Anda di halaman 1dari 1

KOMPONEN SASTERA Binaan Plot

1. SINOPSIS
>Merupakan ringkasan yang memberi gambaran umum Puncak/
tentang sesuatu karya novel, cerpen dan prosa. Sinopsis ini klimaks
dapat menjelaskan pembaca tentang cerita yang ingin
disampaikan oleh pengarang. Perumitan/
konflik
2. TEMA
>Ialah idea utama atau persoalan pokok tentang sesebuah perkemban
karya. gan Peleraia
>Tema dapat dikenalpasti dengan pembacaan secara n
menyeluruh sesebuah karya.
>Tema boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu: Permulaan/
a) Pendidikan d)Kemasyarakatan eksposisi
b) Kehidupan e)Ekonomi dan politik 6. GAYA BAHASA
c) Percintaan > Merupakan cara pengarang menggunakan bahasa
sebagai alat untuk menyampaikan pandangan terhadap
3. PERSOALAN sesesuatu tema dan persoalan. Contoh:
>Perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada
kaitannya dengan tema. Ia berfungsi untuk menghidupkan a) Personifikasi memberikan sifat manusia sama ada
tema atau pemikiran. dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada
benda mati, binatang, idea atau hal-hal yang lebih abstrak.
3.WATAK DAN PERWATAKAN
a) Watak Ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya b) Simile- perbandingan yang setara dengan menggunakan
yang menggerakkan cerita atau tema. Watak juga kata-kata seperti, umpama, bak, bagai, ibarat dan
merupakan pelakon-pelakon yang menggerakkan plot. sebagainya.
- Jenis-jenis watak:
i. Watak protagonis watak utama c) Hiperbola- sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan
ii. Watak antagonis watak penentang kepada sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang
watak utama sebenarnya.
iii. Watak sampingan watak pembantu
d) Sinkope penyingkatan kata
e) Asonansi pengulangan bunyi vokal yang sama dalam
b) Perwatakan pula bermaksud sifat-sifat yang baris-baris sajak
digambarkan oleh pengarang kepada watak-watak yang
ditonjolkan. f) metafora perbandingan yang menggabungkan benda
konkrit dan abstrak bagi menjelaskan sesuatu yang
4. LATAR abstrak.
>Latar merupakan gambaran tentang tempat, masa, ruang
serta hubungan sosial masyarakat. g) Aliterasi- pengulangan bunyi konsonen yang sama
a) LATAR MASA- menunjukkan sesuatu peristiwa yang dalam baris-baris sajak
berlaku merujuk kepada zaman, era, sejarah atau musim. h) Pengulangan-
Contohnya waktu pagi, pukul lima petang dan tahun lepas. i) Anafora- pengulangan kata pada awal baris secara
b) LATAR TEMPAT- merupakan tempat berlakunya berturutan.
peristiwa. Contohnya seperti di kampong, bandar, laut,
sungai dan udara. ii)Epifora- pengulangan kata pada akhir baris
c) LATAR MASYARAKAT-merupakan keadaan
masyarakat sesuatu cerita itu berlaku. Contohnya bangsa, iii)Repitisi- pengulangan kata pada baris yang sama
kehidupan sosial, agama, pekerjaan dan budaya sesuatu
masyarakat. 7. NILAI
>merupakan nilai murni iaitu amalan baik dan positif
5. PLOT dalam diri individu ayau masyarakat. Contohnya baik hati,
Merupakan susunan peristiwa atau jalinan kejadian kejujuran, kerjasama, keberanian dan kerajinan.
berdasarkan sebab dan akibat
8. PENGAJARAN
>Dikenali juga sebagai mesej atau amanat yang ingin
disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. Ianya
bertujuan untuk memberikan pendidikan atau kesedaran
kepada pembaca.

CIKGU ROZZANA MOHD SAID


GURU MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2 SMK TAMAN SERAYA

Anda mungkin juga menyukai