Anda di halaman 1dari 14

NOVEL DESTINASI IMPIAN

KARYA MOHD ISMAIL BIN SARBINI


SINOPSIS KESELURUHAN

Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh basikal oleh Johari,
Firdaus dan Azlina. Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai
Morib Baru adalah untuk menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan mereka
sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana
destinasi mereka sangat jauh dan dia berasa letih. Johari dan Azlina
memberikan dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan
mereka diteruskan. Tujuan Johari mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk
mengajar mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan berani. Firdaus
berasa bangga kerana berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib Baru.
Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus
mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan sedar serta tidak bersikap
angkuh.
BAB 1
Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung Bukit
Kapar ke Pantai Morib Baru kerana menyahut cabaran datuk. Jarak
perjalanan tersebut sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut
sepanjang perjalanan kerana destinasinya jauh dan berasa letih.
Johari dan Azlina memberi dorongan semangat dan pelbagai nasihat
agar perjalanan mereka diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus
terpaksa meneruskan perjalanan tersebut.
BAB 2
Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang perjalanan.
Beliau berasa letih kerana lama mengayuh basikal. Kepanasan cahaya
matahari yang begitu lama menambahkan lagi keletihan
Firdaus. Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai Johari dan
Azlina dan menganggap perjalanan sebagai perjalanan gila.
BAB 3
Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah. Walaupun
sebagai seorang perempuan, dia mempunyai semangat dan daya
juang yang tinggi. Meskipun berasa letih, Azlina tetap ingin
meneruskan perjalanan kerana mengikut sepupunya Abang Johari.
Johari sentiasa memberi nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai
pembakar semangat untuk meneruskan perjalanan.
BAB 4
Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina perlu
menyertai perjalanan berbasikal. Tujuan Johari agar dapat mengajar
Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat menghadapi cabaran. Selain
itu, Johari mengharap agar Firdaus dan Azlina menjadi seorang yang
lasak, berdikari dan berani.
BAB 5
Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari yang memainkan
peranan untuk mengubah sikap Firdaus. Johari berjanji pada dirinya
untuk menghentikan perasaan api dendam dan benci akan Firdaus
terhadap adiknya, Azlina. Johari tidak menduga bagaimana Firdaus
boleh mendendami adiknya sendiri, Azlina.
BAB 6
Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan mengayuh basikal
telah berakhir kerana berjaya sampai ke destinasi Pantai Morib Baru.
Firdaus tidak terduga kerana dapat berkayuh basikal sejauh 50
kilometer. Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai ke Pantai
Morib Baru. Firdaus gembira kerana ketibaannya telah disambut oleh
kawan-kawannya Sazali, Mokhsin, Salim dan Mazlinda. Kawan-kawan
Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus
mengayuh basikal.
BAB 7
Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira dengan kawan-
kawannya. Johari dan Azlina sengaja membicarakan tindakan Firdaus
menghabiskan masa bersama dengan rakan-rakan. Johari dan Azlina
turut gembira dan bangga kerana Firdaus akhirnya berjaya sampai ke
destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru.
BAB 8

Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan


berbasikal di pantai. Kasmadiana memuji ketabahan dan kemampuan
Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer. Azlina memberitahunya
bahawa dia mengikuti Abang Johari dan menyahut cabaran datuknya.
Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya Karman bersama Johari
dan Tamrin merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan
berbasikal. Semasa perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan
Moksin bertanya sama ada benar kenyataan yang diberikan oleh
Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina menafikan
dan mengatakan bahawa mereka berdua telah ditipu.
BAB 9
Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi itu,
Firdaus banyak mendapat pujian daripada Mazlinda. Selain itu, dia
merasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan kawan pujaannya
Mazlinda. Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan
cuba mendapat kepastian daripada Firdaus. Firdaus cuba menafikan
tetapi setelah dipaksa, akhirnya dia mengaku bahawa dia telah
berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus telah lemas dan menjerit
meminta tolong sehingga terjaga. Firdaus menerima sindiran tajam
daripada Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah
sedar dan insaf.
BAB 10
Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin pulang sendiri.
Azlina terkejut dengan tindakan abangnya dan merasa bimbang.
Johari cuba menenangkan Azlina dan memberi penjelasan bahawa
Firdaus mampu, yakin dan boleh berdikari selepas pengalaman yang
dilalui.
BAB 11
Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri. Dia mengetahui
Johari dan Azlina telah pulang dahulu. Kesempatan itu digunakan oleh
Firdaus dan rakan-rakannya untuk mandi manda di pantai. Semasa
mandi, Firdaus betul-betul lemas kerana cuba
menyelamatkan Mazlinda yang pura-pura lemas. Firdaus telah
diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia sebenarnya pandai berenang.
Peristiwa itu telah menyedarkan dan menginsafkan Firdaus agar tidak
bercakap bohong dan bersikap angkuh lagi.
BAB 12
Firdaus tersedar daripada pengsan dan mendapati Azlina dan Johari
berada di sisinya. Rakan-rakan Firdaus datang untuk menziarahinya.
Akhirnya,Firdaus menerima nasihat yang diberikan oleh Johari.

Anda mungkin juga menyukai