Anda di halaman 1dari 3

Tajuk: Kesantunan Bahasa Cerminan Budaya

Adakah anda bangga berbahasa Bahasa Malaysia? Adakah anda berasa bangga
menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahagian daripada budaya kita? Adakah anda memiliki
kesantunan bahasa?

Ya! Sebagai anak Malaysia, saya bangga berbahasa Bahasa Malaysia! Tidak dapat
dinafikan bahawa kesantunan bahasa cerminan budaya. Integrasi nasional dalam kalangan
masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk memupuk kesantunan dan budi bahasa.
Hal ini kerana budi bahasa yang indah mencerminkan kebudayaan yang indah. Bahasa
berbeza mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri. Bahasa rasmi
di Malaysia ialah Bahasa Malayu. Bahasa Melayu juga boleh dikatakan sebagai Bahasa
Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi yang digunakan untuk semua
rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini kerana Bahasa Melayu mudah difahami oleh
semua kaum.

Kesantunan boleh didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan
baik dan kebajikan. Hal ini bermaksud seseorang yang bersifat baik dan sentiasa berbuat baik
terhadap orang lain adalah seseroang yang bersantun. Ia berasaskan kepada pertimbangan
akal, hawa, nafsu dan marah.” Kesantunan yang baik adalah dari pertimbangan akal yang
waras. Kesantunan juga merupakan suatu imej yang baik dan sifat yang dapat menyenangkan
hati orang lain.

Bahasa adalah bangsa, bahasa menunjukkan bangsa dan bahasa jiwa bangsa. Oleh
itu, bahasa memainkan peranan yang penting dalam meniti arus kehidupan yang semakin
mencabar. Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bahasa mewakili peradaban. Dalam
masyarakat Cina dan India pula, kesantunan bahasa bermaksud kesopanan dan kesusilaan
seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara supaya tidak meyinggung perasaan orang
lain. Sikap kesantunan juga amat penting dalam institusi keluarga. Hal ini demikian supaya
keluarga yang harmonis dapat diwujudkan.

Budaya boleh diperlihat dari segi kebijaksanaan. Budaya sesuatu bangsa


melambangkan sebahagian daripada peradaban bangsa. Budaya merupakan suatu cara
hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Oleh itu, bukan sahaja
untuk dilihat sahaja malah kita semua haruslah menjadikan sebahagian daripadanya. Budi
bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam memelihara tamadun bangsa yang
dibina. Tidak dapat dinafikan bahawa melalui sikap budi bahasa, ia akan dapat membina
kehidupan ummah yang baik, sihat dan sejahtera serta mampu memperkasakan tamadun
tinggi.
Dari segi kebudayaan orang Cina, kebanyakan kesantunan nilai sosial diterbitkan dari
konfusianisme dan Taoisme. Ajaran konfusianisme adalah arah menuju sifat-sifat manusia
sebagai individu mahupun dalam masyarakat. Ajaran konfusianisme, istilah aslinya adalah
Rujiao bermaksud agama dari orang-orang yang lembut hati dan berbudi luhur.
Konfusianisme mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia
di langit dengan manusia di bumi dengan baik.

Salah satu ajaran konfusianisme ialah kesusilaan (Li). Kesusilaan mempunyai


pengertian yang luas yang meliputi semua nilai-nilai etika, budi pekerti, kesopanan, dan moral.
Konfucius pernah berkata” Menghormat tanpa mengenal kesusilaan akan merupakan
pekerjaan yang merepotkan. Berhati-hati tanpa kesusilaan akan menimbulkan perasaan
serba takut. Keberanian tanpa kesusilaan akan menimbulkan kekacauan. Kejujuran tanpa
kesusilaan akan menimbulkan perilaku kasar." Oleh itu, kita haruslah diatur dengan kebajikan
dan dilengkapi dengan kesusilaan.

Ajaran Taoisme pula adalah diperkenalkan oleh Lao Tzu. Beliau dianggap sebagai
nabi bagi ajaran Taoisme dan dipuja sebagai dewa dalam agama Taoisme dan agama
tradisional Cina. Beliau amat mementingkan kesantunan bahasa dan telah menyenaraikan
peraturan masyarakat dalam memupuk insan yang bermoral. Salah satu peraturan adalah
mengelakkan keruntuhan akhlak dan sistem moral dalam masyarakat melalui prinsip Wu Wei.
Taoisme mementingkan kemoralan dan sememangnya ajaran Tao ialah kod kemoralan.

Dari segi Orang Melayu, bahasa dan budaya Melayu sebagai asas kepada
pembentukan tamadun Malaysia. Kesemua ini telah membentuk nilai budaya masyarakat
Melayu yang tinggi sehingga kini. Nilai-nilai murni masyarakat Melayu perlu dititikberatkan
kerana ia asas kepada perkembangan kebudayaan masyarakat Melayu di negara ini.
Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang yang beradab sebagai halus budi pekertinya
manakala yang tidak beradab dianggap kasar. Nabi Muhammad S.A.W menegaskan bahawa
kita haruslah menyempurnakan akhlak yang mulia. Orang Islam haruslah sentiasa bercakap
benar dan menekankan kesantunan bahasa. Terdapat beberapa daya kreativiti budaya
masyarakat Melayu yang dapat dilihat melalui penggubalan peribahasa yang bertujuan
sebagai panduan, teladan dan sempadan dalam proses sosialisasi. Sebagai contoh, bapa
borek anak rintik, melentur buluh biarlah daripada rebung dan seperti ketam mengajar anak
berjalan lurus.

Bagi budaya India pula, “kesantunan” bermaksud jasa dan sumbangan yang diberikan
kepada orang lain dengan hati yang ikhlas dan tidak mengharapkan balasan daripada orang
lain. Masyarakat India sangat patuh kepada ajaran agama Hindu yang juga mementingkan
budi bahasa yang mulia dalam kalangan penganutnya. Penganut yang taat kepada agama
akan menterjemahkan tingkah laku yang berbudi bahasa semasa bergaul dengan
masyarakat. Salah satu ciri amalan yang diamalkan dalam masyarakat India ialah bersopan
santun. Contoh amalan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat India ialah membuka
kasut ketika memasuki kuil.

“Sudah terang lagi bersuluh”, nilai budi bahasa akan menjadi kayu pengukur utama
kesantunan dan kesopanan seseorang dengan manusia yang lain. Sesungguhnya, amalan
kesantunan bahasa adalah amalan yang bersifat universal dan semua agama di dunia ini turut
menekankan agar penganutnya mengamalkan nilai peribadi ini dalam kehidupan. Oleh itu,
kita haruslah sentiasa mengingati bahawa kesantunan bahasa cerminan budaya. Seseorang
yang memiliki kesantunan bahasa boleh terpancar melalui tutur kata yang halus, tingkah laku
yang sopan dan gerak laku yang tertib!

(798 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai