Anda di halaman 1dari 7

Sinopsis Novel Destinasi Impian

Johari, Azlina, dan Firdaus telah menyahut cabaran datuk mereka untuk melakukan ekspedisi
berbasikal dari Klang ke Morib. Mereka ingin membuktikan kepada datuk mereka bahawa mereka
juga boleh berbasikal ke Morib seperti yang pernah dilakukan oleh datuk mereka suatu ketika dahulu.
Azlina dan Johari yang sememangnya gemar akan sukan lasak ini kelihatan gembira menyahut
cabaran datuk mereka berbanding dengan Firdaus yang bersifat agak manja.

Firdaus menganggap bahawa ekspedisi berbasikal itu sebagai kerja gila. Azlina dan Johari ingin
melakukan ekspedisi berbasikal tersebut supaya Firdaus menjadi seorang lelaki yang tahan lasak
berbanding dengan perwatakannya yang agak lembut dan gemar akan kerja-kerja yang dilakukan oleh
orang perempuan. Oleh itu, Azlina kerap mencabar dan menyakiti hati Firdaus agar Firdaus menyahut
cabaran mereka. Sepanjang perjalanan sejauh lebih 50 kilometer itu, pelbagai cabaran yang
ditempuhi oleh mereka termasuk kerenah Firdaus yang kerap merungut kerana keletihan. Sikap
Firdaus yang tidak sabar itu menyebabkan kerap berlakunya konflik antara dia dengan adiknya, Azlina.
Walau bagaimanapun, Johari sepupu kepada Azlina dan Firdaus yang lebih dewasa lebih bersikap
sabar dan bijak dalam menghadapi kerenah mereka.

Setelah hampir lapan jam berkayuh dan berhenti rehat beberapa kali, mereka pun tiba di pantai
Morib dengan didahului oleh Firdaus. Ketibaan Firdaus disambut oleh rakan-rakannya. Dia berasa
amat bangga tambahan pula Mazlinda turut berada di situ. Mereka tidak jadi menonton wayang
kerana mahu menyambut ketibaan Firdaus. Hari jadi Mazlinda juga telah ditunda memandangkan ibu
bapanya terpaksa keluar daerah. Firdaus juga membohongi kawan-kawannya dengan mengatakan
bahawa perjalanan mereka mengambil masa yang lama kerana adiknya Azlina sering berhenti rehat.
Firdaus juga tidak mempedulikan ketibaan Azlina dan Johari. Sementara itu, Johari dan Azlina
disambut oleh rakan-rakan kolej Johari dan mereka menginap di khemah yang berlainan dan agak
jauh dari khemah Firdaus. Dua orang rakan Firdaus, iaitu Sazali dan Moksin yang tidak mempercayai
cerita Firdaus berjumpa dengan Azlina. Mereka bertanyakan kebenaran cerita Firdaus, iaitu kelewatan
mereka tiba di Pantai Morib kerana Azlian ketihan dan sering berhenti rehat.

Azlina menceritakan perkara yang sebenar kepada mereka. Sazali dan Mohsin bertekad untuk
memaksa Firdaus mengakui perbuatannya. Pada malamnya, Firdaus bermimpi dirinya lemas setelah
dihumban ke dalam laut oleh Sazali dan Moksin kerana berbohong. Mimpi tersebut telah
menyedarkan Firdaus akan kesalahannya berbohong dan mula berasa takut. Pada keesokan harinya,
Johari dan Azlina ingin bertolak pulang tetapi Firdaus tidak mahu menyertai mereka. Pada mulanya,
Azlina tidak sampai hati hendak meninggalkan abangnya tetapi setelah dipujuk oleh Johari, akhirnya
mereka berbasikal pulang berdua sahaja. Sementara itu, Firdaus dan rakan-rakannya bergembira
mandi-manda di laut. Dalam kegembiraan itu, Mazlina lemas dan cuba dibantu oleh Firdaus, tetapi
dia hampir lemas kerana tidak pandai berenang. Sebaik sahaja sedar, Firdaus susah berada di
hospital. Sebenarnya, Mazlinda berpura-pura lemas kerana ingin menguji Firdaus. Firdaus berasa
malu dan sedar akan sikapnya yang angkuh. Firdaus juga menerima teguran Johari secara positif.
Tema

Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam
hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar. Bukan mudah
untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus seorang anak muda yang
dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:

i. Jiwa remaja yang mudah memberontak

Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran.
Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.

ii. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.

Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat
datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.

iii. Keberanian mengharungi rintangan

Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima
cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya
juang yang tinggi dan penyabar.

iv. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan

Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang
panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan
insaf dari kesalahannya.

v. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan

Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib
Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam perjalanan.

Contoh persoalan:
Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa
persoalan dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, ialah Jiwa remaja yang mudah memberontak

Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia
selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan. Selain itu, Keberanian
mengharungi rintangan juga salah satu persoalan dalam novel ini. Azlina seorang perempuan
berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50
kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar. Persoalan
terakhir ialah keinsafan setelah sedar dari kesilapan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari
melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas
peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

Nilai

· Cinta akan bahasa kebangsaan – Azlina cinta akan bahasa


kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan
mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai
kesalahan bahasa.
· Keberanian – Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang
kelemasan di lautan.
· Keprihatinan – Johari prihatin memberikan bantuan kepada
Azlina semasa Azlina luka akibat terjatuh dari basikalnya.
· Bertanggungjawab – Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku
dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.
· Semangat setia kawan – Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi
menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

Contoh Nilai :

Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa nilai
dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, nilai cinta akan bahasa kebangsaan .Azlina cinta akan
bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa
papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa. Seterusnya, nilai kedua ialah
nilaibertanggungjawab. Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan
pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati. Nilai terakhir dalam movel ini ialah nilai semangat
setia kawan . Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut
Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.
Pengajaran

· Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.


· Kita janganlah menghina sesama sendiri.
· Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
· Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
· Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik.
· Kita janganlah bercakap bohong.

Contoh pengajaran:

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa pengajaran
dipaparkan dalam novel ini. Diantaranya ialah kita hendaklah berani menyahut cabaran. Azlina
seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk
mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang
tinggi dan penyabar. Selain itu, kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.Firdaus
akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran,
pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari
kesalahannya. Pengajaran terakhir dalam novel ini ialah kita hendaklah prihatin dan murah hati
terhadap insan lain. Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-
cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.

Watak dan Perwatakan

Firdaus (watak utama)

· Tingkah laku agak keperempuanan.- seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya
dia seorang anak lelaki dalam keluarganya

· Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar- Firdaus
beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan racangan mereka untuk berbasikal ke
Morib.

· Selalu dimanjakan- Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya
memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan sebelum
memiliki Firdaus.

· Suka berdendam- Firdaus mendendami adiknya, Azlina. Dia langsung tidak membantu Azlina
yang tercedera.

Azlina ( watak sampingan)


· Olahragawati Sekolah Menengah Kapar- Azlina yang merupakan olahragawati Sekolah
Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan

· Suka mengejek Firdaus- Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk
berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang
sememangnya seorang lelaki.

· Seorang yang kuat semangat- Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah
mengayuh selama empat jam setengah.

· Suka akan cabaran- Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke
Morib.

Contoh watak utama

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak utama dalam novel ini ialah
Firdaus. Dia merupakan seorang yang bertingkah laku agak keperempuanan. Dia seorang yang agak
lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarganya. Dia juga seorang
yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar. Firdaus beria-ia mahu
pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan racangan mereka untuk berbasikal ke Morib. Selain
itu dia seorang yang selalu dimanjakan,Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu
bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan
sebelum memiliki Firdaus. Akhirnya, dia seorang yang suka berdendam,Firdaus mendendami
adiknya, Azlina.Dia langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.

Contoh watak sampingan / kegemaran

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak sampingan/watak
kegemaran saya dalam novel ini ialah Azlina. Dia merupakan seorang atlek sukan, Azlina merupakan
olahragawati Sekolah Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan. Dia
seorang yang suka mengejek Firdaus, Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk
berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang
sememangnya seorang lelaki.Bukan itu shaja, dia juga seorang yang kuat semangat.Azlina yang
kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh selama empat jam
setengah.Akhirnya dia seorang yang suka akan cabaran.Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk
mereka untuk berbasikal ke Morib.
Plot Binaan Plot

(a) Permulaan – Permulaan novel Destinasi Impian ialah Johari, Azlina, dan Firdaus menyahut
cabaran datuk mereka untuk membuat kayuhan sehingga ke Pantai Morib.

(b) Perkembangan – Peringkat perkembangan cerita apabila terdapat pelbagai halangan semasa
kayuhan contohnya sikap Firdaus yang mudah berputus asa dan ingin menamatkan kayuhan.

(c) Klimaks – Peringkat Klimaks novel ini ialah apabila Firdaus berjaya menamatkan kayuhan dan
disambut oleh rakanrakan. Di sana, dia berjaya mendekati Mazlinda dan rahsia Firdaus diketahui oleh
Mokhsin dan Sazali.

(d) Peleraian – Peringkat peleraian novel ini ialah Firdaus kelemasan di lautan dan insaf dengan
sikapnya terhadap adik dan rakan-rakannya.

Teknik Plot

(a) Teknik pemerian

(b) Teknik dialog

(c) Teknik imbas kembali

(d) Teknik monolog

(e) Teknik monolog dalaman

Latar masa

a) Pukul 7:00 pagi

(b) Pukul 2:30 petang

(c) Pukul 3:00 petang

(d) Pukul 3:30 petang

(e) Hari Sabtu bulan Jun


Latar masyarakat

(a) Masyarakat yang gemar membaca

(b) Masyarakat yang tidak mempercayai kata-kata orang lain melainkan melihat dengan sendiri.

(c) Masyarakat lelaki yang bertingkah laku lembut.

(d) Masyarakat yang sentiasa menjadi bahan usikan.

(e) Masyarakat yang tegas.

(f) Masyarakat yang prihatin.

Latar tempat

(a) Gerai air tebu

(b) Tepi jalan

(c) Tapak perkhemahan

(d) Di bawah pokok ru

Anda mungkin juga menyukai