Anda di halaman 1dari 7

Jenis-jenis ayat bahasa Melayu 1. Ayat Penyata 2. Ayat Tanya 3. Ayat Perintah 4. Ayat Tanya 5. Ayat Seru 1.

Ayat Penyata
Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan. contoh: 1. Mereka berkumpul di padang sekolah. 2. Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu. 3. Bangunan sekolah ini sudah tua. 4. Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.

2. Ayat tanya
Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara: Cara-cara untuk membentuk ayat tanya 1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata Ayat penyata Tetamu sudah tiba. Buah itu sudah masak. Mereka kita. hendak menolong Ayat tanya Tetamu sudah tiba? Buah itu sudah masak? Mereka hendak menolong kita?

Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.

2.

Menggunakan partikel "kah"

Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disongsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya songsang:

Ayat penyata Tetamu sudah tiba? Buah itu sudah masak? Mereka kita? hendak menolong

Ayat tanya Sudah tibakah tetamu? Sudah masakkah buah itu? Hendak menolong kitakah mereka?

Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna.

3.

Menggunakan pelbagai kata

Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa, mengapa, mana, dan siapa. Kata Ada Apa Bagaiman a Bila Mengapa Mana Siapa Ayat tanya Tanpa partikel "kah" Tiada Apa yang kamu beli tadi? Bagaimana cara mendaftar diri? Mengapa kamu lambat hari ini?. Mana ibu? Siapa kamu? nama jiran Dengan partikel "kah" Adakah cara saya ini betul? Apakah yang kamu beli tadi? cara untuk untuk Bagaimanakah mendaftar diri?

Bila ayah kamu pulang?

Bilakah ayah kamu pulang? datang

datang Mengapakah kamu lambat hari ini?. Manakah ibu? baru Siapakah kamu? nama jiran

baru

Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.

Kesalahan yang biasa berlaku


Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:

Tetamu sudah tibakah? Buah itu sudah masakkah? Mereka hendak menolong kitakah?

Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:

Tetamu sudah tibake? Buah itu sudah masakke? Mereka hendak menolong kitake?

3. Ayat perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan. Jenis perintah Perintah Suruhan Larangan Permintaan Ajakan Silaan Doa Harapan Contoh penggunaan Berdiri di atas kerusi itu. Ikat tali kasut anda dengan betul. Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya. Tolong angkat baju itu. Mengucaplah banyakbanyak. Sila jamu selera. Syukurlah kamu sudah kembali. Harap-harap hari tidak hujan.

Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan.

Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:

Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan. Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.

4. Ayat Seru
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru.

Kata Seru

dan Penerangan Ayat Contoh

Aduh Digunakan untuk (a)Menyatakan perasaan sakit (b)Menyatakan perasaan kagum/hairan 1. Aduh, sakitnya tanganku! 2. Aduh, indah sekali pemandangan di sini! Aduhai Digunakan untuk menyatakan perasaan sedih/dukacita 1. Aduhai, malang sekali nasib peminta sedekah itu! 2. Aduhai, apalah malang nasibku ini! Ah Digunakan untuk menyatakan perasaan penolakan/tidak bersetuju/membantah 1. Ah, aku tidak bersetuju! 2. Ah, aku tiada masa untuk melayan engkau! Amboi Digunakan untuk menyatakan perasaan kagum/hairan

1. Amboi, sombongnya dia! 2. Amboi, hebat sekali engkau beraksi!

Cis/cih Digunakan untuk (a) Menyatakan perasaan marah (b) Menyatakan perasaan mengejek/menyindir 1. Cis, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga! 2. Cih, harimau di hutan lagi dapat kujinakkan, inikan pula cicak mengkarung! Eh Digunakan untuk menyatakan perasaan hairan/terkejut 1. Eh, bilakah kau pulang ke tanah air! 2. Eh, Salim pun ada di sini! Hai Digunakan untuk (a) Menyatakan perasaan hendak menegur atau menyapa seseorang (b) Cuba menarik perhatian 1. Hai, nama saya Patsy! 2. Hai, lihat anak kecil di hujung sana itu! Nah Digunakan untuk menarik perhatian dan pelbagai maksud lain 1. Nah, ambillah pemberikanku ini! 2. Nah, serahkan saja perkara ini kepada mereka! Wah Digunakan untuk menyatakan perasaan kagum/takjub 1. Wah, tinggi sungguh cita-citamu! 2. Wah, mulia sekali hatimu!

Wahai Digunakan untuk (a) Menyatakan perasaan dukacita (b) Mendapatkan perhatian 1. Wahai kawan-kawanku, marilah kita bersatu padu! 2. Wahai anak-anak bangsaku, janganlah leka dengan kemewahan dunia!

Nota Tambahan Ayat Perintah Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan. Kaji contoh berikut: Jenis perintah Larangan Kata perintah Jangan, usah Contoh penggunaan Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah komunis. Usah pergi ke sungai yang dalam airnya. Sila menjamu selera. Jemput ke rumah saya malam esok, ada kenduri kawin Tolong jangan cemarkan nama baik diri sendiri. Minta bersihkan meja awak.

Silaan

Sila, jemput

Permintaan

Tolong, minta

Kesalahan umum
1. Kesalahan menggunakan kata seru yang salah atau tidak menggambarkan perasaan yang dinyatakan. Contoh: (a) (i) Wahai, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini! (SALAH) (ii) Wah, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini! (BETUL) (b) (i) Cis, sakit sungguh jariku ini! (SALAH) (ii) Aduh, sakit sungguh jariku ini! (BETUL) Ayat (a)(i) dan (b)(i) salah kerana tidak menggunakan kata seru yang betul. Gunakan kata seru berdasarkan gambaran perasaan yang dinyatakan dalam ayat tersebut. 2. Kesalahan meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat. Contoh: (a) (i) Nah! ambillah buku ini sebagai hadiah daripadaku. (SALAH) (ii) Nah, ambillah buku ini sebagai hadiah daripadaku! (BETUL) (b) (i) Wah! bergaya benar dia hari ini. (SALAH) (ii) Wah, bergaya benar dia hari ini! (BETUL) Ayat (a) (i) dan (b)(i) salah kerana meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat seru. Untuk semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di akhir ayat seru

Anda mungkin juga menyukai