Anda di halaman 1dari 23

SINOPSIS:

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi
mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya,
yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu
Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang
tiada yang aneh-aneh berlaku.Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada
X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di
institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang
dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin
tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai
mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-
kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya.
Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan
yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan
operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu
sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.
TEMA

Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.

Tabah menghadapi kematian anak peremuannya

o Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan


tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu down
sinDoktorom. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya
meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan
anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta
agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti
Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan
menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada
kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha
menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa
oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di
tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak
itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang
tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya
itu.
PERSOALAN

Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat. Sikap lebih


mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang
tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan
rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di
sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak menggangu rutin dan
statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang
tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.

Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga.


Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga
menggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong.
Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan
minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun
sikapnya yang memastikan kebersihan setiap isteri tidak sah menjadikan dia seorang
yang pemilih.

Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul.Raiha bersetuju untuk


melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglah
yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi
tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat
kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk
melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.

Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan. Felecia mengaku kesalahannya


Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yang
menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu
dihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang
meragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya kerana
takut.
Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan. Walaupun Raiha sudah mengetahui
punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang
membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda
dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan
dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Felicia
sebaliknya reda menerima berita tersebut.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Raiha

Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama
6 bulan

Doktor pakar bedah

Anak kepada doktor pakar bedah

Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakah Pakar
Perunding Pembedahan.

Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya

Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian

Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri
sendiri.

Sentiasa terkenang peristiwa malang yang mengikabatkan kematian anak


kesayangannya.

Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.

Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa

Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang


mereka berasal daripada Nunuk Ragang.
Watak Sampingan

Doktor Uwang

Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih

Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang surgery

Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur

Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan

Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu

Berwajah kacak dan segak

Berusia pertengahan empat puluhan

Bertubuh sederhana

Dikenali sebagai ahli bongkar pasang

Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.

Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh

Unong Siron

Bekas Pesakit Doktor Uwang

Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untuk
bertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.

Kurus cengkung dan pucat

Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu

Mempunyai masa depan yang cerah


Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat

Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar Negara

Doktor Sadiz

Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang

Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman

Pakar Perunding Pembedahan

Pakar Bedah Otak

Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha

Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari
Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.

Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinya
Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa disedari anak
perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan
rentung.

Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahui
kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.

Ayah Raiha

Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan

Seorang yang optimistic

Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha mengahwini


Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.
Sudah meninggal dunia

Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.

Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.

Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai,
tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.

Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.

Sister Felicia Landosi

Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor
Sadiz

Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.

Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan.
Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marak
akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.

Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan
berkhidmat di hospital yang sama.

Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu Unong
Siron yang menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat rawatan
walaupun sudah lima kali menjalani pembedahan.
LATAR

Latar Tempat

1. Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih

o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang

o Tempat Rahia bertugas sebagai pakar bedah.

o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selama


enam kali pembedahan

o Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan kemalangan


sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.

o Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah


bawah mendapatkan rawatan.

o Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penceroboh yang menyamar
sebagai doktor.

1. Apartment Raiha

o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan
hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan
Pantai Kasih

o Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran


menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.

1. Rumah Tumpangan

o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar
dari rumah agam milik Doktor Sadiz

o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentung
akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuan
mereka berada di situ pada waktu itu.

1. Rumah Doktor Uwang

o Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya

o Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa Doktor


Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.

o Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.

1. Mahkamah Keluarga

o Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwa
kematian anak perempuan mereka akibat rentung.

1. Wad Super VVIP

o Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasih

o Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang

o Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin


o Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.

1. Daerah Inanam

o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah

o Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini

1. Hospital Kinabalu

o Tempat Raiha baharu bertugas di situ.

o Sempat bertugas beberapa tahun di situ

o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat

Latar Masa

1. Malam Hari

o Kemalangan Doktor Uwang

Doktor Uwang menerima panggilan paslu yang menyatakan bahawa


berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan
pergelangan tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas dan
melanggar tembok di pusat rawatan tersebut.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan


ke atas Doktor Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik
keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan terhadap
pesakit gologan menengah dan sederhana.

Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih

o Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahan
Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.

o Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron
membantu secara psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong
memerlukan bantuannya sebagai doktor. Walau bagaimanapun Unong sudah
dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Degan helah
tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.

Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz

o Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas dia
disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.

o Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke
rumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah
didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan
rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak
petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah dengan tindakan
Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan
disambar api yang sedang marah membakar kereta mewahnya itu sehingga
meragut nyata anak perempuannnya itu.

Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih

o Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilan


kecemasan. Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah panggilan palsu.
Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharu
sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu.

o Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehingga
menyebabkan Raiha membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke
atasnya.

1. Waktu Senja

o Pembedahan keenam

Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung


pada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh Raiha
selepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan
peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut dengan
penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut
adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.

Latar Masyarakat

1. Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan

o Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil


alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak
menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya
itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan harga
yang dirasakan munasabah untuknya.

1. Latar masyarakat yang takut berterus terang

o Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan
yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felcia
tahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah
Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha.

1. Latar masyarakat yang ego


o Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Daktor
Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut
sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang
membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol
sehingga menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada disitu
disambar api tersebut.

1. Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi

o Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar
sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan
tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan
matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu menjadi pakar pembedahan yang
ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

1. Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan

o Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun
anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkan
mereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.

1. Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas

o Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil
pergaulan bebas sewaktu mudanya.

o Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upaya
sehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama.

1. Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya

o Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula
apabila ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasih
kepadanya.

o Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat


Rawatan Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi
sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang
terlatih.

GAYA BAHASA

1. Peribahasa

o Similie

Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan silam,

1. Penggunaan Diksi

o Kata-kata istilah sains perubatan

Kata istilah sains perubatan banyak digunakan oleh penulis. Penulis


menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran yang jelas tentang
bidang perubatan. Antaranya

X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP, diagnostic,


roentgen, CT-Scanning, ultra sonotopografi (SUG), mamografi,
angiografi, hemodialisis
Perkataan masyarakat setempat

o Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak mempengaruhi penulis


menggunakan istilah daerah atau tempatan. Antaranya

Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol

NILAI

1. Nilai Kerajinan

o Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di
kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya
belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.

o Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada
mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan
sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk
membuat demonstrasi.

1. Nilai Ketekunan

o Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar
sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-
citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah,
namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan dia
seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

1. Nilai Keberanian

o Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak


perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi
oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama
baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri kerana
mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul
untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.

1. Nilai Bertanggungjawab

o Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron


sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana
Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa
menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya
gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit
yang sama sehingga lima kali.

1. Nilai Keprihatinan

o Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan
sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan
pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang bukan calang-calang. Rasa
prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja tadi
merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah penderitaan dan kesakitan
yang dialami oleh Unong selama ini.

1. Nilai Ketabahan

o Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak


menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk
menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai
seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan
dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh
Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah
yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan
akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan
untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.

o Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi
seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan
matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.

1. Kita hendaklah menghormati hak orang lain

o Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron
berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai
Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya
itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai
Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.

1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan

o Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawab


sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang diambil. Doktor Sadiz tidak
bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuannya. Dia
merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha atas peristiwa
hitam itu.

1. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.

o Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskan


bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orang
mampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untuk
menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk
membelanjaan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan
sihat seperti anak orang lain.
1. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.

o Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun
belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga.
Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar
dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga.

1. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.

o Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh
ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia
menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh
Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandungnya
sering menjadi bahan melampias kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak
perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha,
namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan
tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz.

SINOPSIS NOVEL PANTAI KASIH SEMUA BAB (BAB


1 HINGGA BAB 9)
Bab 1
Doktor Raiha baru sahaja selesai menjalankan pembedahan sendi tulang pinggul
terhadap pesakit yang bernama Unong Siron. Pembedahan kali keenam itu sepatutnya
dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi diserahkan kepadanya kerana pakar itu mempunyai
urusan lain.Kelima-lima pembedahan sebelum itu telah dijalankan oleh Doktor Uwang .
Ketika bersendirian di pejabatnya, Doktor Raiha teringat akan Doktor Uwang yang telah
dikenalinya semasa belajar di universiti dahulu. Doktor Raiha menaruh hati kepada
Doktor Uwang tetapi Doktor Uwang telah berkahwin lalu dia memilh Doktor Sadiz
meskipun pilihannya itu ditentang oleh ayahnya. Sepuluh tahun kemudian, dia
menerima pelawaan Doktor Uwang untuk bekerja bersama-sama di Pusat rawatan
pantai Kasih (PRPK). Doktor Raiha juga teringat akan bantahan ayahnya apabila dia
menyatakan hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Ayahnya lebih suka Doktor Raiha
menjadi suri rumah tangga. Baginya, kaum wanita harus menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap rumah tangga,bukan bekerja seperti ibu Raiha yang menjadi
jururawat sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Doktor raiha juga teringat akan
kematian anaknya.
Sementara itu, Sister Felicia Londosi terkenang akan kematian seorang kanak-kanak
perempuan dalam kebakaran. Hal itu menyebabkan dia resah dan cemas lalu minum
ubat batuk yang diambilnya di bahagian farmasi. Oleh sebab kerap minum ubat batuk
Sister Felicia ketagih akan ubat batuk, malahan ubat itu telah diminumnya secara
berlebihan
Dia sebenarnya menyimpan perasaan marah dan dendam kepada Doktor Raiha dan
Doktor Uwang yang kerap memarahinya. Oleh sebab itu, dia meminta jadual
tugasannya ke sebelah malam supaya dia tidak bekerja bersama-sam dengan Doktor
Raiha pada sebelah pagi

Bab 2
Doktor Uwang ternampak seorang kanak-kanak perempuan berdiri tegak, kemudian
berkeliaran di halaman banglonya. Pada awalnya, dia menyangka kanak-kanak itu
pembantu rumahnya yang baru tetapi dia maklum bahawa isterinya tidak mengambil
pembantu rumah tanpa persetujuannya. Malahn, isterinya itu juga akur akan
kehendaknya yang hanya ingin memperoleh seorang anak.
Doktor uwang mentadbir PRPK sepenuhnya setelah tanggungfjawab itu diserahkan oleh
ayahnya, Datu Ontong. Semasa berada di bawah pengurusan Datu Ontong , PRPK
hanya mempunyai tiga orang doktor iaitu Datu Ontong,Doktor Alex Ng dan Doktor
uwang sendiri.Setelah Doktor Uwang menerajui PRPK, dia telah menambahkan serta
memperindah wad-wad dan bangunan. Selain itu , peralatan canggih juga dibawa
masuk. Hal itu dilakukan agar dia dapat mengenakan bayaran yang mahal kepada para
pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan disitu. Doktor Uwang lebih
mementingkan wang ringgit daripada tugas murni seorang doktor, iaitu memberikan
rawatan terbaik kepada pesakit.
Di dalam bilik kerjanya, Doktor Raiha teringat akan peristiwa seorang lelaki yang
menyamar sebagai doktor menceroboh pusat rawatan itu beberapa minggu lalu.
Pemuda itu tidak sempat ditangkap kerana telah melarikan diri. Namun begitu, Sebelum
pergi, pemuda itu mengugut akan datang ke PRPK semula.
Ketika berjalan di bahagian hadapan pusat rawatan itu, Doktor Raiha seakan-akan
ternampak seorang wanita yang merupakan dirinya sendir bersama-sama seorang
kanak-kanak kurang upaya. Kanak-kanak itu terkoraban dalam kebakaran kereta mewah
milik Doktor Sadiz sebelum sempat Doktor Raiha mencapai tanganya. Selepas itu, dia
terbayang akan wajah bekas suaminya, Doktor Sadiz.

Bab 3
Felicia teringat akan kereta mewah Doktor Sadiz yang terbakar tapi segera berusaha
untuk focus terhadap pekerjaanya ketika itu. Dia merawat seorang pesakit bergelar
Datin. Datin tersebut menegur Felicia yang dilihatnya seperti sakit, namun dianfikan
oleh Felicia dengan mengatakan kulit wajahnya pucat disebabkan cuaca panas musim
kemarau. Selepas itu, dia keruang dapur hospital dan berbual-bual dengan Kartini
Borhan, jururawat muda tentang kebimbangan mereka sekiranya pemuda yang
menyamar sebagai doktor itu akan datang semula ke PRPK. Penyamran pemuda itu
Berjaya dikesan keitka dia cuba memberikan rawatan terhadap Unong Siron
Ketika keluar dari mahkamah syariah setelah mengikuti perbicaraan kes antara Raiha
dengan Doktor Sadiz itu. Isteri Doktor Uwang mengagak ada kerosakan pada kereta
mewah tersebut yang tidak dikesan. Sebelum itu, dalam perbicaraan, Doktor Sadiz
memenangi kes itu tetapi Doktor Raiha tersebut menuduh kereta mewah itu sengaja
dibakar oleh Doktor Sadiz sehingga menyebabkan anak perempuan meraka terkorban.
Di dalam kereta BMW miliknya, Doktor Raiha teringat akan layanan kasar Felicia
terhadap beberapa orang pesakit daripada masyarakt kelas menengah bawah. Angkara
perbuatanya berkasar terhadap ibu Unong Siron, Doktor Raiha mengarahkan Felicia ke
pejabatnya. Namun begitu, Felicia yang dikenalinya sejak sekolah rendah lagi itu segera
keluar dari pejabat Doktor Raiha beberapa minit kemudian dengan menutup pintu
pejabat secara kasar. Doktor Felicia juga terkenang akan latar belakang Felicia. Sebelum
pulang ke rumahnya, Doktor Raiha juga teringat akan tuduhan Doktor Sadiz bahawa dia
melarikan barang kemas yang dibeli oleh Doktor Sadiz untuknya, Doktor Raiha
menafikan tuduhan itu, Doktor Sadiz tidak akan menceraikan Doktor Raiha sebagai
balasan kerana tergamak memalukannya di hadapan masyarakat elit. Pada masa yang,
Doktor Uwang juga teringat akan kereta Porsche kepunyaan Doktor Sadiz yang terbakar
dahulu.

Bab 4
Doktor raiha teringat akan perbualanyya dengan Doktor Sadiz. Sebenarnya Doktor Sadiz
tidak mahu Doktor Raiha melahirkan anak mereka. Melalui gambaran ultrasound,anak
mereka yang bakal lahir itu tidak normal. Oleh itu, Doktor Sadiz memaksa Doktor Raiha
menggugurkan kandungannya tetapi Doktor Raiha enggan. Akhirnya, Doktor Raiha
melahirkan seorang anak perempuan yang dinamai Ayu (Rohayu binti Sadiz)
Doktor uwang kian gembira apabila mengenangkan keuntungan yang diperolehnya di
PRPK. Dia kini memiliki saham pusat rawatan itu melebihi lima puluh peratus . Namun
demikian, dia tersentak apabila melihat gambaran wajah anak Rania di kaca televisyen
Kekacauan jiwa yang dialami oleh Felicia masih berterusan. Dalam khayalannya, dia
berdialog dengan seorang pesakit lelaki yang pernah menerima rawatan di PRPK. Lelaki
itu marah kerana dia telah menghabiskan banyak duit untuk mendapatkan rawatan dan
hanya mahu dirawat oleh Doktor Raiha. Apabila tersedar daripada khayalannya, Felicia
mendapati dirinya berada di stor PRPK lalu menangis teresak-esak

Bab 5
Doktor Uwang menghabiskan masa lapangnya di sebuah pusat hiburan. Gambaran
wajah Doktor raiha menjelma semula dalam fikirannya. Kata-kata ayahnya, Datu
Ontong bahawa banyak perkara palsu, murah,dan tidak bermutu dalam dunia ini kerap
menganggu fikirannya. Selain itu, setiap kali dia dibayangi oleh wajah Unong Siron dan
anak Raiha, pergelangan dan lututnya berasa sakit.
Di PRPK, Doktor Mohammad datang tergesa-gesa setelah menerima panggilan telefon
untuk memintanya menangani kes kelahiran bayi perempuan pramatang walaupun
pada masa itu dia tidak bertugas. Rupa-rupanya panggilan telefon yang diterimanya itu
palsu. Sungguhpun begitu, Doktor Mohammad tidak marah kerana dia dapat berjumpa
dengan Felicia yang diminatinya. Seperti biasa, Felicia tidak mengendahkannya.

Bab 6
Setelah majlis bersempena sambutan ketibaan tahun baharu di rumah Doktor Uwang
selesai, Datu Ontong meminta Doktor Uwang menghantar Doktor Sadiz dan Felicia ke
rumah masing-masing kerana hari sudah lewat. Apabila tiba di kondominiumnya, Doktor
Sadiz mendapati Doktor Raiha telah lari bersam-sama Ayu dengan kereta Porsche milik
Doktor Sadiz.
Doktor Raiha teringat akan perbualannya dengan Felicia di dalam pejabatnya setelah
Felicia memarahi ibu Unong Siorn. Menurut Felicia, mereka ialah jirannya. Apabila dia
melihat Unong Siron berjalan terincut-incut setelah terlihat dalam kemalangan jalan
raya, dia mencadangkan Unong Siron mendapatkan rawatan PRPK. Sebenarnya, Felicia
mendapat wang ganjarandaripada Doktor UWang setiap kali dia membawa pesakit
baharu mendapatkan rawatan PRPK. Perkara itu mengejutkan Doktor Raiha kerana dia
tidak menetahui perkara tersebut. Namun demikian, hal itu tidak menjadi perhatian
Doktor Raiha,sebaliknya dia lebih mementingkan kebajikan para pesakit dan ahli
keluarga mereka. Tindakan Felicia mengasari ibu UnongSiron itu dianggapnya kejam lalu
mengingatkan Felicia agar tidak mengulangi perbuatan itu.
Doktor Raiha dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Doktor Uwang. Doktor Raiha
diminta datang ke PRPK dengan segera untuk melihat keadaan Unong Siron.

Bab 7
Felicia masuk ke ruang farmasi untuk mengambil ubat batuk. Dia mula minum ubat
batuk sejak remaja. Dia teringat akan kehidupannya sebagai anak yang tidak berbapa.
Ibunya membesarkannya dengan disiplin yang ketat dan tidak menyukai pilihannya
untuk menjadi jururawat. Perkara itu sering menyebabkan dia dan ibunya bertengkar
lalu dia minum ubat batuk untuk menghilangkan tekanan perasaannya. Dia juga
teringat akan keterlibatannya dalam peristiwa kebakaran kereta mewah Doktor Sadiz
beberapa tahun lalu. Felicia terserempak dengan seorang pemuda yang mengaku
dirinya Doktor Mohammad. Pada ketika itu, Felicia sudah tidak dapat berfikir dan
melihat dengan jelaas lagi akibat minum ubat batuk.
Setibanya di PRPK, Doktor Raiha dimaklumkan oleh jururawat yang bernama Ariana
Abdullah bahawa tiada sesiapa yang membuat panggilan kepadanya. Menurut Doktor
Alex Ng, mungkin Doktor Raiha menerima panggilan palsu daripada budak-budak nakal
kerana beberapa orang doktor lain di PRPK pernah menerima panggilan palsu.
Gambaran Doktor Sadiz terus menguasai fikiran Doktor Raiha.

Bab 8
Doktor Raiha melawat Unong Siron yang ditempatkan di wad kelas biasa. Doktor Raiha
bahawa Felicia telah ditahan di dalam bilik bedah oleh seorang pemuda yang dahulu
pernah menyamar sebagai doktor di PRPK. Doktor Alex Ng, beberapa orang pengawal
dan jururawat serta petugas lain berada di luar bilik bedah itu. Mereka tidak mampu
bebrbuat apa-apa kerana bimbang akan keselamatan Felicia. Mereka juga bersepakat
untuk tidak memberitahu hal itu kepada Doktor Uwang kerana dia tidak sihat.
Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk memujuk pemuda itu kerana dia mengenali
pemuda itu. Dia meminta pemuda itu Berjaya ditahan dan di bawa ke hospital sakit
jiwa.
Pemuda itu sebenarnya bekas menuntut perubatan di sebuah university tempatan .
Setelah gagal dalam peperiksaan semester terakhi, dia menjadi kurang siuman akibat
mendengar kata negatif jiran tetangga dan tekanan daripada keluarga serta teman
wanitanya.

Bab 9
Ketika mamandu keretnya, Doktor Uwang teringat akan peristiwa yang berlaku pada
malam dia menhantar Doktor Sadiz mendapati Doktor Raiha telah melarikan diri dengan
Ayu menggunakan keretanya, Doktor Sadiz membeli petrol dengan ditemani oleh
Doktor Uwang. Petrol itu kemudiannya digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar
keretannya itu tanpa menyedari Ayu berada berhampiran dengan kereta tersebut.
Doktor Uwang juga teringat akan perbualannya dengan ibu Unong Siron. Wanita itu
menmpelak kerana memberi alasan lima pembedahan yang dijalankan sebelum itu
tidak berjaya kerana sendi tulang yang dipasang pada pinggul Unong Siron tidak sesuai
dan badan Unong Siron tidak mampu melawan infeksi padahal Doktor uwang ingin
mengaut wang ringgit pesakitnya. Sebenarnya, Doktor Uwang menjadi doktor demi
memenuhi kehendak ayahnya sedangkan minatnya cenderung kepada bidang muzik
Doktor Raiha terinat akan kemalangan kereta yang menimpa Doktor Sadiz selepas
memenangi kes mereka di mahkamah dahulu. Kereta yang dipandu oleh Doktor Sadiz
merempuh belakang sebuah lori tangki miinyak lalu terperosok dibawah lori tangki itu.
Kereta itu terbakar dan menyebabkan Doktor Sadiz rentung.
Doktor Uwang kemudiannya terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandunya
melanggar tembok garaj PRPK. Pergelangan tangan dan lututnya hancur. Dengan
persetujuan isteri Doktor Uwang, Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng menjalankan
pembedahn penggantian sendi tulang pada pergelangan tangan dan lutut Doktor
Uwang. Alat ganti itu sebenarnya palsu dan bermutu rendah.
Felicia memohon maaf daripada Doktor Raiha atas keterlibatannya dalam kematian Ayu
sehari sebelum Ayu dihantar ke pusat rawatan kanak-kanak yang mengalami
sindrom down . Atas arahan Doktor Sadiz, membeli petrol yang digunakan oleh Doktor
Sadiz untuk membakar kereta Porschenya itu. Doktor raiha menerima ketentuan takdir
itu dengan hati yang terbuka

Anda mungkin juga menyukai