Anda di halaman 1dari 2

 sepatutnya tidak melupakan pengorbanan generasi terdahulu dalam

memperjuangkan kemerdekaan negara ini selepas dijajah lebih dari 500 tahun.
 Remaja perlu menghayati sejarah perjuangan bangsa agar dapat Remaja
memupuk semangat cinta akan negara yang tidak bertepi.
 Remaja mesti belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang berguna hingga
boleh memberi khidmat dan sumbangan kepada negara.
 Remaja sepatutnya menjadi benteng pertahanan negara. 
 negara pada bila-bila masa.
 Remaja sewajarnya bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan dengan memberikan bantuan kepada golongan miskin, orang tua,
anak-anak yatim, OKU dan sebagainya.
 Remaja mestilah memanfaatkan segala potensi diri demi membangunkan
masyarakat yang sihat, penyayang dan cinta akan negara.
 Remaja seharusnya menggalas tanggungjawab membangunkan negara dengan
penuh kecekapan dan berintegriti.
 Remaja semestinya menjauhi aktiviti-aktiviti negatif yang boleh merencatkan
perkembangan kemajuan negara.
 Remaja mestilah bersungguh-sungguh mendalami hal-hal keagamaan agar
menjadi insan yang memiliki sahsiah yang terpuji dan mapan.
 Remaja perlu belajar dan bersedia mengambil alih tampuk pemerintahan negara
apabila tiba masanya.
 Remaja mestilah memiliki matlamat hidup yang jelas.
 Remaja hendaklah sentiasa menyokong dasar kerajaan yang jelas membawa
kebaikan kepada semua.
remaja perlu bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni. Sejarah telah membuktikan
bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara.

remaja juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.Sejarah telah membuktikan
bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara. Apabila semangat bersatu
padu tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga akan musnah seperti yang terjadi
kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu.Jadi
semangat kekitaan perlulah dipupuk sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara.

Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat melahirkan remaja yang berakhlak
dan berbudi pekerti mulia.Remaja perlulah menyematkan disiplin dalam diri dengan cara menjadi lebih
bertanggungjawab dan menepati masa sekaligus dapat menjadi warganegara yang berguna.Disiplin di
kalangan remaja juga dapat dipupuk dengan menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan
ketenteraan seperti Maktab Tentera Diraja,Kolej Tentera Darat,Kolej Tentera Udara dan Akademi
Tentera Malaysia yang dapat membentuk sifat keperibadian yang unggul.

Dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan negara, remaja perlulah lebih berusaha dan produktif
apabila melakukan sesuatu perkara.Para remaja haruslah lebih tabah dalam menghadapi cabaran demi
mempertahankan hak-hak mereka.Kita juga mesti berdikari dan tidak bergantung kepada kuasa-kuasa
asing supaya dapat menjamin kedaulatan negara.

Di samping itu, rakyat perlulah menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan
negara.Sejarah telah membuktikan bahawa rakyat yang tidak taat setia akan mengakibatkanb
kedaulatan negara akan tergadai.Rakyat yang mengkhianati negara sendiri akan berdosa besar
kerana pada hakikatnya golongan tersebut sanggup mengorbankan kedaulatan dan maruah demi
kepentingan diri sendiri bagai “enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing”.Misalnya,
semasa Melaka menghadapi serangan portugis pada tahun 1511,terdapat seorang pembelot
bernama Si Kitol yang telah memberiahu pihak portugis tentang strategi peperangan
Melaka.Akibatnya,pihak Portugis berjaya menjajah Melaka.Bayangkanlah sekira rakyat seperti Si Kitol
berada di negara Malaysia,apakah yang akan terjadi?Sudah tentunya anasir-anasir negatif akan
mempengaruhi minda genrasi muda,seterusnya mengundang campur tangan kuasa lain.Oleh yang
demikian,rakyat perlulah taat setia kepada raja dan negara.Antara tindakan yang mencerminkan
ketaatan termasuklah sanggup mempertahankan negara apabila diserang musuh,tidak
membocorkan rahsia kepada pihak luar,berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan dan
lain-lain.Jelaslah bahawa taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi akan dapat menjamin
kesejahteraan negara.

Anda mungkin juga menyukai