Anda di halaman 1dari 11

Sinopsis Keseluruhan

Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh


basikal oleh Johari, Firdaus dan Azlina. Perjalanan mereka dari
Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru adalah untuk
menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan mereka sejauh 50
kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan
kerana destinasi mereka sangat jauh dan dia berasa letih. Johari
dan Azlina memberikan dorongan semangat dan pelbagai
nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tujuan Johari
mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar mereka
supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan berani. Firdaus
berasa bangga kerana berjaya mengayuh basikal hingga Pantai
Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas
kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal. Akhirnya,
Firdaus insaf dan sedar serta tidak bersikap angkuh.

Sinopsis
Bab 1

Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung


Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru kerana menyahut cabaran
datuk. Jarak perjalanan tersebut sejauh 50 kilometer. Firdaus
sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasinya
jauh dan berasa letih. Johari dan Azlina memberi dorongan
semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka
diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus terpaksa meneruskan
perjalanan tersebut.

Bab 2
Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang
perjalanan. Beliau berasa letih kerana lama mengayuh basikal.
Kepanasan cahaya matahari yang begitu lama menambahkan
lagi keletihan Firdaus. Firdaus menyatakan kekesalan kerana
menyertai Johari dan Azlina dan menganggap perjalanan
sebagai perjalanan gila.

Bab 3

Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah.


Walaupun sebagai seorang perempuan, dia mempunyai
semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa letih,
Azlina tetap ingin meneruskan perjalanan kerana mengikut
sepupunya Abang Johari. Johari sentiasa memberi nasihat dan
dorangan kepada Azlina sebagai pembakar semangat untuk
meneruskan perjalanan.

Bab 4

Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina


perlu menyertai perjalanan berbasikal. Tujuan Johari agar dapat
mengajar Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat
menghadapi cabaran. Selain itu, Johari mengharap agar Firdaus
dan Azlina menjadi seorang yang lasak, berdikari dan berani.

Bab 5
Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari yang
memainkan peranan untuk mengubah sikap Firdaus. Johari
berjanji pada dirinya untuk menghentikan perasaan api dendam
dan benci akan Firdaus terhadap adiknya, Azlina. Johari tidak
menduga bagaimana Firdaus boleh mendendami adiknya
sendiri, Azlina.

Bab 6

Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan mengayuh


basikal telah berakhir kerana berjaya sampai ke destinasi Pantai
Morib Baru. Firdaus tidak terduga kerana dapat berkayuh basikal
sejauh 50 kilometer. Firdaus berasa bangga atas kejayaannya
sampai ke Pantai Morib Baru. Firdaus gembira kerana
ketibaannya telah disambut oleh kawan-kawannya Sazali,
Mokhsin, Salim dan Mazlinda. Kawan-kawan Firdaus berasa
bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh
basikal.

Bab 7

Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira


dengan kawan-kawannya. Johari dan Azlina sengaja
membicarakan tindakan Firdaus menghabiskan masa bersama
dengan rakan-rakan. Johari dan Azlina turut gembira dan
bangga kerana Firdaus akhirnya berjaya sampai ke destinasi
perjalanan, Pantai Morib Baru.
Bab 8

Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang


perjalanan berbasikal di pantai. Kasmadiana memuji ketabahan
dan kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer. Azlina
memberitahunya bahawa dia mengikuti Abang Johari dan
menyahut cabaran datuknya. Kasmadiana memberitahu
bahawa abangnya Karman bersama Johari dan Tamrin
merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan berbasikal.
Semasa perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan Moksin
bertanya sama ada benar kenyataan yang diberikan oleh
Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina
menafikan dan mengatakan bahawa mereka berdua telah ditipu.

Bab 9

Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam


mimpi itu, Firdaus banyak mendapat pujian daripada Mazlinda.
Selain itu, dia merasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan
kawan pujaannya Mazlinda. Moksin dan Sazali telah mengetahui
kisah sebenar dan cuba mendapat kepastian daripada Firdaus.
Firdaus cuba menafikan tetapi setelah dipaksa, akhirnya
dia mengaku bahawa dia telah berbohong. Dalam mimpi itu,
Firdaus telah lemas dan menjerit meminta tolong sehingga
terjaga. Firdaus menerima sindiran tajam daripada Mazlinda,
Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah sedar dan insaf.

Bab 10

Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin pulang


sendiri. Azlina terkejut dengan tindakan abangnya dan merasa
bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina dan memberi
penjelasan bahawa Firdaus mampu, yakin dan boleh berdikari
selepas pengalaman yang dilalui.

Bab 11
Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri. Dia
mengetahui Johari dan Azlina telah pulang dahulu. Kesempatan
itu digunakan oleh Firdaus dan rakan-rakannya untuk mandi
manda di pantai. Semasa mandi, Firdaus betul-betul lemas
kerana cuba menyelamatkan Mazlinda yang pura-pura lemas.
Firdaus telah diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia
sebenarnya pandai berenang. Peristiwa itu telah menyedarkan
dan menginsafkan Firdaus agar tidak bercakap bohong dan
bersikap angkuh lagi.

Bab 12
Firdaus tersedar daripada pengsan dan mendapati Azlinadan
Johari berada di sisinya. Rakan-rakan Firdaus datang untuk
menziarahinya. Akhirnya,Firdaus menerima nasihat yang diberikan
oleh Johari.

Tema
Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang
remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup. Firdaus seorang
individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar.
Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua
orang suka dicabar. Firdaus seorang anak muda yang dicabar
oleh orang yang akrab dalam keluarga

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini,
antaranya:

i. Jiwa remaja yang mudah memberontak


Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah
dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu
sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami
kesusahan.

ii. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.


Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila
ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi
bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.

iii. Keberanian mengharungi rintangan


Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun,
pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk
mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang
pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.

iv. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan


Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari
melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran,
pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di
pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
v. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan

Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal


dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya
kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam
perjalanan.

Contoh persoalan:
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail
bin Sarbini terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam
novel ini. Antaranya, ialah jiwa remaja yang mudah
memberontak. Firdaus seorang anak muda yang cepat
mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya
Firdaus selalu sahaja merungut dan memberontak apabila
mengalami kesusahan.
Selain itu, keberanian mengharungi rintangan juga salah
satu persoalan dalam novel ini. Azlina seorang perempuan
berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima
cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer.
Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang
tinggi dan penyabar.
Persoalan terakhir ialah keinsafan setelah sedar dari
kesilapan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari
melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran,
pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di
pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

Watak dan Perwatakan


Firdaus (watak utama)
o Tingkah laku agak keperempuanan.- seorang yang agak
lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak
lelaki dalam keluarganya.
o Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan
melakukan aktiviti luar - Firdaus beria-ia mahu pulang ke
rumah dan tidak mahu meneruskan rancangan mereka
untuk berbasikal ke Morib.
o Selalu dimanjakan - Dia dimanjai dan segala kemahuannya
dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu
bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan
sebelum memiliki Firdaus.
o Pendendam - Firdaus mendendami adiknya, Azlina. Dia
langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.
Azlina (watak sampingan)
o Olahragawati Sekolah Menengah Kapar- Azlina yang
merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kapar
kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan.
o Suka mengejek Firdaus- Azlina selalu menyindir Firdaus
bagi merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki
yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia
mahukan seorang abang yang sememangnya seorang
lelaki.
o Seorang yang kuat semangat- Azlina yang kelihatan cergas
dan gembira walaupun mereka telah mengayuh selama
empat jam setengah.
o Suka akan cabaran- Azlina dan Firdaus menyahut cabaran
datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.

Contoh watak utama

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail


bin Sarbini watak utama dalam novel ini ialah Firdaus.
Firdaus merupakan seorang yang bertingkah laku agak
keperempuanan. Dia seorang yang agak lembut
perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam
keluarganya. Dia juga seorang yang gemar duduk di rumah
berbanding dengan melakukan aktiviti luar. Firdaus beria-ia
mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan racangan
mereka untuk berbasikal ke Morib.
Selain itu dia seorang yang selalu dimanjakan. Firdaus
dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya
memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai
empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus.
Akhirnya, dia seorang yang suka berdendam, Firdaus
mendendami adiknya, Azlina.Dia langsung tidak membantu
Azlina yang tercedera.

Contoh watak sampingan / kegemaran

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin


Sarbini watak sampingan/watak kegemaran saya dalam novel
ini ialah Azlina. Dia merupakan seorang atlet sukan. Azlina
merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kapar kelihatan
aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan. Dia seorang yang
suka mengejek Firdaus, Azlina selalu menyindir Firdaus bagi
merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang
gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang
abang yang sememangnya seorang lelaki. Bukan itu sahaja,
dia juga seorang yang kuat semangat. Azlina yang kelihatan
cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh
selama empat jam setengah. Akhirnya dia seorang yang suka
akan cabaran. Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk
mereka untuk berbasikal ke Morib.

Nilai
Cinta akan bahasa kebangsaan Azlina cinta akan
bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan
basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan
tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.
Keberanian Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus
yang kelemasan di lautan.
Keprihatinan Johari prihatin memberikan bantuan
kepada Azlina semasa Azlina luka akibat terjatuh dari
basikalnya.
Bertanggungjawab Johari dan Azlina rasa
bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan
pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.
Semangat setia kawan Rakan-rakan Firdaus sanggup
mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut
Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

Contoh Nilai :
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail
bin Sarbini terdapat beberapa nilai yang dipaparkan dalam
novel ini.
Antaranya ialah nilai cinta akan bahasa kebangsaan.
Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup
memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar
beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.
Seterusnya, nilai kedua ialah nilai bertanggungjawab.
Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah
tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang
sejati.
Nilai lain dalam movel ini ialah nilai semangat setia
kawan. Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di
Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya
menghabiskan kayuhannya.

Pengajaran
o Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam
diri.
o Kita janganlah menghina sesama sendiri.
o Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
o Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
o Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-
beradik.
o Kita janganlah bercakap bohong.

Contoh pengajaran:

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail


bin Sarbini terdapat beberapa pengajaran dipaparkan dalam
novel ini.
Antaranya ialah kita hendaklah berani menyahut cabaran.
Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar
tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh
basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia
mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.
Selain itu, kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah
kita lakukan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari
melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran,
pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di
pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
Pengajaran lain dalam novel ini ialah kita hendaklah
prihatin dan murah hati terhadap insan lain. Johari sentiasa
membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau
cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan
Azlina ketika jatuh dari basikal.

Anda mungkin juga menyukai