Anda di halaman 1dari 37

PERANAN REMAJA DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA

Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja yang
merupakan bakal tunjangnegara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut
sosial. Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan
paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata
mutiara sarjana, Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah
remajanya pada hari ini.Presiden Soekarno pernah mengungkap, Berikan saya
10 orang belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia. Ternyatalah di sini
bahawa remaja yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangannusa dan
bangsa. Oleh itu, setiap remaja perlu memainkan peranan mereka dengan penuh
tanggungjawab untuk merencanakan pembangunan negara.
Peranan signifikan remaja ialah mereka perlu belajar bersungguh-sungguh
untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik. Kecemerlangan akademik
merupakan salah satu elemen yang maslahatuntuk melahirkan remaja yang
berkualiti demi kepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk
menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, remaja kita
perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut
segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui
pelbagai wahana, seperti membaca buku, melayari lebuh raya
maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan
prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan akan menjauhi
gelaran katak di bawah tempurung. Remaja juga tidak harus terbuai dalam dunia
yangmengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau
mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa,ikut hati mati, ikut rasa
binasa. Tegasnya, tanpa remaja yang bijak pandai maka pembangunan negara
akan terbantut.
Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik semata-mata tidak dapat
menjamin pembangunan negara jika remaja kita tidak memiliki kesihatan
fizikal dan mental. Remaja yang ingin membangunkan negaea perlu memiliki
kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf
baharu yang penuh dengankompetitif, remaja kita perlu memiliki kecergasan
fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya
dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja di negara maju.
Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita patut mengamalkan
pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam,
bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial seperti
minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi
kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku buruk padahnya. Remaja kita
harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai. Tanpa
kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Hal ini sangat bertepatan
dengan slogan rakyat sihat, negara maju. Jadi, remaja yang sihat dan
mempunyai jati diri yang mapan baru dapat melaksanakan pembangunan
negara.

Selain itu, remaja juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur.
Remaja kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantaran itu, ibu bapa dan pihak
sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja menjadi
modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan berjati diri unggul. Selain
menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus
dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial,
misalnya bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang-orang tua dan
kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam
serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela. Remaja yang dangkal
imannya sudah pasti akan terjerumus ke dalam kebejatan sosial. Dengan kata
lain, remaja berkepemimpinan harus bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi
bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkan negara yang maju sama ada
secara luarannya dan dalamannya pada suatu hari nanti.
Seperkara lagi, remaja juga perlu kreatif dan inovatif untuk memacu
pembangunan negara yang gemilang. Hal ini terjadi demikian kerana hanya
mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baharu
dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi
dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baharu
akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, remaja kita
harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan
aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan
galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka.
Namun demikian, impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi
perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja
dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau
keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi remaja. Pendek kata,
pembangunan negara akan tercapai jika negara kita mempunyai barisan pelapis
negara yang kreatif dan inovatif.
Akhir sekali, remaja juga dapat memainkan peranan mereka untuk
membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana
apabila golongan ini mempunyai sifat sedemikian, mereka lazimnya dapat
menerima teguran dan pandangan orang lain. Dalam nada yang serupa, remaja
seumpama ini dapat memberi kesan kepada negara kita. Mereka dapat
menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Mereka akan
menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional
demi mewujudkan kesejahteraan sosial. Mereka sentiasa mengamalkan sikap
toleransi dan bertolak ansur untuk mencapai misi dan visi negara iaitu semua
rakyat perlu bersatu padu di bawah satu bumbung yakni, satu bangsa satu
bahasa dan satu negara. Maka, sifat keterbukaan remaja sudah pasti dapat
memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu membangunkan
negaranya dengan penuh komited dengan dipayungi perpaduan antara
rakyatnya.
Intihanya, semua remaja mempunyai tanggungjawab dan obligasi masingmasing untuk menjana pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa,

pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan
negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja
yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita
tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi
negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti.
Oleh itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta
melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri
sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga negara
kita dapat berdiri dengan gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan
negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia.

WARGA ASING
Mengapakah Malaysia Dibanjiri Warga Asing?
1. Pembangunan negara yang pesat
2. Rakyat tempatan yang terlalu memilih pekerjaan
3. Dasar pintu terbuka kerajaan
4. Faktor bencana alam dan peperangan di negara asal
5. Sikap tidak bertanggungjawab majikan tempatan & agensi-agensi bawa masuk
pekerja luar
6. Kemiskinan dan desakan hidup
7. Peluang pekerjaan terhad di negara asal
Kesan Kemasukan Buruh Asing di Negara kita
(a) EKONOMI
1. Kerajaan membelanjakan kira-kira RM171 juta bagi menanggung perbelanjaan
tahanan dan banduan warga asing
2. Pengaliran keluar mata wang negara pada kadar yang banyak pada setiap
bulan melalui sistem transaksi yang canggih
3. Membantu mempercepat proses pembangunan negara
4. Meningkatkan percambahan idea antara pekerja asing dan tempatan demi
kemajuan
5. Menggugat ekonomi rakyat tempatan
BUKTI:
* Warga asing yang diuruskan di penjara berjumlah 81,396 orang dan purata
sehari tahanan berjumlah 13,392 orang
* Peruntukan disalurkan untuk pengurusan pusat-pusat tahanan seperti lokap,
penjara dan depoh tahanan imigresen
(b) SOSIAL
1. Penempatan setinggan kian bertambah dan menimbulkan suasana
pemandangan yang jelek menjatuhkan imej negara di mata dunia

2.
3.
4.
5.
6.

Kadar jenayah semakin meningkat


Banyak pengangguran berlaku dalam kalangan orang tempatan
Menularkan kemasukan budaya yang tidak sihat dari negara asal mereka
Penularan penyakit berjangkit
Menimbulkan keadaan sesak

BUKTI:
Mantan Ketua Polis Negara ( KPN) Tan Sri Musa Hassan mengakui pendatang
asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini menyumbang kepada
peningkatan kadar jenayah. Anggota polis yang sebanyak 90,000 orang
berbanding jumlah 25 juta rakyat Malaysia tidak mampu membanteras
pendatang tanpa izin secara menyeluruh
LANGKAH MENGATASINYA
1. Pengawasan kawasan sempadan harus diperketat
2. Penghantaran pulang pendatang haram yang ditangkap
3. Memperketat undang-undang
4. Kerajaan harus membenarkan sektor tertentu sahaja yang boleh menggaji
pekerja asing
BUKTI:
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah membuat
pengumuman mengenai keputusan kerajaan untuk mengurangkan jumlah
pekerja asing ke 1.5 juta orang dalam tempoh tiga tahun
UNGKAPAN MENARIK
1. tepuklah dada tanyalah selera
2. menutup periuk nasi
3. kerana nila setitik rosak susu sebelanga
4. cendawan yang tumbuh selepas hujan
5. gula yang dihurungi semut
6. di mana ada gula, di situ ada semut
7. lombong emas
8. kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan
9. bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

PUNCA REMAJA KURANG MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI


KOMUNITI
Dalam menongkah arus modenisasi dan globalisasi ini, kita kian alpa akan
semangat kejiranan yang dapat dipupuk melalui aktiviti komuniti. Lantaran itu,
golongan generasi muda kita kini iaitu golongan remaja kurang melibatkan diri
dalam aktiviti komuniti. Senario ini dapat dikaitkan dengan peribahasa yang
berbunyi bagaimana rentak gendang, begitulah tarinya. Berdasarkan peribahasa
tersebut, barangkali sangat tepat jika kita mengaturkan gerak laku ssebuah
masyarakat dengan gelombang dan perkembangan semasa masyarakat. Sikap
menyalahkan remaja yang tidak mahu berjinak-jinak dengan aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong rotong adalah umpama meludah ke langit
menimpa batang hidung sendiri. Memang benar remaja hari ini tidak berminat
dengan aktiviti seumpama ini akibat didalangi oleh pelbagai faktor yang telah
dikenal pasti yang menjadi latar kehidupan masyarakat pada masa ini.
Punca prima remaja hari ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti komuniti
ialah sikap masyarakat setempat yang telah mempengaruhi sikap dan minda
remaja. Masyarakat hari ini terutamanya golongan dewasa yang bekerja, sibuk
dengan urusan sendiri dan tidak sedar akan sikap mereka yang mengabaikan
aktiviti komuniti. Dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang
penuh fatamorgana ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada
hari ini terlalu obses untuk mencari kemewahan hidup demi memenuhi tuntutan
nafsu kebendaan mereka. Senario ini menyebabkan mereka tidak bertegur sapa
dengan jiran tetangga mereka apatah lagi ingin melibatkan diri dalam aktiviti
komuniti seperti bergotong royong. Sikap mereka yang mementingkan diri
sendiri ini dapat diibaratkan bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Tanpa disedari, situasi ini turut mempengaruhi sikap dan minda
remaja untuk meminggirkan amalan kemasyarakatan dalam kehidupan mereka.
Selain itu, punca lain remaja hari ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti
komuniti ialah hubungan remaja dengan golongan dewasa yang agak renggang.

Keadaan ini tercetus daripada pemikiran orang dewasa terhadap remaja yang
dianggap masih belum keras ubun-ubunnya dan tidak perlu menyertai aktiviti
komuniti seperti bergotong royong. Situasi ini bertambah rumit apabila terdapat
golongan dewasa yang menhalang penglibatan golongan remaja dalam aktiviti
komuniti seperti menyertai mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di sesebuah
taman perumahan. Luka bertambah parah apabila remaja, iaitu insan kerdil
ciptaan Tuhan yang menjadi harapan negara ini mulai berasa tersisih kerana
tidak berpeluang untuk bersama-sama dalam aktiviti kemasyarakatan yang
dianjurkan. Impaknya, mereka tiada pendedahan dan bimbingan daripada orang
dewasa untuk menjayakan aktiviti komuniti pada suatu hari nanti. Tegasnya,
hubungan yang renggang antara orang dewasa dengan remaja menjadi
pemangkin kepada kurangnya penglibatan remaja dalam aktiviti
kemasyarakatan.
Jika kita lihat dari dimensi yang berbeza, remaja hari ini terpaksa
menerima tekanan tinggi dan bebanan berat daripada ibu bapa. Ibu bapa pada
hari ini terlalu menaruh harapan yang tinggi setinggi Gunung Everest agar anak
mereka berjaya dalam bidang akademik. Harapan ibu bapa yang tinggi ini
menyebabkan golongan remaja terpaksa memikul bebanan yang berat untuk
menrealisasikan harapan tersebut sehinggakan mereka tiada masa dan peluang
untuk melibatkan diri dalam aktiviti komuniti seperti bergotong royong.
Kebanyakan ibu bapa pada hari ini tidak mahu anak-anak mereka ketinggalan
dalam dunia pendidikan dan masa belajar remaja terlalu eksklusif serta tidak
harus dibazirkan dengan aktiviti komuniti. Mereka lebih rela anak remaja mereka
menjadi ulat buku dan antisosial asalkan anak mereka berjaya dalam bidang
akademik. Maka, tidak hairanlah jika kita lihat penglibatan remaja dalam aktiviti
komuniti kian merosot. Jadi, tekanan dan bebanan yang pikul oleh remaja dalam
bidang akademik mengekang mereka daripada melibatkan diri dalam aktiviti
komuniti.
Seterusnya, perkembangan teknologi yang moden turut menghalang
penglibatan remaja dalam aktiviti kemasyarakatan. Dewasa ini, dunia kita
menghadapi ledakan teknologi maklumat yang kian canggih sehingga
mempengaruhi sikap dan minda remaja. Hal ini dapat kita lihat melalui kemajuan
teknologi maklumat, media massa dan hiburan yang bergerak pantas bagai belut
diketil ekor. Dengan pengaruh pemodenan teknologi dalam kalangan remaja,
mereka menganggap bahawa aktiviti kemasyarakatan sebagai tidak relevan dan
tidak menarik lagi. Mereka lebih suka bermain permainan menarik di internet
dan menonton rancangan yang menarik di kaca televisyen. Lebih mengasyikkan
mereka lagi apabila terdapat pelbagai laman sosial yang berfungsi untuk
berinteraksi secara maya dengan kawan-kawan mereka. Hal ini menyebabkan
remaja tidak berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti komuniti. Jelaslah
bahawa pengaruh pemodenan dan teknologi juga merupakan antara punca
remaja kurang melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.
Umum mengetahui bahawa kesan daripada penularan budaya kuning turut
menjadi dalang remaja semakin menjauhkan diri daripada menyertai aktiviti
komuniti. Remaja kita pada hari ini lebih gemar berpelesiran di pusat beli belah,

bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, ketagihan hiburan, melakukan


seks bebas dan merempit. Remaja kita pada hari semakin hilang maruah sebagai
akibat daripada pengaruh budaya kuning. Kesan-kesan ini menunjukkan betapa
runtuhnya nilai-nilai murni dalam kalangan remaja hari ini. Golongan remaja
lebih suka berbual dalam kelompok mereka dan menghabiskan masa dengan
aktiviti yang tidak berfaedah. Hal ini kerana remaja tidak terdidik dengan
kehidupan bermasyarakat yang mementingkan sikap saling membantu dan
bekerjasama bagai aur dengan tebing. Tegasnya, remaja tidak melibatkan diri
dalam aktiviti komuniti kerana mereka obses dengan pengaruh budaya kuning.
Sebagai konklusinya, ternyatalah bahawa segala bentuk tingkah laku
remaja amat berkait rapat dengan acuan kehidupan semasa mereka kerana
peribahasa Melayu pernah menyebut bahawa arus di muara dibentuk oleh aur di
hulu. Keengganan mereka melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bergotongroyong berkait rapat dengan asuhan yang diterima oleh mereka dan faktor di
sekeliling mereka. Kini, tibalah masanya untuk semua pihak menyedari bahawa
segala yang tersasar di hujung jalan perlu balik ke pangkal jalan. Kegiatan
komuniti seperti bergotong-royong hendaklah disuburkan semula dalam
kalangan remaja agar mereka dapat merasai roh dan nilai insaniahnnya secara
tersirat. Oleh itu, semua pihak perlu bersinergi dan memainkan peranan masingmasing untuk mengatasi kemelut ini. Semoga rakyat Malaysia bekerjasama
dengan pihak kerajaan untuk merealisasikan konsep gagasan Satu Malaysia dan
diharapkan semangat kemasyarakatan akan terus mekar dalam sanubari setiap
rakyat Malaysia.

PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG


Pada alaf baharu ini, ibu bapa diberikan peranan yang penting kepada
masyarakat dan negara. Media cetak mahupun media elektronik sering
menyiarkan obligasi yang wajib dipikul oleh ibu bapa. Dalam kalangan ibu bapa
dalam masyarakat hari ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai terutamanya
kerajaan dalam hal yang bersangkut-paut dengan pembentukan masyarakat
penyayang. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin
Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat
penyayang amat penting sekali. Masyarakat penyayang merupakan
masyarakat yang anggotanya mengamalkan sikap yang sayang-menyayangi,
hormat-menghormati, bantu-membantu, dan nilai murni yang lain. Masyarakat
seperti ini menjadi impian negara kita untuk merealisasikan Wawasan
2020. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah pragmatik yang boleh diambil
oleh ibu bapa untuk membentuk masyarakat penyayang.
Peranan ibu bapa yang paling signifikan ialah ibu bapa perlu memberikan
kasih sayang kepada anak-anak. Ibu bapa seyogianya membesarkan anak-anak

dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Namun
begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal
ini kerana ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup dan
kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya lebih banyak meluangkan masa dengan
anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Kasih sayang ibu bapa dapat dilihat
melalui kesanggupan ibu bapa meluangkan masa bersama dengan anak-anak.
Pada masa itu, ibu bapa harus berkongsi masalah anak-anak dan menjadi
pendengar setia kepada setiap luahan hati anak-anak. Contohnya, ibu bapa
boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk mengeratkan
hubungan dan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran
serta ibu bapa. Dengan ini, bibit-bibit kasih sayang akan mekar dalam jiwa anakanak. Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat
penyayang akan tercapai jua.
Selain itu, ibu bapa sewajarnya memberikan didikan agama yang
sempurna kepada anak-anak semenjak kecil lagi bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Akan tetapi, ibu bapa kini terlalu mengagungagungkan kemodenan sehingga mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka
dalam mencurahkan didikan agama kepada nanak-anak. Hal ini berlaku kerana
mereka beranggapan bahawa didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan
teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan
agama kepada anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap
agama amat mementingkan hubungan baik dengan Pencipta, sesama manusia
dan alam sekitar. Hai ini akan tercapai dengan adanya nilai kasih sayang dalam
kehidupan. Misalnya, mereka perlu menggalakkan anak-anak mengikuti kelas
agama supaya anak-anak akan menjadi insan yang penyayang. Di samping itu,
mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada anak-anak
mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa
dalam melahirkan generasi yang penyayang akan menjadi kenyataan pada suatu
hari nanti melalui didikan agama yang teguh.
Seperkara lagi itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang
baik kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang
berperangai buruk seperti menjadi pendera, perogol dan sebagainya. Oleh itu,
ibu bapa perlu menjadi entiti mithali kepada anak-anak yang masih belum
keras ubun-ubunnya sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa perlu menunjukkan
sikap yang penyayang kepada anak-anak sejak kecil lagi seperti sering
membawa anak-anak menziarahi orang tua di kampung. Lama-kelamaan
generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini dan masyarakat penyayang
akan dilahirkan. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan
masyarakat yang penyayang pada alaf globalisasi ini.
Jika kita tinjau dari perspektif yang berbeza pula, ibu bapa juga harus
menjaga keharmonian rumah tangganya. Hal ini dikatakan demikian kerana
kerharmonian rumah tangga dapat mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia
dan hidup dengan penuh limpahan kasih sayang. Ikatan kasih sayang yang teguh
daripada ibu bapa sudah pasti dalam membentuk jiwa anak-anak dengan nilai

kasih sayang dan sekali gus mereka akan mencontohi sikap penyayang ibu bapa
mereka kerana kepimpinan melalui teladan. Ibu bapa seyogianya memastikan
hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi melahirkan keluarga
yang penyayang. Hal ini dapat dipraktikkan dengan mengelakkan sebarang
pergaduhan dan pertengkaran di hadapan anak-anak yang masih belum keras
ubun-ubunnya dan sentiasa menghormati pasangan hidup masing-masing.
Dengan adanya sikap toleransi dan hormat-menghormati ditambah lagi dengan
kasih sayang maka impian kita untuk melahirkan masyarakat yang penyayang
dapat dilahirkan.
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga haruslah melibatkan anak-anak dalam
aktiviti masyarakat. Ibu bapa seyogianya mendekatkan anak-anak mereka
dengan masyarakat setempat bagi mewujudkan hubungan yang baik dengan
masyarakat. Dengan ini, anak-anak akan dapat mengenali ahli komunitinya
dengan lebih dekat lagi dan perasaan sayang akan timbul dalam sanubari
mereka kerana kata orang, tak kenal maka tak cinta, sudah kenal baru
jatuh cinta.Contohnya, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menyertai
gotong-royong di kawasan tempat tinggal atau solat berjemaah di surau atau di
masjid. Bukan itu sahaja, keprihatinan ibu bapa tatkala jiran kita ditimpa
musibah dengan menghulurkan sedikit sumbangan sama ada dari sudut fizikal,
material dan sokongan sudah tentu dapat membuka mata anak-anak untuk
membuat perkara yang sama apabila mereka dewasa kelak. Secara implisitnya,
perasaan kasih sayang akan mekar dalam kehidupan masyarakat
kita. Sesungguhnya, hubungan silaturahim yang erat mampu melahirkan
masyarakat yang penyayang.
Secara deduksinya, ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam
melahirkan masyarakat yang penyayang. Namun begitu, tindakan
mengharapkan ibu bapa semata-mata juga tidak akan berkesan
kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Setiap individu dalam
kalangan masyarakat harusnya mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan
paradigma bagi merealisasikan pembentukan masyarakat penyayang dalam
kalangan rakyat Malaysia. Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang
tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari aspek
kebendaannya, justeru kaya dengan budaya penyayang. Secara tidak langsung
juga, imej negara akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan
dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya bak
kata pujangga,Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya
masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap.

Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak agar Menjadi


Pengguna yang Bijak

Sambutan Hari Pengguna membawa erti yang cukup mendalam bukan


sahaja kepada pengguna malahan juga kepada peniaga, pengeluar, dan
kerajaan. Pelbagai tema yang membayangkan hasrat kerajaan untuk melahirkan
pengguna yang serba bijak dan berpengetahuan diketengahkan pada setiap
tahun. Walaupun pelbagai tema yang dipilih, matlamatnya tetap sama iaitu
untuk memastikan pengguna terdidik dan bijak serta tahu akan hak mereka. Kini,
masalah kenaikan harga barangan sememangnya begitu ketara bagaikan
bangkai gajah tidak dapat ditutupi nyirunya lagi terutama di
kawasan urbanisasi. Sebagai pengguna, kita perlu memiliki sifat-sifat pengguna
yang bijak untuk berupaya mengharungi kehidupan sebegini. Maka, kita
mempunyai kuasa untuk menentukan barangan itu perlu atau sebaliknya dalam
menjalani kehidupan harian itu. Oleh itu, untuk melahirkan pengguna yang
bijak, obligasi ini terletak padapundak ibu bapa kerana ibu bapa merupakan
guru yang terbaik dan terdekat kepada anak-anak.
Peranan ibu bapa yang paling signifikan dalam mendidik anak-anak supaya
menjadi pengguna yang bijak ialah ibu bapa perlu memupuk amalan berjimat
cermat dalam kalangan anak-anak. Anak-anak perlu diajar supaya membeli
barangan yang benar-benar perlu dan tidak membazir kerana amalan
membazir itu sebahagian daripada amalan syaitan. Aktiviti membeli-belah
memang menyeronokkan apatah lagi apabila kita mempunyai wang yang banyak
yang membolehkan kita membeli apa-apa sahaja barangan dan perkhidmatan
yang disukai. Malah, ada orang yang menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai
aktiviti wajib pada setiap bulan sehingga sanggup melakukan pembaziran. Oleh
itu, ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak agar berjimat cermat dalam
pembelian dan perlu mengamalkan amalan menabung untuk kepentingan masa
depan. Kata orang tua-tua, beringat sebelum kena, berjimat sebelum
habis. Jelaslah bahawa amalan berjimat cermat juga merupakan satu amalan
yang mulia yang harus dipupuk oleh ibu bapa dalam diri anak-anak.
Selain itu, ibu bapa harus memberikan teladan kepada anak-anak
dengan tidak berbelanja di kawasan-kawasan mewah dan mengamalkan sikap
kesederhanaan. Sikap ini dapat dikaitkan dengan kata slogan yang
berbunyi kepimpinan melalui teladan. Biasanya, barangan yang dijual di
kawasan mewah seperti di KLCC, Pavillion, Mid Valley dan sebagainya lebih
mahal harganya bukan kerana kualiti tetapi kerana faktor kawasan, suasana dan
sewa kedai yang lebih tinggi menyebabkan kos barang menjadi mahal. Selain itu,
kebanyakan pengguna ingin membeli di tempat yang elit ini kerana mereka
mengutamakan jenama. Impaknya, sikap terlalu mengutamakan jenamalah yang
membawa pengguna berbelanja besar. Sebenarnya, semua barang hampir
serupa sahaja kualitinya tetapi harga yang dijual berbeza-beza mengikut
kawasan tertentu. Oleh itu, mengapakah kita perlu berbelanja lebih untuk
mendapatkan barangan yang hampir sama kualitinya? Tepuk dada tanyalah
selera. Konsep hidup sederhana dan tidak mementingkan aspek kebendaan
membolehkan kehidupan pengguna lebih selesa dan tenang tanpa sebarang
masalah kewangan pula. Jadi, sikap ibu bapa yang tidak berbelanja di kawasan
yang mewah dan mengamalkan kesederhanaan akan diteladani oleh anak-anak

untuk menjadi pengguna yang bijak kerana bagaimana acuan, begitulah


kuihnya.
Seperkara lagi, ibu bapa seyogianya mengajar anak-anak supaya bijak
mengurus kewangan peribadi. Pengguna yang bijak ialah pengguna yang tahu
mengurus kewangan dengan berkesan dan seterusnya tahu mengawal
perbelanjaan mereka. Untuk itu, diri anak-anak perlu dilengkapkan dengan ilmu
kewangan yang dapat membantu anak-anak menguruskan kewangan peribadi
mereka dengan baik dan berkesan. Antara yang perlu dilakukan termasuklah
merubah corak perbelanjaan harian keluarga dan merancang perbelanjaan demi
masa depan yang baik. Selain itu, ibu bapa juga boleh membimbing anak-anak
membuat perancangan yang lebih sistematik dengan membuat catatan wang
simpanan dan wang perbelanjaan. Perancangan kewangan yang baik dan
pengurusan kewangan yang sistematik akan membantu berbelanja mengikut
keperluan dan tidak membebankan. Selain itu, ibu bapa perlu menasihati anakanak agar sentiasa menyediakan senarai barangan keperluan sebelum keluar
untuk berbelanja bagi mengelakkan pengguna membeli barangan yang tidak
diperlukan. Dengan itu, anak-anak dapat mendisiplinkan diri dengan mematuhi
setiap perancangan yang telah ditetapkan dan sekali gus usaha untuk
melahirkan pengguna yang bijak dapat direalisasikan.
Jika kita lihat dari dimensi yang lain, ibu bapa perlu menerangkan keburukan
membeli barangan atau perkhidmatan yang menawarkan harga jualan yang
lebih murah. Hal ini kerana pengguna akan berbelanja boros semasa jualan
murah diadakan. Misalnya, ketika musim perayaan, pelbagai potongan harga
yang menarik ditawarkan. Pengeluar barangan dan perkhidmatan sentiasa
berlumba-lumba menghasilkan pelbagai produk dan barangan dengan tawaran
yang cukup mengasyikkan pengguna. Lebih mengujakan pengguna, tentulah
lambakan tawaran daripada pelbagai barangan berjenama di pasaran. Siapakah
yang tidak tergoda apabila melihat tawaran harga barangan berjenama yang
menjunam sehingga 70 peratus? Syarikat kewangan pula menawarkan pelbagai
bentuk perkhidmatan kad kredit untuk memudahkan pengguna berbelanja.
Namun begitu, yang membimbangkan adalah apabila seronok membeli-belah
menyebabkan pengguna akhirnya tidak dapat mengawal perbelanjaan bulanan,
yang kemudiannya terjerumus ke dalam beban hutang yang tidak disangkasangka. Oleh itu, sikap ibu bapa yang tidak mudah terpedaya oleh jualan murah
dan tidak menggalakkan pembelian ketika jualan murah merupakan antara
peranan yang wajar untuk melahirkan pengguna yang bijak dalam kalangan
anak-anak.
Lebih-lebih lagi, amalan pembelian barangan tempatan perlu diamalkan
oleh ibu bapa dan diterapkan dalam diri anak-anak. Barangan buatan Malaysia
ialah barangan yang dihasilkan di dalam negara kita. Banyak kilang yang
didirikan untuk menghasilkan barangan tempatan. Barangan tempatan bukan
sahaja murah bahkan juga berkualiti. Ibu bapa sendiri perlu menggunakan
barangan buatan Malaysia di rumah, contohnya perabot, pakaian, makanan dan
barangan elektrik. Antara barang buatan Malaysia yang terkenal ialah kereta
Proton Saga Proton Waja, Proton Perdana. barangan tembikar, batik lukis dan

perabot rotan. Di samping menjimatkan perbelanjaan seseorang, amalan ini juga


dapat menunjukkan sokongan kita terhadap usaha anak watan kita sendiri bak
kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik di negeri sendiri. Usaha kerajaan mendirikan Kedai Satu Malaysia
merupakan usaha yang efektif untuk menggalakkan rakyat membeli produk
tempatan. Ibu bapa perlulah membeli-belah di kedai tersebut supaya tindakan
yang sama akan dilakukan oleh anak-anak kelak. Secara implisitnya, usaha
untuk melahirkan pengguna yang bijak akan menjadi kenyataan kelak.
Sebagai akhir kalam, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk
melahirkan pengguna yang bijak dalam dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa
mestilah menjalankan obligasimasing-masing dengan menitikberatkan amalan
kepenggunaan yang bijak. Jikalau anak-anak kini berjaya menjadi pengguna
yang bijak sudah tentu masa depan mereka akan lebih bersinar dan lebih cerah.
Usaha ini bukan sahaja berguna kepada diri anak-anak malahan juga memberi
tempias kepada negara kelak kerana mereka yang akan menerajui tampuk
kepimpinan negara. Diharapkan generasi pelapis negara ini akan lebih bijak
merancang perbelanjaan peribadi dan negara supaya negara kita tidak terheret
dalam lembah kemiskinan kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak
laku buruk padahnya.

Cara-cara Melaksanakan Pembangunan yang Lestari


"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita,
sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu,
jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat
menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan
bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga
kepentingannya. Alam semula jadi menjadi tonggak utama negara sebagai
kawasan tadahan hujan, habitat flora fauna dan sumberkayu-kayan. Malangnya,
Hari Bumi yang disambut setiap 22 April bagaikan tiada kesan apabila sumbersumber alam ini masih lagi rakus diterokai untuk manusia menikmati
pembangunan. Oleh itu, kita perlu merencanakan pembangunan yang mapan
atau pembangunan lestari. Pembangunan mapan atau pembangunan lestari
merupakan gabungan antara pembangunan yang maju dengan pemuliharaan
dan pemeliharaan alam sekitar. Kita perlu menitikberatkan pembangunan yang
seimbang. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita harus melakukan
anjakan paradigma untuk mewujudkan pembangunan yang lestari dengan
melakukan beberapa pendekatan yang pragmatik.
Program kitar semula memainkan peranan yang penting dalam menyokong
dasar strategik kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi
yang mapan dan lestari. Secara spesifik, program ini bertujuan untuk
mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti pembandaran
dan perindustrian, di samping memastikan alam sekitar bersih dan sihat supaya
dapat memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat. Amalan kitar semula harus
bercambah, berakar dan menghijau di setiap pelosok tanah air. Amalan kitar
semula boleh dijalankan di peringkat nasional, kawasan, komuniti, serta individu.

Oleh itu, kejayaan program kitar semula banyak bergantung kepada kerjasama
yang erat dalam kalangan semua pihak. Semua pihak perlulah menjadikan kitar
semula sebagai amalan hidup. Pelaksanaan program kitar semula ini mesti
diteruskan secara berpanjangan, bukannya bermusim seperti hangat-hangat
tahi ayam. Usaha untuk memastikan program ini berjaya perlu diterapkan
dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda yang bakal mewarisi
teraju kepimpinan negara kelak. Tegasnya, program kitar semula dapat
mencapai pembangunan yang lestari, berkualiti dan seimbang.
Selain itu, orang ramai digalakkan menggunakan petrol tanpa plumbum bagi
kenderaan bermotor. Mencari alternatif selain minyak juga adalah penting bagi
tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dewasa ini, kajian bagi
menghasilkan minyak enjin biomass daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat
dijalankan. Contohnya, di negara kita, ahli sains telahpun menemukan sejenis
minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara
tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu
baharu untuk dipastikan sama ada praktikal ataupun tidak namun penemuan ini
patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah
mencapai konsep pembangunan lestari. Oleh itu, penggunaan petrol tanpa
plumbum turut membantu dalam melaksanakan pembangunan lestari.
Salah satu langkah lain yang dapat digunakan untuk mewujudkan pembangunan
lestari ialah pihak berwajib perlu menjatuhkan hukuman terhadap individu atau
organisasi yang telah didapati bersalah memusnahkan alam sekitar semata-mata
untuk kepentingan diri sendiri. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains,
Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia
ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan
hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan dan
memusnahkan alam seperti mengenakan dendaan yang tinggi. Selain itu
tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa
sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan
batuk di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya
tidak serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi
perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu
berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam
sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas
melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu pihak
berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang
merosakkan alam sekitar.
Di samping itu, pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam
sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan
pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu
kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat
dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan
boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk
menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang
belajar di sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam

sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan
sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar
apabila mereka dewasa nanti kerana alah bisa tegal biasa. Langkah ini akan
melahirkan generasi yang dapat menguruskan pembangunan negara yang
lestari dan mapan. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah
merupakan satu langkah untuk mewujudkan pembangunan yang lestari.
Jika kita lihat dari sudut yang lain pula, aktiviti penanaman semula perlu
dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana penanaman semula dapat
menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang untuk melakukan projek
pembanguan negara. Dengan ini, keseimbangan alam sekitar dan ekologi negara
tercapai. Sesungguhnya, memang tidak dapat kita nafikan bahawa negara kita
perlu membangun untuk mencapai negara kelas pertama. Namun begitu, kita
tidak boleh bertindak mengikut nafsu tanpa memikirkan risiko yang bakal
menimpa. Kita haruslah memiliki minda yang lestari iaitu setiap pokok yang
ditebang perlu diganti kembali. Pengusaha kayu balak dan pihak pemaju tidak
harus bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing dan mereka seharusnya berminda lestari dalam memastikan
pembangunan lestari tercapai. Ironinya, pembangunan lestari dapat dicapai
melalui aktiviti penanaman semula.
Sebagai konklusinya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat
membangunkan negara dengan lestari jika dilaksanakan dengan penuh iltizam.
Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan langkahlangkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alangalang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jika
pembangunan lestari terbantut, generasi akan datang pasti menghadapi
masalah alam sekitar yang lebih buruk. Kerjasama dan kesungguhan semua
pihak menyelesaikan masalah ini diharapkan dapat mewujudkan pembangunan
yang seimbang tanpa melakukan kemusnahan alam sekitar. Semoga generasi
cucu cicit kita dapat menikmati kemajuan dan pembangunan negara dengan
diselimuti kehijauan alam sekitar.

Langkah-langkah Memajukan Industri Pelancongan Negara


Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia
mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan.
Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber
utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya.
Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak
belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya
tarikannya yang tersendiri. Buktinya, sepanjang tahun 2008, Malaysia
telah dikunjungi oleh 22 juta orang pelancong yangmenyumbangkan
pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara. Keunikan budaya rakyat
yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menggamit
kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan, Dato Sri Dr. Ng Yen Yen menyarankan agar tugas menarik

kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak


terletak di bahu kerajaan sahaja supaya industri pelancongan dapat dimajukan.
Setiap anak watan perlu merancang usaha-usaha yang istiqamah, pragmatik dan
efektif perlu diambil untuk melihat industri ini merentasi benua dan dunia.
Langkah prima untuk meningkatkan industri pelancongan negara ialah
kerajaan perlu memperlengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan
dan perhubungan di negara kita sehingga menjadi prasarana kelas
pertamaterutamanya destinasi yang menjadi tumpuan pelancong. Faktor utama
pelancong datang di sesebuah negara adalah kerana kemudahan prasarana
seperti pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di sesebuah negara. Hal
ini kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin keselesaan dan
mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkapkan kemudahan
pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan
pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalnya, banyak pelancong
yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai.
Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari
tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk
memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas
menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa
mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan
pengangkutan tersebut. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kemudahan yang
baik akan memudahkan para pelancong menelusuri dari satu destinasi
pelancongan ke satu destinasi pelancongan yang lain dan dapat membangunkan
industri ini.
Selain itu, kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet,
tandas, bekalan air dan elektrik turut menjadi faktor penting dalam menarik
banyak pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan penginapan penting
kerana situasi ini akan menentukan sama ada seseorang pelancong itu akan
tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, hal
ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini
sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing.
Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti
cendawan tumbuh selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh negara
membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong
ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira
kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu. Masalah tandas yang
terhad dan berbau busukselain bekalan air dan elektrik yang kerap meragam
perlu diatasi. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong tertarik untuk
berkunjung lagi ke sini. Tegasnya, keselesaan pelancong ketika menginap di
negara kita perlu dititikberatkan agar industri ini dapat dibangunkan.

Bukan itu sahaja, kerajaan melalui Lembaga Penggalakan


Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang
sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat-

tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang
menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti
risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio
dan televisyen. Selain itu, dengan kewujudan halaman pelancongan dalam
internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai
sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing. Usaha LPPM
mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah
bas di kota London pada suatu ketika dahulu menandakan usaha serius pihak
terbabit dalam menarik lebih banyak pelancong datang ke negara ini. Jika
maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya
akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak. Pendek kata, komitmen
kerajaan dengan badan-badan tertentu dalam menyebarkan keunikan negara
kita ke peringkat global turut merancakkan perkembangan industri ini.
Di samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi
menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita.
Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang
mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan
Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah ke
atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap,
peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani secepat mungkin. Kejadian
seumpama ini akan membimbangkan pelancong untuk melancong di negara kita
dan sekali gus akan mengancam industri ini. Oleh itu, pihak berautoriti perlulah
menambahkan bilangan anggota keselamatan terutamanya di destinasi tumpuan
pelancong agar keselamatan dan kesejahteraan pelancong akan terjamin.
Rondaan juga perlu dilakukan dengan lebih kerap dan lebih banyak pondok
keselamatan didirikan. Dengan ini, pihak yang ingin melakukan perbuatan yang
terkutuk tidak dapat dilakukan kerana adanya kawalan dan pemantauan yang
ketat oleh pihak berkuasa. Ringkasnya, aspek keselamatan perlu dititikberatkan
agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini dan memelihara imej
negara.
Seperkara lagi, pelbagai aktiviti yang menarik perlulah diadakan oleh
pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti yang dimaksudkan
adalah seperti pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran
Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan
Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran
ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan
promosi yang lengkap dan meluas. Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa
dapat memperkenalkan negarakepada perwakilan atau atlet-atlet dari
luar negara seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero
dunia dan membuktikan kepada mereka bahawa Malaysia bukan sahaja
cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa tetapi
juga terbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya, kedatangan pelancong ke
negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu
sahaja. Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan ekonomi negara dan
mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke
negara kita. Hal ini dapat diibaratkansambil menyelam minum air. Jelaslah

bahawa industri pelancongan dapat dimajukan dengan mengadakan pelbagai


aktiviti negara yang menarik.
Masyarakat juga seyogianya boleh bersama-sama membantu memartabatkan
bidang pelancongan negara. Sikap ramah dan suka membantu pelancong harus
diutamakan oleh rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan
melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang
dianggap sebagai duta pelancongan negara haruslah bersikap ramah, mesra dan
menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing
bagi mengaut keuntungan dengan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai
sopan santun dan lembut bahasa kerana budi bahasa budaya kita. Rakyat
negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan para pelancong
dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa
memberikan memorabilia sepanjang hidup mereka. Masyarakat Malaysia
perlulah mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Deduksinya, sinergi daripada pelbagai lapisan masyarakat
dapat membantu meningkatkan bidang pelancongan negara seterusnya dapat
menyumbang kepada kemajuan negara.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa terdapat pelbagai cara


yang dapat dilakukan untuk memajukan industri ini. Segala usaha yang
direncanakan itu memerlukan obligasi dan komitmen jitu daripada semua pihak
serta perlu dijalankan secara bijaksana umpama menarik rambut dalam
tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Usaha
yang holistik dan syumul ini perlu dijalankan secara sistematik dan tidak
hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Diharapkan industri
pelancongan negara ini akan terus berkembang dan sentiasa meniti dari bibir ke
bibir rakyat di peringkat glokal dan global. Bukan itu sahaja, diharapkan juga
industri pelancongan di Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan negara-negara pelancongan yang lain.

KEBAIKAN PENGANJURAN SUKAN ANTARABANGSA


Negara kita pernah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah
kepada sukan bertaraf dunia. Tahun 1998 merupakan detik bersejarah kepada
Malaysia dan Asia kerana Sukan Komanwel yang ke-16 telah berlangsung dari 11
hingga 21 September di negara kita. Sukan SEA juga dianjurkan di Malaysia pada
tahun 2001. Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan langkah ke arah
merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 yang merupakan inspirasi dan wawasan
pembangunan negara yang dapat melahirkan masyarakat yang maju,
penyayang, demokratik dan sejahtera. Negara kita amat bertuah kerana telah
terpilih menjadi tuan rumah bagi acara sukan yang bertaraf dunia. Hal ini
merupakan satu peluang keemasan bagi negara kita untuk menonjolkan imej
dan kewibawaan Malaysia di arena antarabangsa. Selain Sukan Komanwel,
negara kita juga pernah menjadi penganjur perlawanan bola sepak, Piala
Thomas, Le Tour de Langkawi, dan sebagainya. Persoalannya sekarang apakah
faedah penganjuran sukan bertaraf dunia kepada rakyat dan negara kita?

Kemaslahatan penganjuran sukan bertaraf dunia kepada negara ialah


pendapatan negara akan meningkat sekiranya berjaya menjadi tuan rumah
sukan antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana pertandingan sukan
seumpama ini akan membawa pelancong dan peminat sukan yang banyak untuk
melawat ke negara kita. Secara tidak langsung, kedatangan mereka ini akan
memajukan industri pelancongan dan perhotelan negara. Industri pelancongan
dapat memberikan pulangan yang lumayan kepada negara. Biar kita imbas
kembali Sukan Olimpik yang diadakan di Atlanta. Negara Amerika telah
mendapat keuntungan sebanyak US20 bilion dalam penganjuran temasya sukan
berprestij ini. Memang benar kata mantan Perdana Menteri Malaysia, iaitu
penganjuran Sukan Komanwel dapat membantu negara mengatasi masalah
kegawatan ekonomi yang semakin melarat pada masa itu. Para pelancong dan
peminat sukan bukan sahaja membeli tiket sukan, tetapi mereka turut membeli
cenderamata dan hasil kraf tangan yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia.
Maka, industri kecil dan industri hiliran dapat berkembang dengan lebih maju lalu
ekonomi negara dapat dijana.
Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan instrumen perpaduan yang
berkesan untuk mencapai integrasi nasional. Perpaduan yang dipupuk bukan
sahaja dalam kalangan rakyat tetapi juga mendorong rakyat yang berbilang
bangsa, etnik dan budaya menggemblengkan semangat berbakti dan berkorban
untuk negara. Sebagai contoh, pihak badan bukan kerajaan berganding bahu
dengan pihak kerajaan untuk menjayakan Sukan Komanwel secara sukarela.
Bukan itu sahaja, hal ini juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan seperti
toleransi, kerjasama, meletakkan kepentingan kebangsaan melebihi kepentingan
peribadi. Dengan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat, mereka akan
memberikan sokongan yang padu kepada atlet negara kita untuk memenangi
sesuatu perlawanan. Penganjuran sukan dapat melahirkan semangat kekitaan
dalam sesuatu pasukan untuk meraih kejayaan kerana bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, tanpa muafakat
amat sukar untuk sesuatu pasukan itu mencapai kejayaan. Jadi, perpaduan
antara kaum dapat dilahirkan melalui penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.
Dengan menganjurkan sukan seumpama ini, mutu sukan negara kita
pasti bertambah baik. Melalui sukan bertaraf antarabangsa, kita dapat meniru
teknik-teknik latihan yang digunakan dan kelengkapan yang disediakan oleh
negara tersebut. Tamsilnya, dalam sukan badminton dan bola sepak, kita boleh
mempelajari teknik pengurusan dan melihat kelengkapan prasarana sukan.
Dengan cara ini, atlet kita akan mengetahui punca kegagalan mereka dan
membaiki kelemahan mereka. Oleh itu, mereka akan berlatih dengan lebih giat
lagi demi mencapai tahap yang diharapkan. Mereka juga akan berlatih dengan
berdisiplin demi mencapai prestasi yang diharapkan. Pendek kata, prestasi sukan
dan atlet negara akan meningkat jika kita sering menganjurkan sukan bertaraf
antarabangsa.
Sebagai konklusinya, penganjuran sukan yang bertaraf dunia akan
membawa negara kita ke era kecemerlangan yang lebih membanggakan. Semua
pihak sama ada pihak kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun rakyat jelata

yang lain harus berganding bahu dan menggembleng tenaga ibarat ke bukit
sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menjayakan pertandingan sukan
yang diadakan dan menolong membuat persiapan sepenuhnya. Dengan
kerjasama daripada pelbagai pihak, acara sukan yang diadakan di negara kita
akan dapat berjalan dengan lancar. Penganjuran sukan bertaraf dunia
merupakan salah satu cara pemodenan sukan yang dapat memperbaik prestasi
sukan yang diidamkan oleh setiap negara. Dengan ini, diharapkan agar manfaatmanfaat yang tidak ternilai harganya semasa penganjuran sukan bertaraf dunia
harus dihayati dan dapat dinikmati oleh semua rakyat di nusa yang tercinta ini.

BANTUAN KEMANUSIAAN MALAYSIA


Ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih,
bencana alam pula sering melanda dan menunjukkan belang. Pada realitinya,
bencana alam seperti banjir, letusan gunung berapi dan ribut taufan ialah satu
fenomena alam yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah, geruh tidak
berbunyi, malang tidak berbau. Hadirnya bencana alam tanpa kita minta
lantaran bencana alam ini berlaku atas kehendak Tuhan, pencipta segala
kehidupan. Bencana alam ini berlaku tidak kira tempat ataupun waktu. Pada
abad ini, walaupun teknologi semakin berkembang dan tumbuh dengan pantas
bagai belut diketil ekor, kemajuan ini tidak dapat menghalang bencana alam
yang ganas melanda. Pada tanggal 26 Disember 2004, satu peristiwa telah
menggemparkan dunia apabila semua berita melaporkan berlakunya ombak
besar iaitu tsunami di Acheh yang telah mengorbankan beratus ribu nyawa.
Kejadian dahsyat itu masih meninggalkan kesannya hingga kini malah masih
menjadi mimpi ngeri buat semua yang terlibat. Memang tidak dapat kita nafikan
bahawa semenjak belakangan ini banyak bencana alam yang berlaku di seluruh
dunia termasuk negara kita dan juga negara-negara jiran seperti gempa bumi di
Pakistan dan di China, taufan Nargis di Myanmar dan tanah runtuh yang dahsyat
di Filipina. Fenomena yang terbaharu ialah letupan Gunung Merapi di Yogyakarta,
Indonesia. Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan
kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, kita sepatutnya
bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan ibarat
hulurkan tangan, ringankan beban.
Sebagai insan yang sedar tentang kesusahan orang lain, kita boleh
menyalurkan bantuan dengan kutipan derma. Derma yang dihulurkan akan
disalurkan kepada mangsa bencana alam yang amat memerlukan dan
mendambakannya bagi meneruskan kehidupan di bumi ciptaan Tuhan ini.
Bantuan yang disumbangkan tidaklah hanya berfokuskan wang ringgit, tetapi
bantuan lain seperti ubat-ubatan, pakaian dan makanan juga diperlukan. Setelah
bencana berlaku, pastinya mangsa bencana tidak memiliki kelengkapan yang

sempurna untuk hidup kerana semua harta mereka telah dimusnahkan oleh
bencana alam yang di luar jangka ini. Pada masa ini, pelbagai peringkat kutipan
derma telah dijalankan oleh pihak berwajib sama ada pihak swasta ataupun
pihak kerajaan yang berasa bertanggungjawab untuk membantu sesama
manusia. Contohnya dapat dilihat apabila pihak TV3 telah mengadakan Karnival
Jom Heboh untuk membantu mangsa-mangsa tragedi yang menyayat hati di
seluruh negara ini. Mantan Menteri Belia dan Sukan pernah menyatakan bahawa
kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan Tuhan dan harus
berkongsi nikmat yang kita ada dengan orang lain yang memerlukan supaya
Tuhan akan melipatgandakan nikmat tersebut. Jelaslah di sini bahawa kita tidak
harus lokek dalam menghulurkan sumbangan kerana cubit paha kiri, paha
kanan pun sakit juga agar mangsa dapat hidup sempurna seperti kita.
Menganggotai pasukan penyelamat dan pencari juga merupakan peranan kita
dalam membantu dan mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan
bangunan atau mencari mangsa yang hilang selepas kejadian bencana alam.
Muktahir ini, banyak pasukan penyelamat Malaysia diterbangkan ke negaranegara jiran yang mengalami bencana alam untuk memberikan bantuan yang
semampu boleh. Namun, tidak semua daripada kita yang berani menjadi
penyelamat kerana takut berlakunya kejadian susulan di tempat bencana
terbabit. Bagi mereka yang berani, mereka ibarat wira dari Malaysia yang datang
untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai penghuni di muka bumi ini.
Pasukan yang terdiri daripada Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART di
samping pasukan bomba sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal untuk turut
sama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa. Mereka membantu
bukan untuk balasan atau ganjaran, namun membantu atas dasar kemanusiaan
demi menginsafi diri bahawa mereka perlu bersyukur dengan segala keselesaan
dan telah terselamat daripada bencana alam ini. Rentetan itu, sudah terang lagi
bersuluh bahawa menyumbangkan tenaga boleh menjadi satu platform untuk
menyalurkan bantuan dalam melaksanakan usaha murni ini lantaran kita
berpegang pada kata pepatah, hari tidak selamanya panas.
Membuat keputusan untuk menjadi sukarelawan bukanlah sesuatu yang
mudah. Hal ini disebabkan apabila menjadi salah seorang ahli sukarelawan, kita
akan meninggalkan keluarga yang tersayang dalam tempoh yang agak lama
untuk memberikan bantuan kepada negara-negara jiran. Bantuan rawatan,
membina rumah mangsa yang telah musnah semula dan mententeramkan
emosi mangsa adalah antara tugas sukarelawan. Pada masa ini, sukarelawan
bergerak dalam kumpulan ataupun persatuan. Para sukarelawan ini
kebanyakannya dianggotai oleh golongan doktor iaitu golongan bijak pandai
untuk merawat mangsa yang mengalami kecederaan sekali gus menyelamatkan
nyawa mangsa. Kini, Mercy Malaysia yang dipimpin oleh Dato Dr. Jamilah
semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat setempat kerana
perkhidmatan cemerlang mereka. Ketika mengadakan operasi menyelamat
mangsa dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Mercy Malaysia telah menerima
pujian hasil kepakaran dan disiplin yang tinggi para pengamal perubatan dari

Malaysia. Konklusinya, kemurnian hati para sukarelawan ini amat bernilai dan
bererti kepada mangsa untuk mereka terus menjalani kehidupan seperti manusia
lain. Para sukarelawan yang berilmu pengetahuan, berakal, rajin dan
berkemahiran ini dapat dikatakan sebagai empat bersimpul satu dalam usaha
tulus suci ini.
Di samping bantuan derma dan tenaga, kita juga boleh mendoakan
mangsa-mangsa kejadian bencana alam ini. Doa yang dipohonkan adalah agar
mereka tabah menghadapi dugaan daripada Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama boleh mendoakan
kesejahteraan hidup mangsa bencana yang masih hidup atau yang telah
terkorban mengikut kepercayaan agama masing-masing. Paparan akhbar harian
seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro telah melaporkan
bahawa solat hajat dan bacaan Yasin secara besar-besaran telah diadakan di
Masjid Putra, Putrajaya yang telah dihadiri oleh lebih daripada 2000 orang rakyat
prihatin dan turut disertai oleh menteri-menteri dan Yang di-Pertuan Agong.
Berdasarkan senario ini, terbuktilah di sini bahawa setelah menghulurkan
bermacam-macam bantuan. doa adalah pengakhiran bantuan yang diberikan
lantaran kita sedar bahawa apa-apa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Tuntasnya, doa dapat kita hadiahkan kepada mangsa kerana Tuhan itu Maha Adil
lagi Maha Mengasihi. Doa ini juga secara tidak langsung boleh melahirkan rasa
simpati dan insaf supaya kita sekali tersengat selalu beringat.
Di pihak kerajaan pula, bantuan pascabencana terus dihulurkan. Antara
bantuan yang diberikan seperti sumbangan modal dan kepakaran untuk
membangunkan kawasan yang telah tejejas teruk semula. Sebagai negara
berjiran yang dapat merasakan rintihan dan suara hati saudara serantau,
Malaysia telah membantu kerajaan Indonesia dalam usaha membangunkan
semula sistem pendidikan di wilayah Acheh dan Yogyakarta di Indonesia yang
terjejas teruk dalam peristiwa gempa bumi dan Tsunami. Dengan sokongan yang
diberikan itu telah dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh
mangsa-mangsa. Anak-anak dapat meneruskan semula pelajaran, sementara
hidup baru dapat dimulakan sedikit demi sedikit. Sokongan dan bantuan
kepakaran yang dihulurkan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka
di samping dapat memberikan sinar kehidupan yang baharu kepada mereka
selepas diuji dengan musibah yang tidak diduga itu.
Intihanya, terdapat pelbagai jenis bantuan dapat dihulurkan untuk
menunjukkan keprihatinan kita terhadap insan yang malang ditimpa musibah.
Semua orang seharusnya melupakan batasan geografi dalam menghulurkan
bantuan dan tidak menjadi enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Walau di mana-mana jua kita berada, kita harus sedar bahawa
manusia semuanya sama iaitu menginginkan kehidupan yang sempurna. Amat
wajar membudayakan sikap saling membantu selagi kita termampu
lantaran buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat, malah buat baik
berpada-pada buat jahat jangan sekali. Semua pihak haruslah bersama-

sama menghulurkan bantuan dengan apa-apa cara sekalipun kerana ada


pepatah mengatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda, Tidak sempurna iman
seseorang kamu, selagi kamu masih belum mengasihi saudara kamu
seperti kamu menyayangi diri kamu sendiri. Semoga sumbangan yang
kita salurkan dapat menyempurnakan iman kita dan dapat membantu mangsa
meneruskan kehidupan seharian mereka seperti sediakala.

Peranan Masyarakat dalam Menangani


Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja
Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif
kepada remaja. Remaja kini semakin hilang ketahanan jiwa. Mereka mudah terpengaruh
dan terjebak dengan segala macam kerosakan, maksiat dan budaya kuning. Mereka mudah
hanyut mengikut arus. Mereka tidak ada pegangan dan pendirian. Mereka tidak mampu
menangkis pengaruh yang jahat dan merosakkan. Mereka sukar membezakan
yang batil dengan yang hak. Sebenarnya, banyak lagi punca yang menyebabkan remaja
bertindak liar sekali gus mengamalkan gaya hidup yang negatif. Tanpa menyalahkan sesiapa,
kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi
masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi, buruk dibuang dengan
rundingan, baik ditarik dengan muafakat. Oleh itu, semua anggota masyarakat
perlu memainkan peranan masing-masing untuk menangani kemelut sosial yang kian
berleluasa dalam kalangan remaja kita kerana masyarakat merupakan lokomotif

utama untuk menggerakkan kekuatan dalam menghadapi segala


kepincangan yang ditimbulkan oleh golongan remaja.
Isi 1 - mereka perlu memasang mata dan telinga terhadap gelagat anak-anak muda kita perlu lebih proaktif dan prihatin akan hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka - sebagai
contoh, anak muda kita pada awalnya akan menghisap rokok, kemudian akan terlibat dalam
gejala menagih dadah - jika terlihat remaja berkumpul dengan rakan sebaya dalam keadaan
mencurigakan, segera laporkan kepada pihak polis ataupun paling tidak kepada ibu bapa
mereka.- menjadi masyarakat prihatin, proaktif dan penyayang
Isi 2 - aktiviti yang dapat merapatkan hubungan kemasyarakatan hendaklah diadakan
- contoh, diadakan hari keluarga ataupun gotong-royong - apabila aktiviti berfaedah seperti
itu dapat dijalankan, hubungan silaturahim semakin padu menyebabkan anak-anak muda
berasa bersalah untuk melakukan perkara negatif seperti mencuri di dalam taman
perumahan mereka
Isi 3 - orang dewasa dalam kelompok masyarakat perlu menjadi model untuk dicontohi oleh
anak-anak muda - andainya orang dewasa mahu melakukan perbuatan yang tidak senonoh,
janganlah di depan anak-anak muda, kelak dituduh seperti ketam menyuruh anaknya
berjalan betul - sebagai contoh, orang dewasa tidak boleh menegur anak muda yang
menghisap rokok sekiranya diri sendiri menghisap rokok.

Isi 4 - menegur atau membantu remaja yang sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan
mereka - berani untuk menegur kelakuan sumbang remaja - menjalankan tanggung jawab
mereka untuk memberikan nasihat kepada remaja kita supaya remaja tidak tersesat jalan
tidak terbabit dalam pelbagai fenomena sosial yang menjejaskan imej rakyat negara ini juga
- sama-sama membantu remaja dengan memberi teguran dan sokongan kepada remaja dalam
menyelesaikan pelbagai cabaran kehidupan yang melanda jiwa muda mereka itu.

Konklusinya, untuk memastikan remaja kita terselamat daripada terjebak dalam kancah
sosial, pelbagai langkah dapat diambil oleh semua pihak. Semua strategi yang dirancang
harus dilaksanakan dengan segera tanpa banyak alasan lagi. Kerjasama semua pihak terutama
pihak ibu bapa dan sekolah amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah yang bakal
menentukan hala tuju negara kerana remajalah harapan pemimpin masa depan kelak.
Kegagalan untuk menyelesaikan polemik ini secara rasional dan efektif akan menjadikan
masyarakat kita pada masa hadapan satu masyarakat yang lemah dan tidak mampu untuk
bersaing dalam arus persana globalisasi kini. Mahukah kita semua melihat remaja kita
terus dibelenggu pelbagai masalah hidup tanpa kita melakukan apa-apa tindakan? Sudah
tentu jawapannya tidak. Semuanya ini akan menjadi kenyataan sekiranya setiap rakyat
bekerjasama bagi memastikan modal insan yang berakhlak mulia dapat dilahirkan.
1. Kebaikan amalan melancong di dalam negara bersama-sama keluarga (KELUARGA)
Melancong dapat ditakrifkan sebagai pergi bercuti atau berlibur ke sesuatu tempat
untuk makan angin atau menenangkan fikiran sama ada bersama-sama dengan keluarga
ataupun dengan rakan-rakan. Dewasa ini, destinasi-destinasi pelancongan di dalam negara
semakin mendapat sambutan dan perhatian dalam kalangan warganegara tempatan mahupun
orang luar. Hal ini merupakan hasil daripada usaha-usaha kerajaan mengadakan kempen dan
mempromosikan destinasi pelancongan tempatan seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor,
Pulau Tioman, Melaka dan lain-lain destinasi kepada rakyat pribumi Malaysia dan rakyat luar
negara. Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan, industri pelancongan di dalam negara boleh berkembang setanding dengan
destinasi pelancongan di luar negara seperti Pulau Bali, Disneyland dan lain-lain sekiranya
usaha memperkenalkan Malaysia dilakukan secara giat malah disokong oleh rakyat jelata.
Sehubungan dengan itu, salah satu obligasi yang perlu dipikul oleh ibu bapa ialah ibu bapa
seyogianya membawa ahli keluarganya melancong di dalam negara dengan lebih kerap untuk
memartabatkan industri pelancongan negara di peringkat global. Berpijaklah di bumi yang
nyata bahawa melancong bersama keluarga di dalam negara sememangnya membawa
pelbagai kemaslahatan yang tidak dapat dinafikan. Marilah kita bersama-sama menghalusi
dan meneliti keberkesanan aktiviti melancong bersama keluarga tercinta di tanah tumpahnya
darah kita sendiri kerana kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Kebaikan yang perdana ialah hubungan kekeluargaan dapat dipererat. Dalam
sesebuah institusi keluarga, kesibukan melayani aktiviti harian masing-masing memang tidak
dapat dinafikan. Si ibu dan si ayah sibuk dengan kerjaya mereka manakala si anak pulak
sibuk dengan tugasan sekolahnya. Situasi ini menyebabkan masa untuk bersama-sama
dengan ahli keluarga amat terbatas. Sehubungan dengan itu, aktiviti melancong di dalam
negara bersama keluarga ini sudah pasti dapat menyediakan satu ruang untuk ahli keluarga
merapatkan hubungan yang kian renggang. Kata orang, yang jauh kita dekatkan. Oleh itu, ibu
bapa boleh membawa anak-anak bercuti di dalam negara pada musim cuti sekolah di pusat
peranginan seperti di Tanah Tinggi Cameron, Genting Highlands dan Bukit Fraser. Percutian
seumpama ini dapat menenangkan fikiran seisi keluarga kerana berada di kawasan yang jauh
dari kesibukan. Bukan itu sahaja, Masa percutian ini juga boleh diguna untuk menyelesaikan
masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan. Ibu bapa
dan anak-anak dapat memahami antara satu sama lain. Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa
akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga mereka. Hal ini
secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga

daripada runtuh lalu keluarga yang sakinah dapat dilahirkan. Tegasnya, melancong di dalam
negara dapat mempererat hubungan kekeluargaan agar menjadi bagai isi dengan kuku.
Selain itu, percutian di dalam negara bersama keluarga juga dapat mengurangkan
gejala sosial dalam kalangan anak-anak daripada berleluasa. Melancong merupakan salah
satu cara yang berkesan untuk mengisi masa lapang kita. Lazaimnya, semasa cuti
persekolahan bermula anak-anak akan mempunyai banyak masa terluang. Sekiranya masa ini
tidak dirancang dengan bijak oleh ibu bapa maka anak-anak akan hanyut dalam dunia
hedonisme yang akhirnya akan membawa kedurjanaan dalam kehidupan anak-anak. Oleh itu,
di kesempatan ini ibu bapa sering merancang percutian terutamanya di dalam negara untuk
mengisi masa terluang ahli keluarganya dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Destinasi
percutian yang sering menjadi tumpuan ibu bapa pada musim cuti persekolahan ialah taman
tema air yang kini dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Taman tema yang sering
dikunjungi oleh ahli keluarga ialah Taman Tema Sunway Lagoon, Taman Tema Bukit
Gambang dan Taman Tema Air AFamosa. Kesannya, anak- anak akan terhindar daripada
melakukan perkara negatif terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan
remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana
sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka. Hal ini secara tidak
langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada
runtuh lalu keluarga yang harmoni dan marem dapat dilahirkan. Izharlah bahawa penglibatan
anak-anak dalam gejala tidak sihat dapat dielakkan melalui aktiviti melancong bersama
keluarga di dalam negara.
Seperkara lagi, ilmu pengetahuan ahli keluarga juga dapat ditingkatkan. Ilmu yang
berharga ialah ilmu yang diperoleh melalui pengalaman yang dialami sendiri. Jadi, membawa
ahli keluarga melancong di dalam negara membolehkan ahli keluarga kita menimba ilmu
pengetahuan yang akan kita ingati selagi hayat dikandung badan. Janganlah kita taksub
dengan keunikan dan keistimewaan di negra orang sedangkan keunikan di negara sendiri
masih seperti katak di bawah tempurung. Jika situasi ini berlaku, sudah pasti kita akan berasa
malu apabila pelancong asing bertanyakan keunikan negara kita kepada kita yang kecetekan
ilmu tentang negara sendiri. Sebagai contoh, kunjungan ke tempat-tempat bersejarah seperti
Melaka dan Georgetown dapat mendedahkan banyak sejarah negara kepada keluarga kita
terutamanya kepada generasai muda. Kita sepatutnya menghargai pengiktirafan Tapak
Warisan Dunia yang telah diberikan oleh UNESCO kepada Melaka dan Georgetown.
Bandaraya Melaka perlu dijelajahi oleh ahli keluarga kerana bandar ini kaya dengan
peninggalan sejarah Tanah Melayu seperti Kota AFamosa, Bangunan Stadthuys, Perigi hang
Li Po, Makam Hang Tuah dan sebagainya. Kunjungan ke bandar-bandar bersejarah ini sudah
pasti dapat mengukuhkan pengetahuan ahli keluarga kita tentang sejarah negara yang
dipelajari di sekolah. Secara implisitnya, khazanah sejarah tanah air akan terus terpelihara
dan sentiasa terpahat dalam memori setiap anak watan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas. Ringkasnya, ilmu pengetahuan ahli keluarga tentang keunikan negara sendiri
dapat dicapai melalui aktiviti melancong di dalam negara bersama keluarga.
Jika kita kaji dari perspektif yang berbeza, aktiviti melancong di dalam negara
bersama-sama dengan keluarga juga dapat meningkatkan ekonomi negara supaya dapat
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain di seantero
dunia. Hal ini disebabkan oleh setiap ahli keluarga tidak perlu membazirkan wang mereka
untuk bercuti ke luar negara kerana bagi mereka, hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Oleh itu, apabila ahli keluarga melancong di
dalam negara sahaja, pengaliran wang ke luar negara dapat dielakkan seterusnya negara dapat

menggunakan pusingan wang tersebut untuk memajukan sektor pelancongan negara lagi.
Malah, kemasukan pelawat-pelawat asing juga dapat meningkatkan kadar tukaran wang
sekali gus dapat menambahbanyakkan jumlah pendapatan negara. Sektor perhotelan
memperoleh laba yang besar apabila para pelancong menginap di hotel seperti Hotel Seri
Malaysia, Hotel Vistana Kuala Lumpur dan Hotel Bahagia Langkawi. Hal ini dibuktikan
melalui pertumbuhan pesat bangunan-bangunan hotel di serata pelosok negara. Di samping
itu, terdapat juga motel dan chalet didirikan oleh pengusaha pusat-pusat peranginan bagi
kemudahan pelancong yang datang. Semakin banyak tempat penginapan dibina, maka
semakin banyak peluang pekerjaan terbuka kepada rakyat Malaysia. Dengan ini, kadar
pengangguran rakyat kita semakin menurun. Jelaslah bahawa melancong bersama keluarga
dalam tempatan dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam nada yang berbeza, melalui aktiviti pakej pelancongan bersama-sama keluarga
di dalam negara juga dapat meningkatkan taraf destinasi pelancongan negara di mata dunia.
Perkara ini dikatakan demikian kerana apabila sesebuah pusat pelancongan itu sering
dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara, pelancong lain yang sebelum ini tidak
pernah melawat tempat tersebut akan mempunyai semangat inkuiri untuk melihat sendiri
keistimewaan dan keunikan destinasi tersebut. Oleh itu, apabila destinasi tersebut sering
menjadi tumpuan dan sebutan seperti Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron,
maka tempat tersebut tidak akan putus-putus menerima pelawat seperti air yang mengalir di
kali. Dengan demikian, destinasi pelancongan tersebut akan diiktiraf sebagai destinasi
pelancongan antarabangsa yang tersohor. Seterusnya, misteri dan keanehan yang terdapat di
dalam negara juga menyebabkan pelancong ingin menerokai alam tersebut seperti misteri
bunga Refflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia. Secara tidak langsung, hal ini
memberikan tempias kepada industri tempatan terutamanya industri desa. Oleh itu, kita tidak
dapat menafikan lagi bahawa lawatan-lawatan di dalam negera membolehkan destinasi
pelancongan di dalam negara dinobatkan di peringkat antarabangsa.
Secara konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa melancong di dalam negara
bersama-sama dengan keluarga banyak memberikan kebaikan sama ada kepada institusi
keluarga tersebut, mahupun negara kita, Malaysia yang indah permai ini. Industri
pelancongan ini sememangnya menjurus ke arah kemajuan ekonomi sesebuah negara. Malah,
industri pelancongan juga menjadi pemangkin bagi industri-industri lain untuk sama-sama
berkembang maju dan seterusnya menambahkan hasil ekonomi negara. Oleh itu, ibu bapa dan
ahli keluarga haruslah menyokong industri pelancongan tempatan untuk memartabatkan
industi ini di persada antarabangsa. Namun begitu, usaha ini tidak seharusnya diletakkan atas
pundak kerajaan dan keluarga sahaja kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Oleh
itu, marilah sekalian rakyat Malaysia bersatu ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan
sama dijinjing dan bersemangat tinggi setinggi Gunung Everest untuk mempopularkan
industri pelancongan di pentas dunia. Diharapkan komitmen jitu daripada pelbagai pihak
dapat merealisasikan harapan kita agar suatu masa nanti destinasi pelancongan yang terdapat
di Malaysia akan mendapat publisiti yang meluas, malah mendapat perhatian semua
penduduk dan menjadi destinasi pelancongan yang terunggul di mata dunia. Oleh itu, rakyat
Malaysia yang berhasrat untuk bercuti di luar negara perlu berfikir terlebih dahulu kerana
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Biarlah
pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar, biarlah industri pelancongan negara
terus maju di seantero dunia. Malaysia Boleh!

2. LANGKAH-LANGKAH
DESA(NEGARA)

MEMAJUKAN

INDUSTRI

PELANCONGAN

Sedasawarsa ini, pelancongan desa merupakan industri perkhidmatan yang kian


berkembang pesat di negara kita. Pada tahun 2000, purata pelancongan yang berkunjung ke
Malaysia dianggarkan sebanyak 10.2 juta orang. Senario ini menjadikan Malaysia sebagai
negara ketiga paling banyak menerima pelancong Asia Timur selepas China dan Hong Kong.
Lantaran itu, pelancongan desa telah juga mendapat tempat di mata pelancong asing.
Pelancongan desa dapat memberikan pengalaman kepada pelancong supaya menghargai
kehidupan di kampung dan menikmati kebudayaan dan adat resam sesuai dengan peribahasa
masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Pelancongan desa
akan bertambah maju sekiranya pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk
memajukan industri ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk
memajukan industri ini agar terus berkembang maju?
Minhaj pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan desa ialah
pihak kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik.
Melalui kempen yang dilaksanakan, keunikan dan kelebihan sesebuah desa dapat disebarkan
kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan cepat. Dengan memanfaatkan
kecanggihan teknologi yang ada pada masa ini, kerajaan boleh membina laman sesawang
yang mengandungi pelbagai informasi tentang keistimewaan sesebuah desa di negara kita
untuk disebarkan kepada masyarakat luar. Sekiranya pihak kerajaan memandang enteng dan
bersikap lepas tangan dalam usaha untuk memajukan sektor pelancongan desa, maka industri
ini akan terus hilang ditelan zaman justeru dapat mengurangkan pendapatan penduduk
kampung. Oleh itu, pelaksanaan kempen merupakan langkah pragmatik dalam usaha
memajukan pelancongan desa agar industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
ditelan arus kemodenan.
Minhaj seterusnya untuk memajukan pelancongan desa agar terus berkembang ialah
pihak kerajaan melalui Kementeriaan Pelancongan di bawah pimpinan Menteri Pelancongan
dan Kebudayaan, Yang Berhormat Dato Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz Nadem haruslah
menyediakan dan mencekapkan infrastruktur di negara kita. Dengan adanya kelengkapan
infrastruktur yang sempurna dan kondusif, sudah pasti negara kita akan menjadi destinasi
utama kepada pelancong-pelancong asing. Selain itu, kemasukan pelancong asing akan dapat
meningkatkan ekonomi industri desa di negara kita melalui pengaliran mata wang asing.
Pihak kerajaan juga seharusnya mengeluarkan dana untuk diagihkan kepada wakil-wakil di
setiap negeri bagi menaik taraf infrastuktur seperti rumah penginapan, siber kafe, bekalan air
bersih, kafe dan kemudahan asas yang lain. Cuba kita bayangkan bagaimana reaksi pelancong
asing yang melancong ke negara kita jika kerajaan tidak mengambil berat terhadap
kemudahan infrastruktur? Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab seperti
melepaskan batuk di tangga, maka industri desa akan terus berada pada takuk yang sama.
Tegasnya, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan perlulah menyediakan dan
mencekapkan infrastruktur agar industri desa di negara kita terus berkembang maju.
Selain itu, pihak pengurusan inap desa perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi
sebagai satu minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktivitiakitiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan
daya tarikan utama kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan untuk menyertai
aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan industri pelancongan desa. Pihak pengurusan
inap desa boleh menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi. Sebagai contoh, mereka boleh

memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing, congkak, wau,


dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian, aktiviti menuai padi,
dan pertandingan membuat kraf tangan. Di samping dapat memperkenalkan budaya tempatan
kepada pelancong asing, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam
kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa
pelancong-pelancong kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk
saling membantu ibarat hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti
rekreasi tidak dilaksanakan dengan penuh komitmen, sudah pasti industri pelancongan desa
akan terus mundur dan berada di takuk lama. Ringkasnya, pihak pengurusan inap desa perlu
menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai uslub penting untuk memajukan industri
pelancongan desa di negara kita.
Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
juga haruslah memainkan peranan mereka dengan mempromosikan kawasan pelancongan di
desa kepada pelancong dalam dan luar negeri. Pihak Kementerian Pelancongan haruslah
menitikberatkan perkara ini kerana tidak banyak rakyat Malaysia dan pelancong asing
mengenali kawasan-kawasan yang strategik untuk melancong dan melawat kawasan desa di
negara kita. Antara langkah yang dapat diambil untuk mempromosikan kawasan pelancongan
di desa adalah dengan mengadakan kempen. Pihak media massa dan media elektronik juga
haruslah memainkan peranan mereka dalam menjayakan kempen pelancongan ini dengan
menyiarkan dan memaparkan lokasi-lokasi di desa yang strategik untuk dijadikan kawasan
pelancongan. Pihak kerajaan juga haruslah campur tangan dalam hal ini dengan mengadakan
festival-festival seni dan kebudayaan di kawasan-kawasan desa yang terpilih untuk
menambah minat pelancong lagi untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang
kebudayaan dan adat resam sesebuah masyarakat di desa itu. Sebagai contoh, untuk menarik
minat kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara adalah dengan mengadakan pesta
wau, pesta mencanting batik dan pesta kebudayaan masyarakat di kawasan desa itu. Secara
tidak langsung, pelancong akan mengunjungi kawasan itu untuk mengetahui dengan lebih
mendalam lagi tentang kebudayaan di situ bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Pendek
kata, peranan pihak kerajaan mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada
pelancong dalam dan luar negeri dapat menambahkan kehadiran pelancong di negara ini.
Jika dilihat dari skop yang berbeza, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan
perlu membangunkan kawasan desa sebagai langkah untuk memajukan industri pelancongan
desa. Berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa masih terdapat banyak
tempat menarik di Malaysia yang mampu dieksploitasi sebagai tempat pelancongan
khususnya di kawasan-kawasan desa. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa tempatan
seharusnya mengambil langkah proaktif dengan membangunkan sesebuah desa menjadi
sebuah pusat pelancongan. Pihak kerajaan bolehlah mendirikan sekurang-kurangnya satu
industri dalam sesebuah desa seperti industri pemprosesan makanan, batik dan kraf tangan.
Industri desa haruslah diperkembangkan supaya tidak lesu serta dapat memberikan pulangan
yang lumayan dalam industri pelancongan. Andainya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa
tempatan mengambil langkah sebegini, maka industri pelancongan desa di negara kita dapat
terus berkembang maju. Izharlah bahawa untuk memajukan industri desa, kerajaan negeri
melalui pihak berkuasa tempatan hendaklah membangunkan kawasan desa sebagai salah satu
pusat pelancongan desa.
Secara intihanya, bayang kian jelas bahawa usaha semua pihak sangat signifikan
dalam memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Seandainya langkah untuk
mempromosikan kawasan pelancongan di desa tidak diambil serius oleh pihak kerajaan,

kempen Cuti-cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia tidak dapat dijayakan, seterusnya
menjatuhkan kekukuhan sektor pelancongan di negara kita. Oleh itu, pihak yang berautoriti
perlulah melakukan pelbagai anjakan paradigma untuk memastikan industri desa terus
bersinar di negara kita. Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan obligasi berat ini
kepada pihak tertentu sahaja kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Jadi, semua
pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai aur dan tebing dalam
merealisasikan modus operandi untuk memajukan pelancongan desa di negara kita.
Komitmen jitu daripada semua pihak dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan
yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia
menuju negara maju dalam abad ini. Diharapkan usaha bersama ini dapat dapat menangkis
pandangan negatif negara-negara Barat yang suatu ketika dahulu pernah mengatakan negara
kita sebagai sebuah negara yang penduduknya tinggal di atas pokok dan bercawat. Biarlah
pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah industri pelancongan
desa dapat menaikkan nama negara di mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik
kecil di atas peta. Malaysia Boleh!
TELEFON BIMBIT

Alaxander Graham Bell merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta alat


telekomunikasi yang dinamakan sebagai telefon. Ciptaan beliau ini telah dimajukan dan
dimodenkan melaui penciptaan telefon bimbit atau dikenali juga sebagai telefor
selular. Dalam era yang serba canggih dengan kemajuan sains dan teknologi, telefon bimbit
adalah satu kemestian untuk dimiliki oleh semua orang terutamanya pelajar zaman sekarang.
Telefon bimbit merupakan satu alat komunikasi yang sangat popular dan semakin meluas
dengan kecanggihannya tanpa mengira harganya. Hal ini kerana pelajar zaman sekarang
mampu untuk mendapatkan atau memiliki telefon bimbit yang canggih dengan teknologi
sekarang. Terdapat pelbagai jenama telefon bimbit di pasaran di negara kita seperti telefon
bimbit jenama nokia, samsung, iphone, blackberry dan lain-lain. Jika diperhalusi,
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar ini mendatangkan implikasi yang pelbagai
kepada para pelajar. Persoalannya, apakah-apakah implikasi yang akan diterima oleh para
pelajar jika mereka menggunakan telefon bimbit dengan bijak atau sebaliknya?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit banyak
memberikan faedah kepada para pelajar. Salah satu kebaikan yang dimaksudkan ialah telefon
bimbit boleh digunakan untuk menghubungi insan tersayang yang berada jauh di mata
tetapi dekat di hati. Dewasa ini, terdapat para pelajar yang melanjutkan pelajaran di sekolah
yang berjauhan dari tempat tinggal mereka dan mereka akan tinggal di asrama. Mereka
terpaksa berenggang dengan ahli keluarga tersayang mereka demi melunaskan
tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan merealisasikan impian keluarga untuk mencapai
kejayaan. Jadi, hanya sebuah telefon bimbit yang dapat menjadi medium untuk mereka
melepaskan kerinduan. Mendengar suara ibu dan bapa pastinya membuatkan jiwa pelajar
lebih tenang lebih-lebih lagi mereka merupakan insan yang paling mengenali diri anaknya.
Apabila para pelajar bakal menduduki peperiksaan, mereka akan menghubungi ibu bapa
mereka melalui telefon bimbit untuk mendapatkan kata-kata motivasi. Oleh hal yang
demikian, penggunaan telefon bimbit oleh para pelajar pastinya dapat mengukuhkan ikatan
silaturahim antara ahli keluarga bagai isi dengan kuku walaupun tinggal berjauhan.
Tegaslah bahawa telefon bimbit merupakan medium yang berkesan sebagai alat perhubungan
antara pelajar dengan ahli keluarganya.

Lain daripada itu, penggunaan telefon bimbit dapat membantu para pelajar untuk
bertanyakan hal-hal yang berkaitan persekolahan. Sebagai seorang pelajar, menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru merupakan satu kewajipan penting bagi seseorang pelajar
yang ingin berjaya. Dalam masa yang sama juga, ada pelajar yang perlu berada di luar
kawasan sekolah untuk mengharumkan nama sekolahnya dengan menyertai pelbagai
pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan atau Kementerikan Pendidikan. Hal ini
menyebabkan pelajar tersebut tidak dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Oleh itu, pelajar itu akan menghubungi rakan-rakannya melalui telefon bimbit untuk
bertanyakan tugasan yang perlu disiapkan waima tidak berada di sekolah. Secara tidak
langsung, segala perkara penting yang disampaikan oleh guru ketika pelajar tidak boleh hadir
ke sekolah dapat diketahui dengan segera melalui penggunaan telefon bimbit. Budaya tolongmenolong ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing antara pelajar sekolah juga
dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Ringkasnya, penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan pelajar dapat memudahkan urusan pembelajaran mereka.
Malangnya, di sebalik kebaikan telefon bimbit, ada udang di sebalik batu di sebalik
penggunaannya. Hal ini dikatakan demikian kerana telefon bimbit dapat memberikan impak
negatif terhadap penggunanya terutama kepada para pelajar. Salah satu kesan negatifnya ialah
penyalahgunaan telefon bimbit dapat menatijahkan prestasi akademik dalam kalangan pelajar
semakin merosot. Hal ini memanglah serius kerana pendidikan merupakan teras kekuatan
masyarakat supaya mampu berdaya saing dengan pasaran global pada era globalisasi yang
pantas berubah. Misalnya, pelajar telah mengabaikan pelajaran mereka kerana fokus pelajar
semasa waktu pengajaran dan pembelajaran telah berkurang. Menurut kajian, rata-rata
generasi muda menggunakan aplikasi dalam telefon pintar untuk melayari laman sembang
dan aplikasi permainan maya sehingga ketagihan. Secara implisit, prestasi akademik pelajar
akan merosot kerana kekurangan inisiatif dan semangat yang membara bagai hilang kapak
berganti beliung selepas ketagihan dalam perisian telefon bimbit yang semakin canggih.
Jelaslah bahawa ketagihan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan
menjejaskan prestasi akademik mereka.
Jika ditinjau dari pandangan perancangan masa, pelajar yang menggunakan telefon
bimbit tanpa batasan telah mensia-siakan masa hadapan mereka. Pengurusan masa
memanglah penting untuk membentuk sahsiah diri yang berdisiplin dan mempunyai sikap
yang menghargai setiap detik yang dikurniai oleh Tuhan. Masa bagai mata pedang yang akan
memancung kita jika tidak dimanfaatkan dengan bijak. Jadi, usia remaja perlulah diisi dengan
sebaik-baiknya dalam aktiviti yang berfaedah dan bukannya menghabiskan masa berkualiti
mereka dengan menatap skrin telefon bimbit. Menurut tinjauan terkini, generasi muda telah
menghabiskan sekurang-kurangnya 19 jam seminggu dalam penggunaan peranti mewah
seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya. Ironinya, pelajar kini lebih cenderung
membazirkan masa untuk menghantar khidmat pesanan ringkas(SMS), bersembang dalam
talian dan bermain permainan maya yang tidak membawa manfaat dari segi perkembangan
jiwa dan minda. Jadi, pengurusan masa penting kerana semakin lama kita melayani perkara
yang membazir, semakin jauhlah kita dihanyutkan oleh ilusi tanpa realiti. Izharnya,
penyalahgunaan telefon bimbit akan membazir masa dan usia, bak seratus tahun bah
melanda kapar tetap tidak berlalu.
Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, penggunaan telefon bimbit dapat
memudaratkan kesihatan pelajar. Akibat perkembangan arus perdana tanpa batasan, pelajar
kini semakin pasif dalam pergerakan fizikal dan mental. Kebanyakan masa telah dihabiskan
di depan telefon bimbit atau tablet kerana tidak ingin ketinggalan dalam arus globalisasi yang

pantas bergolek. Natijahnya, kadar metabolisme yang rendah akan menggangu sistem
peredaran darah dan proses perkumuhan. Pada era atom ini, kadar radioaktif atau ultraungu
telah menjejaskan penglihatan pelajar. Mengikut kajian, masalah penyakit dalam kalangan
pelajar seperti penyakit lelah, asma, penyakit mata dan telinga semakin kronik dan seakanakan tiada penghujung. Mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14 negaranegara maju termasuk Amerika Syarikat, penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dapat
mendatangkan penyakit barah otak. Hal ini kerana gelombang elektromagnet yang terhasil
daripada telefon bimbit apabila terkena pada sel-sel otak untuk masa yang berlarutan akan
menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan
kanser otak. Jika hal ini berlaku sudah pasti pelajaran dan masa hadapan pelajar akan terjejas
kerana tidak dapat hadir ke sekolah seperti pelajar yang tiada masalah kesihatan. Pendek kata,
penggunaan telefon bimbit yang terlampau oleh para pelajar akan menjejaskan tahap
kesihatan mereka.
Sebagai penghias penutup bicara, walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh
diterima oleh para pelajar daripada penggunaan telefon bimbit, para pelajar juga akan
menerima kesan negatif daripada penggunaan telefon bimbit jika tidak digunakan secara
berhati-hati. Jika tidak digunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa
depan dan fikiran pelajar itu sendiri. Sewajarnya para pelajar yang merupakan tonggak
negara pada masa hadapan lebih bijak dalam memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara
sebelum dilakukan bak peribahasa tepuk dada tanyalah selera. Oleh itu, para pelajar perlu
bijak menggunakan apa-apa sahaja gajet atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini
dengan cara yang betul. Ibu bapa juga perlu menyelamatkan para pelajar daripada ketagih
kepada telefon bimbit. Memandangkan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar
lebih mengarah kepada status dan bukannya satu keperluan, ibu bapa berhak mengawal
penggunaan telefon bimbit. Jika tidak, pelbagai masalah yang tidak diingini akan wujud
sebaik sahaja pelajar yang belum keras ubun-ubunnya mula menggunakan telefon bimbitnya.
Kita sebagai manusia sepatutnya menjadi tuan kepada alat teknologi dan bukanlah
sebaliknya. Diharapkan usaha untuk melahirkan generasi muda yang cemerlang, gemilang
dan terbilang di negara kita dalam pelbagai aspek dapat direalisasikan.
Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat
Oleh : Zainab binti Muhammad
Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad
negara yang kian membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang
semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan
dengan negara maju lain. Namun begitu, isu memupuk semangat kejiranan masih menjadi
polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia. Dewasa ini, semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat kita semakin hari semakin terpinggir. Maasyarakat pada hari ini lebih
mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Dari segi konsepnya semangat kejiranan boleh
ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia
tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan
kaum demi negara yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan
masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan.Menurut Dato Dr.
Fadzillah Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di
depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu

kita ketika kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti awan yang
melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, beberapa langkah yang pragmatik harus
diambil bagi memupuk semangat kejiranan kepada semua lapisan masyarakat.
Langkah yang paling pragmatik untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa
perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru
pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan
kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah
mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang
baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegursapa agar dapat memupuk semangat kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk
antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan
masyarakat yang harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk oleh
ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam
mentadbir membangunkan negara ke arah kemajuan negara pada masa akan datang.
Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan anak-anak.
Memetik wasitah nirmala seterusnya, uslub lain untuk memupuk semangat
kejiranan dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah program rukun tetangga di kawasan
perumahan mesti dihidupkan semula. Hal ini kerana program rukun tetangga berfungsi
sebagai perisai untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari.
Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing
bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai contohnya, anggota
rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan tanpa mengira usia, agama dan
status. Secara ghalibnya, senario ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesra bagai
isi dengan kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki. Menurut Tun Dr.
Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita
perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan semangat kejiranan yang utuh
dan bersatu padu.
Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya adalah dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong oleh ahli komuniti atau badan bukan kerajaan (NGO). Melalui aktiviti
gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti
yang akan dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong
adalah seperti membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara
dan sebagainya. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan
antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi
jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang
mengatakan bahawatak kenal maka tak cinta. Selepas mengenali hati budi antara satu sama
lain barulah benih-benih kasih sayang. Melalui cara ini, masyarakat yang penyayang dapat
dilahirkan di samping dapat menerapkan pelbagai nilai murni. Tun Dr. Mahathir, Mantan
Perdana Menteri pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan
bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri. Bukan
itu sahaja, kawasan kediaman juga akan menjadi bersih dan terpelihara daripada penyakit
demam denggi. Jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat.

Jika dilihat dari perspektif yang lain, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis
rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan
silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui
acara rumah terbuka, jiran dapat bertanyakan khabar dan bercerita tentang pengalaman
masing-masing dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli
dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah
yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka
hendaklah dijadikan acara tahunan.Maka, dengan adanya pengimplimentasian program
seperti Rumah Terbuka Kebangsaan bagi setiap sambutan perayaan, rakyat dapat
diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain
ibarat kata bidalan, serumpun seperti serai, seikat seperti sirih. Hal ini dikuatkan lagi
dengan kajian dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan keberhasilan
penganjuran program Rumah Terbuka Kebangsaan dalam mewujudkan institusi
kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang.
Pendek kata, majlis rumah terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Lontaran idea yang seterusnya ialah kita mestilah menyemarakkan budaya kunjungmengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan
semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita.
Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran
kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran
kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun
pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu
memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri,
paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang
tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita.
Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita.
Izharlah bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat kita.
Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah
disimpulkan bahawa terdapat beberapa langkah yang dapat dipraktikkan untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Dalam era globalisasi ini, sikap
mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal. Jika
hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan
negara kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, kita perlu memupuk semangat
kejiranan bermula daripada sekarang. Cogan kata Jiran Sepakat Membawa Berkat
perlu terus subur mewangi dalam kehidupan kita sehari-hari. Golongan remaja seharusnya
menyuburkan semangat kejiranan kerana mereka merupakan pemimpin yang akan mewarnai
corak pemerintahan pada masa hadapan. Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan
usaha ini pada bahu satu pihak kerana bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Oleh
itu, semua pihak perlulah bersinergi ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing untuk
menghidupkan semangat kejiranan di negara kita. Allah berfirman yang maksudnya, Wahai
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu

kenal-mengenali. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai perpaduan


yang utuh dan kukuh.
Nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba turutkan;
amalan membaca banyak faedahnya,
untuk kegunaan masa hadapan.
Masyarakat Melayu sinonim dengan pelbagai jenis puisi tradisional bagi melahirkan
perasaan yang telah terpahat dalam atma dan sukma mereka. Puisi di atas menggambarkan
amalan membaca sangat penting dalam kehidupan seharian kita bagi melahirkan generasi
yang berintelektual dalam mencorak masa hadapan. Ketahuilah kita bahawa masa depan
menjanjikan cabaran yang sarat dengan muatan cabaran reformasi. Oleh sebab itu, menerusi
amalan membaca juga dapat mencetus kesegaran minda agar tidak wujud modal insan
yang dibelenggu dengan cara berfikir yang sempit. Walaupun dunia sudah melepasi pelbagai
zaman dalam beberapa dekad, namun budaya membaca tetap mendominasi kemajuan dan
keagungan sesebuah bangsa. Sejarah telah mencatatkan bahawa bangsa yang berjaya antara
lain dicirikan oleh masyarakatnya yang memiliki budaya literasi. Begitu juga sebaliknya.
Sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu bidang tidak boleh
mempertahankan miliknya tanpa budaya ilmu yang mantap. Rakyat Malaysia yang tidak
mengetahui kepentingan amalan membaca perlulah membudayakan amalan yang mulia ini
yang mengandungi seribu satu kemuliaan yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Persoalannya,
apakah kepentingan amalan membaca?
Sesungguhnya amalan membaca mampu menambah pengetahuan kita. Amalan
membaca dapat membantu memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan
untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Setiap seseorang daripada kita mesti memberikan
nilai tambah kepada diri masing-masing, demikian mantan perdana menteri Malaysia Tun
Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan
tahun 2005 yang lalu. Ungkapan keramat itu, membawa maksud bahawa nilai seseorang
anak pascamerdeka ini akan bertambah andai individu itu berusaha melakukan anjakan
paradigma untuk dirinya daripada terus berada di takuk lama. Jika ditelusuri, ungkapan ini
boleh direalisasikan dengan amalan membaca yang pastinya dapat menyumbangkan idea
bernas dalam diri pembaca. Selain melalui proses pembelajaran secara formal di sekolah,
nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca bahan-bahan
ilmiah seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Kosmik dan sebagainya. Cerdik pandai
sering menganggap amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran
amalan membaca yang dapat menghubungkan antara manusia dengan dunia ilmu. Tegasnya,
amalan membaca sememangnya dapat menambah ilmu pengetahuan dan menjadi persiapan
untuk kesiagaan kita bersaing dengan cabaran kemajuan yang terbentang di jagatraya ini.
Seterusnya, mari kita fokuskan lensa pemikiran kita kepada manfaat seterusnya
iaitu membaca dapat meningkatkan kepakaran. Kepakaran yang dimaksudkan ialah tenaga
kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sesuatu bidang. Membaca dapat
mewujudkan koridor kemajuan ekonomi demi meningkatkan tenaga pakar yang
berpengetahuan. Sebagaimana yang diketahui masyarakat yang suka membaca merupakan
masyarakat yang maju dan kompetetif sehingga dapat mencetuskan gegaran minda sekaligus
dapat menjulang negara kita ke puncak jagat. Buktinya kita melihat betapa negara pengeluar
minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek penting kehidupan

negaranya kepada negara lain yang lebih maju dari segi keilmuan dan kepakaran. Oleh sebab
itu, amalan membaca dapat membentuk masyarakat madani yang berkemahiran
dan berkepakaran tinggi. Apabila negara kita sudah mencapai tahap yang maksimum dalam
membentuk individu yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam satu-satu bidang, kita
tidak perlu bergantung kepada kepakaran luar lagi. Jelaslah bahawa amalan membaca dapat
membekalkan tenaga pakar atau mahir kepada sesebuah negara itu.
Jika dilihat dari aspek yang lain, membaca merupakan tiang sandaran konkrit untuk
berjaya dalam akademik. Namun begitu, cahaya amalan membaca semakin hari semakin
malap dalam naluri pelajar. Kontradiksinya, para pelajar tidak mempunyai kesedaran bahawa
membaca itu penting dalam kehidupan sedangkan amalan membaca dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan dan mampu meluaskan horizon pemikiran para pelajar. Oleh sebab itu, para
pelajar perlu menyemai bibit-bibit minat membaca dalam diri kerana membaca merupakan
wasilah utama kejayaan seseorang pelajar. Sebagi contoh, adik Nik Nor Madihah telah
berjaya memperoleh 20A dalam SPM dengan membudayakan amalan membaca dalam diari
kehidupannya sebagai seorang pelajar. Meyedari kepentingan membaca dalam kalangan
pelajar, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi memperkasakan minat
membaca dalam kalangan pelajar seperti mengadakan minggu membaca dan
program NILAM. Melalui program NILAM ini jugalah lahirlah tokoh-tokoh pelajar yang
berjaya. Selain berjaya dalam akademik, para pelajar juga boleh mengaplikasikan ilmu yang
diperolehi melalui membaca dalam kehidupan seharian. Ringkasnya, jelaslah bahawa amalan
membaca dapat memberikan pelbagai kemaslahatan kepada para pelajar untuk berjaya.
Sesungguhnya, menuntut ilmu tanpa membaca ibarat basikal tanpa roda.

Dengan membudayakan amalan membaca juga, rakyat yang berpengetahuan luas


dalam sesebuah negara mampu mencetuskan ideologi dan buah fikiran yang bernas
dalam memacu proses pembangunan negara dapat dilahirkan. Hal ini dikatakan dmeikian
kerana membaca merupakan acuan untuk membentuk sesebuah tamadun yang gemilang
seiring dengan negara-negara yang telah mengecapi modenisasi mapan seperti Jepun. Di
Jepun, atas dasar aplikasi dan pengetahuan sains dan inovasi mereka mampu mencipta
teknologi yang tidak terdapat di negara-negara lain seperti mesin layan diri yang dapat
memenuhi keperluan harian iaitu mesin menjual ketam hidup, telur ayam segar, sayursayuran segar dan baju hujan dan barang kemas. Kelebihan mesin layan diri ini dapat
beroperasi sepanjang masa iaitu 24 jam sehari. Keadaan ini membolehkan para peniaga dan
usahawan tidak perlu bersusah-payah menjaga premis perniagaan mereka kerana mesin layan
diri ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sempurna selain mereka dapat
memperuntukkan masa mereka dengan aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan negara
mereka. Jelaslah bahawa amalan merupakan ramuan yang efektif untuk membentuk
masyarakat yang berproduktiviti tinggi dan seterusnya dapat merealisasikan aspirasi negara
untuk bertambah maju.
Secara konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan membaca sangat
mulia kerana mendatangkan pelbagai kebaikan atau faedah kepada pembaca, keluarga,
bangsa dan negaranya. Amalan membaca merupakan permulaan positif sebagai langkah
pertama dalampenjanaan dan penyebaran ilmu. Hal ini terbukti berdasarkan peristiwa penuh

bermakna dan agung dalam sejarah Islam melalui surah al-Alaq iaitu ketika Nabi
Muhammad mendapat wahyu yang pertama di Gua Hira melalui perantaraan malaikat Jibril
yang menyuruhnya membaca. Jelaslah membaca merupakan kunci ilmu yang memberikan
impak positif dalam mempengaruhi perkembangan minda masyarakat. Walaupun pada hari
ini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk memupuk amalan membaca namun, usaha
tersebut diumpamakan hujan jatuh ke pasir. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar
dalam memupuk budaya membaca sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Pihak kerajaan juga perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan
supaya kita dapat membaca dengan selesa. Kempen-kempen membaca juga perlu dipergiat.
Jika usaha-usaha memupuk budaya membaca giat dijalankan, negara Malaysia pasti akan
menjadi negara yang maju. Oleh itu, semua orang wajiblah membaca dan berusaha
meningkatkan budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan. Ingatlah
bahawa bangsa membaca, bangsa maju.
PERANAN REMAJA
Anak-anak ataupun digelar sebagai remaja ini mampu membangunkan sesebuah
negara jika mereka mempunyai sahsiah yang mulia dalam diri mereka. Perkara ini sering
menjadi bahan perbincangan dalam kalangan ibu bapa dan pemimpin negara. Dalam era
milineum yang kian mencabar ini, pelbagai episod sedih dan malang terpapar di dada-dada
akhbar malah sering kita terdengar di corong-corong radio. Acapkali kita tersentak dengan
masalah kebejatan akhlak remaja yang berlaku di negara kita. Ada yang sanggup merogol
remaja wanita kerana perasaan cemburu butanya sehingga remaja malang tersebut meninggal
dunia akibat dikelar oleh manusia yang bersifat kebinatangan ini. Isu-isu seumpama ini sudah
tentu akan merencatkan ketamadunan bangsa malah akan turut mencemarkan imej negara di
mata dunia. Masalah ini tidak seharusnya dipandang enteng. Langkah-langkah pencegahan
perlu diambil demi kesejahteraan hidup sejagat dan menjamin pembangunan negara. Oleh itu,
semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing kerana bertepuk sebelah tangan
takkan berbunyi.
Salah peranan yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa adalah dengan menjadi suri
teladan kepada anak-anak kerana ibu bapa yang mencerminkan sahsiah peribadi anak-anak.
Seseorang ibu bapa itu haruslah menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai
contoh, ibu bapa perlulah bertutur dengan bahasa yang sopan, tidak bergaduh antara suami
isteri di hadapan anak-anak, tidak merokok di hadapan anak-anak dan sebagainya. Dengan
berbuat demikian, anak-anak pasti akan mengikut dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai
suri teladan kepada mereka. Hal ini persis dengan kata pepatah, bagaimana acuan,
begitulah kuihnya yang membawa maksud seseorang anak akan meniru perangai dan
kelakuan ibu bapa mereka. Dengan ini, usaha untuk merealisasikan pembangunan negara
dapat dijayakan dengan lahirnya remaja yang bersahsiah mulia. Tegasnya, sahsiah mulia
anak-anak dapat dibentuk melalui sahsiah ibu bapa. Jika ibu bapa itu bersikap baik anak-anak
juga akan menjadi baik, manakala jika ibu bapa itu bersikap buruk, anak-anak juga akan turut
bersikap buruk.
Selain itu, ibu bapa juga dapat memainkan peranan mereka dengan memberikan
dirikan agama yang mantap kepada golongan remaja. Allahyarham Tan Sri P. Ramli ada
menegaskan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan maka
pincanglah karya tersebut. Hal ini bertepatan dengan konsep remaja dan didikan agama.
Mereka akan pincang sekiranya ibu bapa memandang enteng dalam soal memberikan didikan

agama kepada remaja. Pembentukan sahsiah remaja ini akan telus dan lancar jika mereka
diberi didikan agama yang sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan didikan
agama yang utuh, anak-anak akan dapat membezakan antara intan dengan kaca, antara
batu dengan permata serta mampu untuk menangkis segala hasutan manusia yang
bertopengkan syaitan. Sebagai contoh, remaja akan sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan
bertindak mengikut hukum syariat Islam mahupun mengikut kefahaman agama masingmasing tanpa paksaan atau menerima tempias masalah sosial yang kian membarah seperti kes
pembuangan bayi. Sekiranya remaja memiliki nilai kegamaan yang teguh maka teguhlah
pembangunan sesebuah negara itu. Jelaslah bahawa suntikan didikan agama ke dalam jiwa
setiap remaja kerana kedangkalan didikan agama akan melahirkan remaja yang bersikap
negatif dan tersasar dari landasan ibarat kapal hilang nakhoda, karam di tengah laut.
Jika dilihat dari dimensi yang berbeza, pihak kerajaan juga berperanan dengan
mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan
kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai tahap keberksanan yang
sebaik mungkin. Kempen seperti Kami Prihatin dan Budi Bahasa Budaya Kita haruslah
dilakukan secara berterusan dan janganlah sekadar hangat-hangat tahi ayam kerana akan
menyebabkan kerugian kepada negara kita sendiri. Kempen yang dirangka dengan baik dan
dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam naluri
masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahaga akan kesedaran sejati
itu. Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat sama ada di
desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses pembangunan ekonomi.
Jika inisiatif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat tidak dilakukan oleh
pihak kerajaan maka masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam dunia modenisasi ini.
Oleh itu, peranan pihak kerajaan untuk mengadakan kempen ini dapat memastikan golongan
yang disandarkan harapan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ini akan terus
dibasahi sahsiah-sahsiah yang mulia segali gus dapat membangunkan negara pada masa
hadapan.
Seperkara lagi, guru juga memainkan peranan yang penting dalam usaha melahirkan
remaja yang bersahsiah mulia untuk membangunkan negara. Kebanyakan remaja kita
merupakan golongan pelajar. Mereka banyak menghabiskan masa di sekolah selain di rumah.
Guru juga merupakan ibu bapa mereka di sekolah. Jadi, tidak hairanlah jika dikatakan guru
mampu membentuk sahsiah seseorang remaja itu. Guru perlu mengajar murid tentang
kepentingan bersahsiah mulia. Guru tidak seharusnya leka dalam menjalankan obligasi
mereka sebagai pendidik yang berkesan kerana setiap ajaran guru akan melekat dalam sukma
pelajar dan akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu
menitikberatkan aspek pembentukan insan yang kamil dan holistik di dalam kelas di samping
menekankan kepentingan berperibadi mulia untuk membangunkan negara. Mata pelajaran
Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam perlu diajar oleh guru-guru dengan pengisian
aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya objektif yang dirancang tidak
tersasar. Izharlah bahawa peranan yang dijalankan dengan penuh istiqamah ini sudah pasti
dapat melahirkan remaja yang bersahsiah mulia.
Bukan itu sahaja, sebagai anggota masyarakat, kitajuga tidak harus mengambil
langkahlepas tangan untuk memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah remaja yang
syumul. Kita seharusnya peka terhadap keruntuhan akhlak yang berlaku seperti gejala lepak,
ponteng, penagihan dadah yang dilakukan oleh remaja kita. Ada masanya kita harus menjaga
tepi kain orang dalam usaha untuk mewujudkan golongan remaja yang lebih baik seperti
menegur tingkah laku yang kurang memuaskan serta melaporkan gejala sosial yang serius

kepada pihak yang sepatutnya agar hal ini tidak menjadi kudis yang seterusnya bernanah
dalam masyarakat kita. Sifat ambil peduli masyarakat merupakan penawar kepada
masyarakat yang mendokong nilai-nilai murni. Seterusnya, usaha menerapkan nilai-nilai
murni seperti menghormati orang tua, menjaga kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi
rumah jiran, dan berinteraksi antara kaum mampu melahirkan satu bangsa Malaysia yang
moden tetapi penuh budaya tersendiri. Usaha ini harus diteruskan kerana generasi muda
sering berubah dan keadaan turut berubah tetapi nilai murni akan terus kekal seperti tak
lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Ringkasnya, dengan adanya sokongan dan
kerjasama daripada pihak komuniti maka golongan remaja kita dapat membangunkan negara
sekiranya mereka memiliki sahsiah yang mulia.
Sebagai intihanya, bayang kian jelas bahawa semua pihak berwajib perlulah memikul
dan melaksanakan obligasi masing-masing dengan sempurna. Hal ini kerana usaha daripada
satu pihak sahaja tidak akan mendatangkan apa-apa hasil, seperti kata pepatah bertepuk
sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kerjasama dan usaha bersungguh-sungguh perlulah
dilakukan secara bersungguh-sungguh, bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga
sahaja. Tanpa kerjasama yang menyeluruh, usaha untuk melahirkan remaja yang bersahsiah
mulia akan menjadi sia-sia seperti membuang garam ke laut. Oleh itu, setiap lapisan rakyat
perlu bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengamalkan sikap berat sama dipikul,
ringan sama dijinjinguntuk membangunkan negara. Sesungguhnya, kita mampu untuk
melakukannya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pelbagai pihak perlulah
memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing kerana kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya. Ayuh, singkirkan semua bicara, kumpulkan tenaga raksasa,
tiba saat berbunga merah, serentak kita bersama ke arah masyarakat yang mendokong nilainilai murni.

Anda mungkin juga menyukai