Anda di halaman 1dari 2

KATA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP

1.  Merujuk kata kerja yang mesti menerima pelengkap untuk menyempurnakan ayat.
2.  Tanpa pelengkap, maksud ayat jadi tergantung.

Bil. Kata Kerja Pelengkap Maksud Ayat


1. Saya ada Maksud ayat tergantung dan sukar
difahami.
2. Saya ada bola. Bola ialah pelengkap – maksud ayat
jelas.

Unsur Subjek Kata kerja Pelengkap


Kata 1.  Ramlan berada di Melaka.
Nama 2.  Rumah itu beratapkan daun bertam.
3.  Puan Rossa memiliki chalet di pantai
itu.
Kata 1.  Wajah Mak Munah kembali ceria.
Adjektif2.  Gadis kampong itu kelihatan sungguh ayu.
3.  Suasana di beransur sunyi kembali.
kampung itu
Frasa 1.  Mereka tinggal di rumah itu.
Sendi 2.  Angin kencang itu menuju ke arah pantai.
Nama 3.  Peserta lawatan itu bermalam di Hotel Perdana.

KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

1.  Merujuk perbuatan yang dilakukan oleh pelaku terhadap dirinya sendiri.


2.  Kata kerja ini dapat berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.

Bentuk Subjek Kata Kerja Tak


Transitif
Kata kerja tak Kanak-kanak itu menangis.
transitif tanpa Pak Tua tertidur.
pelengkap
Pohon kelapa meliang-liuk.
 
3.  Contoh-contoh kata kerja tak transitif tanpa pelengkap seperti berikut :
pengsan termenung menjeling
berehat berucap belajar
karam bergaduh menjerit

4.  Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap boleh menerima unsure keterangan untuk
menambah maklumat tambahan.
Bentuk Subjek Kata Kerja Penerangan
Kata kerja Dia menangis kerana lapar.
tak transitif Matahari baru terbit sebentar tadi.
dengan
Raju pengsan akibat keletihan.
keterangan
Encik Johan berucap dalam majlis itu.
Catatan : tanpa keterangan , ayat di atas sudah lengkap.

Anda mungkin juga menyukai