Anda di halaman 1dari 8

REFLEKSI Nama: Noraini binti Anur NO K/P: 920225-11-5522 Sejauhmanakah anda menghubungkaitkan teori, pengetahuan dan amali dalam

Fizik dalam konteks kehidupan melalui pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah Untuk tugasan projek kursus Fizik dalam konteks kehidupan (SCE3105), saya telah dikehendaki untuk membincangkan konsep dan aplikasi fizik dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak perkara yang telah saya timba sepanjang melaksanakan tugasan ini. Sebenarnya, teori, pengetahuan dan amali dalam fizik digunakan secara meluas dalam kehidupan kita dengan tujuan untuk memudahkan kehidupan. Terdapat pelbagai jenis mesin ringkas di sekeliling kita yang banyak membantu menjadikan kehidupan kita menjadi lebih mudah dan selesa. Misalnya, terdapat banyak alatan di dapur yang dapat meringankan tugas ibu kita antaranya ialah pisau untuk memotong ikan, daging dan sayur, pembuka tudung botol dan pemegang ais. Sebelum ini, saya pernah melihat ayah saya mencabut paku dengan menggunakan tukul dan ibu saya membuka tudung tin menggunakan sudu. Selepas mempelajari subjek Fizik, barulah saya sedar bahawa kedua-dua aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa saya sebenarnya menggunakan prinsip Fizik yang sama iaitu prinsip tuas. Terdapat banyak lagi terdapat banyak la

Dalam banyak kes, saya mendapati mesin dapat melakukan tugas atau kerja yang mungkin sangat susah atau mustahil dilakukan secara manual atau menggunakan tenaga mansuia. Sebagai contoh, jika dahulu petani menggunakan kaedah tradisional untuk membajak sawah iaitu menggunakan tenaga haiwan seperti kerbau. Namun, melalui perkembangan dalam

pengetahuan Fizik, kerja-kerja membajak menjadi lebih cepat dan efisyen melalui penggunaan traktor bahkan hasilnya jauh lebih menguntungkan berbanding kaedah tradisional. Pengetahuan dalam bidang Fizik juga dapat membantu saya dalam membuat rancangan dan membuat keputusan. Semasa di sekolah menengah, saya telah didedahkan dengan beberapa amali eksperimen berkaitan dengan tajuk Elektrik. Antara eksperimen yang telah saya jalankan semasa di tingkatan 5 ialah mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan sesuatu konduktor. Dalam eksperimen tersebut, saya mendapati terdapat tiga faktor yang perlu dititikberatkan dalam mengawal rintangan sesuatu konduktor misalnya wayar iaitu panjang konduktor, luas keratan konduktor dan jenis bahan konduktor. Ayah saya telah merancang untuk membina sebuah bilik baru untuk saya memandangkan sebelum ini saya berkongsi bilik dengan adik saya. Melalui pendedahan dalam eskperimen tersebut, saya sudah mampu untuk menyuarakan pendapat dan cadangan tentang pendawaian elektrik untuk bilik baru saya itu. Manusia dikurnialan otak, badan dan organ deria untuk membolehkan kita melakukan pelbagai perkara. Otak membolehkan manusia berfikir, menghitung dan mengingat. Badan membolehkan kita melakukan pelbagai perkara seperti berjalan, berlari, melompat dan berenang. Manakala lima organ deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit yang mempunyai fungsinya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, keupayaan manusia masih lagi amat terbatas. Hal ini disokong oleh Sidek (2000) melalui pernyataan beliau bahawa alam ini terlalu luas untuk dikaji, keupayaan manusia menerobosi alam amat terbatas. Justeru melalui pengetahuan dalam lapangan Fizik, kita telah dapat mencipta pelbagai alat yang dapat mengatasi had dan batas keupayaan kita. Contohnya, kita tidak dapat terbang dari satu tempat ke tempat lain. Justeru kapal terbang dicipta dengan mengaplikasikan pelbagai konsep dan prinsip Fizik seperti daya dan prinsip Bernoulli. Melalui penciptaan kapal terbang kita boleh pergi ke tempat yang sangat jauh melalui udara dengan lebih cepat dan selesa. Semasa membuat tugasan ini, saya telah mempelajari beberapa aplikasi penggunaan cermin cembung dan cermin cekung dalam beberapa alatan yang dapat memudahkan tugasan harian kita. Justeru itu melalui penciptaan alat-alat yang mengaplikasikan pengetahuan fizik seperti cahaya khususnya dapat membantu kita untuk mengatasi batas keupayaan kita dan dapat memudahkan urusan harian. Jika dahulu, kita pergerakan kita pada waktu malam amatlah terhad kerana keadaan yang gelap dan penglihatan yang terbatas. Namun hari ini, melalui penciptaan lampu suluh dan lampu jalan bahkan lampu depan kenderaan yang mengaplikasikan cermin parabola, kita sudah bebas bergerak ke mana-mana tanpa batasan dan dalam keadaan yang selamat. Justeru tidak dinafikan lagi,

bahawa pengetahuan dalam cahaya sebenarnya amat berguna dan saya sepatutnya menghargai kemudahan yang ada dan menggunakannya untuk tujuan yang positif. Melalui tugasan ini, saya telah dapat menyelesaikan persoalan mengenai perkataan AMBULANS yang terbalik pada ambulans. Dalam tajuk ini, saya didedahkan dengan subtajuk pantulan cahaya. Dalam tajuk ini, saya dapat mengetahui ciri-ciri imej yang terhasil daripada pantulan cermin satah yang satu daripadanya ialah songsang sisi. Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung beberapa tahun yang lalu, anak saudara saya telah melihat sebuah ambulans berhenti di lampu isyarat dan daripada pemerhatiannya didapati bahawa tulisan AMBULANS pada ambulans tersebut ialah terbalik. Setelah sampai di kampung, dia menanyakan sebab tulisan ambulan itu dalam keadaan terbalik. Malangnya pada ketika itu, saya tidak dapat memberikan jawapan yang dapat memuaskan hatinya. Selepas membuat tugasan ini barulah saya jelas dengan situasi sebenar. Daripada pengetahuan yang telah saya peroleh, saya cuba mengaplikasikannya dengan pengalaman seharian saya iaitu apabila saya menyikat rambut di hadapan cermin, saya mendapati bahawa imej yang terhasil di hadapan cermin ialah songsang sisi iaitu arah kanan dan kiri ialah terbalik. Dari situlah, saya dapat mengaplikasi konsep yang sama kepada persoalan anak saudara saya. Dengan itu, saya dapat menjelaskan kepadanya bahawa tulisan AMBULANS pada ambulans ditulis secara terbalik supaya pemandu di hadapan ambulan tersebut dapat melihat perkataan AMBULANS dengan betul dan memberi laluan kepada ambulans tersebut yang dalam kecemasan.

Secara tidak langsung, saya mendapati bahawa sebenarnya pembelajaran melalui pengalaman sebenar merupakan satu kaedah pembelajaran yang amat berkesan. Ishak (2005) menyatakan kesesuaian tajuk pelajaran dapat digambarkan dengan lebih berkesan melalui teknik-teknik yang memberi peluang kepada pelajar melalui pengalamanpengalamannya. Dengan ini pelajar dapat mengaitkan maklumat yang diperoleh dengan aplikasi serta amalannya. Melalui kaedah ini, murid bukan sahaja dapat memhami sesuatu tajuk tertentu sahaja bahkan dapat melalui proses ilmu pengetahuan selanjutnya, memahami secara mendalam, menguasai kemahiran seterusnya dan menggunakan maklumat dalam

situasi baru. Justeru itu, saya dapat mengaplikasi kaedah ini semasa mengajar kelak dengan meminta murid untuk mencari dan memberi contoh- contoh pengalaman dalam kehidupan yang berkaitan dengan tajuk yang diajar. Saya telah didedahkan dengan satu subtajuk iaitu pantulan dalam penuh semasa menjalankan tugasan ini. Saya mendapati terdapat dua syarat untuk pantulan dalam penuh berlaku iaitu sinar cahaya mesti bergerak dari suatu medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat dan sudut tuju dalam medium yang lebih tumpat mestilah melbihi nilai sudut genting medium tersebut. Justeru itu melalui pengetahuan ini saya dapat membetulkan miskonsepsi saya terhadap beberapa fenomena semulajadi alam ciptaan Tuhan yang serba indah ini. Sebelum ini, saya sering dibelenggu persoalan apabila pada hari yang sangat panas, semasa memandu kereta saya sering ternampak imej seperti lopak air di atas permukaan jalan raya atau fenomena logamaya. Sehinggakan saya pernah menafikan apa yang dilihat saya dan menganggapnya sebagai halusinasi semata-mata. Setelah melaksanakan tugasan ini, barulah saya sedar bahawa ianya bukan halusinasi akan tetapi merupakan satu fenomena optik semula jadi yang mana terhasil daripada pantulan dalam penuh cahaya.

Satu lagi miskonsepsi saya ialah tentang fenomena pembentukan pelangi ialah hasil daripada pembiasan cahaya. Akan tetapi sebenarnya ialah pelangi dibentuk oleh pembiasan, penyebaran dan pantulan dalam penuh cahaya matahari. Menurut Driver et. al. (1985) dalam Zurida et. al. (2006), kanak-kanak yang datang ke sekolah sememangnya mempunyai ideaidea intuitif. Idea-idea intuitif ini sangat kukuh dan boleh membawa hingga ke peringkat dewasa (Danial, 1992) dan biasanya sukar ditukar (Preece, 1994) dalam Zurida et. al. (2006). Idea-idea intuitif ini mungkin bercanggah atau menyalahi penjelasan atau pengertian saintifik yang dibina hasil daripada pengamatan mereka dan interaksi dengan alam sekitar. Satu daripada tugas seorang guru ialah membetulkan miskonsepsi atau salah tanggapan murid. Oleh itu, adalah penting untuk saya terlebih dahulu membentuk satu konsep yang betul mengenai pengetahuan sains saya sebelum mengajar. Justeru itu tidak timbullah isu seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Selain itu aplikasi ilmu Fizik dalam bidang teknologi juga menjadi penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan teknologi. Misalnya, televisyen litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini ialah penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Isyarat yang dihantarnya tidak dihantar secara terbuka, ini berbeza sekali dengan televisyen. CCTV ini digunakan untuk mengawas keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping itu, kegiatan jenayah yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit. Beberapa tahun lepas kita, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan

penculikan dan pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin. Dengan bantuan rakaman CCTV, akhirnya lokasi beg yang terkandung mayat kanak-kanak tersebut dapat dijumpai meskipun dalam keadaan menyayatkan hati. Bukan sahaja membantu dalam menangani jenayah berat, pengetahuan dalam bidang fizik juga sebenarnya dapat membantu kita dalam menangani jenayah ringan seperti kecurian dan kemalangan kecil di jalan raya. Saya telah mempelajari bahawa suatu cermin cembung mempunyai sudut penglihatan yang lebih besar daripada cermin satah. Maka tidak hairanlah ianya sesuai digunakan sebagai cermin keselamatan untuk ditempatkan di dalam kedai supaya dapat segala situasi dalam kedai dapat dilihat dengan jelas dan sekali gus dapat mengelakkan kejadian jenayah curi atau rompakan. Konsep yang sama juga diaplikasikan untuk tujuan keselamatan trafik. Sebagai contoh, cermin cembung yang besar ditempatkan di simpang jalan yang tidak mempunyai lampu isyarat untuk tujuan mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Dengan ini, saya mula menyedari di sebalik kehidupan saya yang selamat dan aman ini, adalah satu daripadanya adalah hasil daripada sumbangan dalam pengetahuan fizik. Justeru saya perlulah menghargai segala

pengetahuan yang diperoleh dan tidak menyalahgunakan ilmu yang ada untuk tujuan yang tidak bermanfaat dan negatif.

Sering kita dengar kemalangan yang melibatkan para pengguna jalan raya khususnya pemandu kereta dan penunggang motorsikal menghiasi dada akhbar dan kaca telvisyen saban hari. Meskipun penguatkuasaan undang-undang dan pelbagai kempen dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun badan-badan NGO untuk menggalakkan para pengguna jalan raya mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti memakai topi keledar dan memasang tali pinggang keselamatan, masih lagi terdapat pengguna jalan raya yang tidak mengambil berat dan prihatin tentang isu ini. Malah, saya sendiri sebagai salah seorang pengguna jalan raya tidak terlalu mengambil berat tentang pemasangan tali pinggang keselamatan semasa di dalam kereta. Saya hanya akan memakai tali pinggang ini sekiranya diminta oleh ibu bapa saya dan sering menganggap perkara ini agak leceh. Setelah didedahkan kepada bidang Fizik, barulah saya sedar peri pentingnya untuk saya mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti yang disarankan. Melalui pengetahuan Fizik, pemasangan tali pinggang keselamatan dan pemakaian topi keledar dapat mengurangkan daya impuls sekali gus mengelakkan kecedaraan yang serius semasa berlakunya kemalangan. Sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab, saya hendaklah sentiasa beretika di jalan raya, mematuhi undang-undang jalan raya dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan bukan sahaja demi keselamatan diri sendiri tetapi turut mengutamakan keselamatan rakan-rakan pengguna yang lain. Pelaksanaan tugas ini dapat dikira sebagai satu daripada persediaan saya sebelum bergelar seorang guru. Sebagai bakal guru Sains sekolah rendah, teori, pengetahuan dan amali dalam tajuk penggunaan sinar cahaya amat penting kerana merupakan sebahagian dari pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam kurikulum Sains sekolah rendah. Dahulu saya sering tertanya-tanya mengapa saya perlu mengambil kursus Fizik dalam Konteks Kehidupan Seharian (SCE3105), sedangkan saya ialah bakal guru Sains sekolah rendah bukan sekolah menengah. Menurut pandangan saya, isi kandungan kursus tersebut terlampau tinggi untuk diajar di peringkat rendah dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan karier saya kelak. Setelah melakukan tugasan ini, barulah saya menyedari peri pentingnya pengetahuan tentang isi kandungan kursus ini serta kaitannya isi kandungan dalam kurikulum Sains sekolah rendah pada hari ini. Sebagai contoh, dalam tugasan ini, saya telah menghasilkan esei pendek mengenai penggunaan sinar cahaya yang merangkumi subtopik-subtopik seperti pantulan cahaya dan pembiasan cahaya. Antara bidang pembelajaran dalam sukatan pelajaran Sains Tahun 5 ialah Cahaya. Dari situ saya sedar pengetahuan dalam bidang fizik yang saya perolehi semasa berada IPG bukan sahaja sekadar penentu gred semata-mata akan tetapi dapat membantu saya mengajar subjek Sains di sekolah dengan baik satu hari nanti.

Satu daripada tugas guru ialah sebagai penyebar ilmu. Guru bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid. Di samping itu, guru juga perlu memupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi murid-murid mencontohi serta membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam kehidupan mereka. Mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan saya dahulu, saya tidak minat dan menganggap subjek Fizik sebagai satu subjek yang susah kerana guru yang mengajar saya bukan daripada bidang tersebut. Semasa sesi P&P, beliau hanya menggunakan buku teks sematamata dan kadang-kadang tidak dapat menjawab persoalan yang dikemukakan oleh saya. Ini adalah kerana ketika itu, sekolah saya mengalami masalah kekurangan. Justeru untuk mengatasi masalah tersebut, pihak pengurusan telah mengarahkan guru bukan

pengkhususan dalam Sains untuk mengajar subjek tersebut. Walaubagaimanapun, tanggapan negatif saya terhadap subjek Fizik semakin hari semakin terhakis. Sedikit-demi sedikit, saya sudah mula meminati subjek ini. Hal ini adalah kerana, keadaan di IPG sangat berbeza semasa di sekolah saya dahulu. Di sini, terdapat ramai pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang Fizik bahkan pendekatan yang diambil mereka semasa kuliah amatlah berkesan. Pengajaran yang telah saya peroleh ialah untuk sebagai seorang guru yang baik, saya hendaklah melengkapkan diri saya dengan pengetahuan yang luas dan sentiasa mencari inisiatif untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik. Selain membantu dalam memudahkan urusan, pengetahuan ini juga sebenarnya amat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada hari ini. Melalui pemerhatian saya, terdapat banyak peralatan teknologi yang mengaplikasi penggunaan sinar cahaya yang digunakan untuk membantu proses P&P pada hari ini seperti overhead projektor dan LCD projektor. Pendidikan berkembang dari semasa ke semasa dalam semua aspek termasuk kurikulum, pedagogi, pengurusan mahupun peralatan untuk proses P&P. Seiring dengan perkembangan teknologi yang seba canggih masa kini, bidang pendidikan juga tidak ketinggalan dalam arus pemodenan ini. Nik Azis dan Noraini (2008), dalam

bidang pendidikan, teknologi pendidikan dilihat sebagai satu cara atau alat yang bermanfaat untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang , mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar serta mengelakkan dari berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Hal ini disokong oleh, Ager (1998) dan Broadie (2003) dalam Nik Azis dan Noraini (2008) , iaitu penggunaan teknologi dalam pendidikan didapati berupaya menjadikan pembelajaran lebih seronok, menarik, cepat dan mudah oleh pelajar. Sebagai contoh penggunaan alat pandang sebut seperti overhead projektor (OHP) dan alat

pandang dengar seperti LCD projektor dalam P&P kelas digunakan secara meluas pada hari ini sebagai alat bantu mengajar yang berteraskan teknologi. Jika diimbau kenangan ketika di sekolah rendah, guru saya lebih cenderung menggunakan kaedah tradisional seperti kaedah chalk and talk semata-mata. Ini menyebabkan saya berasa tidak bersemangat untuk belajar dan sukar untuk memhami isi kandungan pelajaran yang diajar. Akan tetapi melalui penerapan teknologi dalam proses P&P menjadikannya lebih seronok dan dapat meningkatkan kefahaman saya lagi. Melalui penggunaan OHP dan LCD projektor,murid dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan pelbagai deria pelajar dengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar dapat membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan menggunakan media bergerak yang mana boleh memperkayakan pengalaman murid yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat di saksikan sendiri dan seolah-olah mengalaminya. Sekali gus dapat meningkatkan tahap kefahaman mereka tentang satu-satu tajuk yang diajar oleh guru. Oleh hal yang demikian jika, apabila saya menjadi guru kelak, saya akan mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran saya supaya murid saya lebih seronok dan dapat mengingati sesuatu konsep sains dengan mudah. Secara keseluruhannya, saya mendapati pengetahuan dalam bidang Fizik amatlah luas dan meliputi pelbagai segenap aspek kehidupan. Justeru, saya hendaklah berusaha untuk mencari inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan saya dalam bidang ini dan menghargai setiap perkembangan hasil daripada pengaplikasi lapangan Fizik dalam hidup.

Anda mungkin juga menyukai