Anda di halaman 1dari 7

KTIBAR DARIPADA PERJUANGAN TOKOH Terdapat banyak iktibar yang boleh diambil

daripada perjuangan tokoh tempatan untuk memastikan Negara kita bebas daripada
cengkaman penjajah. Malah, kita sudah pun Berjaya mendapatkan kemerdekaan pada tahun
1957. Setiap saban tahun tangggal 31 Ogos negara ini merayakan ulang tahun kemerdekaan
negara. Bagi mengisi bulan kemerdekaan, maka berbagai program telah diatur bagi
memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan. Paling jelas adalah terlihat bangunan, kereta,
kediaman mempamerkan bendera kebangsaan. Selain daripada keprihatinan kita terhadap
sambutan kemerdekaan, salah satu hal yang perlu diberi penghayatan adalah kesedaran
untuk sentiasa memperbaiki diri agar bangsa dan negara sentiasa disegani oleh kawan dan
lawan. Rakyat negara ini harus menjadikan sejarah lampau sebagai panduan bagi memajukan
negara di masa hadapan. Buat generasi baru, bukan mudah untuk negara ini bebas dari
cengkaman penjajahan. Rakyat negara ini pada suatu masa dahulu terpaksa menghunus
senjata dan menjadi pak turut kepada jari-jari penjajah. Bukan sebulan atau setahun tetapi
beratus tahun lamanya. Generasi kini telah mewarisi negara yang sudahpun bebas, aman dan
makmur. Tetapi malangnya, ada dalam kalangan generasi muda kini yang seakan membawa
masuk gejala dan budaya asing dari bekas negara penjajah masuk ke negara ini. Segala
bentuk perkara yang bertentangan dengan budaya masyarakat negara ini telah menjadi
ikutan muda mudi seperti meminum minuman yang memabukkan, budaya parti, pergaulan
bebas serta gaya hidup bebas. Ini satu bentuk pengkhianatan terhadap kemerdekaan negara.
Lihat sahaja pada beberapa buah negara yang tidak pernah dijajah oleh kuasa asing pada
suatu masa dahulu. Kebanyakan negara yang tidak dijajah ini bernasib baik kerana rakyat
negara mereka celik teknologi. Mereka terlebih dahulu mencipta teknologi sehingga
menyebabkan negara yang berpengaruh di dunia tidak berani untuk mendekati apatah lagi
untuk menakluk. Ini semua disebabkan kuasa ilmu yang mereka miliki. Dengan adanya ilmu
mereka mampu membuat dan mencipta teknologi yang mengerunkan musuh. Tetapi
kebanyakan masyarakat negara ini sepertimana yang dapat kita lihat pada masa kini lebih
banyak menjadi pengguna teknologi daripada mencipta teknologi. Lebih teruk lagi menjadi
hamba teknologi kerana banyak masa dihabiskan bersama teknologi pintar seperti telefon
mudah alih. Lagi memalukan kebanyakan teknologi adalah yang diimport dari luar negara.
Persoalannya sampai bila rakyat negara ini perlu menongkah dagu dan menjadi pembeli
teknologi daripada luar. Malaysia tidak boleh hanya berbangga dengan pembuatan kereta
nasional sahaja kerana masih banyak bidang teknologi yang Malaysia belum terokai bagi
memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang teknologi. Sejarah juga memperlihatkan
penjajahan mudah disebabkan masyarakat itu buta huruf dan tidak berpendidikan. Tidak usah
pergi jauh, lihat saja pada sejarah negara ini pada era sebelum kemerdekaan. Terlalu ramai
penduduk Tanah Melayu pada waktu itu yang buta huruf dan secara tidak langsung memberi
kesan kepada kurangnya peratus orang yang berpendidikan. Jika ada yang berpendidikan
sekalipun hanya setakat sekolah rendah dan seterusnya menyambung legasi ahli keluarga
membuat kerja-kerja kraftangan yang tidak ada nilai komersial. Apabila masyarakat tidak
berpendidikan tinggi, dengan mudah kuasa penjajah masuk dan mempengaruhi pemikiran
masyarakat negara ini agar menerima perubahan yang dibawa oleh mereka. Orang yang tidak
berpendidikan tinggi sememangnya mudah untuk menerima arahan serta dipengaruhi oleh
orang lain. Apa yang dapat dilihat pada generasi muda hari ini adalah mereka tidak berminat
untuk belajar apatah lagi menyambung pengajian pada peringkat yang lebih tinggi. Generasi
kini seolah dipaksa untuk belajar dan jika mereka tidak mahu belajar apa yang mereka
mahukan sebenarnya?.
1)https://ms-my.facebook.com/notes/bahagian-pendaftaran-negara-dan-
pertubuhan-kdn/malayan-union-teladan-buat-generasi-kini-akan-
datang/516955251718592/ - kesimpualan

2) http://nursarahahms.blogspot.com/2016/03/gerakan-anti-penyerahan-
sarawak.html - kesan penentangan (sarawak)

KESAn penentangan (mu)

3)http://cgzakariasej.blogspot.com/2014/05/malayan-union-1946.html
4)https://slideplayer.info/slide/14451966/

KESAN PENJAJAHAN BRITISH PADA MASA KINI


5) https://www.academia.edu/26520873/Kesan_Kesan_Penjajahan_British_S
ehingga_Kini_Politik

TUjuan penubuhan (MU)

https://www.slideshare.net/NanaArisa/malayan-union-51083772
[9/1, 6:38 PM] +60 10-929 4315: Ramalkan sekiranya masyarakat tempatan tidak menentang
British Sekiranya rakyat tidak bangkit menentang penjajahan, mungkin hingga ke hari ini
Negara kita masih berada dibawah kekuasaan pihak asing. Kekalahan pihak Jepun dalam
Perang Dunia Kedua pada tahun 1945 memberi ruang kembali kepada British untuk menguasai
Tanah Melayu pada waktu itu. Keadaan ini menunjukkan bahawa Negara kita sentiasa menjadi
perhatian kuasa besar kerana kepentingan ekonomi kepada Negara mereka. Kebanyakan
syarikat atau pelabur yang mengkomersialkan sector ekonomi Negara kita adalah daripada
Eropah. Sekiranya rakyat Malaysia tidak bangkit menentang penjajahan, kita pada hari ini
adalah mungkin hanya bekerja di peringkat bawahan atau dalam istilah yang lebih tepat
iaitu buruh sahaja. Jawatan atau pekerjaan yang lebih tinggi diisi oleh pekerja daripada
Negara mereka. Keadaan ini merugikan ekonomi Negara kerana segala keuntungan dan
pendapatan Negara kita mengalir ke Negara mereka. Memang, melalui proses pembangunan
daripada sebuah negara yang pernah dijajah oleh lima bangsa, meninggalkan kesan lama
untuk dipulihkan. Legasi yang ditinggalkan oleh penjajah sedikit sebanyak akan
mempengaruhi cara negara ditadbir. Ekonomi Negara terus mundur dan rakyat akan terkesan
oleh masalah kewangan. Selain itu, dalam aspek geografi, sekiranya masyarakat tempatan
tidak menentang penjajahan kuasa asing mungkin Negara Malaysia sekarang tidak akan
wujud. Hal ini kerana pihak British hanya menyatukan beberapa buah negeri di semenanjung
Malaysia kecuali singapura, Sarawak dan sabah. Perkara ini dibuktikan melalui rancangan
pengenalan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British untuk menguasai Tanah Melayu
secara menyeluruh. Malayan Union adalah pelaksanaan pentadbiran mengikut acuan British
yang mengetepikan kuasa raja-raja Melayu dan pembesar tempatan pada ketika itu. Sebab-
sebab Malayan Union mendapat tentangan daripada orang Melayu. Pertama ialah kedaulatan
dan kuasa sultan terancam. Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan
Union telah mengancam kedaulatan raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu dikurangkan
dan pentadbiran diambil alih oleh Gabenor yang mempunyai kuasa veto. Akibat raja-raja
kehilangan kuasa, orang Melayu bimbang tentang masa hadapan untuk menghadapi persaingan
daripada kaum bukan Melayu. Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis Islam
dan ini menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi
Pengerusi Majlis Agama Islam. Orang Melayu bimbang sultan akan kehilangan kuasa politik
dan hak keistimewaan. Orang Melayu tidak rela melihat Sultan mereka dilucutkan kuasa
politik. Kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu menjadi Tanah
Jajahan British. Hal ini, telah menimbulkan semangat nasionalisme yang membara
dikalangan orang Melayu. [9/1, 6:39 PM] +60 10-929 4315: Begitu juga didapati masyarakat
Malaysia kurang membaca dan tidak suka membaca. Ini juga merupakan satu isu yang perlu
kita renungkan bersama kerana jika zaman dahulu ramai orang buta huruf kerana tidak
berpeluang untuk menerima pendidikan. Kini negara telah moden dan mempunyai pelbagai
kemudahan untuk menuntut ilmu, tetapi mengapa masih ramai antara kita yang tidak mahu
membaca? Membaca tambatan ilmu, jadi bagaimana masyarakat hendak menerima ilmu jika
mereka malas membaca. Sejarah juga memperlihatkan langkah bijak dilakukan oleh penjajah
iaitu dengan cara memberikan pertolongan dan bantuan dan setelah itu memeterai
perjanjian dengan Sultan dan pembesar Melayu. Adakah kita semua tidak melihat ini
sebagai tipu muslihat penjajah untuk campurtangan dalam hal ehwal negara dan seterusnya
menjajah dan menaungi negara ini. Walaupun itu sudah menjadi lipatan sejarah, tetapi
lihat sahaja apa yang berlaku pada hari ini. Negara Barat atau pihak luar sangat
mengalu-alukan jika sesebuah negara meminta pertolongan mereka. Malaysia memerlukan
pelabur untuk memajukan dan membangunkan ekonomi negara. Untuk itu segala kemudahan
telah disediakan bagi menarik pelabur datang melabur ke negara ini. Dalam hal ini,
Malaysia perlu bijak dalam mengatur strategi agar kedatangan pelabur asing ini memberi
impak yang positif kepada pembangunan negara dan rakyat secara keseluruhannya. Penjajah
juga telah bertindak bijak dengan membawa balik segala dokumen dan maklumat negara ini
ke negara mereka dan pada hari ini kita dapat lihat rakyat negara ini terpaksa ke negara
penjajah untuk melihat maklumat tentang negara mereka sendiri. Ini merupakan satu
tamparan hebat kepada masyarakat negara ini yang kurang kesedaran terhadap nilai yang
ada pada negara mereka sendiri. Ada sebahagian tinggalan zaman dahulu yang dimusnahkan
begitu sahaja kerana menganggap barang lama tidak ada nilai komersial. Tetapi lihat
sahaja, sejarah lama mengenai negara kita ada tersimpan di negara penjajah dan kita
terpaksa membayar jika ingin melihat dokumen tersebut. Sebelum terlewat ada baiknya
segala bangunan atau barang ting

Soviet Spy

(ii)     Nyatakan kesan hasil daripada bantahan orang Melayu


terhadap Malayan Union.
·          Bantahan terhadap Malayan Union berjaya menyatukan
orang Melayu.
·          Orang Melayu bersatu mempertahankan status-quo
mereka.
·          Kongres Melayu 1946 telah melahirkan UMNO.
·          British memulakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu
dan UMNO
·          Mereka berunding bagi membentuk sistem pentadbiran
yang lebih baik.
·          British mengambil langkah membatalkan Malayan Union.
·          Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibentuk
menggantikan Malayan Union.
·          Mana-mana jawapan munasabah
Gerakan anti-penyerahan telah meninggalkan kesan yang penting dalam
perkembangan sejarah walaupun gerakan tersebut telah gagal mencapai
tujuannya dalam mengembalikan pemerintahan Brooke di Sarawak.
Pergerakan anti-penyerahan telah memainkan peranan yang penting dalam
membawa Sarawak ke arah pembentukan Malaysia. Hal ini demikian kerana,
salah satu sebab yang mendorong pihak British menyokong penuh
pembentukan Malaysia ialah mereka sedar bahawa mereka tidak disukai oleh
golongan anti-penyerahan di Sarawak. Secara keseluruhannya, penglibatan
penduduk Sarawak dalam pergerakan politik tempatan telah memperlihatkan
bahawa mereka sedar dan giat dalam lapangan politik di Sarawak sejak tahun
1940-an, tetapi kegiatan politik yang wujud pada ketika itu adalah yang bukan
parti politik. Ia boleh dikategorikan sebagai kegiatan politik pada peringkat
pertama, iaitu tahap yang belum lagi melibatkan penubuhan parti politik di
Sarawak.

 Jika dilihat dari sudut positif, pengambilan Sarawak sebagai tanah jajahan
mahkota British telah memberi kebaikan kepada semua kaum di Sarawak
termasuklah orang Cina. Kebudayaan, cara hidup yang bermanfaat dipelihara
dan kedudukan istimewa kaum Bumiputera ke atas hak-hak tanah telah
dikekalkan. Tanah jajahan telah berkembang dengan stabil menuju ke arah
pemulihan daripada kesan perang dan penaklukan Jepun. Pentadbiran kolonial
juga telah menambahkan kadar kemajuan dalam ekonomi, sosial dan
meningkatkan taraf hidup penduduk Sarawak. Langkah pertama yang
dilakukan oleh pihak berkuasa idalah dengan memimpin negeri Sarawak ke
arah berkerajaan sendiri. Pendek kata, pentadbiran British telah
mempercepatkan negeri Sarawak ke arah berkerajaan sendiri dan kemudian
kemerdekaan yang diharap-harapkan oleh semua penduduk Sarawak.
Penglibatan kerajaan British telah membawa politik Sarawak ke arah yang
lebih matang dan berkembang dengan lebih rancak.

Anda mungkin juga menyukai