Anda di halaman 1dari 3

Ciri-ciri warganegara yang baik

Pada era globalisasi ini, teknologi Malayasia yang


moden dan canggih telah meyebarkan nama Malaysia ke
empat pelosok dunia. Tetapi, terdapat satu masalah
serius yang dianaktirikan oleh rakyat, menyebakan
masyarakat terpijak bara hangat. Masalah berikut ialah
kekurangan ciri-ciri waraganegara dalam kalangan
rakyat. Hal ini perlu dititikberatkan untuk
memperkukuhkan kemerdakaan dan budaya tanah
tumpah darah kita yang dicapai oleh nenek moyang kita.
Persoalannya, apakah ciri-ciri warganegara yang baik?

Sebagai mukadimah tajuk ini, rakyat yang baik


menghormati pemimpin-pemimpin yang berkorban dan
berjuang untuk negera demi keharmonian negara. Hal
ini dikatakan demikian kerana perkataan ‘kepercayaan’
tidak wujud dalam kamus kehidupan majoriti rakyat.
Setiap negara memerlukan bekerjasama rakyat dan
pemimpin yang bertanggungjawab sebagai tonggak
negara untuk berfungsi. Sekiranya perhubungan rakyat
dengan raja hanya terikat dengan hormat dan
kepercayaan yang senepis kulit bawan, tentulah negara
akan mengalami huru-hara, dan akhirnya kebembangan.
Contohnya, kerjasama rakyat, tokoh-tokoh politik dan
raja-raja yang teguh menyebabkan kebubaran
sambungan Malayan Union yang mengancam kekuasaan
kerajaan dan kebebasan rakyat, oleh itu
memperkukuhkan negara daripada persiangan kuasa
asing dan menjamin kemerdekaan negara kita. Jadi,
rakyat perlu mengambil inisiatif untuk menghormatai
pemimpin-pemimpin untuk mengelakkan kemajuan
negara menjadi anggan-anggan Mat Jeni.

Selain itu, warganegara yang baik juga memberi


sokongan kepada produk dan inovasi tempatan. Sejajar
dengan langit terbuka dunia, genersi Z mudah
terpengaruh dengan trend-trend yang dipamerkan oleh
pempengaruh di atas pelantar media sosial. Remaja yang
setahun jagung tidak akan teragak-agak untuk
mempercayai pendapat dan produk yang dicadangkan
oleh mereka. Oleh itu, tindakan seperti enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing itu akan
memudaratkan ekonomi negara. Sekiranya inovasi
tempatan tidak menerima cinta dan sokongan yang
sama diterima oleh produk asing, bukanlah inovasi itu
seperti mencari sungai yang tidak berhulu. Contohnya,
kita perlu menyokong kereta berjenama Proton yang
menunjukkan perkembangan dan kemodenan Malaysia
supaya Malaysia dapat duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan negara dunia pertama. Konklusinya,
warganegara yang baik menonjolkan ciri-ciri kesetiaan
dan kepercayaan rakyat terhadap produk negara.

Anda mungkin juga menyukai