Anda di halaman 1dari 5

 

Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang faktor-
faktor berlakunya jenayah pemerdagangan orang dan implikasinya kepada
negara. Panjangnya rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.

    Pemerdagangan manusia ialah masalah global yang kian meningkat jumlah


kesnya sejak seabad yang lepas. Jenayah ini membabitkan perbuatan eksploitasi
pada skala yang besar terhadap wanita, lelaki dewasa dan kanak-kanak dalam
bentuk perhambaan moden. Mengikut laporan Amnesty International, pada tahun
2004 dianggarkan 700,000 orang diperdagangkan pada setiap tahun. Amat malang
sekali kerana Malaysia dilihat sebagai tempat menarik oleh sindiket permerdagangan
manusia untuk menjalankan aktiviti mereka. Usaha kerajaan memerangi aktiviti
permerdagangan manusia berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana isu ini
merupakan jenayah rentas sempadan. Jenayah ini sukar dikesan kerana melibatkan
banyak negara contohnya negara-negara yang berjiran dari segi kedudukan
geografinya, Orang yang diperdagangkan direkrut olah agensi-agensi pekerjaan
secara sukarela mahupun secara paksa. Pada mulanya , mereka diperdagangkan
kerana telah dijanjikan pekerjaan yang baik di negara yang menjadi destinasi.
Mereka juga diyakinkan bahawa aktiviti ini tidak menyalahi peraturan.

    Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama


kepada ramai warga asing dari seluruh dunia berhijrah ke negara kita. Kebanyakan
mereka yang datang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam telah menjadi
mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran lumayan sedangkan
semuanya palsu. Keadaan ini merancakkan aktiviti penyeludupan dan
pemerdagangan manusia. Pada masa yang sama kewujudan pusat hiburan yang
beroperasi secara haram menyebabkan permintaan yang tinggi kepada aktiviti ini.
Hal ini ditambah oleh, kedudukan Malaysia di tengah-tengah negara Asean yang
menjadikan antara lokasi strategic untuk aktiviti permerdagangan manusia.
Menyedari masalah itu, Akta Antipemerdagangan orang 2007 telah diluluskan tetapi
akta ini masih belum cukup kuat untuk menghalang jenayah ini. Selain itu, modus
operandi sindiket yang membawa masuk mangsa sukar dikesan oleh pihak berkuasa
disebabkan mereka memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial atau pas
pelajar. Bukan hanya wanita, malahan lelaki dewasa turut diperdagangkan terutama
untuk tujuan pengeksloitasian buruh. Kanak-kanak dan bayi juga mendapat
permintaan yang tinggi bagi aktiviti meminta sedekah.

       Selain itu juga, kesedaran dan kefahaman masyarakat Malaysia yang masih
rendah tentang isu ini turut menjadi penyebab kepada permasalahan ini. Keuntungan
lumayan yang diperoleh oleh sindiket dengan jumlah yang besar hasil daripada
aktiviti pemerdagangan manusia juga menyebabkan kegiatan ini terus berleluasa.
Kanak-kanak dan bayi diperdagangkan untuk dijadikan anak angkat kepada
pasangan yang tidak mempunyai zuriat sendiri. Kemiskinan di negara asal
membuatkan mangsa hilang pertimbangan kerana percaya akan janji-janji manis
pihak sindiket. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah seperti hukuman yang
ringan turut menyebabkan kegiatan yang tidak bermoral ini terus berlaku.
Kesimpulannya, sindiket pemerdagangan manusia dilihat semakin meruncing dari
hari ke hari dan mengugat hak asasi manusia. Kerjasama masyarakat dunia diharap
merupakan jalan terbaik bagi membendung jenayah ini daripada terus menjadi barah
kepada masyarakat.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana. “


Globalisasi dan Fenomena Pemerdagangan Manusia”,
informasiglobalisasi, blogspot.com, 22 Jun 2015)

Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata semakin meruncing                                       [ 2
markah]

(ii) Apakah faktor-faktor yang mendorong lelaki dan kanak-kanak diperdagangkan.     


[ 3 markah]

    Pemerdagangan orang bukan sahaja menjatuhkan imej sesebuah negara terlibat


tetapi mendatangkan implikasi negatif kepada semua pihak terutamanya kepada
keluarga mangsa. Oleh sebab itu,     semua pihak perlu bekerjasama untuk
menangani isu ini.

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah proaktif untuk menangani aktiviti
pemerdagangan  orang?                                                                                     [ 4
markah]
PROSES MENGHASILKAN RUMUSAN  CEMERLANG UNTUK PANDUAN GURU DAN PELAJAR

A.    PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN PENGENALAN RUMUSAN


PILIH KAEDAH PALING MUDAH, SAMA ADA MEMULAKAN DENGAN
KATA PETIKAN ATAU RUMUSAN.

KAEDAH PERTAMA MEMULAKAN PERENGGAN PENGENALAN MENGGUNAKAN ISTILAH


PETIKAN.

MEMULAKAN PERENGGAN PENGENALAN DENGAN PETIKAN MARKAH


Petikan memperkatakan  ( istilah isi tersurat yang telah diubah) + di 2 MARKAH
1
Malaysia/negara kita/ sekolah/ dalam masyarakat/ dalam kalangan pelajar-
sesuakan situasi petikan)

KAEDAH KEDUA MEMULAKAN PERENGGAN PENGENALAN MENGGUNAKAN ISTILAH


RUMUSAN.

MEMULAKAN PERENGGAN PENGENALAN DENGAN PETIKAN MARKAH


1
Rumusan memperkatakan  ( istilah isi tersurat yang telah diubah ) + ( salin2istilah
MARKAH
isi tersirat tanpa mengubah istilah berkenaan dan frasa seterusnya)

  
B.    PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN ISI TERSURAT:-
      Setelah pelajar membuat keputusan isi tersurat paling mantap daripada petikan teks dan
memilih pakej sesuai sama ada 6, 5, 4, 3, 2 isi tersurat, kebiasaannya 6 isi disenaraikan untuk
perenggan isi tersurat. Langkah sererusnya mula menulis isi berkenaan seperti format berikut dan
gunakan penanda wacana berbeza ketika memulakan isi baru dan aplikasi membina pelbagai ayat,
iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.

       Mulakan penulisan dengan menulis istilah/kata kata tersurat, sama ada asal atau telah
diubah, dan isi pertama. Seterusnya, isi tersurat kedua dan isi tersurat ketiga. Bahkan juga, isi
tersurat keempat. Selain itu, isi tersurat kelima dan isi tersurat keenam.

Pelajar bebas untuk menentukan di mana ayat tunggal dan ayat majmuk dibina berdasar kan
kesesuaian isi. Pelajar perlu kreatif semasa membina ayat berkenaan.

C.    PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN ISI TERSIRAT.


      Kebiasaannya pelajar akan memilih pakej dua isi tersirat di bahagian perenggan ini.

      Kaedah pertama membina perenggan isi tersirat dengan binaan ayat majmuk.
      Istilah isi tersirat + isi tersirat pertama dan isi tersirat kedua. ( Binaan ayat majmuk)

      Kaedah kedua, membina perenggan isi tersirat dengan binaan dua ayat tunggal.
      Istilah isi tersirat, + isi tersirat pertama.  Selain itu/Bahkan juga, + isi tersirat kedua. ( Binaan
ayat tunggal)
D.    PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN PENUTUP RUMUSAN

Kata / Istilah penutup,  (siapa/ pihak terlibat) + kata hubung ( agar/supaya) + ( kesan diharapkan.)

  *** Elakkan sebarang kesalahan ejaan, binaan ayat, kesalahan tatabahasa kerana markah bahasa
anda mungkin akan ditolak atas kesalahan berkenaan.

DIHARAPKAN, FORMAT MENGHASILKAN RUMUSAN CEMERLANG AKAN DAPAT

MEMBANTU PELAJAR.

Skema Rumusan
Pendahuluan
PENDAHULUAN MARKAH
Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah pemerdagangan orang di negara ini/Malaysia

Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah pemerdagangan orang dan kesannya kepada


negara
Rumusan ini membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah pemerdagangan orang dan implikasinya
kepada negara

Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah pemerdagangan orang ( tiada sararan/lokasi)

Petikan membincangkan faktor-faktor jenayah pemerdagangan orang di negara ini/Malaysia


Rumusan ini membincangkan faktor-faktor jenayah pemerdagangan orang dan implikasinya kepada negara.

Isi tersurat: ( faktor-faktor berlakunya jenayah pemerdagangan orang)


ISI TERSURAT MARKAH
jenayah ini sukar dikesan kerana melibatkan banyak negara
perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama
kewujudan pusat hiburan beroperasi secara haram
kedudukan Malaysia di tengah-tengah negara Asean, menjadikannya antara lokasi strategik
memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelajar
keuntungan lumayan diperoleh oleh sindiket
kemiskinan di negara asal merupakan salah satu punca
penguatkuasaan undang-undang lemah

Isi tersirat:- ( implikasinya kepada negara)


ISI TERSIRAT MARKAH
mencemarkan imej negara di mata dunia
mengancam keselamatan dan keamanan negara
menjejaskan hubungan diplomatik antara negara
meningkatkan jumlah jenayah di negara
Penutup rumusan:-
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menangani kegiatan pemerdagangan orang agar
masyarakat dunia/global/sejagat hidup sejahtera.
Skema Pemahaman
Soalan 2(a) – Pemahaman
Soalan dan Jawapan Markah
Maksud rangkai kata semakin meruncing
Tukar dua istilah ditanya sahaja.

- bertambah [1m] gawat/serius [1m]


Jawapan dalam bentuk huraian – 0m

Faktor-faktor yang mendorong lelaki dan kanak-kanak diperdagangkan: [ 2 isi cukup]


Jawapan soalan ada di dalam teks.

P1- Sebagai buruh paksa


P2- Dijanjikan pekerjaan yang baik/pengeksploitasian
P3- Aktiviti meminta sedekah
P4- Dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat

Langkah-langkah proaktif untuk menangani aktiviti pemerdagangan orang. [ 3 isi cukup]

P1- Kerajaan memperketat kemasukan pelancong asing


P2-Penguatkuasaan undang-undang berkaitan jenayah pemerdagangan orang
P3- Pemantauan/ kawalan berterusan pintu masuk sempadan dengan lebih 
teliti
P4- Sinergi Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan   
dengan  pihak media massa untuk meningkatkan  kesedaran melalui 
kempen antipermerdagangan orang
Jawapan menggunakan pemikiran sendiri (KBAT)

SEMOGA ANDA DAPAT MENJAWAB SOALAN RUMUSAN DI ATAS MENGIKUT


KEHENDAK SKEMA PEMARKAHAN

Anda mungkin juga menyukai