Anda di halaman 1dari 5

STPM : Kepentingan Modal Insan dan Langkah-Langkah

untuk Melahirkannya

Marcapada ini ,masyarakat pembangun modal


insan berazam dan berusaha untuk melahirkan
lebih ramai modal insan kelas pertama yang akan
menjanjikan sebuah tamadun yang Cemerlang,
Gemilang dan Terbilang.Minda Kelas Pertama
merupakan modal insan yang mampu memenuhi
keperluan pembangunan individu, keluarga,
masyarakat, negara dan dunia yang merangkumi
aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif,
kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk
kepentingan bersama dan pembangunan yang
bersifat holistik.Minda Kelas Pertama memerlukan
segenap usaha serta komitmen daripada setiap
peringkat masyarakat untuk melahirkan modal
insan. Setiap etnik, kelas sosial, komuniti dan
institusi perlu mengambil bahagian dalam
merealisasikan misi ini.Terdapat beberapa
kepentingan modal insan dan langkah-langkah
untuk melahirkannya.
Kepentingan yang pertama adalah untuk
menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang
mampu berdaya saing dan berdaya maju dengan
negara-negara membangun yang lain agar mampu
dijadikan contoh oleh negara-negara di rantau
Asia.Hal ini kerana modal insan kelas pertama
adalah merupakan golongan tenaga muda yang

mempunyai potensi yang amat bernilai untuk


dibangunkan bagi memajukan lagi segala sektorsektor yang penting di Malaysia .Golongan ini
menjadi tulang belakang bagi memastikan negara
Malaysia akan sentiasa membangun seiring
dengan negara-negara maju yang lain.Golongan ini
juga dianggap sebagai benteng harapan untuk
maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi
membentuk kemajuan negara.
Kedua, modal insan kelas pertama amat penting
untuk menjana kemajuan negara Malaysia dalam
semua bidang agar mampu menempa kemajuan
serta perubahan keatas negara Malaysia dari
pelbagai aspek penting.Hal ini terbukti apabila
golongan minda kelas pertama ini telah mencuba
untuk melakukan tranformasi secara total atau
perubahan drastik yang menyeluruh terhadap cara
dan gaya hidup,adat resam, budaya,dominasi
ekonomi dan kewangan,perkembangan ilmu
pengetahuan dan pendidikan,teknologi
maklumat,media cetak dan eletronik terhadap
masyarakat dalam kalangan rakyat
Malaysia.Tindakan golongan ini melakukan
tranformasi adalah bertujuan untuk meningkatkan
taraf hidup rakyat Malaysia agar selaras dengan
taraf hidup masyarakat di negara-negara
membangun yang lain.

Strategi untuk melahirkan modal insan kelas


pertama adalah melalui pendedahan meluas
terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang oleh golongan modal insan.Hal ini
menunjukkan bahawa golongan ini perlu
menyediakan diri dengan memiliki kemantapan
informasi serta kemahiran dalam pelbagai bidang
untuk melahirkan golongan modan insan kelas
pertama.Melalui penguasaan ilmu pengetahuan
ini,kita dapat mendedahkan bidang sains dan
teknologi kepada seantero masyarakat
Malaysia.Tindakan ini merupakan cara bagi
melahirkan modal insan kelas
pertama.Perkembangan era globalisasi adalah
merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh
modal insan agar mampu menghasilkan modal
insan kelas pertama yang
berpengetahuan,berinovasi serta berkualiti tinggi.
Seterusnya,melalui pengenalan Dasar 1 Murid 1
Sukan juga dapat melahirkan modal insan kelas
pertama yang memiliki keseimbangan antara
keperluan akademik dan keperluan fizikal.Hala tuju
dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu
melahirkan modal insan berminda kelas pertama
bukan sahaja melalui pencapaian akademik malah
melalui pencapaian dalam bidang sukan. Oleh itu,
Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat
melahirkan modal insan yang seimbang dari segi
jasmani,emosi,rohani dan intelek. Melalui dasar ini

juga kerajaan mahu membina dan menjana modal


insan yang berguna kepada bangsa dan negara
melalui bidang sukan.
Selain itu,Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) juga dapat menghasilkan modal insan yang
menjadi tunggak utama kepada pembangunan
negara pada masa akan datang.Melalui program
ini,modal insan dapat dibentuk menjadi insan yang
bertanggungjawab serta mampu melakukan
sesuatu perkara dengan usaha yang bersungguhsungguh demi mencapai kejayaan.Golongan yang
menyertai PLKN ini adalah golongan sasaran utama
bagi melahirkan modal insan disebabkan oleh daya
pemikiran yang dinamik,progresif dan eksklusif
yang ada pada mereka. Dengan itu,mereka telah
diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu
mewarisi tampuk pemerintahan negara suatu hari
nanti berdasarkan corak dan acuan modul
kerajaan.
Kesimpulannya,dapatlah dirumuskan bahawa
pembangunan modal insan bermindakan kelas
pertama amat penting bagi menjadikan Malaysia
bukan sahaja negara maju yang beridentitikan diri
sendiri,malah akan menjadi contoh bagi negaranegara di seluruh pelosok dunia . Dalam konteks
dunia global hari ini, modal insan yang benar-benar
berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu
kemewahan dan kemegahan. Oleh itu,bersama-

samalah kita melangkah maju ke hadapan


berpaksikan pengetahuan serta bukan sahaja
sekadar semata-mata ingin menjadi negara maju
tetapi negara maju yang mempunyai identitinya
sendiri serta mampu melahirkan lebih ramai lagi
modal insan kelas pertama.

Anda mungkin juga menyukai