Anda di halaman 1dari 4

Sinopsis Novel Destinasi impian (Ting 1)

Mohd Ismail Satbini


Novel ini bermula dengan Firdaus, Johari dan Azlina yang sedang berbasikal sebagai satu ekspidisi
dari Klang ke Pantai Morib. Mereka telah menyahut cabaran yang diberikan oleh datuk mereka
yang mengatakan generasi sekarang lemah dan tidak mempunyai semangat yang tinggi. Tetapi bagi
Azlina dan Johari pula, ekspidisi ini adalah untuk mengubah Firdaus supaya menjadi seorang lelaki
yang sejati kerana dia bersifat keperempuanan yang kuat akibat dimanjakan oleh ibu, bapa dan adik
beradiknya yang lain. Ekspidisi berbasikal itu telah membolehkan mereka untuk melihat dan
mengetahui tentang kehidupan sekeliling mereka.
Dalam ekspidisi itu, Firdaus menganggap perjalanan tersebut adalah perjalanan yang gila. Akibat
sering merungut, Azlina berasa kurang senang dan saling menyindir antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun, Johari sebagai sepupu yang lebih matang sentiasa sabar dan bijak
menghadapi kerenah adik sepupunya itu. Akhirnya, ekspedisi tersebut berjaya tiba di Pantai Morib
Baru. Firdaus yang bangga dengan dirinya telah disambut oleh rakan-rakannya seperti Sazali,
Moksin, Salim, Erma, Azrina dan Mazlinda. Firdaus tidak menyangka kehadiran rakan-rakannya
kerana beranggapan mereka sedang menonton wayang dan menyambut hari kelahiran gadis
idamannya, Mazlinda. Firdaus juga telah membohong kepada rakan-rakan mereka bahawa
perjalanannya lewat kerana adiknya yang banyak berehat sepanjang perjalanan.
Johari dan Azlina pula duduk bersantai bersama rakan-rakan Johari yang juga penuntut di
Universiti Putra Malaysia. Azlina telah didatangi oleh Moksin dan Sazali untuk bertanyakan
tentang kebenaran cerita Firdaus. Firdaus juga telah membohongi Mazlinda bahawa dia pandai
berenang. Keesokan harinya, Joari dan Azlina bertolak pulang meninggalkan Firdaus yang ingin
tinggal bersama rakan-rakannya. Mereka bermandi-manda di laut. Mazlinda yang bijak telah
berpura-pura lemas untuk melihat sama ada Firdaus boleh berenang atau tidak. Tetapi akhirnya,
Firdaus yang lemas dan diselamatkan oleh Mazlinda. Firdaus sedar di hospital dan ditemani oleh
Johari serta Azlina. Dia berasa malu kerana telah berbohong dan bersikap angkuh tetapi Johari
menasihatinya untuk sentiasa berfikiran waras dan mengetahui batas diri sendiri. Johari juga
menasihati supaya tidak menundukkan muka terhadap cabaran. Sewaktu Mazlinda datang bersama-
sama rakan-rakannya yang lain, Firdaus berasa malu dan menundukkan muka. Namun selepas
mengingat kepada nasihat Johari, Firdaus memberanikan diri untuk memandang rakan-rakannya.
Tema
Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi banyak cabaran
dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar keadaan
sekelilingnya Firdaus, Johari dan Azlina perlu menempuh beberapa cabaran dalam perjalanan
mereka berbasikal ke Pantai Morib. Peristiwa tersebut telah berjaya mematangkan Firdaus setelah
dia memperoleh pengajaran yang banyak sepanjang ekspidisi menuju ke destinasi impian mereka.
Contohnya, Firdaus menghadapi cabaran untuk berkayuh sejauh 50 kilometer tanpa sebarang
persediaan. Selain itu, Azlina pula telah terbabas ke tepi jalan dan jatuh sehingga cedera di tangan.
Akhir sekali, Johari pula menghadapi cabaran melayan karenah Firdaus dan Azlina yang suka
bertelingkah dan sindir-menyindir sepanjang ekspidisi berbasikal tersebut.

Persoalan
1. Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan yang dibuat.
 Selepas peristiwa hampir lemas, Firdaus mula sedar dan insaf denagn segala kesilapan
seperti bersifat sombong dan membohong pada waktu dahulu

2. Persoalan keberanian untuk menghadapi cabaran.


 Azlina telah menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer

3. Persoalan usaha yang dilakukan bersama-sama menghasilkan kejayaan


 Johari, Firdaus dan Azlina akhirnya berjaya mengayuh basikal sehingga ke pantai morib

4. Persoalan keprihatinan terhadap kebajikan orang lain.


 Johari membantu sepupunya Firdaus dan Azlina yang jatuh kemalangan dengan segera
untuk memberikan sebarang bantuan

5. Persoalan mentaliti dan perasaan remaja yang memberontak.


 Firdaus seorang remaja yang cepat mengalah dan tidak boleh menerima cabaran

6. Persoalan semangat setiakawan yang begitu kuat antara kawan-kawan


 Kasmadiana, Kasman dan Tamrin merupakan sahabat baik Johari telah menunggunya
untuk tiba di Pantai Morib Baru
Watak dan Perwatakan
1) Johari
 Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia
 Merupakan sepupu kepada Firdaus dan Azlina
 Gemar berbasikal sejak sekolah rendah
 Seorang yang aktif bersukan kerana menyahut cabaran datuknya dengan berbasikal dari Klang
ke Morib
 Seorang yang penyabar kerana melayan kerenah Firdaus sewaktu mereka menyertai ekspedisi
berbasikal
 Sorang yang Rasional dan bertanggungjawab apabila dia menyelesaikan masalah yang timbul
di antara Azlina dan Firdaus

2) Azlina
 Merupakan sepupu kepada Johari dan adik kepada Firdaus
 Seorang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kapar Pernah memenangi olahragawati
di peringkat sekolah
 Seorang yang aktif dan cergas di mana Azlina tidak merungut kepenatan berbasikal dan
mengagumkan Firdaus ‘
 Seorang penyayang kerana walaupun bertengkar dengan Firdaus, Azlina tetap mempertahankan
abangnya selepas Sazali dan Moksin mempersenda abangnya.
 Seorang yang pandai berkata-kata apabila mematahkan hujah atau kata-kata Firdaus

3) Firdaus
 Abang kepada Azlina
 Seorang yang berperwatakan lembut kerana dikelilingi dengan adik beradik perempuan sahaja
Gemar menolong kakaknya memasak dan mengubah bunga
 Seorang yang sombong kerana dipuji oleh rakan-rakannya kerana berjaya berbasikal sejauh 50
kilometer dan melupakan pertolongan Johari dan Azlina
 Seorang yang menyimpan dendam selepas memerli adiknya, Azlina yang cedera dan luka
kerana puas dapat membalas semula perbuatan tersebut
 Seorang yang tidak jujur kerana berbohong kepada rakan-rakannya bahawa kelewatannya
disebabkan oleh Azlina dan Johari yang kerap berhenti untuk berehat

4) Mazlinda
 Merupakan kawan kepada Firdaus
 Seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi kerana sanggup berkhemah di
Pantai Morib demi memberikan sokongan dan semangat kepada Firdaus yang berbasikal dari
Klang ke Morib
 Seorang yang pandai berenang selepas menyelamatkan Firdaus yang hampir lemas kerana cuba
menyelamatkan dirinya
 Seorang yang bijak kerana telah berpura-pura lemas untuk melihat kecekapan Firdaus untuk
menyelamatkannya
5) Datuk
 Merupakan datuk kepada Johari, Firdaus dan Azlina Seorang yang mempunyai kuat semangat
kerana pernah menunggang basikal lebih kurang 50 kilometer

6) Sazali
 Rakan kepada Firdaus
 Bangga akan kejayaan Firdaus yang mengayuh basikal dari Klang ke Morib
 Dia curiga terhadap kata-kata Firdaus kononnya dia lewat tiba di Morib kerana adiknya, Azlina
banyak berehat
 Seorang yang berani kerana menemui Azlina untuk bertanyakan sama ada apa yang
diperkatakan oleh Firdaus adalah benar atau tidak

Anda mungkin juga menyukai