Anda di halaman 1dari 3

Kegiatan Ekonomi Feudalisme di Jepun

A. Pertanian
i. Menyumbang kepada 70% sumber pendapatan ekonomi
feudal
ii. 80-85% penduduk adalah petani
iii. Menanam padi sebagai sumber pertanian utama
- Tidak mempunyai masa yang panjang untuk aktiviti
penanaman kerana mempunyai iklim sederhana
- Ditanam sekali setahun, bermula pada musim bunga dan
dituai pada musim luruh.
- Mengamalkan penanaman sawah bertingkat untuk
mengatasi kekurangan tanah.
- Masih menggunakan sistem pengairan semula jadi
- Pengurangan penggunaan baja menjadikan tanah subur
untuk menanam padi tanpa perlu direhatkan.
- Menghalang rumput-rampai tumbuh.

B. Perusahaan Tempatan
i. Wujud pengeluaran dan pemasaran berasaskan daerah.
- Pengeluaran kain kapas di Kinai
- Pengeluaran ulat sutera & alat tenunan di Fukushima,
Yamanashi & Gumma
- Pusat pengeluaran gula ialah Satsuma.
ii. Perkembangan perusahaan mendorong kepada
perkembangan perdagangan.
- Pusat pengeluaran dan pembuatan kertas, bahan logam
dan tenunan berkembang maju di seluruh negara/
iii. Pasar-pasar kecil menjadi bandar perdagangan.
- Pusat pertukaran wang, kedai-kedai beras & sake
berkembang pesat.
- Antara daerah : Kuwana, Sakai, Ise, Hakata
iv. Permintaan barang-barang tembikar meningkat dengan
pesat.
- Bandar Seto di wilayah Owasi adalah pusat pengeluaran.
C. Perikanan
i. Merupakan wilayah kelautan – mendatangkan banyak
kelebihan
ii. Terletak di persimpangan arus hitam yang panas dengan
arus Kamchatka yang sejuk – perairan Jepun kaya dengan
ikan.
iii. Sumber kedua untuk masyarakat Jepun.

D. Perlombongan
i. Berkembang pesat
ii. Pertambangan pengeluaran emas, perak & tembaga
( semasa pemerintahan Oda Nobunaga )
iii. Perkembangan bandar di hujung timur laut Inland(Osaka)
- Bandar bebas di luar domain bangsawan feudal
- Hanya dikuasai oleh pedagang tempatan & istana kul
agung mazhab Tanah Suci Benar.

E. Perdagangan
i. Ukuran sebenar pertumbuhan ekonomi feudal adalah
perdagangan luar.
- Berlaku antara Jepun & China sejak Putera Shotoku
menghantar utusan ke China.
- Import barangan tropika dari negara kebenuaan China
- Import barangan pembuatan dari China ( sutera, porselin,
buku, manuskrip, lukisan, barangan tembaga )
ii. Barangan tembaga
- Barangan import utama kerana perkembangan sistem
pertukaran wang
- Menggantikan beras dan pakaian.
iii. Bahan mentah
- Sulfur, papan, emas, mutiara, merkuri & ibu mutiara
- Mengeksport barangan siap (pedang, kipas berlipat &
pemidang) ke China – permintaan tinggi di China.
- Pedang buatan Jepun melengkung – besi keluli disadur.
iv. Pedagang Jepun ambil alih perdagangan laut daripada
orang Korea.
- Mendominasi perkapalan dan perdagangan di Laut China
Timur.
- Mengisytiharkan diri sebagai pedagang & penjelajah

Anda mungkin juga menyukai