Anda di halaman 1dari 6

Novel Destinasi Impian

(Mohd Ismail Sarbini)

Watak
_________

Watak
_______

Watak
________
Bab 1
Firdaus, Azlina dan Johari mengayuh basikal menuju ke Banting tetapi Firdaus
berasa letih kerana penat. Namun Johari menghalang cadangannya atas alasan
keindahan alam sepanjang perjalanan mereka. Mereka dapat melihat kesalahan
penggunaan bahasa pada papan tanda. Tiba-tiba tayar basikal Firdaus pancit sehingga
dia bermuka masam dan tiada niat untuk meneruskan perjalanan.

Bab 2
Firdaus menyesali tindakannya mengikuti kembara kerana letih berbanding dengan
Johari yang rajin berbasikal sejak kecil sehingga menuntut di Universiti Putra
Malaysia. Namun, kata-kata datuknya yang rajin berbasikal memberi semangat untuk
dia meneruskan perjalanan dan dia tidak mahu dirinya dikenali sebagai pengecut. Oleh
sebab sikap kurang memberi perhatian, Firdaus terlanggar batu besar lalu terjatuh
apabila sebuah kereta membunyikan hon sehingga dia mengalami luka pada sikunya.

Bab 3
Kaki Azlina berasa lenguh kerana terlalu penat pada pukul 12 tengah hari dan dia
terkejut apabila Firdaus dan Johari tidak kelihatan. Oleh sebab itu, dia singgah di
sebuah gerai yang menjual air tebu dan dia menyatakan kepada tuan gerai itu bahawa
dia mengayuh basikal dari Klang ke Banting. Tidak lama kemudian, Firdaus dan Johari
muncul lalu Firdaus minum air tebu di gerai itu dengan lahap kerana kehausan.

Bab 4
Johari menyedari Firdaus keletihan tetapi dia tidak mahu menjadikan perkara ini
sebagai alasan kerana Firdaus dan Azlina mesti mengerti makna penat lelah orang tua
mereka dan kesusahan pejuang nehara menuntut kemerdekaan. Mereka sudah
mengayuh basikal sejauh 55 kilometer sehingga tiba di pekan Banting dan melewati
Balai Polis Banting dan Sungai Lang, mereka berhenti di hadapan rumah pemain
badminton negara Misbun Razif, Jalani dan Rashid hasil bimbingan ayah mereka, Haji
Sidek.
Bab 5
Perasaan Firdaus tersinggung kerana Azlina dan Johari menyatakan bahawa lagu-lagu
cinta tidak berguna. Oleh sebab itu, Firdaus mengayuh basikal terlalu laju supaya
Azlina dan Johari ketinggalan jauh di belakang. Firdaus teringat akan ajakan kawan-
kawannya untuk menonton wayang tetapi dia berasa terkilan hanya kerana tidak dapat
bersama Mazlinda yang akan menyambut hari jadinya sedangkan dia berada di Morib.
Azlina mengajak Firdaus untuk berlumba teapi ajakan itu tidak diendahkan olehnya.
Mereka berdua terbabas ke tepi selepas sebuah lori memotong mereka sehingga Azlina
terjatuh tanpa dibantu oleh Firdaus.

Terangkan tema novel ini berserta dengan contoh yang sesuai

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini, tema
bermaksud pokok persoalan utama dalam sesebuah karya. Novel ini bertemakan
masalah dan konflik yang menggambarkan kehidupan seorang remaja yang
menghadapi cabaran dalam hidup. Contohnya, Firdaus iaitu seorang individu
yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar. Bukan mudah untuk
menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus seorang
anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga. Contohya,
Firdaus sentiasa dicabar oleh adiknya Azlina. Namun demikian, Azlina tetapkan
memperthankan abangnya Firdaus sekiranya abangnya itu diganggu atau diejek
oleh sesiapa.
Terangkan persoalan novel ini berserta dengan contoh yang sesuai

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini


terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini. Antaranya, ialah
jiwa remaja yang mudah memberontak. Firdaus seorang anak muda yang
cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya Firdaus
selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.

Selain itu, keberanian mengharungi rintangan juga salah satu persoalan


dalam novel ini.  Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar
tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50
kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi
dan penyabar.

Persoalan terakhir ialah keinsafan setelah sedar dari kesilapan. Firdaus


akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang
yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa
lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

Terangkan watak utama dan perwatakannya dalam novel ini berserta dengan contoh
yang sesuai

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak utama
dalam novel ini ialah Firdaus.
Firdaus merupakan seorang yang bertingkah laku agak keperempuanan. Dia
seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam
keluarganya. Dia juga seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan
melakukan aktiviti luar. Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu
meneruskan racangan mereka untuk berbasikal ke Morib.
Selain itu dia seorang yang selalu dimanjakan. Firdaus dimanjai dan segala
kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka
mempunyai empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus.
Akhirnya, dia seorang yang suka berdendam, Firdaus mendendami adiknya,
Azlina.Dia langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.

Terangkan watak sampingan dan perwatakannya dalam novel ini berserta dengan
contoh yang sesuai

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak
sampingan/watak kegemaran saya dalam novel ini ialah Azlina. Dia merupakan
seorang atlet sukan. Azlina merupakan  olahragawati Sekolah Menengah Kapar
kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan. Dia seorang yang suka mengejek
Firdaus, Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubah
menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang
abang yang sememangnya seorang lelaki. Bukan itu sahaja, dia juga seorang yang
kuat semangat. Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah
mengayuh selama empat jam setengah. Akhirnya dia seorang yang suka akan cabaran.
Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat
beberapa pengajaran dipaparkan dalam novel ini.
Antaranya ialah kita hendaklah berani menyahut cabaran. Azlina seorang
perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk
mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya
juang yang tinggi dan penyabar.
Selain itu, kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Firdaus
akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas
baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula
sedar dan insaf dari kesalahannya.
Pengajaran lain dalam novel ini ialah kita hendaklah prihatin dan murah hati
terhadap insan lain. Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan.
Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh
dari basikal.

Anda mungkin juga menyukai