Anda di halaman 1dari 3

Ahad, 8 Februari 2009

Kepentingan Mempelajari Sejarah

Oleh AZMI AHMAD

Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan
iktibar kepada kita untuk memperbaikki kesilapan masa lalu bagi membolehkan
kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan
dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan
sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga,
masyarakat dan negara mahupun bangsa.

Melalui sejarah, kita dapat mempelajari kejayaan bangsa dan negara seperti
zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang boleh
dijadikan perangsang untuk memacu kemajuan negara. Tidak dapat dinafikan,
pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitik-tolak daripada kewujudan
Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara.

Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang


mana jika ada kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin
dan rakyat, keagungan tersebut mampu diulangi malah mungkin lebih
cemerlang. Malaysia kini mengecapi pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai
bidang dan menjadi antara negara membangun yang paling maju di dunia.
Dengan kegigihan pemimpin dan rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampu
mengecapi kegemilangan dan mengulangi semula zaman kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau


semangat cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah
tanahair dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa.
Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya
warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara seperti
terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme
timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara
kita, serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun
begitu, ramai generasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata
untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di
universiti. Malangnya mereka gagal untuk memahami kepentingan mata
pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang buta sejarah negara sendiri.

Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta


kedaulatan negara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai
pada1957 tetapi pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di
negara majmuk seperti Malaysia. Jika generasi muda hari ini tidak memahami
sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuh dan musnah.
Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk
sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak
ansur orang-orang Melayu untuk menerima golongan imigran Cina dan India.
Pemahaman terhadap kontrak sosial ini amat penting untuk memacu Malaysia
sebagai negara maju. Kegagalan memahami kontrak sosial ini mampu
mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan memiliki
pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi ini dan akan
menjadi bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling tenaga
untuk membangun dan mengukuhkan negara.

Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat


Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan
negara kita yang bermula dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia,
akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Mereka ini tidak menghargai apa yang
telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yang tidak bersyukur, lupa
asal- usul, adat resam dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat
Malaysia yang tamak haloba dalam mencapai matlamat hidup tanpa
mempedulikan halal-haram dari aspek undang-undang dan memcampakkan
kontrak sosial negara ketepi demi mencapai cita-cita mereka. Hargailah apa
yang telah kita kecapi hari ini. Presiden Amerika Syarikat ke-44, Barack Hussin
Obama dalam ucapan sulung sebagai presiden mengungkapkan: Sejarah akan
menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan dengan apa yang kita
runtuhkan.

Anda mungkin juga menyukai