Anda di halaman 1dari 4

Mengkaji Hubungan Antara Sudut Tuju, i Dan Sudut Biasan, r

 
Pengenalan : Pembiasan ialah fenomena perambatan cahaya daripada dua
medium yang berbeza ketumpatan optiknya yang menyebabkan
perubahan arah atau cahaya. Oleh itu, pembiasan mendekati normal
berlaku apabila cahaya merambat dari medium yang kurang tumpat
ke medium lebih tumpat. Manakala pembiasan menjauhi normal
berlaku apabila cahaya merambat dari medium yang lebih tumpat ke
medium kurang tumpat. Sehubungan itu menurut hukum Snell
menyatakan bahawa apabila cahaya bergerak dari udara ke medium

sin i
lain, nisbah adalah malar. Indeks biasan bagi suatu medium
sin r

sin i
boleh dinyatakan sebagai n =
sin r

Tujuan : Untuk mengkaji hubungan antara sudut tuju dengan sudut biasan

Hipotesis : Sudut biasan, r, bertambah apabila sudut tuju, i, bertambah

Pembolehubah

Dimanipulasikan : Sudut tuju,i

Bergerak balas : Sudut biasan,r

Dimalarkan : Ketumpatan kaca

Bahan dan radas : Bongkah kaca, kotak sinar, plat satu celah, pembaris, bekalan
kuasa, kertas putih, protaktor.

Prosedur :

1
1. Alur cahaya tuju dilaraskan bagi menghasilkan sudut tuju,i =10°
2. Alur cahaya biasan ditandakan dan sudut biasan diukur.
3. Langkah 1-2 diulang bagi sudut tuju,i = 20°, 30°, 40° dan 50°.
4. Nilai sin i dan sin r dicari.
5. Semua hasil direkodkan dalam satu jadual.
6. Hasil dipamerkan dengan melukis graf sin i lawan sin r.

Keputusan :

Sudut Tuju / ° Sudut Biasan / ° Sin i Sin r


10 9 0.1736 0.1564
20 15 0.3420 0.2588
30 28 0.5000 0.4694
40 36 0.6428 0.5878
50 45 0.7660 0.7071

Perbincangan :

Sudut tuju, i merupakan pemboleh ubah dimanipulasi manakala pemboleh ubah bergerak
balas pula adalah biasan r dan pembolehubah dimalarkan adalah ketumpatan kaca.
Sehubungan itu, apabila sinar cahaya melalui satu medium ke medium yang lain yang
mempunyai ketumpatan optik yang lebih rendah, maka laju sinar cahaya tersebut akan
bertambah, dan sinar cahaya akan dibiaskan menjauhi normal. Akan tetapi apabila sinar
cahaya melalui satu medium ke medium yang berketumpatan optik yang tinggi, maka laju
akan berkurang dan sinar cahaya akan dibiaskan ke arah normal. Selain itu, pembiasan
tidak akan berlaku sekiranya cahaya masuk ke medium secara berserenjang dengan
permukaan objek.

Kesimpulan :

2
Pembiasan cahaya berlaku disebabkan oleh suatu perubahan laju cahaya ketika cahaya
melalui dua bahan yang berbeza ketumpatan optik. Oleh itu, cahaya bergerak lebih cepat
dalam medium yang berketumpatan optik kurang berbanding dengan ketumpatan optik yang
lebih tinggi. Sehubungan itu cahaya dibiaskan selepas melalui medium yang berbeza
ketumpatan optik dan berlaku pembiasan pada sempadan antara dua bahan. Justeru, Sin r
berkadar langsung dengan sin i, maka sudut biasan r bertambah apabila sudut tuju i
bertambah.

Soalan :

1. Apakah yang akan berlaku jika bongkah kaca itu digantikan dengan bongkah plastik?

Apabila bongkah kaca digantikan dengan bongkah plastik, cahaya masih terbias
akan tetapi, sudut pembiasan yang dihasilkan adalah berbeza.

2. Apabila bongkah kaca digantikan dengan prisma, satu spektrum cahaya akan
terhasil, terangkan mengapa kejadian ini berlaku.

Apabila bongkah kaca digantikan dengan prisma, satu spektrum cahaya akan
terhasil kerana cahaya bergerak merentasi satu medium ke medium yang lebih
tumpat, menyebabkan penyebaran cahaya berlaku. Spektrum terdiri daripada tujuh
warna berbeza iaitu bermula dengan warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo
dan ungu. Perbezaan warna terhasil kerana cahaya dibiaskan pada sudut yang
berbeza merentasi prisma. Warna merah, cahayanya terbias paling sedikit dan
bergerak paling laju.

Rujukan

3
Chew Yew Sing (1988).SPM Fizik. Kuala Lumpur. Pustaka Sistem Pelajaran
Sdn.Bhd.
Lokman Hakim. (2016). Laporan Eksperimen. Muat turun pada Mac 21 daripada
https://dokumen.tips/documents/laporan-eksperimen-570890ed47272.html

Poh Liong Yong (2001) Fizik Tingkatan 5. Selangor. Pustaka Sistem Pelajaran
Sdn.Bhd.
Yap Eng Keat (1996). SPM fizik tingkatan 4 & 5. Selangor. Pustaka Delta Pelajaran
Sdn.Bhd.
( ) (2007). Biasan. Muat turun pada Mac 21 daripada
https://www.scribd.com/document/268546/5-2-Biasan

Anda mungkin juga menyukai