Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN PENGENALPASTIAN PENGGUNAAN IMBUHAN DALAM AYAT

Nyatakan penggunaan imbuhan yang salah dan betulkan penggunaan imbuhan tersebut pada ruangan
yang disediakan.

Nombor Ayat Kesalahan imbuhan Pembetulan


1 Puan Hamidah memperolehi Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang setelah bekerja
keras selama beberapa tahun.
2 Pihak polis menemui beberapa butir peluru
lama di pekarangan sekolah itu.
3 Orang ramai dinasihatkan supaya
mengamalkan penjarakan fizikal ketika
berada di tempat awam.
4 Para perajurit negara yang berjuang untuk
mempertahani ibu pertiwi haruslah
diperingati oleh masyarakat.
5 Encik Mugilan diminta agar mengemaskini
maklumat berkaitan dengan pemegang-
pemegang saham syarikat itu.
6 Pihak polis mengekor beberapa orang
penganggur yang disyaki melakukan
jenayah ragut di kawasan perumahan itu.
7 Puan Hamidun merebusi ayah ubi kayu
yang dibeli di pasar tani hingga empuk.
8 Para murid prasekolah yang
mengenderakan bas sekolah diminta agar
menjaga keselamatan diri.
9 Kotak yang berat amat itu telah diangkat
oleh Aiman Afiq.
10 Guru besar enggan memperakukan
permohonan bertukar sekolah guru Bahasa
Melayu itu.
11 Semua pihak mempersetujui cadangan
tersebut walaupun pada awalnya terdapat
beberapa bantahan.
12 Pak Atan mempersuami anak gadisnya
dengan seorang pengurus bank yang
bekerja di ibu negara.
13 Murid yang nakal itu kena dirotan oleh guru
disiplin di bilik guru.
14 Pihak kerajaan masih berusaha untuk
memperkasakan kedudukan bahasa
Melayu.

DISEDIAKAN OLEH CIKGU THEEBAN


1
15 Teknik bina ayat yang amat mudah sekali
diberikan oleh Cikgu Rahim.
16 Kami memaut pada sebatang kayu ketika
merentasi sungai yang deras itu.
17 Kawasan terbiar yang tidak memagar itu
telah dicerobohi oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
18 Uniform sekolah Aisyah yang terkoyak itu
masih belum terjahit.
19 Peserta ekspedisi itu meneruskan
perjalanan mereka dengan berpandu peta
dan kompas.
20 Pihak majikan menyerahi tugasan mustahak
itu kepada Encik Awang agar dapat
dibereskan dengan segeranya.
21 Firdaus mengenepikan kenderaannya
apabila sebuah lori terlanggar keretanya
dari belakang.
22 Para peserta diminta untuk mengisikan
borang penyertaan pertandingan itu di
khemah urus setia.
23 Puan Hasnah ditugasi untuk mengurus
pendaftaran peserta pertandingan bola
baling peringkat daerah.
24 Cikgu Tan CL diundang untuk
menyantunkan para pelajar yang akan
menduduki peperiksaan SPM.
25 Meganathan menyudahkan penutupan
karangannya dengan serangkap pantun
yang indah.
26 Kami berdoa agar ibu dan ayah dicucurkan
oleh-Nya rahmat.
27 Pokok-pokok kelapa memagarkan kawasan
lapang di belakang sekolah kami.
28 Potret yang cantik itu menghias ruang tamu
rumah Encik Wong yang luas.
29 Puan Sathia membaikkan keretanya setelah
mendapati nasihat daripada mekanik itu.
30 Semua tuntutan itu perlu diperhalusi
sebelum keputusan muktamad dibuat oleh
pihak atasan.

DISEDIAKAN OLEH CIKGU THEEBAN


2

Anda mungkin juga menyukai