Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah

Mata pelajaran Sejarah sering dikatakan susah oleh para pelajar masa kini. Mereka tidak memahami
bahawa sejarah amat penting untuk masa depan negara. Jadi bagi individu yang gagal untuk
mempelajari sejarah, mereka pasti mengulangi kesilapan orang kita pada masa dahulu. Dengan
mempelajari sejarah, kita dapat mengenal asal usul kemunculan tulisan, bandar, sistem pemerintahan
dan sebagainya. Setiap rakyat Malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang
negara kita dan pembentukan negara Malaysia itu sendiri kerana ini merupakan sejarah negara kita.
Oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah dalam kehidupan kita.

Salah satu kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah ialah sebagai iktibar daripada
peristiwa lalu. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka yang tidak mempelajari sejarah
berkemungkinan akan melakukan kesilapan sama yang boleh membawa kepada kejatuhan negara.
Kesilapan orang terdahulu sewajarnya diambil berat dan bukannya dipandang enteng sahaja kerana
kesannya amat menyakitkan. Contohnya, peristiwa semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah
Melayu, orang kita pada zaman dahulu hidup terseksa dan di bunuh tanpa belas kasihan akibat
mempercayai janji palsu Jepun. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia harus mengamalkan sikap
ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua serta wajar mengambil iktibar daripada peritiwa lalu
supaya sejarah hitam yang berlaku tidak berulang kembali.

Selain itu, mempelajari sejarah dapat menimbulkan rasa patriotisme dalam kalangan
masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, jika kita lihat senario pada hari ini, masyarakat tidak
lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita
daripada dijajah. Akibat daripada itu, semangat patriotisme semakin terhakis dalam diri masyarakat
kita terutamanya golongan remaja. Contohnya, dapat dilihat semasa sambutan hari kemerdekaan
negara, para remaja hari ini seolah-olah tidak mengendahkan sambutan yang diraikan ini kerana
mereka menganggap sambutan itu tidak mendatangkan apa–apa faedah sedangkan sambutan itu wajib
diadakan untuk menghargai jasa-jasa pejuang tanah air. Mereka harus sedar bahawa segala
kesenangan dan kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha perwira-perwira negara
kita. Nama mereka juga sentiasa meniti di bibir pejuang negara kerana harimau mati meninggalkan
belang manusia mati meninggalkan nama.

Di samping itu, melalui pembelajaran mata pelajaran Sejarah juga, kita dapat menyedari
kepentingan mengekalkan perpaduan kaum dalam hidup kita. Hal ini dikatakan demikian kerana,
kestabilan negara bergantung kepada perpaduan masyarakat. Jika rakyat bersatu padu, negara kita
akan aman dan stabil seterusnya perpaduan dapat dikekalkan. Kita tidak ingin lagi perkara buruk yang
berlaku dalam negara suatu ketika dahulu berulang kembali. Contohnya, negara kita pernah
mencatatkan sejarah hitam selepas merdeka iaitu peristiwa pergaduhan serta salah faham antara kaum
pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah meragut banyak nyawa dan perpaduan negara pada masa itu
ibarat telur di hujung tanduk. Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab serta cinta akan
keamanan negara, kita seharusnya sentiasa memastikan bahawa perpaduan antara kaum itu dipelihara
agar tragedi itu tidak berulang kembali.

Tuntasnya, kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah negara amat penting dalam
pembentukan masyarakat yang sentiasa menghayati dan menghargai jasa-jasa pejuang tanah air yang
berjuang untuk kebebasan kita pada hari ini. Jadi, pelajar terutamanya tidak sewajarnya mengeluh
untuk mempelajari mata pelajaran kerana di dalamnya terkandung 1001 iktibar, teladan serta
pengajaran untuk pedoman hidup. Sebagai usaha memajukan dan menjaga kesejahteraan negara agar
berterusan, rakyat Malaysia seharusnya perlu hidup bermuafakat dan memastikan kestabilan
hubungan sosial tanah air sentiasa terjaga kerana pepatah ada menyebut kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya.

Anda mungkin juga menyukai