenek moyang kekal terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai