Anda di halaman 1dari 9

GENRE SASTERA

GENRE SASTERA
PENGHAYATAN TEKS SASTERA

TEMA

PLOT
Susunan peristiwa
LATAR
Latar belakang cerita

WATAK
pelaku

WATAK
Pelukisan watak
MAKSUD KARYA SASTERA

Karya adalah sesuatu idea yang bernas yang disampaikan oleh pengarang. Pemikiran juga dapat
dikesani secara tersirat atau tersurat. Kebiasaannya, sesebuah karya yang baik mempunyai
pemikiran yang bernas, ada falsafah, ada kias dan sindiran.

TEMA

● Tema ialah gambaran tentang gagasan, fikiran atau persoalan pokok yang menjadi
tunjang sesebuah cerita atau persoalan utama yang diutarakan atau dikemukakan oleh
pengarang sesebuah karya ataupun isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh
pengarang.

● Tema ialah persoalan pokok yang didiberikan penekanan oleh pengarang sesebuah karya.
Terdapat hanya ada ​satu tema dalam sesebuah karya sama ada sajak, puisi tradisional,
cerpen atau prosa tradisional.

PEMIKIRAN
1. Pemikiran ialah persoalan pokok atau persoalan utama yang menaungi sesebuah karya
drama. Dengan kata lain, pemikiran dalam drama dapatlah disama erti dengan tema
dalam cerpen atau novel.
2. Dalam sesebuah karya drama,hanya terdapat satu sahaja pemikiran. Maka, oleh sebab
itulah pemikiran dirumuskan sebagai tema utama yang menaungi seluruh karya drama
tersebut.
3. Lazimnya, pemikiran sesebuah karya drama terdiri daripada kasih sayang, pengorbanan,
ketabahan, kegigihan, kemasyarakatan, percintaan, kekeluargaan, dan keagamaan.

PERSOALAN

▪ Persoalan ialah perkara-perkara kecil atau sampingan yang ingin dikemukakan oleh
pengarang bagi memantapkan tema dalam sesebuah karya. Persoalan dalam sesuatu karya
biasanya lebih daripada satu​.

WATAK DAN PERWATAKAN

● Watak ialah pelaku yang mengembangkan tema, persoalan, dan plot cerita. Perwatakan
pula ialah sifat-sifat watak yang digambarkan sama ada:
a) Secara langsung oleh pengarang sendiri iaitu dengan menceritakan sifat-sifat watak,
keinginan, fikirannya, dan perasaannya atau
b) Secara tidak langsung oleh pengarang iaitu melalui dialog, fikiran dan aksi watak itu
sendiri.

LATAR

● Latar terbahagi kepada tiga jenis, seperti yang berikut.


a) Latar masa - ​menunjukkan masa sesuatu peristiwa dalam sesebuah karya itu berlaku
dengan merujuk zaman dan tempoh masa, misalnya pada Zaman Perang Dunia
Kedua, zaman selepas merdeka, waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Tempoh
peristiwa itu berlaku pula mungkin seminggu, dua bulan, tiga tahun dan sebagainya.
b) Latar tempat - ​Menunjukkan ruang atau lokasi geografi sesuatu peristiwa dalam
sesebuah karya itu berlaku, misalnya di kampong, di pekan, Kuala Lumpur dan
sebagainya.
c) Latar masyarakat - ​Menunjukkan komposisi masyarakat yang diketengahkan dalam
sesebuah karya, dari segi bangsa, budaya, anutan atau kepercayaan mereka,
pekerjaan, pendidikan, nilai yang diamalkan, dan sebagainya.

PLOT

● Plot ialah susunan peristiwa dalam sesebuah karya yang bersandarkan sebab dan akibat.
Plot biasanya terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

a) Bahagian permulaan atau eksposisi - ​menampilkan watak, latar, dan sebagainya


bagi mencetuskan aksi-aksi watak.
b) Bahagian pertengahan atau perkembangan - ​watak-watak saling berkonflik,
menimbulkan masalah dan kerumitan.
c) Bahagian puncak cerita (klimaks) - Tumpuan yang maksimum yang menimbulkan
ketegangan daripada konflik yang tercetus antara watak.
d) Bahagian peleraian​ – penyelesaian bagi semua konflik.

TEKNIK PLOT
● Teknik plot ialah teknik yang digunakan oleh pengarang untuk menjalinkan cerita supaya
menjadi lebih menarik dengan menggunakan beberapa teknik seperti yang berikut.
a) Imbas Kembali – Peristiwa masa silam yang dikenang semula dalam ingatan seseorang
atau beberapa orang watak.
b) Imbas muka ​– Ramalan peristiwa akan datang terhadap sesuatu yang akan berlaku pada
diri seseorang atau beberapa orang watak.
c) Monolog ​– Pengucapan watak secara bersendirian.
d) Monolog dalaman ​– Pengucapan batin watak.
e) Saspens ​– Perasaan ingin tahu.
f) Kejutan ​– Kemunculan peristiwa secara tiba-tiba atau tidak disangka.
g) Konflik ​– Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak dalam satu urutan plot.
Konflik boleh berlaku secara ​dalaman​, iaitu konflik dalam diri watak dan secara ​luara​n,
iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. Konflik
dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran.
h) Dialog - Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran
yang berkaitan dengan tema.
i) Pemerian –​ Gambaran tentang latar, masa, masyarakat, watak dan sebagainya.

GAYA BAHASA

Jenis Gaya
Huraiannya
Bahasa

(a) Diksi ● Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam
karyanya
● Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan
persoalan, latar, watak, dan mesej
(b) Ayat ● Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam
karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang

(c) Personifikasi ● Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan


● Membawa maksud tindakan pengarang memberikan ​sifat ​manusia, sama
ada ​dari s​ egi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada
benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
● Contohnya: ​...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung,
benaknya mendandan sejuta persoalan
(d) Simile ● Merupakan ​perbandingan yang menggunakan kata bagai, umpama,bak,
laksana, seperti
● Contohnya:​ seperti bulan dipagar bintang, bak pasir pantai

(e) Metafora ● Membandingkan sesuatu dengan yang lain yang lazimnya menggunakan dua
perkataan, iaitu satu perkataan abstrak dan satu perkataan konkrit
● Contohnya: ​samudera hampa, lautan fikiran
(f) Hiperbola ● Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara
berlebih-​lebihan daripada maksud yang sebenarnya
● Contohnya: ​serihu lautan sanggup diharungi

(g) Sinkope ● Bermaksud penyingkatan perkataan


● Contohnya: ​"Apa dah jadi ni?"

(h) Rima ● Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua
baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi
● Terdiri daripada ​rima ​awal, r​ ima dalam, ​dan ​rima akhir

(i) Asonansi ● Merupakan pengulangan ​bunyi ​vokal yang sama dalam baris-baris sajak
● Contohnya: pengulangan vokal “u” dalam baris ​Kerana aku penyair
kupenuhi hidupku
(j) Aliterasi ● Bermaksud pengulangan ​bunyi konsonan ​yang sama dalam baris sajak
● Contohnya: pengulangan konsonan ​m ​dalam baris ​Memacu menghimpun
kekuatan
(k) Pengulangan ● Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
● anafora​ - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.
● epifora​ - pengulangan kata pada akhir baris.
● repitisi​ - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, ​orang
berbunga dia berbunga
● response – ​pengulangan kata di tengah baris.
(l) Perlambangan ● kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda,
keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya
lebih mendalam. Contoh ‘bunga’ merujuk kepada perempuan.

(m) Rima ● Pengulangan bunyi yang sama dalam baris puisi atau baris akhir puisi
yang berfungsi untuk menimbulkan keindahan dan memberikan
kesenangan indera kepada pembaca atau penonton. Contoh:

Inderagiri pasirnya luma​t​, [a]


Tempat berkelah putera raj​a​, [b]
Baik sedikit tetapi berjima​t​, [a]
Daripada banyak membazir sahaj​a​. [b]

NILAI

● Perbuatan positif yang dapat diteladani oleh pembaca. Terdapat 17 nilai murni yang
ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi pengenalan KBSM,
khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dan dalam sesebuah
karya, iaitu
a) Baik hati
b) Berdikari
c) Hemah tinggi
d) Hormat-menghormati
e) Kasih sayang
f) Keadilan
g) Kebebasan
h) Keberanian
i) Kebersihan fizikal dan mental
j) Kejujuran
k) Kerajinan
l) Kerjasama
m) Kesederhanaan
n) Kesyukuran
o) Rasional
p) Semangat bermasyarakat
q) Patriotisme

PENGAJARAN

● Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam bentuk peringatan atau pedoman.

Anda mungkin juga menyukai