Anda di halaman 1dari 2

Kompenen dalam karangan : Pendahuluan | Isi | Kesimpulan Jawab soalan ini dahulu.

Buat rangka dan rancang perenggan anda. Jangan sia-siakan peluang untuk mendapat markah yang banyak dalam bahagian ini. A Pendahuluan ( anggaran 70 patah perkataan ) I K T H H = = = = = Isu Kesan isu Tindakan umum untuk menangani isu Hasil tindakan Hubung kait dengan soalan

** jangan ada isi yang menjawab soalan dalam perenggan ini ** B Isi ( anggaran 80 patah perkataan setiap perenggan x 5 isi ) T = Ayat Topik F = Frasa huraian F = Frasa huraian P = Penegasan Kesimpulan ( anggaran 70 patah perkataan ) R = Rumusan keseluruhan C = Cadangan umum A = Amaran peringatan yang bakal berlaku H = Harapan penulis terhadap isu. Kelebihan menggunakan formula dalam aktiviti mengarang. 1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan. 2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis. 3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk. 4. Perenggan yang seimbang dan sekata. 5. Komponen karangan lengkap ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan. Untuk mendapat A dari segi pemerengganan

Jumlah perenggan sekurang-kurangnya 7 perenggan dengan 5 isi. Setiap isi mesti ada sekurang-kurangnya 80 patah kata. Jumlah 400 patah perkataan. 70 untuk pendahuluan dan 70 untuk penutup. Jumlah karangan anda akan mengandungi 540 patah perkataan. Jika kurang 400 patah perkataan, agak sukar untuk mendapat A walaupun aspek lain cemerlang kerana pastinya isi tidak dapat dihuraikan dengan mantap. Huraian yang kurang mantap menyebabkan markah anda kurang walaupun bahasa menarik.

Untuk mendapat A Ayat Topik | Ayat Huraian | Ayat Penyimpul

Ayat topik ialah ayat yang menerangkan topik perbincangan dalam perenggan itu. Ayat topik ini mestilah jelas menjawab soalan yang dikemukakan. Jika soalan itu mahukan anda menulisusaha-usaha untuk mengatasi sosial remaja, maka ayat topiknya hendaklah jelas. Contohnya

Salah satu usaha untuk mengatasi masalah sosial remaja adalah dengan memastikan ibu bapa sentiasa memainkan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. ( Ini merupakan contoh ayat topik ). Selepas ayat tersebut barulah dibuat huraian berkaitan ayat topik tersebut. (Ayat huraian). Dalam huraian, anda hendaklah menjelaskan bagaimana ibu bapa dapat berperanan untuk memastikan anak-anak remaja mereka bebas daripada masalah sosial. Contohnya: Ibu bapa mesti memberi didikan tentang nilai moral dan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi sehingga mereka mampu mengaplikasikan setiap nilai moral dan agama itu dalam hidup mereka. Ibu bapa juga seharusnya memberikan contoh dan teladan terbaik untuk dicontohi oleh anak-anak dan tidak menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Ibu bapa yang sentiasa berusaha mendekati dan memahami jiwa anak remaja mereka akan membuatkan anak-anak lebih cenderung untuk meluahkan masalah kepada ibu bapa berbanding kepada rakan. Anda hendaklah menutup perenggan anda dengan ayat penyimpul. Ayat penyimpul merupakan kesimpulan isi untuk perenggan itu sahaja. Gunakan kata-kata seperti Jelaslah, oleh itu, sebab itulah, oleh hal yang demikian, sesungguhnya. Ayat penyimpul akan menegaskan ayat topik. Pemeriksa akan berasa puas dengan isi yang disampaikan kerana mantap, lengkap, menjawab soalan dan terurus. Dalam ayat penyimpul, bolehlah dimasukkan peribahasa yang sesuai kalau ada. Contoh Jelaslah bahawa ibu bapa yang bertanggungjawab dapat memastikan anak-anak mereka sentiasa menjadi insan yang berguna. Jika anak mereka cenderung ke arah perlakuan negatif, ibu bapa yang prihatin pasti dapat mengubah senario itu ke arah yang lebih baik.

INGAT ! Satu perenggan hanya ada 1 ISI. Dalam pendahuluan TIADA ISI Dalam penutup TIADA ISI.

Anda mungkin juga menyukai