Anda di halaman 1dari 1

Kesan positif (aplikasi tiktok)

1. Dapat mencungkil bakat terpendam


 Contohnya bakat menyanyi, menari, lawak jenaka, menghasilkan video pendek yang
kreatif dan sebagainya.
 Tik tok adalah platform penggunanya untuk menzahirkan bakat yang dimiliki dan
cenderung mendapat perhatian.
 Pada masa yang sama, pengarah Kandungan Pengguna Operasi Tiktok Malaysia,
Cheah Sheau Mei berkata, aplikasi itu optimis untuk membimbing pencipta
Bersama-sama dalam mewujudkan kempen dalam menghasilkan video pendek lebih
kreatif dan berinovasi.
 Antara kandungan paling menarik yang dibuat di negara ini menerusi platform ini
adalah #experiencepenang yang mendapat 22 juta tontonan.
 Hal ini dapat menjelaskan bahawa aplikasi ini sudah membangunkan satu dasar dan
alat untuk mempromosikan persekitaran dalam aplikasinya yang positif untuk
memastikan platform itu menyeronokkan serta bermanfaat untuk semua orang.
 Impaknya, pengguna Tik Tok yang dapat mencungkil bakat melalui video pendek
juga dapat menjana pendapatan mereka melalui bilangan penonton, sukaan, komen
dan kongsian video yang mereka hasilkan.
2. Dapat menambah keyakinan diri
 Keyakinan diri adalah penting kerana ia membolehkan seseorang itu merasa berpuas
hati, gembira, berupaya menerima kebenaran dan bukan untuk mencari cinta dan
perhatian orang ramai.
 Keyakinan diri dapat dibina melalui penghasilan video pendek yang kreatif misalnya
video makeup challenge. Melaui penghasilan video sebegini, pengguna dapat lebih
yakin pada diri sendiri untuk menonjolkan bakat mereka dengan menggunakan
aplikasi Tik Tok.
 Makeup challenge adalah satu video pendek dimana satu individu akan bersolek
mengikut Langkah demi Langkah berdasarkan kreativiti masing-masing.
 Impaknya, individu dapat menambah keyakinan diri mereka melalui penghasilan
video mereka sendiri dengan bakat mereka sendri.

Anda mungkin juga menyukai