Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGANALAN

Maksud bagi kesantunan bahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan
bahasa dari segi lisan atau penulisan dalam berkomunikasi.Kesantunan bahasa secara umum
merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik,sopan-santun,memancarkan peribadi
mulia,beradab dan menunjukkan penghormatan ketika berbicara.Begitu juga setiap agama
mengajar kita supaya berbuat baik dalam segala aspek kehidupan.Ajaran agama memainkan
peranan untuk setiap masyarakat hidup dalam keadaan harmoni di samping menjamin
kemakmuran dan kedamaian negara.Masyarakat Malaysia dididik untuk saling menghormati
antara satu sama lain kerana di Malaysia kaya dengan pelbagai kaum,bahasa,adat resam
dan kebudayaan untuk memelihara kedamaian.

2.0 ASPEK KESANTUNAN BAHASA

Kesantunan berbahasa telah muncul sebagai suatu bidang pengkajian yang menarik
dalam bidang sosiolinguistik.Aspek kesantunan yang lebih luas bukan sahaja penggunaan
bahasa berbentuk lisan mahupun penggunaan bahasa berbentuk tulisan semata-mata
malahan kesantunan bahasa juga dapat dilihat melalui pergerakan tubuh individu dan juga
perlambangan.Dengan kata lain,kesantunan dapat dibahagikan kepada 2 iaitu verbal dan non
verbal.Verbal bermaksud penggunaan bahasa yang baik,intonasi sopan,dan beradab seacara
tidak langsung menunjukkan penghormatan kepada teman bicara.Non verbal pula merujuk
kepada tingkah laku individu yang tidak menggunakan bahasa untuk berkomunikasi tetapi
dapat melihat melalui pergerakan individu dan mimik muka.

Kesantunan dititik beratkan dalam setiap masyarakat bagi mewujudkan


keharmonian.Za’ba (1950) dalam artikelnya bertajuk Malay Manners and Etiquete yang
diterbitkan dalam Journal Malayan Branch membincangkan beberapa amalan dan tatasusila
dalam masyarakat Melayu yang sentiasa dipupuk dan diamalkan oleh orang melayu sejak
turun-menurun dalam berkomunikasi.Dalam berinteraksi ada beberapa aspek yang diambil
kira seperti merendahkan suara ketika bercakap,menyapa dengan tertib,tidak sombong atau
memuji diri-sendiri serta menunggu giliran bercakap dan memberi orang lain bercakap.Ciri-
ciri ini dapat mewujudkan seseorang individu yang disegani masyarakat.Jika ciri-ciri tersebut
tiada dalam diri boleh diumpakan sebagai “tidak tahu bahasa”.

Menurut Asamah (2000),kesantunan berkait rapat dengan strategi kesantunan tutur


kata yang santun dan tingkah laku.Beliau membahagikan kesantunan kepada 2 jenis iaitu
kesantunan asas dan kesantunan berkala.Kesantunan asas bermaksud kesantunan sedia
ada untuk dijadikan pedoman berhubung anatara satu sama lain seperti yang diberi
penekanan dalam ajaran agama.Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang
menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat berdasarkan keadaan,tempat dan

1
situasi tertentu seperti tempat dan laras berlainan contohnya sesuai dengan pangkat
seseorang,rakyat dengan raja,anak murid dengan guru dan lain-lain yang memerlukan
adab,peraturan dan etika tertentu.

3.0 KONSEP BUDI BAHASA

Merujuk kefahaman saya tentang konsep budi Bahasa ialah:-

Budi ialah satu perbuatan yang baik dan mulia yang memberi manfaat kepada
seseorang.Bahasa pula merujuk kepada kesopan dan kesantunan seseorang dalam
pertuturan dan penulisan yang tidak menyinggung atau menyentuh perasaan mana-mana
pihak dari segi apa jua aspek seperti agama,peribadi dan lain-lain.Amalan memberi bantuan
kepada orang susah juga dipanggil budi bahasa tanpa mengira kaum,agama dan warna kulit,
bak kata pepatah “orang berbudi kita berbahasa , orang memberi kita merasa”.Melalui
perspektif masyarakat melayu,budi bahasa ialah peradaban orang melayu iaitu dari segi
perlakuan,tuturkata dan sifat-sifat yang indah dalam pergaulan sehari-harian.Sebagai contoh
masyarakat melayu menyatakan anak dara tidak manis apabila duduk bersila,sebaliknya anak
dara perlu duduk bersimpuh.Selain itu,apabila tetamu datang dan memberi salam kepada
tuan rumah,tuan rumah mesti menjawab salam.Ini juga dipanggil sebagai budi Bahasa dalam
masyarakat melayu.Ajaran konfusius juga menekankan tentang budi bahasa yang dikenali
sebagai Wulan.Wulan ini mementingkan hubungan yang baik antara raja dan menteri,mak
dan ayah,isteri dan suami,anak-anak dan ibu bapa,adik dan kakak,adik dan abang, dan
diantara rakan-rakan.Perkara ini menunjukkan masyarakat cina juga mementingkan tentang
budi bahasa.Dari segi pandangan kaum india pula,budi bahasa berkaitan rapat dengan nilai
kesopanan dalam system kekeluargaan.Mayarakat india lebih mementingkan konsep budi
basaha dalam konteks kekeluargaan.Dimana mereka berpegang kepada 4 objektif utama
yang perlu ada pada manusia iaitu aramldharma, porullartha, inbamlkama dan vidulmoksha
dan perkara-perkara ini berasakan moral dan etika termasuk budi bahasa dalam menjalani
kehidupan seharian mereka.

2
4.0 KEPENTINGAN KESANTUNAN BAHASA DAN BUDI BAHASA DALAM
MASYARAKAT MALAYSIA BERDASARKAN TOKOH TEMPATAN DAN TOKOH LUAR
NEGARA.

Kepentingan kesantunan berbahasa untuk mewujudkan perpaduan antara kaum di


Negara Malaysia kerana Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.Masyarakat
Malaysia mempunyai budi Bahasa dan saling menghormati antara satu sama lain tanpa
mengira warna kulit ataupun status individu.Setelah wujudnya sikap saling menghormati
barulah masyarakat hidup dalam keadaan aman harmoni walaupun masyarakat Malaysia
mempunyai kepelbagaian kaum.Pada pendapat saya,kepelbagaian kaum di Malaysia susah
didapati di negara-negara lain dan keharmonian di Malaysia sangat dicemburui negara lain
selepas Malaysia mencapai kemerdekaan sehinnga sekarang selama 63tahun Malaysia
merdeka.Pentingnya perpaduan dan hormat-menghormati antara satu sama lain bak kata
pepatah “Bersatu teguh,bercerai roboh”.

Kepentingan budi bahasa pula dapat mendidik masyarakat yang lebih


betamadun.Maksud masyarakat bertamadun ialah masyarakat mempunyai tahap susila yang
tinngi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah.Bagi membina tamadun dan
boleh berdiri di atas kaki sendiri masyarakat perlu mengelakkan diri mereka daripada
mengeluarkan kata-kata yang kasar yang dapat menyinggung perasaan orang lain
sehinggakan hasil diplomatik yang utuh menjadi runtuh.Sekiranya masyarakat kita lebih
berpegang kepada kepentingan budi bahasa,kemerdekaan terus dapat dicapai dan sifat
ketamadunan dalam diri rakyat mahupun pemimpin terus kekal kerana adanya sikap budi
bahasa.

4.1 TOKOH TEMPATAN

Menurut Asmah Haji Omar (2000),” Kesantunan mengikut perspektif melayu


berdasarkan agama islam dan adat melayu,seperti penggunaan bahasa sehari-hari tidak
menimbulkan kegusaran,kemarahan dan rasa tersingguh daripada pendengar”.Orang melayu
sangat mementingkan kesantunan dalam masyarakat.Bahasa halus dan tersirat selalu
digunakan untuk menjaga hati yang lembut supaya tidak cepat terasa,

Berdasarkan Za’ba (1950) “budi bahasa bukan sekadar pertuturan,malah melibatkan


tingkah laku”.Dapatlah kita menyimpulkan bahawa kesantunan adalah bersikap-sikap yang
baik seperti berbudi Bahasa,sopan-santun,hormat menghormati antara satu sama lain.Contoh
tingkah laku ialah bersalaman,cara duduk yang tertib dan melayan tetamu dengan
menyediakan hidangan.

3
Awang Sariyan (2007)”kesantunan ialah penggunaan Bahasa yang
baik,sopan,beradab,memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada
pihak yang menjadi teman bicara”.Penggunaan lisan yang lembut dapat dikatagorikan
sebagai orang yang mempunyai adab dan mempunyai peribadi yang begitu baik.Masyarakat
sangat menginginkan seseorang itu mempunyai budi bahasa yang baik untuk dijadikan teman
bicara sehari-harian.

4.2 TOKOH LUAR NEGARA

Leech (1983),”kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan geseran


dalam sesuatu interaksi”.Setiap masyarakat perlulah mengikuti adat dan aspek pergaulan
ketika bergaul dan bercakap dalam kalangan masyarakat untuk memastikan kekalnya
keharmonian terutama di Malaysia.Aspek kesantunan merupakan panduan yang begitu
penting bagi memelihara keharmonian dalam masyarakat.

Aristotle.”yang meninngikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya,bukan asal


keturunannya”.Apabila seseorang itu beradab dan berdaya memikirkan sesuatu dengan
panduan ilmunya,maka seseorang itu sangat disegani masyarakat.Walaupun dari keturunan
kenamaan tetapi tidak mempunyai adab,secara tidak langsung orangtidak memandang kita.

Melalui penulisan Prof Hamka,”kecantikan abadi terletak pada keelokan adab dan
ketinggian ilmu seseorang,bukan terletak pada wajah dan pakaiannya”.Bila seseorang itu
mengeluarkan kata-kata yang lembut dan sopan,dia akan berjaya melembutkan hati manusia
yang keras.Semakin tinggi kepercayaan dalam agama,semakin bertambah darjatnya di dalam
pergaulan sehari-harian dan tingkah lakunya terpelihara.

Khalifah Abdul Malik Marwan ,”semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai
adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan orang lain ketika berdaya
balas dan bersikap adil ketika kuat”.Sikap rendah diri,memaafkan orang lain serta bersikap
adil dapat menjamin kesejahteraan hidup antara golongan rakyat dan pemimpin masyarakat.

4
KESIMPULAN

Kita semua berupaya untuk mempertingkatkan budi pekerti dalam institusi


kekeluargaan dan seterusnya terbawa ke dalam masyarakat kerana keluarga mampu
menggunakan suara hati dan pertuturan yang lembut untuk membentuk bak kata pepatah
“melentur buluh biarlah dari rebunnya”.Ketika berkomunikasi kita mestilah beradab dan
berlemah lembut untuk mengelak daripada teman bicara kita terasa hati dan terasa rendah
diri.Secara tidak langsung kita akan mengekalkan peribadi yang mulia sekaligus menonjolkan
peribadi bangsa yang lemah lembut dan penuh ketamadunan.

RUJUKAN

1.Asmah Haji Omar (2002).Setia dan Santun Bahasa,Tanjung Malim:Penerbit Universiti


Pendidikan Sultan Idris.

2.Awang Sariyan (2007).Santun Bahasa,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.Hamka (2002).Memantau ke Deli,Kuala Lumpur:Gresent News.

4.Leech Geoffrey (1983).The Principles of Pragmatics.New York Longman.

5. Za’ba (1950).Malay Manners and Etiquete yang diterbitkan dalam Journal Malayan
Branch.

6.Tiong, D. (1970, January 01). ISU KESANTUNAN. Retrieved September 29, 2020, from
http://sharondhivya.blogspot.com/2015/09/isu-kesantunan.html

Anda mungkin juga menyukai