Anda di halaman 1dari 11

KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM

SEKITAR

Objektif Folio ini adalah untuk kita dapat :


Dalam unit ini anda akan dapat :
Memahami kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Mengetahui langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia
terhadap alam sekitar
Merumuskan kesan jika alam sekitar tidak dipelihara
Alam sekitar yang luas terbentang ini akan diwarisi oleh anak-anak sekarang. Oleh
sebab itu, mereka harus belajar bertanggungjawab menjaga keadaan alam sekitar
dari sekarang jika tidak mahu alam sekitar tercemar dan musnah.
Dalam unit ini, anda akan memahami kesan kegiatan manusia terhadap alam
sekitar. Anda juga akan memelihara langkah-langkah yang diambil untuk memelihara
dan memulihara alam sekitar untuk mengurangkan kesan daripada kegiatankegiatan itu.
1.1 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar
Peneb:angan Pokok dan Kesannya
Lihatlah Foto 8.1 di bawah ini, asalnya kawasan ini adalah hutan yang tebal. Kini,
hutannya sudah ditebang. Hutan ditebang untuk pelbagai tujuan. Antaranya
termasuklah untuk pembalakan, pembinaan jalan raya, petempatan, kilang,
perlombongan mineral dan pertanian.

Foto 8.1 Kawasan hutan yang telah ditebang


Tanah dan permukaan bumi di kawasan tersebut terdedah pada hakisan air hujan
dan angin. Air hujan yang turun akan memecahkan tanah di permukaan bumi dan
mengalir ke sungai-sungai. Apabila aliran sungai menjadi perlahan, tanah dan
lumpur yang dibawa bersama itu akan mendap di dasar sungai. Dasar sungai pun
akan menjadi cetek. Semasa hujan lebat, isi padu air sungai akan bertambah.

Air yang berlebihan ini membanjiri kawasan di sekitar sungai. Hal yang
demikian membawa beberapa kesan buruk kepada alam sekitar. Air sungai akan
tercemar oleh lumpur yang berlebihan. Banjir juga mudah berlaku.

Rajah 8.1 Pemendapan air berlumpur mencetekkan dasar sungai banjir


pun mudah berlaku
Selain itu, suhu di kawasan yang terdedah itu akan meningkat. Permukaan
bumi pula akan dipanaskan secara berterusan oleh matahari kerana tiada tumbuhan
sebagai perlindungan. Udara di sekitarnya turut menjadi panas oleh sebab keadaan
permukaan bumi yang panas. Di kawasan itu, angin dapat bergerak tanpa halangan.

Rajah 8.2 Keadaan redup di hutan

Rajah 8.3 Suhu permukaan bumi


meningkat

Penebangan hutan dapat juga menyebabkan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi
musnah. Hidupan liar pula akan kehilangan habitatnya. Haiwan, burung dan
serangga terpaksa berpindah. Apabila hal ini berlaku, ekosistem di hutan ini
tergugat.
Kegiatan penebangan hutan di kawasan tanah tinggi secara berleluasa akan
menjejaskan kawasan tadahan dan sumber air. Keadaan ini akan membawa kesan
yang lebih buruk terhadap bekalan air kita serta terhadap keadaan alam sekitar.
Kegiatan Pertanian dan Kesannya
Manusia menggunakan pelbagai teknik moden untuk meningkatkan pengeluaran
hasil tanaman. Baja kimia digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanih. Racun
serangga digunakan untuk mengawal makhluk perosak. Penggunaan baja kimia,
racun serangga, racun kulat dan racun herba akan meninggalkan bahan toksik yang
tidak larut air di kawasan sekitar. Contohnya ialah plumbum dan zink dalam baja
kimia tidak mudah pupus dan akan terkumpul di dalam tanah. Keadaan ini
menyebabkan bahan asid dalam tanah meningkat.
Apabila hujan, bahan tersebut dibawa air hujan ke dalam sungai. Begitulah
pencemaran di Sungai Muda yang tercemar oleh penggunaan baja kimia dan racun
serangga di kawasan Muda di Dataran Kedah-Perlis. Keadaan begini berlaku juga di
Sungai Kelantan di kawasan Kemubu, Kelantan.

Foto 8.2 Petani menyemburkan racun serangga


Pembinaan Jalan Raya
Pembinaan lebuh raya dan jalan raya di cerun curam adalah kerja yang berbahaya
dan sukar dilaksnakan. Sebahagian Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya

Karak dibina di kawasan cerun tanah tinggi. Kerja memotong cerun bukit untuk
membina jalan raya ini menyebabkan kejadian hakisan cerun oleh air hujan.
Gelongsoran tanah dan tanah runtuh sering berlaku di kawasan ini. Pada
30 Januari 1995, pergerakan aliran lumpur dan batu menurun ke jalan raya di
Genting Sempah menuju ke Tanah Tinggi Genting menyebabkan 21 orang terbunuh
dan 22 orang cedera. Pada Januari 1996, tanah runtuh berlaku di Lebuh Raya
Utara-Selatan dekat dengan Gua Tempurung, Ipoh. Kajian menunjukkan bahawa
tanah runtuh ini mungkin berlaku sebagai akibat hakisan tanah dan air yang
bertakung di atas cerun bukit.

Foto 8.3 Kejadian gelongsoran tanah

8.2 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam


Sekitar
Segala kegiatan manusia yang membawa kesan buruk terhadap alam sekitar perlu
diberi perhatian oleh kerajaan. Selain mengawal kegiatan-kegiatan tersebut supaya
tidak dilakukan secara berleluasa, langkah-langkah untuk mengurangkan kesan
perlu juga diambil. Antaranya termasuklah penanaman semula, penggunaan
kaedah biologi dalam pertanian dan pemeliharaan cerun tinggi.
Penanaman Semula

Foto 8.4 Penanaman pokok

Usaha pemuliharaan hutan dijalankan melalui penanaman semula pokok-pokok.


Jabatan Perhutanan memastikan kawasan yang telah ditebang secara haram atau
secara sah ditanam semula. Contohnya, spesies pokok yang cepat tumbuh dan
bermutu seperti akasia, batai dan sesenduk ditanam di Bukit Tinggi di Pahang.
Pokok medang teja pula ditanam di negeri Kedah. Hal ini memastikan bekalan kayu
yang bermutu berterusan. Kawasan hutan paya air masin yang telah ditebang juga
ditanam semula. Contohnya ialah penanaman semula pokok bakau di Hutan

Simpan Paya Laut di Larut Matang, Perak. Selain itu, hutan semula jadi dipelihara
supaya dapat hidup dengan baik dan tidak diceroboh.
Penggunaan Kaedah Biologi dalam Pertanian
Petani-petani digalakkan menggunakan baja organik atau baja asli untuk
menggantikan penggunaan baja kimia. Baja organik dapat diperoleh daripada najis
haiwan dan sisa tanaman. Baja jenis ini adalah murah dan tidak perlu diproses.
Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano (najis burung dan
kelawar) sebagai baja.
Pengusaha ladang sawit di Malaysia sudah menggunakan kaedah biologi
untuk mengawal makhluk perosak. Ular dan burung hantu digunakan di ladang
kelapa sawit untuk menangkap tikus yang memakan buah kelapa sawit. Di ladang
kelapa sawit dan koko pula, sejenis lalat digunakan untuk mengawal ulat karung
(larva sejenis kupu-kupu) yang memakan daun pokok-pokok. Lalat ini bertelur di
dalam badan ulat karung. Apabila telur lalat itu menetas, larva lalat itu akan
memakan ulat karung tersebut. Kaedah-kaedah biologi ini dapat menggantikan
penggunaan racun kimia yang akan mencemarkan alam sekitar.

Pemeliharaan Cerun Tinggi


Pembinaan jalan raya di kawasan cerun curam kini dilaksanakan dengan lebih
terancang. Kawasan cerun curam akan diadakan. Tebing curam kaki bukit akan
ditarah untuk mengurangkan kecerunan jalan raya. Perhatikan Foto 8.5 ini.

Foto 8.5 Tarahan dibuat untuk merendahkan kecerunan jalan raya

Cerun bukit yang telah ditarah mudah mengalami hakisan. Oleh sebab itu, langkah
pemeliharaan cerun bukit perlu dilakukan. Aliran air di kawasan tersebut diperbaiki
melalui pembinaan longkang konkrit di cerun. Telaga dikorek di cerun untuk
mengeluarkan air yang berlebihan. Paip dimasukkan ke dalam tanah di cerun
tersebut untuk memungkinkan air mengalir keluar. Hal ini akan mengelakkan air
bertakung dan gelongsoran tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut.
8.3 Rumusan tentang Kesan-kesan yang Dialami
Dalam pembangunan sebuah negara, pelbagai kegiatan dilakukan manusia.
Kegiatan-kegiatan ini ada yang mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar.
Jika dibiarkan begitu saja, kesan-kesan tersebut akan merosakkan alam sekitar dan
kesejahteraan hidup kita akan turut terancam.
Penebangan hutan yang berterusan tanpa kawalan dan langkah-langkah
pemuliharaan akhirnya akan menjadikan negara kita kawasan yang kontang. Tiada
lagi tumbuh-tumbuhan untuk melindungi bumi daripada tindakan hujan lebat atau
terik matahari. Suhu alam sekitar akan menjadi terlalu panas. Hakisan tanah dan
gelongsoran tanah dapat berlaku di mana-mana saja. Banjir kilat dan banjir
lumpur akan sering berlaku. Sungai-sungai akan dicemari dengan air berlumpur.
Penggunaan baja kimia dan racun serangga secara leluasa akan
menyebabkan bahan toksik, seperti plumbum dan zink dalam tanah bertambah.
Keasidan tanah akan meningkat dan tanah tidak sesuai lagi digunakan untuk
pertanian. Sehubungan dengan itu, pengeluaran tanaman akan menjadi kurang dan
kita mungkin mengalami masalah kekurangan makanan.
Alam sekitar adalah sebahagian daripada hidup kita. Alam sekitar yang
tercemar akan menjejaskan mutu hidup manusia. Kita akan hidup dalam keadaan
yang tidak selesa, malah mungkin juga dalam keadaan yang mengancam nyawa.
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu diberi perhatian yang
serius. Kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar perlu ditanam di
jiwa setiap anggota masyarakat agar kita dan generasi akan datang dapat hidup
dengan selesa.

Rumusan

KEMBALI KE ATAS

Anda mungkin juga menyukai