64% menganggap dokumen ini bermanfaat (11 suara)
9K tayangan20 halaman

Tema dan Persoalan dalam Novel Remaja

Novel ini menceritakan perjalanan Firdaus, Azlina dan Johari yang mengayuh basikal sejauh 50 kilometer dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru untuk menyahut cabaran datuk. Perjalanan itu membantu Firdaus insaf dari sifat pembohongnya setelah hampir tenggelam di pantai. Novel ini mengangkat tema tabah menghadapi cabaran dan kepentingan kejujuran.

Diunggah oleh

araeff
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
64% menganggap dokumen ini bermanfaat (11 suara)
9K tayangan20 halaman

Tema dan Persoalan dalam Novel Remaja

Novel ini menceritakan perjalanan Firdaus, Azlina dan Johari yang mengayuh basikal sejauh 50 kilometer dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru untuk menyahut cabaran datuk. Perjalanan itu membantu Firdaus insaf dari sifat pembohongnya setelah hampir tenggelam di pantai. Novel ini mengangkat tema tabah menghadapi cabaran dan kepentingan kejujuran.

Diunggah oleh

araeff
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

1

Folio Bahasa Melayu


Destinasi Impian
Aliff Syahmi bin A. Raeff,
Tingkatan 1 Al Batani
Sekolah Menengah Sains
Tuanku Jaafar
2015

TEMA
Novel ini membawa tema masalah dan konflik
seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam
hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam
keadaan dicabar dan mencabar. Bukan mudah
untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang
suka dicabar. Firdaus seorang anak muda yang
dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga

PERSOALAN
Jiwa remaja yang mudah memberontak
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat
mengalah dan tidak tahan menerima cabaran.
Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak
apabila mengalami kesusahan.

Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.


Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila
ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang
memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh
dari basikal.

PERSOALAN
Keberanian mengharungi rintangan
Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun,
pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk
mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang
pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan
penyabar.

Keinsafan setelah sedar dari kesilapan


Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari
melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran,
pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa
lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari
kesalahannya.

Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan


Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh
basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru.
Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan
bekerjasama semasa dalam perjalanan.

SINOPSIS BAB
Bab 1
Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung
Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru kerana menyahut cabaran
datuk. Jarak perjalanan tersebut sejauh 50 kilometer. Firdaus
sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana
destinasinya jauh dan berasa letih. Johari dan Azlina
memberi dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar
perjalanan mereka diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus
terpaksa meneruskan perjalanan tersebut.
Bab 2
Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang
perjalanan. Beliau berasa letih kerana lama mengayuh
basikal. Kepanasan cahaya matahari yang begitu lama
menambahkan lagi keletihan Firdaus. Firdaus menyatakan
kekesalan kerana menyertai Johari dan Azlina dan
menganggap perjalanan sebagai perjalanan gila.

SINOPSIS BAB
Bab 3
Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah.
Walaupun sebagai seorang perempuan, dia mempunyai
semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa
letih, Azlina tetap ingin meneruskan perjalanan kerana
mengikut sepupunya Abang Johari. Johari sentiasa memberi
nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai pembakar
semangat untuk meneruskan perjalanan.
Bab 4
Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina
perlu menyertai perjalanan berbasikal. Tujuan Johari agar
dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat
menghadapi cabaran. Selain itu, Johari mengharap agar
Firdaus dan Azlina menjadi seorang yang lasak, berdikari
dan berani.

SINOPSIS BAB
Bab 5
Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari yang
memainkan peranan untuk mengubah sikap Firdaus. Johari
berjanji pada dirinya untuk menghentikan perasaan api
dendam dan benci akan Firdaus terhadap adiknya, Azlina.
Johari tidak menduga bagaimana Firdaus boleh
mendendami adiknya sendiri, Azlina.
Bab 6

Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan mengayuh


basikal telah berakhir kerana berjaya sampai ke destinasi
Pantai Morib Baru. Firdaus tidak terduga kerana dapat
berkayuh basikal sejauh 50 kilometer. Firdaus berasa bangga
atas kejayaannya sampai ke Pantai Morib Baru. Firdaus
gembira kerana ketibaannya telah disambut oleh kawankawannya Sazali, Mokhsin, Salim dan Mazlinda. Kawankawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan
kejayaan Firdaus mengayuh basikal.

SINOPSIS BAB

Bab 7

Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira dengan


kawan-kawannya. Johari dan Azlina sengaja membicarakan
tindakan Firdaus menghabiskan masa bersama dengan
rakan-rakan. Johari dan Azlina turut gembira dan bangga
kerana Firdaus akhirnya berjaya sampai ke destinasi
perjalanan, Pantai Morib Baru.
Bab 8
Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan
berbasikal di pantai. Kasmadiana memuji ketabahan dan
kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer. Azlina
memberitahunya bahawa dia mengikuti Abang Johari dan
menyahut cabaran datuknya. Kasmadiana memberitahu
bahawa abangnya Karman bersama Johari dan Tamrin
merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan
berbasikal. Semasa perbualan, mereka didatangi oleh Sazali
dan Moksin bertanya sama ada benar kenyataan yang
diberikan oleh Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai
Morib. Azlina menafikan dan mengatakan bahawa mereka
berdua telah ditipu.

SINOPSIS BAB
Bab 9
Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi
itu, Firdaus banyak mendapat pujian daripada Mazlinda.
Selain itu, dia merasa bertuah kerana dapat berjumpa
dengan kawan pujaannya Mazlinda. Moksin dan Sazali telah
mengetahui kisah sebenar dan cuba mendapat kepastian
daripada Firdaus. Firdaus cuba menafikan tetapi setelah
dipaksa, akhirnya dia mengaku bahawa dia telah
berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus telah lemas dan
menjerit meminta tolong sehingga terjaga. Firdaus menerima
sindiran tajam daripada Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai
saat itu, Firdaus telah sedar dan insaf.
Bab 10
Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin pulang
sendiri. Azlina terkejut dengan tindakan abangnya dan
merasa bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina dan
memberi penjelasan bahawa Firdaus mampu, yakin dan
boleh berdikari selepas pengalaman yang dilalui.

10

SINOPSIS BAB
Bab 11
Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri. Dia
mengetahui Johari dan Azlina telah pulang dahulu.
Kesempatan itu digunakan oleh Firdaus dan rakan-rakannya
untuk mandi manda di pantai. Semasa mandi, Firdaus betulbetul lemas kerana cuba menyelamatkan Mazlinda yang
pura-pura lemas. Firdaus telah diselamatkan oleh Mazlinda
kerana dia sebenarnya pandai berenang. Peristiwa itu telah
menyedarkan dan menginsafkan Firdaus agar tidak
bercakap bohong dan bersikap angkuh lagi.

Bab 12
Firdaus tersedar daripada pengsan dan mendapati Azlina
dan Johari berada di sisinya. Rakan-rakan Firdaus datang
untuk menziarahinya. Akhirnya,Firdaus menerima nasihat
yang diberikan oleh Johari.

11

WATAK DAN PERWATAKAN


Johari (Utama) :
Sepupu kepada Azlina dan Firdaus, pelajar Universiti Putra
Malaysia, gemar berbasikal, penyabar, suka membaca dan
mempunyai banyak pengetahuan.
Azlina:
Anak bongsu daripada enam orang adik-beradik, 16 tahun,
pelajar tingkatan empat, adik kepada Firdaus, adik sepupu
kepada Johari, lasak, aktif, pandai berkata-kata, berani
dan penyayang.
Firdaus:
Satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya,
abang kepada Azlina, agak keperempuanan, lemah-lembut,
tampan, berhidung mancung, berkulit putih, tidak mempunyai
daya saing yang tinggi untuk menghadapi cabaran, cepat
marah, cepat lupa diri.
Datuk :
Datuk kepada Johari, Firdaus, dan Azlina, kuat semangat

12

WATAK DAN PERWATAKAN


Salim:
Kawan rapat Firdaus, baik hati, bangga akan kejayaan
Firdaus.
Sazali:
Kawan Firdaus, bangga akan kejayaan Firdaus, curiga akan
kata-kata Firdaus, berani.
Mazlinda:
Memiliki wajah yang cantik, diminati oleh Firdaus, bangga
akan kejayaan Firdaus, berpura-pura tidak pandai
berenang, berani.
Moksin, Mokhtar, Erma, Zarina:
Kawan Firdaus.
Kasman, Tamrin:
kawan Johari.

13

LATAR BELAKANG
MASYARAKAT
Masyarakat yang penyabar.
Masyarakat yang aktif bersukan.

Masyarakat golongan lelaki yang berperwatakan


seperti perempuan.
Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Masyarakat yang tidak mengenang budi.

Masyarakat yang mempunyai semangat juang yang


tinggi.
Masyarakat yang taat pada perintah agama.
Masyarakat golongan peniaga

14

LATAR TEMPAT
Tanah terbiar - tempat Azlina merakamkan gambar
bunga lalang.
Sekolah Menengah Kapar - tempat Azlina dan Firdaus
belajar.
Kampung Bukit Kapar - tempat tinggal Johari, Firdaus dan
Azlina. Tempat permulaan ekspedisi berbasikal menuju ke
Morib.
Jambatan Musaedin - tempat Johari, Firdaus dan
Azlina melintas dalam ekspedisi berbasikaldan masuk ke
Kampung Jawa.
Pekan Banting - tempat berehat.
Pantai Morib Baru - tempat yang dituju dan
tempat perkhemahan.

15

LATAR BELAKANG MASA


Jam 7:00 pagi, hari Sabtu-Johari, Azlina dan Firdaus
bertolak dari kampung mereka untuk berbasikal.
Jam 10:00 pagi, hari Sabtu - Perjalanan mereka
diteruskan di jalan yang bertanah merah.
Jam 3:30 petang, hari Sabtu-Mereka tiba di Pantai
Morib Baru.
Jam 7:00 petang, hari Sabtu-Azlina dan Kasmadiana
berbual di tepi pantai.
Jam 9:45 pagi, hari Ahad-Azlina dan Johari berkemas
untuk pulang

16

BIOGRAFI PENULIS

Mohd Ismail bin Sarbini dilahirkan di Kampung Bukit Kapar, Klang,


Selangor sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah
Tengku Idris Shah, Kapar. Seterusnya, melanjutkan pelajaran di
Sekolah Tengku Ampuan Rahimah (STAR) Klang. Pada tahun 19791980, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh,
Perak. Beliau mula bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Dato'
Sheikh Ahmad, Arau, Perlis (1981 - 1985) sebelum bertukar ke Sekolah
Menengah Tengku Idris Shah, Kapar, Selangor (1985 - Jun 1989). Dari
Julai 1989 - Mei 1991, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti
Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) dalam bidang
Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama. Kemudian,
pada Mei 1991 - Januari 2001, beliau bertugas sebagai guru di
Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (MES) Telok Datuk,
Banting, Selangor. Mulai Februari 2001, beliau bertugas di Sekolah
Menengah Kebangsaan Banting, Selangor. Beliau meninggal dunia
pada tahun 2006.

Dalam bidang penulisan kreatif, beliau banyak memberikan tumpuan


dalam genre novel dan cerpen peringkat kanak-kanak dan remaja.
Antara karya beliau ialah Pulau Berukera, Berukera dari Planet Ulba,
Pahlawan Pasir Salak, Mendung Semalam, Jalinan Kasih, Api yang
Telah Padam dan Jalidah Hidayati Nama Untukmu.

17

PLOT CERITA
PERMULAAN
Johari,Firdaus dan Azlina memulakan perjalanan berbasikal
bagi menyahut cabaran datuk mereka.
PERKEMBANGAN
Firdaus ingin pulang tetapi Johari tetap dengan
rancangannya untuk meneruskan perjalanan tersebut.
PERUMITAN/KONFLIK
Azlina mengalami kecederaan setelah dia terjatuh di atas
tanah pejal di bahu jalan.

KLIMAKS/KEMUNCAK
Rakan-rakan Firdaus mengetahui bahawa dia berbohong
dan menyindir firdaus sehingga menyebabkan dia berasa
serba salah.
PELERAIAN
Firdaus berasa menyesal setelah ditegur oleh Johari

18

GAYA BAHASA
Sinkope
Simile
Peribahasa

Metafora
Personifikasi
Kata-kata hikmat
Hiperbola

Inversi
Kata ganda
Repitisi
Bahasa Asing

19

NILAI
Keberanian
Ketabahan

Berpengetahuan
Simpati
Kasih sayang
Baik hati

20

PENGAJARAN
Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
Kita hendaklah rajin membaca supaya mempunyai
pengetahuan yang banyak.
Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan.
Kita haruslah bersimpati terhadap orang yang ditimpa
kesusahan.
Kita haruslah mempunyai perasaan kasih sayang
terhadap anggota keluarga.
Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita
lakukan.

Anda mungkin juga menyukai