Anda di halaman 1dari 12

4.3 Perkembangan Awal Zigot dalam Manusia.

Peringkat perkembangan zigot hingga ke peringkat blastosista dan penempelan

2. Selepas 30 jam persenyawaan, zigot manusia membahagi menjadi dua sel.


3. Zigot seterusnya membahagi lagi menjadi empat sel, lapan sel, enam belas sel, tiga puluh dua sel
dan seterusnya sehingga menjadi satu kelompok sel yang digelar morula.

Embrio yang berusia sembilan hari

4. Morula menjadi bentuk sfera berongga yang disebut blastosista.


5. Blastosista akan berkembang membentuk embrio.
6. Embrio akan mula menempel pada dinding uterus.
7. Embrio akan berkembang membentuk fetus.

Persenyawaan diikuti dengan perkembangan zigot hingga menjadi bayi.


Pembentukan anak kembar

i. Pembentukan anak kembar tidak seiras

ii. Pembentukan anak kembar tidak seiras

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN KEMBAR SEIRAS DAN TIDAK SEIRAS


Kembar seiras Persamaan Kembar tak seiras
1. Perkembangan fetus berlaku di dalam uterus.
2. Memerlukan plasenta untuk perkembangan fetus.
3. Fetus mempunyai tali pusat.
4. Fetus menerima oksigen dan nutrien daripada darah ibu.
5. Bahan kumuh daripada darah fetus disingkirkan melalui darah ibu.
6. Darah ibu terpisah daripada darah fetus.

Perbezaan dari segi


Satu ovum disenyawakan persenyawaan Dua ovum disenyawakan
oleh satu sperma. oleh dua sperma yang
berlainan.

Embrio membahagi menjadi Pembahagian embrio Pembahagian embrio tidak


dua berlaku.

Fetus kembar berkongsi satu Plasenta Setiap kembar mempunyai


plasenta. plasenta sendiri

Kedua-dua mempunyai Kandungan genetik Kandungan genetik dalam


kandungan genetik yang sama kedua-dua kembar tidak sama

Sama Jantina Sama atau berbeza


Seiras Rup Tidak seiras
a

Anak kembar siam


1. Semasa pembentukan anak kembar siam,pembahagian satu embrio yang tidak lengkap boleh
berlaku.
2. Jika berlaku, dua embrio yang masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tubuh tertentu
misalnya kepala, punggung atau perut akan terbentuk.
3. Anak kembar ini dikenali sebagai kembar siam.

Peranan Plasenta dalam Perkembangan Fetus.


1. Plasenta ialah struktur yang tisu-tisunya terbentuk daripada sel-sel fetus dan ibu
2. Sistem peredaran darah (SPD) fetus terpisah daripada SPD ibu oleh satu membran yg nipis.
3. Pemisahan SPD fetus dan ibu adalah penting kerana tekanan darah ibu adalah jauh lebih tinggi
daripada tekanan darah fetus. Hal ini berkemungkinan boleh merosakkan kapilari darah fetus yang
sangat halus.
4. Darah ibu dan fetus tidak bercampur. Hal ini dapat mengelakkan masalah
penggumpalan darah jika kumpulan darah fetus dan ibu berlainan
5. Plasenta juga berfungsi sebagai satu struktur yang ‘mengawal-pilih’ antara darah ibu
dengan darah fetus.
6. Ia membenarkan hanya bahan-bahan tertentu seperti oksigen, karbon dioksida, garam mineral,
glukosa, asid amino, lipid, vitamin, urea, hormone dan antibodi meresap melaluinya.
7. Bahan-bahan lain seperti SDM dan SDP tidak boleh merentas plasma
8. Namun, bahan-bahan seperti dadah, alkohol, kafeina dan bahan dari asap rokok serta virus
Rubella dapat merentas plasma dan masuk ke sistem aliran darah fetus.

Rajah: Kedudukan dan struktur plasenta

9. Plasenta juga berfungsi sebagai organ endokrin dan merembeskan hormon yang amat penting
semasa kehamilan. Selepas bulan ketiga, korpus luteum mula merosot dan tidak dapat
merembeskan progesteron lagi. Jadi, plasenta akan mengambil alih fungsi korpus luteum dan
merembeskan progesteron dan estrogen untuk mengekalkan ketebalan endometrium.

Uji Kefahaman Anda!

1. Apakah yang dimaksudkan dengan persenyawaan? [2 markah]

Proses percantuman nukleus dari sperma dan ovum untuk membentuk zigot yang berlaku di tiub
Fallopio.

2. Berikan nama peringkat embrio yang berbentuk bebola dan berongga di bahagian
tengahnya. [1 markah]

Blastosista

3. Apakah jenis kembar yang pembentukannya berasal daripada satu zigot yang sama?
[1 markah]

Kembar seiras

4. Apakah akan berlaku jika plasenta terpisah daripada dinding uterus?


Plasenta tidak mendapat nutrien [1 markah]

5. Mengapakah seorang ibu yang kuat merokok akan menjejaskan perkembangan


fetus? [2 markah]

Hal ini kerana dadah,alkohol,nikotin,kafeina dalam asap rokok dapat merentas plansenta.Hal ini
akan memberi kesan buruk kepada fetus.

6. Apakah bahan yang tidak boleh merentas plasenta? [1 markah]

Darah

SPM 2012 (Esei)

Rajah menunjukkan sebahagian daripada sistem pembiakan perempuan.

Berdasarkan rajah di atas, huraikan perkembangan zigot selepas persenyawaan sehingga penempelan.
[4 markah]
- Zigot membahagi berulang kali secara mitosis untuk membentuk dua sel,empat sel dan lapan sel seterusnya
sehingga menjadi satu kelompok sel yang dinamakan morula.
-Morula berkembang menjadi blastosista,iaitu bebola berongga yang mengandungi bendalir amnion.
-Blastosista melekat dan terbenam pada endometrium uterus melalui proses penempelan.
SPM 2008 (Struktur)

Rajah menunjukkan dua jenis kembar.

(a)(i) Namakan jenis kembar Q.


Kembar tidak seiras. [1 markah]

(ii) Terangkan bagaimana kembar Q terbentuk.

-Dua ovum yang dibebaskan pada masa yang sama disenyawakan oleh dua sperma yang berlainan untuk
membentuk dua zigot.
-Kedua-dua zigot berkembang menjadi dua embrio dan seterusnya dua fetus yang berasingan.

[2 markah]
(b)(i) Namakan struktur Y.

Plasenta [1 markah]
(ii) Nyatakan dua fungsi struktur Y. [ 2 markah ]

1. Merembeskan hormon progesteron dan esterogen bagi mengekalkan ketebalan emdometrium.

2.Mengangkut nutrien,gas respirasi,bahan kumuh metabolisme dan antibodi di antara fetus dan ibu melalui tali
pusat.
(c) Nyatakan dua perbezaan antara kembar P dengan kembar Q.

1. Jantina bagi kembar P sama manakala jantina bagi kembar Q mungkin sama atau berlainan.
2. Kembar P mempunyai kandungan genetik yang sama manakala kembar Q mempunyai kandungan genetik
yang berlainan. [2 markah]

(d) Kembar P dibesarkan oleh dua keluarga angkat yang berbeza. Kembar itu tidak serupa saiz badan
apabila dewasa.
Terangkan mengapa.
Hal ini kerana cara pemakanan mereka berbeza.Hal ini menyebabkan pertumbuhan mereka berbeza-
beza. [2
markah]

(e) Seorang perempuan yang kuat merokok disahkan hamil.


Terangkan mengapa beliau mesti berhenti merokok.

1. Hal ini kerana dadah,alkohol,kafeina dan nikotin dalam asap rokok dapat merentas
plasenta.Hal ini menyebabkan kesihatan fetus terjejas.

[2 markah]
SPM 2009 (Struktur)
Rajah menunjukkan fetus manusia dalam uterus ibunya.
(a) Namakan struktur berlabel R dan S. [ 2 markah ]
R ialah plasenta S ialah tali pusat.

(b) Terangkan komposisi darah yang mengalir melalui salur darah di S. [ 2 markah ]

Vena tali pusat mengangkut oksigen dan nutrien dari plasenta ke fetus.
Arteri tali pusat mengangkut karbon dioksida dan bahan buangan bernitrogen dari fetus ke plasenta.

(c) Struktur R diperlukan untuk mengekalkan ketebalan dinding uterus.


Terangkan pernyataan ini.

Hal ini kerana struktur R mengambil alih fungsi korpus luteum yang merosot selepas bulan ketiga kehamilan
untuk merembeskan hormon progesteron dan estrogen bagi mengekalkan ketebalan
endometrium. [ 2 markah ]

(d)(i) Nyatakan jenis keimunan yang diperoleh oleh fetus daripada ibunya.
Keimunan pasif semula jadi [1 markah]

(ii) Terangkan kepentingan struktur R kepada pertahanan badan fetus. [ 3 markah ]

Antibodi dalam plasma darah ibu boleh meresap merentasi plasenta masuk ke dalam fetus.
Nutrien,hormon dan oksigen juga meresap melalui darah ibu meresap masuk ke fetus
Menghalang sesetangah bahan kimia daripada meresap masuk ke dalam plasenta.

(e) Terangkan mengapa fetus mempunyai sistem peredaran darah yang berasingan daripada ibunya. [
2 markah ]

Untuk menghalang kemungkinan percampuran darah yang tidak seiras antara ibu dan fetus yang
boleh membawa kepada pengaglutinatan dan kematian.
4.4 Sumbangan Sains dan Teknologi dalam Pembiakan Manusia.

1. Terdapat beberapa teknik mencegah kehamilan antaranya ialah teknik semula jadi, penggunaan
alat seperti kondom, diafragma alat intrauterin penggunaan spermisid dan pil pencegah
kehamilan.

Rajah: Alat pencegahan kehamilan

Rajah: Teknik pembedahan utk mencegah kehamilan

2. Terdapat beberapa teknik mengatasi masalah ketidaksuburan:

Teknik Masalah Penerangan


Bank Sperma Sperma sedikit atau kualiti Penderma sperma menyimpan
sperma rendah sperma dalam bank sperma. Biodata
genetik penderma direkod untuk
memudahkan pemilihan sperma yang
baik.

Sperma suami tidak dapat Sperma suami akan dikeluarkan dan


Permanian berfungsi dengan normal dirawat sebelum dimasukkan ke
Beradas (tidak aktif, cacat atau dalam tiub fallopian isteri.
bilangannya terlalu sedikit)

Persenyawaan Tiub fallopio isteri Oosit sekunder isteri dikeluarkan dari


‘in vitro’ (IVF) tersumbat menyebabkan ovari menggunakan jarum laparoskop
sperma dihalang daripada untuk disenyawakan dengan sperma
bersenyawa dengan ovum suami dalam piring kultur dalam
atau zigot tidak sampai ke makmal. Selepas dua hari setengah,
uterus. embrio yang mencapai peringkat lapan
sel
dimasukkan semula ke dalam uterus
melalui serviks untuk penempelan pada
uterus.

Ibu Tumpang Isteri tidak dapat Sperma dan ovum isteri


mengandung atau selalu disenyawakan secara persenyawaan
gugur. ‘in vitro’ membentuk zigot dan embrio
akan dipindahkan ke uterus ibu tumpang
sehingga lahir.

SPM 2011 (Esei)

(c) Sains dan teknologi boleh membantu pasangan yang berkahwin untuk mengatasi masalah
ketidaksuburan mereka.
Nyatakan dua masalah ketidaksuburan dan terangkan pelbagai kaedah untuk mengatasi masalah itu.
[ 10 markah ]
Dua masalah ketidaksuburan ialah bilangan sperma yang sedikit dan sperma tidak aktif atau cacat.Antara
kaedah mengatasi ketidaksuburan mereka ialah bank sperma. Penderma sperma menyimpan sperma dalam
bank sperma. Biodata genetik penderma direkod untuk memudahkan pemilihan sperma yang baik. Selain
itu,permanian beradas.Sperma suami dikumpul dalam tempoh masa tertentu dan dipekatkan.Sperma
disuntik terus ke dalam tiub Fallopio isteri untuk bersenyawa dengan ovum pada waktu subur.Akhir
sekali,persenyawaan in vitro.Kaedah pembiakan dengan mengeluarkan ovum dari ovari untuk disenyawakan
oleh sperma di luar badan,dalam keadaan terkawal di makmal.Embrio yang terbentuk akan dimasukkan
kembali ke dalam uterus wanita.

SPM 2012 (Esei)


Rajah menunjukkan satu kaedah untuk mengatasi masalah kesuburan bagi seorang perempuan
yang telah berkahwin yang kedua-dua tiub Falopionya tersumbat.

(b) Terangkan bagaimana kaedah ini membantu wanita ini mendapatkan anak. [6 markah]

Kaedah ini dinamakan persenyawaan in vitro.Persenyawaan in vitro bermaksuf persenyawaan yang


berlaku di luar badan manusia dalam keadaan terkawal di dalam makmal.Dalam teknik ini,oosit sekunder
isteri dikeluarkan dari ovari dan disenyawakan oleh sperma suami dalam piring kultur dalam makmal.Selepas
dua hari setengah,embrio yang mencapai peringkat lapan sel dimasukkan semula ke dalam uterus melalui
serviks untuk proses penempelan pada dinding uterus.Maka wanita akan seperti biasa dan mendapatkan
anak.

Penyakit kelamin
1. Penyakit kelamin boleh disebarkan melalui perhubungan seks tidak terlindung antara dua individu
atau lebih yang mana salah seorang daripadanya dijangkiti bakteria atau virus yang menyebabkan
penyakit itu.
2. Antara contoh penyakit kelamin termasuk gonorea dan sifilis.

Anda mungkin juga menyukai