Anda di halaman 1dari 13

NOVEL DESTINASI IMPIAN

SINOPSIS

Novel ini bermula dengan Firdaus, Johari dan Azlina yang sedang berbasikal sebagai satu ekspidisi dari Klang ke Pantai Morib. Mereka telah
menyahut cabaran yang diberikan oleh datuk mereka yang mengatakan generasi sekarang lemah dan tidak mempunyai semangat yang tinggi.
Tetapi bagi Azlina dan Johari pula, ekspidisi ini adalah untuk mengubah Firdaus supaya menjadi seorang lelaki yang sejati kerana dia bersifat
keperempuanan yang kuat akibat dimanjakan oleh ibu, bapa dan adik beradiknya yang lain. Ekspidisi berbasikal itu telah membolehkan mereka
untuk melihat dan mengetahui tentang kehidupan sekeliling mereka. Dalam ekspidisi itu, Firdaus menganggap perjalanan tersebut adalah
perjalanan yang gila. Akibat sering merungut, Azlina berasa kurang senang dan saling menyindir antara satu sama lain. Walaubagaimanapun,
Johari sebagai sepupu yang lebih matang sentiasa sabar dan bijak menghadapi kerenah adik sepupunya itu. Akhirnya, ekspedisi tersebut berjaya
tiba di Pantai Morib Baru. Firdaus yang bangga dengan dirinya telah disambut oleh rakan-rakannya seperti Sazali, Moksin, Salim, Erma, Azrina
dan Mazlinda. Firdaus tidak menyangka kehadiran rakan-rakannya kerana beranggapan mereka sedang menonton wayang dan menyambut hari
kelahiran gadis idamannya, Mazlinda. Firdaus juga telah berbohong kepada rakan-rakan mereka bahawa perjalanannya lewat kerana adiknya
yang banyak berehat sepanjang perjalanan. Johari dan Azlina pula duduk bersantai bersama rakan-rakan Johari yang juga penuntut di Universiti
Putra Malaysia. Azlina telah didatangi oleh Moksin dan Sazali untuk bertanyakan tentang kebenaran cerita Firdaus. Firdaus juga telah membohongi
Mazlinda bahawa dia pandai berenang. Keesokan harinya, Johari dan Azlina bertolak pulang meninggalkan Firdaus yang ingin tinggal bersama
rakan-rakannya. Mereka bermandi-manda di laut. Mazlinda yang bijak telah berpura-pura lemas untuk melihat sama ada Firdaus boleh berenang
atau tidak. Tetapi akhirnya, Firdaus yang lemas dan diselamatkan oleh Mazlinda. Firdaus sedar di hospital dan ditemani oleh Johari serta Azlina.
Dia berasa malu kerana telah berbohong dan bersikap angkuh tetapi Johari menasihatinya untuk sentiasa berfikiran waras dan mengetahui batas
diri sendiri. Johari juga menasihati supaya tidak menundukkan muka terhadap cabaran. Sewaktu Mazlinda datang bersama-sama rakan-rakannya
yang lain, Firdaus berasa malu dan menundukkan muka. Namun selepas mengingat kepada nasihat Johari, Firdaus memberanikan diri untuk
memandang rakan-rakannya.

TEMA

Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi banyak cabaran dalam hidup. Firdaus seorang
individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar keadaan sekelilingnya Firdaus, Johari dan Azlina perlu menempuh
beberapa cabaran dalam perjalanan mereka berbasikal ke Pantai Morib. Peristiwa tersebut telah berjaya mematangkan Firdaus setelah
dia memperoleh pengajaran yang banyak sepanjang ekspidisi menuju ke destinasi impian mereka. Contohnya, Firdaus menghadapi
cabaran untuk berkayuh sejauh 50 kilometer tanpa sebarang persediaan. Selain itu, Azlina pula telah terbabas ke tepi jalan dan jatuh
sehingga cedera di tangan. Akhir sekali, Johari pula menghadapi cabaran melayan karenah Firdaus dan Azlina yang suka bertelingkah
dan sindir-menyindir sepanjang ekspidisi berbasikal tersebut.

PERSOALAN
i. JIWA REMAJA YANG MUDAH MEMBERONTAK

Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut
dan memberontak apabila mengalami kesusahan.
ii.
KEPRIHATINAN DAN KEMURAHAN HATI TERHADAP INSAN LAIN.

Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada
Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.
iii.
KEBERANIAN MENGHARUNGI RINTANGAN

Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal
sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.
iv.
KEINSAFAN SETELAH SEDAR DARI KESILAPAN

Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan
bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
v.
Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan

Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana
usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam perjalanan.

WATAK DAN PERWATAKAN


FIRDAUS AZLINA

 Tinggi lampai, berambut keriting halus,


berhidung mancung, dan berkulit putih.  Gadis berusia 16 tahun.
 Tingkah laku agak keperempuanan.  Bertubuh kurus dan tinggi lampai.
 Seorang yang gemar duduk di rumah  Olahragawati Sekolah Menengah Kapar.
berbanding dengan melakukan aktiviti luar.  Adik kepada Firdaus.
 Suka menghabiskan masa di rumah  Suka mencabar Firdaus.
dengan menonton televisyen dan melakukan  Seorang yang kuat semangat.
kerja-kerja perempuan.  Sentiasa riang dan cergas.
 Selalu dimanjakan.  Suka akan cabaran.
 Gemar membaca cerita-cerita bintang  Mempertahankan abangnya yang selalu
filem dan penyanyi. diejek oleh rakan-rakan.
 Cepat marah apabila kepenatan.  Suka mengkritik dan tidak mudah
 Suka berdendam. melenting apabila dikritik.
 Meminati Mazlinda.
JOHARI
AZLINA

 Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia.


 Merupakan kawan kepada Firdaus.
 Merupakan sepupu kepada Firdaus dan Azlina.
 \
 Gemar berbasikal sejak sekolah rendah.  Seorang yang mempunyai semangat setiakawan
yang tinggi kerana sanggup berkhemah di Pantai
 Seorang yang aktif bersukan kerana menyahut cabaran Morib demi memberikan sokongan dan semangat
datuknya dengan berbasikal dari Klang ke Pantai kepada Firdaus yang berbasikal dari Klang ke
Morib. Morib.

 Seorang yang penyabar kerana melayan kerenah
Firdaus sewaktu mereka menyertai ekspedisi berbasikal.  Seorang yang pandai berenang selepas
menyelamatkan Firdaus yang hampir lemas
kerana cuba menyelamatkan dirinya.
 Sorang yang Rasional dan bertanggungjawab apabila
dia menyelesaikan masalah yang timbul di antara  Seorang yang bijak kerana telah berpura-pura
Azlina dan Firdaus lemas untuk melihat kecekapan Firdaus untuk
menyelamatkannya
DATUK  Merupakan datuk kepada Johari, Firdaus dan Azlina.

 Seorang yang mempunyai kuat semangat kerana pernah
menunggang basikal lebih kurang 50 kilometer

SAZALI  Rakan kepada Firdaus Bangga akan kejayaan Firdaus yang


mengayuh basikal dari Klang ke Morib.
 Dia curiga terhadap kata-kata Firdaus kononnya dia lewat tiba
di Morib kerana adiknya, Azlina banyak berehat.
 Seorang yang berani kerana menemui Azlina untuk
bertanyakan sama ada apa yang diperkatakan oleh Firdaus
adalah benar atau tidak
Monolog

“Kalau macam ini, sampai esok pun tak akan sampai ke Morib. Geram betul!”
bisikku

Dialog

“Gila! Ini kerja gila!” jerit Firdaus

TEKNIK Imbas kembali

PLOT Wajah Salim tiba-tiba hadir di runag ingatanku. Firdaus teringat kawannya yang
bernama Salim

Imbas muka

Firdaus bermimpi Sazali dan Moksin mencampakkannya ke lau

Saspens
Pembaca tertanya-tanya apa yang berlaku kepada Firdaus dan Azlina setelah
sebuah lori memotong mereka ketika menunggang basikal
BINAAN PLOT
PERMULAAN

Watak Firdaus, Johari dan Azlina diperkenalkan oleh pengarang ketika mereka sedang menyertai ekspedisi berbasikal. Ekspidisi
berbasikal tersebut dilakukan dengan beberapa tujuan seperti untuk menyahut cabaran datuk mereka yang mengatakan bahawa
generasi muda hari ini lemah dan tidak bersemangat tinggi. Tujuan seterusnya adalah untuk melihat tanah air mereka yang
merdeka dengan lebih dekat dan menjadikan Firdaus seorang lelaki sejati

PERKEMBANGAN

Kisah tentang sepanjang ekspedisi berbasikal mereka seperti menemui gejala pencemaran bahasa, rumah tokoh dan jaguh
badminton negara. Pelbagai cabaran juga mereka hadapi seperti Firdaus yang terjatuh selepas terkejut dengan bunyi hon. Johari
membandingkan sikap Azlina dengan Firdaus yang berbeza bagai langit dan bumi.

© Sumber Asal
PERUMITAN Informasi Dari : https://www.irujukan.my/novel-destinasi-impian/
Firdaus yang menganggap perjalanan mereka sebagai satu perjalanan yang gila dan ingin berpatah balik menyebabkan Azlina
menyindirnya dan bertengkar dengannya. Sebuah lori besar yang laju melalui sebelah mereka telah menyebabkan Azlina terbabas
ke kiri jalan dan jatuh terlanggar sebuah lubang. Menurut Firdaus, kemalangan yang Azlina hadapi pula adalah balasan
perbuatannya terhadap Firdaus. Sikap Firdaus itu ditegur oleh Johari yang berdendam terhadap Azlina.

KLIMAKS

Mereka akhirnya tiba di destinasi tujuan mereka iaitu Pantai Morib Baru. Johari dan Azlina menyertai rakan-rakan Johari manakala
Firdaus menyertai rakan-rakannya seperti Moksin, Sazali, Erma dan Mazlinda. Mereka bergembira sambil bermandi manda di
pantai tersebut. Keesokan harinya, Johari dan Azlina pulang tanpa Firdaus yang masih ingin bermandi di pantai tersebut. Firdaus
yang bermandi di laut telah lemas dan diselamatkan oleh Mazlinda dan seterusnya dibawa ke hospital

PELERAIAN
Selepas peristiwa hampir lemas, Firdaus sedar dengan kesilapan dirinya yang angkuh. Johari dan Azlina melawat Firdaus di
Hospital dan Johari telah menasihati Firdaus agar bersikap waras dan berani menghadapi cabaran. Akhirnya, Firdaus berani untuk
berjumpa dengan Mazlinda, Zarina, Erma Sazali dan Moksin selepas mengingat kata-kata Johari untuk menjadi lebih baik.

© Sumber Asal Informasi Dari : https://www.irujukan.my/novel-destinasi-impian/


LATAR CONTOH

LATAR  Sekolah Menengah Kapar: Tempat di mana Johari, Firdaus dan Azlina bersekolah.
TEMPAT
 Pantai Morib Baru: Tempat yang dituju oleh Johari, Azlina dan Firdaus untuk berkhemah selepas
berbasikal.

 Pekan Banting: Tempat tinggal Johari, Firdaus dan Azlina di mana mereka memulakan ekspidisi
berbasikal.

 Hospital: Firdaus dibawa ke hospital kerana dia lemas ketika menyelamatkan Mazlina.
LATAR MASA  Waktu malam: Firdaus bermimpi tentang rakan-rakannya mencampak dirinya ke laut kerana
membohongi mereka.

 Waktu maghrib: Tamrin mengalunkan azan maghrib dari dalam khemah.

 Hari Sabtu: Hari sambutan hari jadi Mazlinda tetapi tidak dapat disertai sambutan tersebut kerana
menyertai ekspidisi berbasikal ke Morib.
LATAR  Masyarakat yang aktif bersukan: Azlina selalu berjoging dan tidak mempunyai masalah untuk menyertai ekspedisi
MASYARAKAT berbasikal.
 Masyarakat yang penyabar: Johari sangat bersabar dengan Firdaus yang tidak henti ingin membatalkan ekspedisi
berbasikal yang disertainya.
 Masyarakat lelaki yang berperwatakan seperti perempuan: Firdaus yang membesar dengan adik beradik
perempuan seorang yang lemah lembut dan pandai menggubah bunga.
 Masyarakat yang mementingkan diri sendiri: Pemandu lori yang memandu dengan laju sehingga Azlina terbabas
dan terjatuh di kiri jalan.
 Masyarakat yang angkuh selepas mengecapi kejayaan: Firdaus lupa diri selepas mendapat pujian dan daripada
rakan-rakannya.
 Masyarakat yang memiliki semangat juang yang tinggi: Azlina dan Johari kekal bersemangat ketika berbasikal ke
Morib.
GAYA BAHASA
Peribahasa

 bagaikan langit dengan bumi,


 macam kacang lupakan kulit
Simile

Aku berasa bangga bagaikan setitik minyak jatuh ke permukaan air mengmbang seluas-luasnya dalam hatiku

Hiperbola

makin kuat gelak ketawa kami. Dan aku berasa seluruh kepenatan yang menggayuti tubuhku hilang serta-merta. Mengapa?

Metafora

Tetapi, bukankah aku lebih hebat kerana Mazlinda ke sini semata-mata kerana mahu menyambutku!
Gunung kebanggaan di hatiku menjadi semakin tinggi
Sinkope

“Kalau abang nak berjalan sampai ke Morib pun saya boleh temankan” Azlina tergolek memandangku, kemudian
memandang abangnya
Personafikasi

Angin kencang yang menampar-nampar muka, sekejap sahaja mereka hilang ditelan kegelapan malam.
NILAI CONTOH
KEBERANIAN Johari, Azlina dan Firdaus berani menyahut cabaran datuk mereka untuk
menyertai ekspidisi berbasikal sejauh 50km.

BIJAKSANA Johari mempunyai banyak pengetahuan apabila dapat menerangkan


bangunan bersejarah yang ditemukan semasa ekspedisi berbasikal

PRIHATIN Johari dan Azlina prihatin dan mengekori Firdaus supaya dia tidak
tersesat jalan untuk ke Pantai Morib Baru.

SETIAKAWAN Tamrin dan Kasman telah mendirikan khemah untuk menyambut Johari
dan Azlina manakala Kasmadiana membantu menyediakan makanan dan
minuman.
RAJIN Firdaus rajin membantu enak dan kakaknya melakukan kerja rumah
seperti memasak dan menggubah bunga.

KOMITED Azlina yang cedera selepas terjatuh daripada basikal tetap komited
untuk meneruskan ekspidisi ke Pantai Morib Baru
PENGAJARAN

Kita seharusnya berani untuk menyahut cabaran kerana ia dapat membuka potensi diri kita ke arah atau perkara
yang baru dan lebih baik

Kita mesti kekal bersemangat tinggi selepas berazam untuk melakukan sesuatu perkara atau misi

Kita perlu menyayangi ahli keluarga, saudara dan rakan-rakan dengan kasih sayang kerana ia akan merapatkan
hubungan dan membuatkan diri dihargai.

Kita hendaklah berlapang dada menerima kritikan yang diberikan oleh orang lain jika kita sendiri suka mengkritik
orang lain

© Sumber Asal Informasi Dari : https://www.irujukan.my/novel-destinasi-impian/


Kita perlu mengelak daripada lupa diri atas jasa baik orang lain yang banyak berjasa kepada kejayaan kita pada
hari ini

Kita seharusnya bersikap jujur dan mengukur kemampuan diri kita supaya tidak menyusahkan orang lain

Anda mungkin juga menyukai