Anda di halaman 1dari 5

Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional

persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual
kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah
sekalian. Pada fahaman saya, konsep kesantunan berbahasa merupakan satu konsep yang
berkait rapat dengan aspek bersopan santun dalam berbahasa terutamanya ketika
berkomunikasi dengan orang lain, ketika menyampaikan mesej kepada audiens, ketika
berinteraksi dengan seseorang. Namun dimensi berbeza tentang konsep kesantunan
mewujudkan pelbagai teori dan takrifan dari tokoh-tokoh dunia. Sebagai contoh takrifan
kesantunan menurut pandangan orang melayu, Awang Sariyan (2007) kesantunan adalah
penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Dengan perkataan
lain, kesantunan didefinisikan sebagai peraturan perlakuan yang ditetapkan dan dipersetujui
bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu. Tambahan lagi, menurut pandangan tokoh barat
Brown dan Levision (1987) menyatakan bahawa wajah merupakan kurniaan peribadi yang
dimiliki oleh setiap insan dan bersifat universal. Dalam teori ini, wajah kemudian dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu wajah positif dan wajah negatif. Wajah positif adalah berkaitan
dengan nilai perpaduan, tidak formal, keikhlasan dan keakraban manakala wajah negatif
merujuk kepada keinginan seseorang berdikari, bebas daripada gangguan pihak luar.
Sehubungan itu, teori kesantunan ini daripada pendapat Goffman pada tahun 1955.
Berdasarkan pentakrifan beberapa tokoh diatas, dapatlah disimpulkan bahawa kesantunan
merupakan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga hati dan
air muka pendengar. Orang Melayu yang berpegang pada ajaran Islam meletakkan setiap
perlakuan dan tindakan sama ada berbahasa atau bukan bahasa sebagai satu nilai suci
yang membolehkan manusia mendapat ganjaran pahala selagi perlakuan menjurus ke arah
amar makruf nahi mungkar. Oleh itu, setiap perlakuan dan penggunaan bahasa yang datang
daripada hati yang ikhlas akan diterima sebagai perlakuan yang santun. Kesantunan dalam
berbahasa juga boleh diwujudkan dengan mementingkan budaya dan masyarakat akan
menunjukkan strategi kesantunan sesebuah masyarakat dengan jelas serta berkaitan
dengan strategi budaya dan nilai masing-masing. Pemahaman dalam strategi kesantunan
dalam kalangan masyarakat yang berbeza akan mendorong dan mengharmonikan
masyarakat sejagat yang bertanggung jawab.

Dalam pantun juga, unsur nasihat dan teguran telah diwujudkan, seperti pantun berikut:

Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan binasa.

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,


Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Panel Kedua: Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini.
Bismillah. Baiklah sebenarnya, bahasa verbal merupakan penguacapan bersuara untuk
melahirkan pemikiran, perasaan dan tindak balas terhadap sesuatu isu atau persoalan
lantas memperlihatkan identiti seseorang mengikut pada pandangan Hasuria Che omar,
Noriah Mohamed, Radiah Yusoff pada tahun 2009. Kesantunan berbahasa daripada segi
verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. Kesantunan berbahasa verbal
sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda
dengan rakan- rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat
pembentangan kepada umum. Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal
merujuk kepada semua aspek komunikasi lisan secara formal dan tidak formal. Sebagai
contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan
ceramah, seminar serta sesi ucapan. Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar
menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa-apa yang ingin
disampaikan. Walaubagaimanpun, dalam komunikasi seseorang bukan sahaja perlu
menjaga adabnya bahkan perlu menghormati pihak yang sedang berkomunikasi. Hal ini
akan menghasilkan persefahaman dan seterusnya dapat mengelakkan percanggahan
dalam berkomunikasi. Seseorang perlu memahami elemen ungkapan yang boleh
mengancam air muka orang yang melawan bicara. Oleh itu, menurut Brown dan Levinson
pada tahun 1987, strategi Bald On Record iaitu strategi yang biasanya tidak mencuba
meminimumkan ancaman ke atas muka pendengar.
Panel Ketiga: Bismillah...Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya untuk
berbicara dalam majlis forum ini. Untuk menjawab persoalan ini, kesantunan berbahasa
daripada segi nonverbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan
isyarat. Selain itu, konsep kesantunan berbahasa nonverbal juga merujuk kepada semua
perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat
difahami. Sebagai contoh, nonverbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah,
jurnal dan buku. Justeru, menurut Zainal Abidin Kasim pada tahun 1990 bahasa tubuh ialah
bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan ekspresi wajah, isyarat tangan dan
gerakan badan. Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar
dilahirkan pertuturan atau lisan. Seterusnya dalam strategi kesantunan nonverbal
mempunyai fungsi strategi tertentu seperti pengukuhan kedapa mesej-mesej verbal.
Sebagai contoh, anggukkan kepala sebagai tanda setuju manakala menggeleng kepala
tanda tidak setuju .Kesimpulannya, Tidak kira sama ada melalui verbal atau nonverbal,
konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini konsep
kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati, diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan
masyarakat di seluruh dunia. Hal ini kerana, kesantunan dalam berbahasa itu sangat
penting sama ada verbal atau nonverbal bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah
air tercinta. Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga hubungan baik kita
sesama insan berbagai bangsa serta mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim
yang baik dengan semua orang. Tambahan lagi, pada 13 Mei 1969, negara kita telah
dilanda dengan peristiwa hitam yang mempertaruhkan ribuan nyawa akibat pergaduhan
antara kaum. Oleh itu, diharapkan semua pihak dapat bersama- sama berganding bahu
dalam membangkitkan, menanam dan mengimplimentasikan nilai- nilai baik dalam konsep
kesantunan berbahasa verbal dan nonverbal agar kita semua mendapat manfaatnya di
samping kita sama- sama melestarikan penggunaan bahasa yang bertunjangkan konsep
kesantunan berbahasa. Pengaruh media massa yang tidak dapat lagi dibendung, yang
secara tidak langsung mempengaruhi minda mereka. Pelbagai program yang disiarkan
terutamanya penyiaran budaya luar telah mempengaruhi minda masyarakat kita untuk
meninggalkan budi bahasa yang menjadi pegangan masyarakat kita.
PUNCA-PUNCA

Panel Pertama: Terima kasih kepada pengerusi atas persoalan yang diujarkan. Pada
pendapat saya, isu ini berlaku kerana masyarakat melayu sudah terpengaruh dengan
budaya barat yang menjadi ikutan rakyat Malaysia khususnya daripada golongan remaja.
Justeru, masyarakat melayu moden terseret menjadi individu yang individualistik,
terkongkong dengan egoismenya dan lebih menjadikan material sebagai nilai hidup. Hal ini
kerana tayangan-tayangan rancangan dari Barat umpamanya mampu memberi kesan
negatif kepada masyarakat masa kini yang mudah terpedaya dan mengekalkan sikap ingin
mecuba. Sebagai contoh perkatan-perkatan dan tingkah laku yang kurang sopan yang
selalu ditayangkan di televisyen dan menjadi oleh masyarakat Malaysia terutamanya
daripada golongan remaja. Ada juga antara mereka menjadikan orang barat menjadi role
model mereka kerana mereka menggangap budaya barat adalah budaya moden dan
budaya melayu adalah sebaliknya. Oleh hal demikian, kerana terlampau taksub dengan
budaya barat, pelbagai isu negatif yang merosakkan sahsiah diri kita pada hari ini .

  Panel Kedua: Terima kasih saudari pengerusi yang tidak kurang petah bicaranya. Pada
pandangan saya, rumah adalah tempat paling baik untuk memulakan pendidikan. Justeru,
Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlu untuk menunjukkan contoh yang terbaik bagi anak-
anak. Ibu bapa perlu mempraktikkan semua nilai-nilai murni seperti bertimbang rasa dan
budi bahasa untuk mengelakkan perselisihan faham yang akan mengakibatkan pergaduhan.
Kesibukkan bekerja bukan alasan untuk memupuk ciri-ciri keperibadian yang luhur samada
untuk diri sendiri ataupun untuk anak-anak dengan sempurna. Merujuk Majalah Dewan
Masyrakat keluaran Oktober 2006 dalam membicarakan isu gothic dikalangan remaja
belasan tahun sekitar Kuala Lumpur menyatakan kebanyakan remaja ini menjadikan alasan
bosan dengan kesibukan ibu bapa bekerja sehingga tiada masa untuk bersama anak-anak
antara faktor mereka menjadi seorang yang tidak bersantun. Selain itu, tidak dinafikan faktor
kurangnya didikan agama. Hal ini kerana agama adalah tunjang kehidupan manusia. Semua
agama mengajar kepada kepada kebaikan dan tatasusila serta nilai-nilai murni yang harus
diamalkan pengikutnya tidak kira Islam, Kristian, Budhha mahupun Hindu. Kurang didikan
agama merupakan antara punca kemerosotan nilai-nilai mulia kerana kurang pemahaman
oleh remaja itu sendiri tentang nilai-nilai itu sendiri. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-
nilai murni selaras dengan norma masyarakat pada hari ini amat penting dalam memastikan
kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Ingatlah “Segala-galanya bermula dirumah”
begitulah falsafah tokoh philosophi terkenal, Franklin D. Roosevert. Maka ibu bapalah yang
bertindak sebagai agen pencorak utama tingkah laku anak-anak. Didikan agama yang cukup
dapat melahirkan anak-anak yang dapat membezakan antara baik dan buruk serta
mempunyai jati diri yang utuh untuk melawan serangan-serangan pemikiran dan budaya
negatif.

Panel Ketiga: Terima kasih kepada saudari pengerusi yang sentiasa aktif menanyakan
banyak persoalan intelek. Bagi pendapat saya, punca seterusnya adalah tekanan hidup
yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya para remaja, sikap mengejar kemewahan serta
penglibatan aktiviti sosial menyebabkan ibu bapa dan anak-anak kurang mempunyai masa
atau kesempatan untuk bercakap, berbincang dan berdamping antara satu sama lain. Malah
ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup
sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Mereka sebagai ibubapa janganlah
terlalu taksub degan dunia pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka
sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Selain kemerosotan dari segi asuhan, didikan,
bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga,tekanan hidup, sikap mengejar
kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain yang menyebabkan ibu bapa dan
anak kurang meluangkan waktu bersama atau kesempatan untuk bercakap, berbincang,
berdamping antara satu sama lain. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga
menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu
memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak.

Anda mungkin juga menyukai