Anda di halaman 1dari 1

Kemalangan Jalan Raya

Berita kemalangan jalan raya sudah menjadi lumrah


berita dada akhbar-akhbar harian sekarang ini. Sama ada
kemalangan meragut nyawa atau tidak, peristiwa tersebut
banyak terpapar dalam akhbar. Rakyat Malaysia menganggap
kemalangan jalan raya sebagai satu tragedi yang biasa dan
tidak menjadi satu peristiwa yang ganjil.
Kemalangan jalan raya melibatkan semua pengguna jalan
raya iaitu pejalan kaki, motosikal, kereta, lori dan
pelbagai lagi bentuk kenderaan sama ada yang berat atau yang
ringan. Kenderaan yang kerap mengalami kemalangan jalan raya
ialah motosikal. Penunggang-penunggang motosikal adalah
mangsa yang terbesar dalam kemalangan jalan raya yang
meragut nyawa. Ini diikuti oleh pejalan kaki dan kenderaan-
kenderaan yang lain. Punca kemalangan jalan raya pula
berbagai-bagai. Akan tetapi punca utama adalah kerana
kecuaian pemandu yang memandu kenderaan mereka dengan laju,
tidak mematuhi isyarat jalan raya dan kenderaan yang tidak
diperiksa keselamatannya terlebih dahulu sebelum memulakan
sesuatu perjalanan.
Bagi pejalan kaki, mereka tidak terlepas daripada
kemalangan jalan raya. Kanak-kanak sekolah yang suka
bermaian-main atau bergurau ketika di jalan raya, sering
menjadi mangsa kemalangan. Kenderaan yang dipandu dengan
laju akan menyambar mereka dan menyebabkan kecederaan dan
mungkin akan membawa maut.
Jalan raya adalah tempat perhubungan, akan tetapi jika
disalah gunakan dan tidak mematuhi peraturannya maka jalan
raya akan menjadi tempat kemalangan yang mengerikan. Oleh
itu, berhati-hatilah ketika menggunakan jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai