Anda di halaman 1dari 4

BAB 1: KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

1.1 PENGERTIAN BUDI:

-Perkataan budi beasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak

-Secara amnya, budi boleh didefinisikan sebagai akal, kebijaksaan atau sifat baik , perbuatan
baik dan kebajikan.

-Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan
masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. Bak kata perpatah ' Budi Baik
Dikenang Juga ', jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dikenang sampai bila-bila
masa.

-Menurut Islam budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak
dan beriman.

-Budi juga merupakan suatu tabiat, kelakuan, perwatakan, perlakuan, bahasa ataupun
pertuturan. Setiap agama juga mengajar kita untuk berbudi.

-Contohnya, percakapan yang baik dengan tutur kata yang berhemah, nada suara yang
menyenangkan, menberi ucapan salam, tolong-menolong, jujur dan mempunyai muhasabah
diri.

1.2 PENGERTIAN BAHASA

-Menurut Kamus Dewan(2002), maksud Bahasa ialah sistem lambing bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia dan percakapan yang
baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun.

-Bahasa digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan masing-
masing mempunyai makna, yaitu, hubungan abstrak antara kata.

-Bahasa berbeza mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri.

-Bahasa juga menjadi bahasa rasmi bagi sesebuah negara. Contohnya, negara Malaysia
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.
-Selain itu, bahasa juga merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati
dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam
kehidupan seharian.

1.3 PENGERTIAN BUDI BAHASA:

-Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal
kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku,
tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

PENGERTIAN DALAM MASYARAKAT CINA DAN INDIA

-Dalam masyarakat Cina dan India, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada
orang lain. Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira
agama, bangsa dan adat serta kepercayaan.

-Selain itu, budi juga merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh
dengan kerelaan.

-Dalam masyarakat Cina dan India, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan
seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti
pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.
Kepentingan Kesantunan Berbahasa

Tegak rumah kerana sendi

Runtuh sendi rumah binasa

Sendi bangsa ialah budi

Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Salah satu kepentingan kesantunan berbahasa dalam kehidupan adalah untuk


mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat
yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa-apa jua warna kulit
ataupun status individu tersebut. Apabila wujudnya sikap saling menghormati,
masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera walaupun
hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada
itu, perselisihan faham antara kaum seperti peristiwa hitam 13 Mei 1969 dapat
dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang
bertemakan ‘Perpaduan Teras Kejayaan’ jelas menunjukkan betapa pentingnya
perpaduan kaum dalam negara kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Pepatah ada
menyatakan ‘bersatu teguh, bercerai roboh’. Justeru apabila masyarakat bersatu,
negara dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat
kestabilan negara dengan mudah.

Selain itu, kesantunan bahasa penting kepada remaja kerana mereka merupakan
generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Hal ini menjadikan
betapa pentingnya remaja sebagai modal insan minda kelas pertama yang akan
memimpin bangsa dalam mencapai kemajuan negara pada masa yang akan datang.
Sehubungan itu, pembentukan perangai dan budi bahasa yang mulia penting kepada
mereka sebagai panduan untuk menjalani kehidupan. Nilai-nilai murni seperti bersopan
santun, hormat-menghormati dan sebagainya perlu diamalkan sejak kecil. Remaja yang
berperibadi mulia dapat menjauhkan diri daripada kancah gejala sosial dan kerosakan
akhlak kerana mereka sedar akan keburukan tindakan tersebut.

Di samping itu, disingkap dari perspektif masyarakat pula, budi bahasa dapat
menjalinkan silaturrahim dan ukhuwah yang rapat antara jiran. Kini, manusia semakin
ghairah dalam mengejar kemajuan dunia yang moden, sehingga perhubungan dengan
komuniti sekeliling menjadi tidak penting lagi. Budaya kunjung-mengunjungi, gotong-
royong dan kenduri yang merupakan warisan nenek moyang sudah mula goyah di
sesetengah kawasan. Sebenarnya, budi bahasa harus dijadikan asas untuk membentuk
semangat kejiranan, seterusnya merapatkan hubungan antara satu sama lain. Bertegur
sapa dengan jiran tidak memadai untuk mengekalkan persahabatan sekiranya kita tidak
mengamalkan sikap tolong-menolong, bekerjasama, dan toleransi.

Budi pekerti yang mulia mampu memajukan sektor pelancongan negara. Mantan
Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
pernah berkata, "Apabila pelawat datang, kita kena senyum kepada mereka. Apabila
mereka bertanya jalan, kita kena tunjuk jalan dan apabila mereka bertanya sesuatu, kita
harus menjawab secara sopan." Pelancong asing wajar dilayan dengan sopan supaya
mereka mempunyai pandangan yang baik terhadap negara kita. Rakyat harus sentiasa
mengamalkan sifat senyum selalu kerana sifat ini dapat memberi tanggapan positif
kepada seseorang bahawa kedatangannya dialu-alukan. Di samping itu, sektor
pelancongan yang rancak akan mempercepat aliran mata wang asing, sekali gus
menjana ekonomi negara. Strategi tersebut dianggap sebagai 'langkah serampang dua
mata' kerana kita juga akan memperoleh faedah apabila negara menjadi maju dan
makmur.

Anda mungkin juga menyukai