Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis Novel Destinasi Impian

Johari, Azlina, dan Firdaus telah menyahut cabaran ____________ mereka untuk
melakukan ekspedisi berbasikal dari Klang ke ______________. Mereka ingin
membuktikan kepada datuk mereka bahawa mereka juga boleh berbasikal ke Morib
seperti yang pernah dilakukan oleh datuk mereka suatu ketika dahulu. Azlina dan
Johari yang sememangnya gemar akan sukan lasak ini kelihatan gembira menyahut
cabaran datuk mereka berbanding dengan Firdaus yang bersifat agak manja. Firdaus
menganggap bahawa ekspedisi berbasikal itu sebagai kerja gila.

Azlina dan Johari ingin melakukan ekspedisi berbasikal tersebut supaya Firdaus
menjadi seorang lelaki yang ________________ berbanding dengan
perwatakannya yang agak lembut dan gemar akan kerja-kerja yang dilakukan oleh
orang perempuan. Oleh itu, Azlina kerap mencabar dan menyakiti hati Firdaus agar
Firdaus menyahut cabaran mereka.

Sepanjang perjalanan sejauh lebih 50 kilometer itu, pelbagai cabaran yang


ditempuhi oleh mereka termasuk kerenah Firdaus yang kerap _____________
kerana keletihan. Sikap Firdaus yang tidak sabar itu menyebabkan kerap berlakunya
konflik antara dia dengan adiknya, Azlina. Walau bagaimanapun, Johari sepupu
kepada Azlina dan Firdaus yang lebih dewasa lebih bersikap sabar dan bijak dalam
menghadapi kerenah mereka. Setelah hampir lapan jam berkayuh dan berhenti rehat
beberapa kali, mereka pun tiba di pantai Morib dengan didahului oleh Firdaus.

Ketibaan Firdaus disambut oleh rakan-rakannya. Dia berasa amat bangga tambahan
pula ________________ turut berada di situ. Mereka tidak jadi menonton
wayang kerana mahu menyambut ketibaan Firdaus. Hari jadi Mazlinda juga telah
ditunda memandangkan ibu bapanya terpaksa keluar daerah. Firdaus juga
membohongi kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa perjalanan mereka
mengambil masa yang lama kerana adiknya Azlina sering berhenti rehat. Firdaus
juga tidak mempedulikan ketibaan Azlina dan Johari.

Sementara itu, Johari dan Azlina disambut oleh rakan-rakan kolej Johari dan
mereka menginap di khemah yang berlainan dan agak jauh dari khemah Firdaus.
Dua orang rakan Firdaus, iaitu Sazali dan Moksin yang tidak mempercayai cerita
Firdaus berjumpa dengan Azlina. Mereka bertanyakan kebenaran cerita Firdaus,
iaitu kelewatan mereka tiba di Pantai Morib kerana Azlian ketihan dan sering
berhenti rehat. Azlina menceritakan perkara yang sebenar kepada mereka. Sazali dan
Mohsin bertekad untuk memaksa Firdaus mengakui perbuatannya. Pada malamnya,
Firdaus bermimpi dirinya lemas setelah dihumban ke dalam laut oleh Sazali dan
Moksin kerana berbohong. Mimpi tersebut telah menyedarkan Firdaus akan
kesalahannya berbohong dan mula berasa takut.

Pada keesokan harinya, Johari dan Azlina ingin bertolak pulang tetapi
________________ tidak mahu menyertai mereka. Pada mulanya, Azlina tidak
sampai hati hendak meninggalkan abangnya tetapi setelah dipujuk oleh Johari,
akhirnya mereka berbasikal pulang berdua sahaja. Sementara itu, Firdaus dan
rakan-rakannya bergembira mandi-manda di laut. Dalam kegembiraan itu, Mazlina
lemas dan cuba dibantu oleh Firdaus, tetapi dia hampir lemas kerana tidak pandai
berenang.
Sebaik sahaja sedar, Firdaus susah berada di hospital. Sebenarnya, Mazlinda
berpura-pura lemas kerana ingin menguji Firdaus. Firdaus berasa malu dan sedar
akan sikapnya yang angkuh. Firdaus juga menerima teguran Johari secara positif.

PERSOALAN :
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:

i. Jiwa remaja yang mudah _____________________

Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran.
Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.

ii. ___________________________ dan kemurahan hati terhadap insan lain.

Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat
datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.

iii. Keberanian mengharungi ________________________________

Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima
cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai
daya juang yang tinggi dan penyabar.

iv. Keinsafan setelah sedar dari ________________________________

Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang
yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula
sedar dan insaf dari kesalahannya.

v. Usaha dan _______________________________ menghasilkan kejayaan

Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai
Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam
perjalanan.

Contoh persoalan: soalan novel

Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa
persoalan dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, ialah Jiwa remaja yang mudah
memberontak Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima
cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami
kesusahan. Selain itu, Keberanian mengharungi rintangan juga salah satu persoalan dalam
novel ini. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima
cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai
daya juang yang tinggi dan penyabar. Persoalan terakhir ialah keinsafan setelah sedar dari
kesilapan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang
yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula
sedar dan insaf dari kesalahannya.

Anda mungkin juga menyukai