Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN 1

Dalam setiap ayat di bawah ini,terdapat satu kesalahan bahasa.Gariskan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

1.Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya
pada petang tadi.

2.Datuk sering menceritakan tentang pengalamannya sewaktu menentang penjajah pada


zaman sebelum kemerdekaan.

3.Keempat orang pemuda kampung itu ingin belajar bersilat daripada Wak Kassim.

4.Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan setengah sudu garam ke
dalam adunan tepung yang akan diuli.

5.Senarai barang-barang keperluan yang dikuatkuasakan harganya telah dikeluarkan oleh


pihak berkuasa.

6.Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam


melaksanakan tanggungjawab.

7.Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-lain hal yang dibangkitkan
oleh pengarah syarikat.

8.”Saya akan memastikan negeri Melaka ini akan terus aman dan makmur,” titah Sultan
Melaka kepada rakyat jelata.

9.Ibu terkejut bila berita itu saya sampaikan kepadanya.

10.Beberapa buah rumah-rumah setinggan di kawasan itu telah dirobohkan oleh pihak
berkuasa.

11.”Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat,” kata ketua kampung
kepada wartawan itu.

12.Cuaca buruk di malam itu menyukarkan pihak polis untuk memburu banduan yang
bersembunyi di dalam hutan.
13.Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu
memanjakan anak-anak mereka.

14.Firdaus dan rakan-rakannya menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia di


Hakeem Restoran.

15.Pemandangan di Pulau Bali itu nian indah terutama apabila tiba waktu senja.

16.Adik menghempaskan mainan yang baru di beli oleh ayah kepada lantai.

17.Sudah berpuluh-puluh tahun keluarga itu mendiamkan kawasan luar bandar yang akan
dibangunkan oleh pemaju perumahan.

18.Adli menjadi kebanggaan guru-gurunya kerana dia merupakan murid yang terpandai
sekali di sekolah.

19.Sejak pembangunan dilaksanakan di kawasan itu,hampir semua anak-anak sungai telah


tercemar.

20.”Beta berharap agar tuanku dapat memaafkan kesalahan anakanda Raja Ahmad kerana
baginda masih mentah lagi,” sembah Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.

21.Sejak tadi lagi pemuda itu asyik memandang Farhana.

22.Rahimah dilantik sebagai ketua kelas lantas dia mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.

23.Jamilah memperolehi tempat pertama dalam pertandingan bercerita yang diadakan di


sekolahnya.

24.Setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza dan mereka memerlukan masa
untuk menguasai perkara yang mereka pelajari.

25.Landskap di sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur amat indah sekali.

26.Para peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai soalan-soalan kepada


penceramah.

27.Kepetahan murid itu menyampaikan syarahan tentang cara-cara menghargai jasa ibu bapa
mendapat tepukan dari penonton.

28.Keropok lekor memang sedap dimakan jika dicecahkan pada cili sos.
29.Selepas pulang daripada pejabat,Encik Amir akan ke bilik anak-anaknya untuk berbual-
bual dengan mereka seketika.

30.Posmen itu menyerahkan beberapa keping surat kepada Mak Limah di hadapan rumahnya.

31.Harun memberitahu Cikgu Lim yang Haris tercedera semasa bermain bola di padang.

32.Setengah remaja gemar menghabiskan masa dengan menonton televisyen.

33.Ahmad berasa sangat rindu pada ibunya,walaupun baru beberapa hari tinggal di asrama.

34.Daripada pendapat saya,perbuatan vandalisme dalam kalangan pelajar perlu ditangani


dengan segera.

35.Kemalangan itu berlaku di empat simpang Jalan Permata.

36.Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa melintasi jalan raya untuk
mengelakkan diri dari terlibat dalam kemalangan.

37.Wang tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesempitan wang untuk melanjutkan
pelajaran.

38.Sudah bertahun lamanya dia tidak pulang ke kampungnya oleh kerana kedua-dua ibu
bapanya telah meninggal dunia.

39.Kebanyakan peserta kursus itu menginap dalam asrama yang berdekatan.

40.Program cerdik bacaan akan diadakan di dalam bulan September.

41.Pelayan Restoran Ali menghidangi masakan Arab kepada pelanggannya.

42.Pelbagai kuih-muih dijual di gerai yang terdapat di situ.

43.Gadis-gadis dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap bukan sopan.

44.Rangkaian batu karang di perairan Miri dikenal pasti sebagai kawasan batu karang yang
tercantik sekali di dunia.

45.Peresmian karnival itu diserikan dengan percikan bunga api yang berbagai-bagai corak
dan warna.

46.Kita sesama manusia perlu saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain.

47.Kelima-lima orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah di atas kejayaan
mereka mengharumkan nama sekolah mereka dalam pertandingan reka cipta itu.
48.Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan pakej yang menarik kepada para
pelanggan-pelanggan sempena cuti sekolah.

49.”Sudahkah kalian menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?” tanya Cikgu
Azizi kepada murid-muridnya.

50.Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang penyakit selesema burung pihak
berkuasa musnahkan.

51.Hujah para pembahas di dalam pertandingan perbahasan itu amat mengagumkan para
panel juri yang mengadili acara berkenaan.

52.Salah satu langkah kerajaan dalam usaha memajukan barangan tempatan ialah
menghadkan pengimportan barangan berjenama dari luar negara.

53.Novel itu telah dikaji oleh kami sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan tidak
lama lagi.

54.Pelajar pintar itu duduk di barisan belakang antara Musa dan Suzie.

55.Ibu tua itu terlalu rindukan anak lelakinya yang telah lama tidak pulang ke kampung.

56.Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara ini dan perlu dikuasai dengan baik oleh rakyat
Malaysia.

57.Daun-daun kering berterbangan di halaman rumah kerana ditiup angin yang sangat
kencang.

58.Puan Rosmaria sering mengirimkan anaknya wang bagi perbelanjaannya di sekolah


berasrama penuh.

59.Alia menerima sehelai surat yang dihantar oleh rakannya dari Sabah.

60.Gubahan bunga yang cantik ini ialah untuk hiasan di ruang tamu rumahnya.

61.Banyak peminjam pinjaman peribadi menjadi muflis kerana mereka terlepas pandang lain-
lain syarat yang dikenakan oleh pihak bank.

62.Nenek akan menjalankan pembedahan di Hospital Kuala Lumpur pada pagi esok kerana
kanser usus.

63.Keropok yang emak goreng semalam telah lemau kerana tidak disimpan di dalam bekas
kedap udara.

Anda mungkin juga menyukai